3 Cara Buat Duit Dengan Shopee – No 3 Simple

Pada kali ini, saya nak tunjuk cara buat duit dengan Shopee yang ramai belum beritahu. Asyik habis duit sahaja di Shopee, tiba masanya untuk anda cuba dapatkan income dari Shopee ini. Macam mana tu? Boleh baca artikel ini sampai habis untuk anda manfaatkan beberapa strategi yang anda boleh lakukan untuk mula tambah income dengan Shopee.

Bila teringat Shopee tentu anda nak berbelanja sakan, mungkin dah habis banyak duit di Shopee. Akan tetapi, percayalah yang anda sebenarnya pun boleh dapat banyak income secara part time ataupun full time dengan Shopee.

Apa yang lebih penting daripada itu adalah, strategi yang bakal kami tunjuk ini mudah sahaja. Anda ada kemahuan, konsisten dalam marketing, insyaAllah anda akan mula nampak hasilnya. Ada yang boleh nampak hasil selepas seminggu menggunakan strategi dalam artikel di sini.

cara buat duit dengan shopee

Pengunjung Harian Shopee Tinggi

Rasanya saya tak perlu lagi kenalkan Shopee kepada anda. Saya yakin, anda yang datang ke artikel ini mesti tahu berkenaan dengan Shopee. Ianya merupakan platform jual beli barang secara online yang mempunyai pengunjung yang paling tinggi di Malaysia. Di sini, anda boleh membeli pelbagai barangan dan menjual pelbagai barangan secara mudah.

Dianggarkan pelanggan yang datang ke laman web Shopee adalah sebanyak lebih 38,000 pelanggan sehari. Sangat banyak dan disinilah peluang untuk anda tambah income. Dalam banyak-banyak pelanggan ini, mesti akan ada yang membeli dari kedai anda kalau anda gunakan strategi dan teknik yang betul untuk tarik pelanggan.

Buat Duit Dengan Shopee – Dropship

Saya nak mula dengan Dropship dahulu. Apa itu dropship, secara mudah, dropship ini anda tak perlu nak simpan barang, fokus kepada pemasaran sahaja. Apabila ada pelanggan yang nak membeli dari anda, anda beritahu je dropshipper. Dropshipper yang akan uruskan penghantaran dan lain-lain.

Cuma  anda kena jual barang tersebut lebih mahal sedikit daripada harga yang dropshipper tawarkan untuk mendapatkan sedikit keuntungan. Kalau anda nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan konsep Dropship ini, boleh tengok artikel kami di SINI.

Dropship adalah antara cara yang cepat dan mudah untuk tambah income dan pendapatan di Shopee. Saya yakin yang anda pun boleh gunakan strategi ini untuk mula tambah income dan tambah pendapatan dengan Shopee. 

Akan timbul pula persoalan, macam mana nak cari supplier dropship ini? Ya betul, supplier memang memainkan peranan yang penting untuk perniagaan dropship anda. Ada banyak cara untuk mendapatkan supplier, untuk info lebih lanjut macam mana nak dapatkan supplier dropship ini anda boleh tengok dengan lebih lanjut di SINI. Anda boleh mula menjual pelbagai produk seperti tudung, barangan baby dan lain-lain di Shopee ini. 

Nak guna konsep dropship ini memang tiada masalah kerana konsep dropship ini mudah dan tak perlukan kos yang tinggi untuk simpan barang. Anda sendiri boleh cuba kalau tak percaya.

Jadi Penjual Di Shopee – Memang Boleh Buat Duit

Ini memang tujuan Shopee, anda boleh menjadi penjual di Shopee melalui step ataupun langkah yang sangat mudah sahaja. Memang Shopee ini telahpun dipenuhi dengan penjual akan tetapi, disebabkan oleh bilangan pengguna di Malaysia yang semakin ramai, peluang untuk anda buat duit dengan Shopee itu memang sentiasa ada.

Akses internet yang semakin luas, harga peranti yang semakin murah, juga pakej internet seperti prepaid dan postpaid pun dah semakin murah sekrang ini. Disebabkan itu, peluang untuk mendapatkan pembeli akan sentiasa ada.

Sebelum anda nak mula menjual di Shopee, apa yang anda perlu lihat adalah untuk tahu barang apa yang sesuai untuk anda bermula. Niche apa yang anda tak sesuai nak masuk dahulu? Perkara ini sangat penting kerana apabila anda tersalah masuk ataupun masuk dalam niche yang terlalu banyak pesaing, takut anda akan kalah di situ.

Untuk elakkan daripada kedua-dua perkara tersebut, boleh baca 2 artikel kami di bawah ini;

Alang-alang nak berniaga di Shopee ini, biarlah berniaga sampai jadi dan laku. Kedua-dua artikel di atas ini memang akan membantu anda sedikit sebanyak untuk mula buat duit ataupun tambah income dengan Shopee.

Dah jumpa niche ataupun topik yang sesuai untuk anda mula menjual, anda bolehlah cuba menjual di Shopee. Tapi sebelum tu, niche ni apa? Ianya adalah tema ataupun topik untuk kedai anda. Contoh topik seperti memancing, survival dan lain-lain. Ada topik yang unik, lebih mudah untuk anda nak buat jualan.

Dah jumpa niche, anda boleh mula menjual produk anda di Shopee. Nak cari pembekal pula, boleh gunakan strategi dropship pada permulaan ataupun cuba cari dikedai berhampiran seperti di Mr DIY dan lain-lain untuk permulaan. Lepas dah nampak hasil dan ada transaksi jual beli, bolehlah mula untuk mendapatkan pembekal dari Taobao. Kalau anda nak cari pembekal, Taobao paling puas hati dengan harga dan kualiti yang diberikan.

Jadi Affiliate Kepada Shopee – Paling Simple

Anda promosi je Shopee ini walaupun tanpa menjual. Macam mana tu? Anda mendaftar dengan laman web seperti Involve Asia ini, Kemudian, cuba promosi produk di Shopee. Jika ada yang membeli, anda akan dapat sedikit komisyen. Teknik ini memang boleh dilakukan dan tiada masalah. 

Di Involve Asia, tidak terhad kepada Shopee, anda pun boleh mempromosikan produk lain seperti Lazada dan saya pun sedang mempromosikan produk Carsome. Jika ada yang membeli, saya akan dapat sedikit komisyen untuk itu.

Cara Nak Promosi

Perlu kerap promosi, promosi dan promosi…

Untuk gunakan strategi ini, apa yang anda perlukan adalah untuk membina laman web yang berasaskan kepada review. Anda review produk anda dan lebih mudah untuk anda menggunakan platform blog, youtube dan juga mungkin Facebook.

Buat je blog, boleh tengok step by step di SINI. Dalam blog tersebut, anda boleh review banyak produk dan dalam setiap produk anda sertakan link affiliate anda. Buat artikel secara konsisten, insyaAllah anda akan lihat hasilnya nanti.

Strategi promosi kedua adalah dengan menggunakan youtube. Daripada youtube, lebih mudah untuk anda promosikan pelbagai produk yang ada di pasaran. Anda boleh tengok beberapa artikel kami berkenaan dengan Youtube Channel seperti di bawah ini;

Strategi seterusnya adalah dengan menggunakan Facebook  untuk mempromosikan produk anda. Mudah sahaja, buat Facebook page dan review produk di Shopee. Gunakan software Fboom bagi membantu memasarkan produk yang anda nak review itu ke dalam facebook group secara automatik. Nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan info di SINI.

Apapun, mudah dan senang je sebenarnya cara buat duit dengan Shopee ini. Pilih je salah satu strategi dan lakukan secara konsisten, nanti anda akan nampak hasilnya.

Related Posts

13 thoughts on “3 Cara Buat Duit Dengan Shopee – No 3 Simple

  1. Cara nak tambah duit dengan shopee ni nampak macam mudah juga tapi nak kena baca lagi ni berkali-kali. Ye lah dengan kos barang meningkat sekarang ni kena cari income sampingan juga kan?.

    1. betul, shopee nampak simple je. Boleh cuba la dan tak susah pun sebenarnya.

    1. boleh je nak try bro, tak ada masalah. Yang penting cuba kalau tak cuba tak tau.

    1. haha, tak pe pelan2 nanti bila dah nampak cara akan nampak mudah.

  2. Ramai kalangan kawan Saya yang menjual melalui Shopee.. mereka ajak juga tapi Saya lebih nak fokus pada blog aja.. menarik perkongsian ni..

    1. dari blog pun boleh, boleh guna strategi affiliate di Shopee, pun not bad juga.

    1. betul dan terima kasih, teruskan konsisten nanti akan nampak hasilnya.

  3. Since memang rajin buat blog sekarang, nak try selitkan Affiliate links juga la whenever promote barang2 kat articles kan.. thanks for the sharing bro!

    1. welcome, ya selit je affiliate link tu, mana tau ada yang sangkut.

  4. Thanks for the tips on how to generate income using shopee. Would love really try to learn this in-depth one day. Thanks for sharing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest