Teknik Whatsapp Blast Percuma 2023

Teknik Whatsapp Blasting memang tak asing lagi kepada anda semua. Mana taknya, tiba-tiba ada dapat Whatsapp yang tak dikenali dan ianya pernah terjadi kepada saya sendiri. Ada banyak sebab mungkin saya ada join group awam Whatsapp dan lain-lain  antara sebasnya.

Artikel kali ini, khusus berkenaan dengan strategi dan teknik Whatsapp blasting yang saya sendiri guna dalam perniagaan saya. Juga strategi macam mana saya nak kumpul database pelanggan untuk saya blast Whatsapp kepada mereka. Kepada anda yang sedang tercari-cari strategi yang paling sesuai untuk buat Whatsapp blasting ini, artikel ini memang untuk anda.

Teknik PERCUMA dan berbayar ada dalam artikel ini. Anda nilaikan sendiri sama ada anda nak gunakan teknik percuma ataupun yang berbayar. Kalau tak banyak nombor, gunakan yang percuma sahaja, nak lebih fungsi, boleh gunakan yang berbayar dan ianya tak rugi pun untuk jangka masa panjang.

teknik whatsapp blast

Banyak Software Yang Ada Di Pasaran

Dahulu saya tak perasan, akan tetapi dah mula nampak yang memang ada banyak pilihan perisian Whatsapp Blasting yang ada di pasaran buat masa ini.Jadi, timbul persoalan, dalam banyak-banyak perisian ini, yang mana paling bagus dan berbaloi untuk digunakan?

Saya agak bias kerana saya sudah menggunakan perisian ini sejak dari tahun 2020 lagi dan pernah juga mencuba perisian lain, akan tetapi sebab dah biasa sangat dengan perisian ini, yang lain tu rasa tak serasi dengan jiwa.

Artikel pada kali ini lebih kepada perkongsian pengalaman berkenaan dengan perisian ini dan kenapa saya rekemen anda gunakan perisian ini. Mintak tolong untuk anda baca sampai habis kerana perisian ini tidak sekadar whatsapp blasting sahaja, ada beberapa fungsi lain yang saya rasa hanya perisian ini sahaja yang tawarkan.

Saya Guna Waboost Dari Solvy

Perisian pertama yang saya beli daripada syarikat ini adalah perisian daripada Fboom yang fungsi utamanya adalah, blasting ke Facebook Group

Kemudian, apabila syarikat ini menawarkan perisian Waboost sebagai satu alat untuk blast Whatsapp ke nombor peribadi ataupun ke group, saya terus beli dan cuba. Alhamdulillah memang saya gunakan hampir setiap minggu untuk pelbagai perkara dan ianya memang memudahkan saya.

Nak tengok tak macam mana perisian ini beraksi, boleh tengok dalam video di bawah ini.

Dalam video di atas juga saya ada menyatakan beberapa fungsi Waboost yang tiada ditawarkan pada perisian lain dan ianya sangatlah bagus untuk anda sendiri cuba.

Software Ini Ada Banyak Fungsi

Selain daripada fungsi Whatsapp ke nombor peribadi dan whatspp ke group yang kita dan pun masuk dalam tu, ada beberapa fungsi yang pada saya tak masuk akal. Sebab itu, mereka yang menggunakan perisian ini, mampu mendapat database 5000 nombor dalam masa 5 hari sahaja dan kalau betul-betul fokus, boleh dapat lagi cepat.

Antara fungsi lain adalah;

  • Boleh cari dan masuk ke dalam group whatsapp public menggunakan fungsi yang khas.
  • Boleh extract database daripada group tersebut untuk dijadikan database kita sendiri.
  • Boleh jadikan database nombor yang kita pernah save dan nombor yang pernah berhubungan dengan kita.

Ini antara fungsi yang saya dapat senaraikan dan antara fungsi yang sangat berbaloi untuk anda cuba sendiri. Ianya sangat sesuai untuk mereka yang bekerja dalam bidang sales dan marketing untuk menambah jualan, follow up prospek dan lain-lain lagi. Memang perisian ini sangat membantu saya dan beberapa rakan dan teman yang saya rekemen perisian ini kepada mereka.

sangat membantu meningkatkan jualan anda. Boleh gunakan kedua-duanya, jika tidak, fokus pada satu perisian sahaja pun sudah memadai.

Beli Nombor Whatsapp Yang Baru

Kalau anda nak buat whatsapp blast ni, ada satu petua iaitu jangan gunakan nombor personal ataupun nombor peribadi. Cuba gunakan nombor khusus untuk business ataupun gunakan nombor untuk whatsapp blasting ini sahaja.

Nak beli nombor baru ni tak la susah sangat, boleh tengok kedai trusted seller di Shopee ini. Ianya menjual nombor pada harga berpatutan dan sangat berbaloi untuk anda sendiri cuba. Sekali lagi, dapatkan nombor baru dan langgan data untuk nampak lebih trusted.

Perniagaan Makanan – Tiada Masalah

Perniagaan anda berkaitan dengan apa? Kalau berkaitan dengan makanan, tiada masalah! 

Boleh baca artikel saya di SINI untuk anda dapatkan info lanjut macam mana teknik dan strategi menjual untuk business makanan.

Kalau anda merupakan seorang agen insurans, takaful, unit trust, mahupun agen hartanah, anda boleh gunakan perisian ini untuk follow up. Ada produk baru, ataupun listing rumah baru, boleh terus dan cuba war-warkan kepada prospek dengan mudah dan cepat.

Banyak lagi fungsi perisian ini kalau anda boleh manfaatkan dan perisian ini adalah antara teknik whatsapp blast yang bagus.

Saya Dapatkan Leads Kedai Shopee Saya

Dapatkan leads dan sales untuk kedai dan servis saya. Selain daripada servis pinjaman rumah, saya pun ada kedai menjual simkad di Shopee dan perisian ini pun sedikit sebanyak membantu bagi mendapatkan leads ataupun jualan di kedai Shopee saya. Ianya sebagai salah satu strategi follow up yang sangat-sangat bagus terutama sekali untuk meningkatkan jualan.

Teknik Whatsapp Blast Free

Teknik ini memang berbayar, untuk tengok berapa harga perisian ini dan detail, boleh tengok di butang di bawah ini.

Kalau anda nak blast whatsapp secara percuma, mungkin sekadar 10 nombor dalam masa seminggu, jangan risau, ada perisian yang memang PERCUMA untuk anda. Ianya memang percuma tanpa apa-apa bayaran.

Boleh download perisian ini dan memang saya gunakan perisian ini.

WhatsDirect – Masukkan sahaja nombor penerima, mesej dan anda boleh hantar terus kepada orang tersebut. Terhad untuk 1 penerima sahaja. Kalau anda ada 10 penerima, anda perlu masukkan 10 nombor satu persatu. Sebab ianya percuma, kenalah lakukan perkara ini.

Kalau tak nak pening-pening kepala, guna je Waboost ini. Paling simple dan antara yang sangat efektif untuk jangka masa pendek, jangka masa panjang dan juga, untuk anda membina database anda sendiri.

Ringkas je teknik Whatsapp Blast pada kali ini. Saya tak banyak cerita teori dan step by step, lebih berkongsi fungsi perisian ini daripada step by step. Pada saya, step by step penggunaan perisian ini tidaklah sukar kerana pihak syarikat memang ada menyediakan latihan untuk anda sendiri cuba. 

Apapun, bergantung kepada teknik dan strategi anda, anda perlu untuk buat pilihan sendiri perisian yang mana yang bagus untuk kegunaan sales dan marketing anda untuk jangka masa panjang.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *