Telegram Kena Hack! Nak Buat Apa?

Anda datang ke dalam artikel ini, mesti anda sedang buat carian di google berkenaan dengan akaun Telegram kena hack dan cara untuk atasinya. Anda datang ke tempat yang betul kerana pada kali ini, saya akan tunjukkan beberapa cara yang membolehkan anda untuk dapat semula akaun telegram anda tersebut.

Telegram ini antara app kominikasi yang agak popular dan digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia. App ini memang sangat bagus dan ianya bukan baru kepada pengguna di Malaysia kerana banyak fungsi yang mereka ada.

Kalau ikutkan, fungsi Telegram ini kadangkala jauh lebih bagus daripada Whatsapp, akan tetapi banyak pula isu kena “hack” ataupun digodam ini. Yang godam ini selalunya akan cuba untuk pinjam duit dan lain-lain. Artikel ini nak berikan anda info, tentang cara dan strategi  pencegahan sebelum berlaku dan apabila ianya berlaku, apa yang anda perlu lakukan.

telegram kena hack

Bukan Anda Seorang Sahaja Kena Hack

Ketahuilah kalau akan anda kena hack, ianya bukan terjadi kepada anda seorang sahaja. Public figure dan ahli politik pun pernah ada akaun Telegram mereka yang kena hack. Ianya pernah terjadi kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 Dato Seri Ismail Sabri.

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob has lodged a report with the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and the Royal Malaysia Police (PDRM) on his personal Telegram and Signal accounts being hacked by irresponsible parties.

The Prime Minister’s Office (PMO) , in a statement on Tuesday (Aug 9), stated that it believed the accounts were used for fraudulent criminal activities and advised those who received messages from the accounts concerned to ignore them and report to the authorities.

“Any individual who receives a message from the accounts should ignore it as it is a fake message from an individual impersonating as the Prime Minister [source]

Memang ada kemungkinan scammer ambil kesempatan daripada akaun telegram untuk melakukan aktiviti penipuan, scammer dan lain-lain. Biasanya aktiviti meminjam duit dan lain-lain. Jadi kena hati-hati apabila dapat mesej daripada Telegram walaupun orang yang anda kenal. Kena semak semula melalui call ataupun whatsapp untuk kepastian.

Pencegahan – Prevention Is Better Than Cure

Sebelum pergi lebih jauh, cara ataupun strategi untuk elakkan daripada isu Telegram kena hack adalah dengan menggunakan kaedah Two-Step Verification yang biasanya ada sama ada di Whatsapp ataupun di Telegram.

Kepada anda yang membaca artikel ini dan belum lagi buat setting ini, sila lakukan sekarang ataupun dengan sesegera mungkin.

Nak buat setting ini senang je, pergi ke Setting > Privacy And Security > 2 Step Verification. 

Ataupun boleh tengok video di bawah ini.

Simple je step by step rupanya. Anda lakukan ini, akaun anda mempunyai satu lagi layer sekuriti yang akan menyukarkan pihak scammer untuk godam akaun anda. Bukan tak boleh godam, masih boleh sahaja, akan tetapi ianya akan menyukarkan mereka untuk menggodam akaun anda.

Jangan lupa enable two-step verification ni di Whatsapp juga.

Tukar Syarikat Telco Yang Pentingkan Securiti

Strategi pencegahan kedua selepas anda buat two-step verification, boleh cuba bertukar syarikat telekomunikasi. Kekalkan no lama anda pun boleh ataupun bertukar no baru pun tiada masalah.

Antara alternatif lain, anda boleh cuba untuk tukar syarikat telekomunikasi yang mempunyai sekuriti yang bagus. Antara yang bagus dan tak banyak kandungan spam, sms spam filter adalah Tune Talk. Boleh tengok apa yang Tune Talk tawarkan di Shopee ini.

Tanda Akaun Telegram Kena Hack

Berikut adalah tanda-tanda apabila akaun anda kena godam oleh mereka yang tak bertanggungjawab.

  • Tak boleh nak akses akaun Telegram secara tiba-tiba. Sebelum ni tiada masalah langsung.
  • Dapat SMS ataupun notification yang akaun Telegram diakses oleh gajet lain dan bukan anda.
  • Akaun Telegram anda menghantar mesej, gambar ataupun video kepada kenalan anda tanpa anda ketahui.
  • Telegram meminta detail anda setiap kali anda login akaun.

Ini adalah antara beberapa tanda akaun anda kena hack. Lagilah kalau anda dapat call ataupun whatsapp daripada kenalan anda yang meminta kepastian sama ada anda ada menghantar mesej di Telegram, yang mesej itu anda langsung tak tahu menahu. Jika ianya terjadi, memang anda perlu lakukan sesuatu.

Cara Kembalikan Telegram Yang Kena Hack

Jika anda belum buat lagi “Two-Step Verification”, ada kemungkinan yang anda tidak dapat lakukan ini jika akaun anda sudah digodam. Tapi tak salah mencuba mana tahu anda boleh lakukan. Kalau anda boleh lakukan alhamduliilah, tak perlu nak pening kepala cuba step lain, ini sudah memadai.

Akan tetapi, pihak penggodam juga mesti sudah fikirkan langkah ini dan tidak membenarkan anda melakukan step ini. Biasanya step ini tidak akan berjaya apabila akaun anda sudah digodam.

Reset Atau Deactivate Akaun

Memang dah tiada cara lain melainkan anda cuba reset dan deactivate akaun dahulu. Ini untuk mengelak isu lain dikemudian hari.

Caranya, boleh pergi ke LINK INI untuk deactivate akaun anda https://my.telegram.org/auth?to=deactivate

Anda kena masukkan nombor anda. Memang semua history dan gambar dalam akaun akaun hilang. Tetapi ini tak penting kerana apa yang lebih penting adalah anda dapat semula no dan akaun anda. 

Selepas semuanya selesai, anda boleh cuba masuk balik dalam akaun Telegram anda menggunakan nombor yang sama. Pada masa itu, anda boleh terus aktifkan 2 step verification dengan kadar segera dan secepat mungkin. Jangan lambat-lambat kerana takut pihak scammer ataupun penggodam ambil kesempatan sekali lagi.

Cuma, kalau anda login semua selepas anda delete akaun anda, memang semua chat history akan hilanglah. Sekali lagi, nombor anda lebih penting daripada chat history.

Buat Report Polis Jika Ianya Membabitkan Wang Ringgit

Jika ada isu orang yang tertipu dengan scammer menggunakan akaun anda. Tiada cara lain, anda perlu untuk buat laporan polis. 

Macam mana boleh tertipu? Biasanya pihak penggodam akan menghubungi semua kenalan anda nak cuba untuk pinjam duit dan sebagainya. Kalau ikut pengalaman saya melihat rakan dan kenalan saya sendiri yang pernah berpengalaman dalam hal ini, memang akan ada yang berikan duit sebagai pinjaman kepada scammer ini.

Cumanya, bila dah bagi pinjam, memang tidak akan dapat balik lah duit tu. Jika ada kes seperti ini, memang wajib pergi ke balai polis terdekat untuk buat laporan polis. Kalau tiada kes seperti ini, anda tak perlu nak ke balai polis untuk laporkan kepada pihak mereka. Takut juga kadangkala akaun anda digunakan scammer untuk pinjam dari kenalan anda, dah jadi cerita lain pula. Cukup dapatakan semula akaun anda, itu sudah memadai.

Apapun kepada anda hati-hati. Telegram ini nampak macam sangat mempunyai sekuriti yang bagus, tetapi banyak isu kena godam dengan mereka yang tak bertanggungjawab. Apapun, boleh kongsikan info akaun Telegram kena hack ini dan jangan lupa untuk terus lakukan two-step verification dengan kadar segera. Lakukan ini juga untuk kenalan rapat anda.

Related Posts

14 thoughts on “Telegram Kena Hack! Nak Buat Apa?

    1. kena cepat2 aktifkan 2 step verification, whatsapp pun sama

    1. sabar je lah, mmg kerap jadi, kena buat dalam artikel ini

    1. cuba ikut step by step mcm yang saya tunjuk ni tuan

  1. What if telegram kena hack n number kita tu dah mati, and dia siap dah tukar number phone kita. Macam mana nak matikan terus account yang dia hack tu??

    1. boleh ikut step dalam artikel ini ataupun lupakan sahaja

  2. akaun telegram saya kena hack. saya dapat no code di email saya. tapi bila dah lepas. dia akan hantar plk no code dekat recovery email. walhal yg recovery email bukan saya punya tapi.hacker/scammer. tidak boleh lepas jgk saya nk buat telegram baru dengan nombor fon sama.. buntu dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *