5 Cara Beli Barang di Taobao 2022

Macam mana tips dan cara beli barang di Taobao terutama sekali kalau anda yang tak mahir dan tak fasih dalam berbahasa mandarin. Saya pasti, anda yang datang ke sini pasti pernah dengar berkenaan dengan Taobao. Jadi saya tak perlu nak perkenalkan anda kepada laman web tersebut.

Akan tetapi, macam mana cara yang sesuai untuk beli barang di Taobao. Artikel pada kali ini, kami nak guide anda untuk cuba membuat pembelian barangan di Taobao supaya lebih mudah untuk anda membuat pembelian dan kemudian jual semula barangan tersebut di Malaysia nanti.

Ada mitos yang mengatakan, barang di China ini berkualiti rendah, akan tetapi, ada juga yang mempunyai kualiti yang bagus dan baik. Macam mana, boleh baca sampai habis.

cara beli barang di taobao

Beli Barang Dari China – Releven Ke?

Jika dahulu, ramai yang terus nak ke China dan memborong di sana. Itu sebelum ada Covid-19 la, tetapi sekarang ini keadaan sudah berubah. Nak travel ke oversea terutama lubuk-lubuk borong macam China, Vietnam, dan lain-lain ni kena fikir banyak kali juga. Takut nanti balik melancong, bawak penyakit dan menjangkiti orang lain pula.

Lagipun, kalau anda pergi ke China, anda kena fikirkan semua kos-kos dan logistik yang anda perlu tanggung. Apa itu kos yang terlibat?

  • Tiket kapal terbang pegi balik – kos sekitar Rm3k ke 4k
  • Kos tempat tinggal di China nanti
  • Kos makanan di Beijing
  • Shipping dan bagasi

Kalau anda nak menjual, jualan anda tu kena cover semua kos ini barulah balik modal. Kalau tak dapat nak cover, lebih baik cuba je beli barang di Taobao.

Segmen Pelanggan Berbeza Taobao

Sebelum saya nak memperkenalkan Taobao, tak lengkap kalau saya tak perkenalkan juga Alibaba dan Aliexpress. Ketiga-tiga syarikat ini adalah daripada kumpulan yang sama dan terkini, pada tahun 2018, syarikat Alibaba juga sudah mula melabur dalam Lazada dan jumlah pelaburan yang dinyatakan adalah sekitar USD4 Billion

Apapun, pada kali ini, saya tak nak bercakap berkenaan dengan Lazada. Lazada lebih kepada segmen pengguna di Malaysia dan di Asia Tenggara. 

Untuk info, Alibaba diwujudkan khas untuk pemborong besar yang menawarkan jumlah kuantiti yang besar. Kebiasannya adalah sekitar 1000 unit sehingga 10000 unit untuk setiap produk yang dipesan. Disebabkan oleh kuantiti yang besar, harga yang ditawarkan pula adalah sangat murah berbading dengan harga pasaran.

Aliexpress pula adalah untuk segmen pengguna. Saya pun pernah membeli barangan di Aliexpress ini. Kalau barangan yang anda nak tu, tak perlu nak cepat, boleh juga untuk cuba tengok-tengok apa yang ada di Aliexpress. Walaupun tujuan asal Aliexpress adalah untuk segmen pengguna di US, tetapi tak ada masalah walaupun di Malaysia untuk membeli di Aliexpress ini.

Taobao pula bukanlah untuk segmen pengguna dan bukan untuk pemborong besar. Ianya tengah-tengah ataupun dalam bahasa mudah, untuk pemborong kecil yang mungkin baru nak mencuba untuk menjual barangan di Malaysia ini. Anda boleh membuat pembelian di Taobao dari serendah 5 unit sehingga ke 10 unit ataupun lebih ikut kepada situasi. Disebabkan oleh itu, ianya memang menjadi satu platform yang disukai oleh pemborong-pemborong kecil-kecilan.

Mahu ataupun tidak, ramai yang dah mula membeli di taobao dan ada yang saya kenal, mula menjual semula barangan yang mereka beli di platform seperti Shopee dan Lazada. Kalau anda nak mula membeli barangan di Taobao, boleh teruskan membaca artikel di sini.

Nak Mula Membeli Di Taobao

Sebelum anda ke laman web Taobao, saya tahu, anda boleh sahaja dan mungkin dah pernah pergi ke laman web Taobao. Jika tak mahir bahasa mandarin, guna sahaja google chrome dan klik butang kanan untuk translare ke dalam bahasa Inggeris. Mudah dah boleh nampak. Cuma saya lebih galakkan untuk anda baca dahulu perkongsian di bawah ini untuk elak daripada isu barangan yang tak sampai ataupun mungkin ditipu penjual.

Ianya adalah pengalaman bro Nigel sendiri mula membeli pelbagai barangan di Taobao. Dah baca perkongsian ini, mungkin sedikit tenang hati untuk anda mula membeli barangan di sana nanti.

Sebelum pergi lebih jauh, adalah lebih baik untuk anda “create akaun” dahulu dengan Taobao. Jika anda dah pernah buka akaun di Shopee, Lazada dan lain-lain, buka akaun di taobao ini memang tak susah pun.

Dah ada akaun, lebih mudah untuk anda scroll pelbagai barangan di Taobao nanti. Jangan lupa untuk gunakan sekali google translate kerana ada bahagian dalam Taobao yang tak boleh nak di terjemahkan dalam bahasa Inggeris. Dengan itu, lebih mudah jika anda google translate.

Isi Alamat Di Taobao

Bahagian paling sukar adalah untuk isi alamat di taobao. Apapun, kena pilih negeri dan juga negara Malaysia. Untuk double confirm, menggunakan google translate adalah lebih baik untuk perkara ini.

Sebelum sentuh bab pembayaran, jika memang anda nak mula memborong di Taobao, boleh kata wajib untuk dengar dulu perkongsian daripada bro Nogel di SINI. Kenapa? Untuk elak daripada di tipu dan barang yang tak sampai. Apalah sangat pelaburan awal ini jika akhirnya anda tak perlu nak pening kepala lagi memikirkan barangan yang anda pesan boleh sampai ataupun sebaliknya.

Pembayaran di Taobao

Sekarang ini pembayaran di taobao boleh menggunakan Alipay. Ini bermakna, selain daripada kad kredit dan kad debit, anda juga boleh menggunakan bayaran online transfer untuk memudahkan urusan jual beli anda. Memang menggunakan Alipay ini memudahkan banyak perkara.

Ada beberapa bank yang di terima untuk pembayaran di Taobao, antaranya adalah CIMB, Maybank dan lain-lain. Boleh cuba untuk buat pembelian di sana nanti.

Kenapa Taobao Menjadi Pilihan Pemborong

Harganya yang lebih murah serta kauntiti yang boleh dibeli pun memang sesuai dengan pemborong. Kepada yang nak cuba-cuba, boleh buat pembelian di Taobao nanti.

Yang tak menarik, laman web dalam bahasa mandarin, juga penghantaran memang agak lama. Sebab itu anda kena plan sendiri barangan anda dan mana yang sesuai untuk anda beli dan jual semula. Pastikan barangan yang anda beli itu adalah barangan yang laku keras dan ada pembeli yang akan beli di Malaysia.

Harga di Shopee = RM155.50
Harga di China = RM97 + RM21 (shipping) = RM118 sahaja.
Harga di Shopee = RM88.80
Harga di China = RM34 + RM9.30 (shipping) = RM43.30 sahaja.

Banyak lagi deal seperti ini yang anda boleh dapat. Dah dapat deal yang murah-murah, bolehlah cuba jual semula dengan harga pasaran agar anda pun bolehlah merasai untung.

Kalau anda list 100 barang seperti ini, insyaAllah akan ada yang beli punya. Tak percaya boleh cuba. Dah alang-alang nak beli di Taobao, saya memang rekemen anda baca dahulu perkongsian dari Bro Nigel yang saya kongsikan seperti di atas.

Apapun, bukan menjadi rahsia lagi, ramai yang mula membeli pelbagai barangan di Taobao. Kedai-kedai selain daripada kedai Shopee, ramai yang mula mendapatkan pelbagai barangan di Taobao ini. Jika memang anda nak memborong, teruskan sahaja niat murni anda tersebut.

Sampai sini sahaja tips dan cara beli barang di Taobao ini. Harap, artikel ini memberikan anda info yang berguna untuk anda mula memborong di sana nanti. 

Related Posts

22 thoughts on “5 Cara Beli Barang di Taobao 2022

  1. Thank you share info ni. Ni nak raya ni, bolehla shopping kat taobao buat bisnes

    1. Betul tu dan tepat sekali, boleh la explore Taobao ni dan harap artikel ini membantu la serba sedikit.

  2. Rawlins pernah try sebelum nie tapi sebab tak mahir berbahasa Cina, terus tak jadi beli. Now dah ada info nie, boleh try beli lagi.

    1. Ya bro, boleh cuba beli dan sangat berbaloi.

    2. Ya bro, boleh cuba beli dan sangat berbaloi. Lagila kalau involve dengan business online memang perlu untuk beli di Taobao.

  3. Kita tak pernah beli kat Taobao ni dengar org kata murah dab bebaloi juga nak try tapi tak berani.. lepas baca artikel ni ada membantu tuk tahu cara beli kat situ good info..

    1. terima kasih, ya memang boleh kalau nak beli dan kalau involve dengan business online, boleh explore Taobao ni.

  4. Dulu masa belajar ada sorang student dari China . So dia la selalu tolong belikan barang dari Taobao nih..Sekarang ni boleh dah follow tutorial ni pula kalau nak beli sendiri. Thanks share.

    1. ya betul, sekarang ni tak perlu dah nak beli barang dari China dan memang dah boleh beli sendiri je di Taobao.

  5. No wonder orang rumah suka beli barang2 kat Taobao walaupun i promote kaw2 Shopee with them masa jadi SA dulu2.. 🙂 ni rahsianya duhal… nak explore juga la, boleh borong and jadi seller after this as a business startup plan juga kan,.. tak perlu fly there to beli stock dah lepas ni..

    1. betul bro, memang tak perlu fly ke sana untuk beli barang borong lepas ni. Taobao je mudah.

  6. Taobao ni dari 10 tahun dulu menjadi solusi untuk usahawan online restock barang. Cuma sebelum pandemik COVID-19 ramai suka join trip borong ke China, Vietnam, Bandung. Hehehe. Pastu kekangan pemahaman bahasa di Taobao masa tu pun lagi la kita susah nak faham. Hahaha. Sekarang dah mudah, ada translate. Diskus dengan jurujual di Taobao pun mudah. Straightforward bg tau nak ape. Mereka bg quotation. Pastu setel hal shipping. Dari China ke Malaysia pun dah ambil masa seminggu je sekarang. Dulu sebulan dua menunggu. Gigih kan? Hahaha.

    1. waaa menarik ni, ada pengalaman yang bagus. Ok tu, walaupun dua bulan tunggu dulu, sekarang ni dah mudah alhamdulilah

    1. welcome. boleh tak ada masalah, cuma taobao ni tak sesuai nak shopping sangat, lebih kepada nak borong

  7. Adik ipar saya pun beli barang niaga dekat Taobao. Harga murah dan barang pun berkualiti. Memang sesuai untuk para peniaga.

    1. betul sangat-sangat, boleh cuba beli barang di Taobao ni memang sangat berbaloi.

  8. Ramai juga kawan-kawan saya yang berniaga, membeli barangan untuk diniagakan di Taobao. Memang mudah je urusannya kata mereka. Saya belum pernah cuba. Tapi, since ramai yang kata berbaloi, bolehlah cuba nanti.

    1. betul boleh sangat cuba, sekarang pun dah ada banyak tempat utk translate chinese., jadi lebih mudah la nak memborong.

  9. Nice sharing. Selalu juga survey2 produk kat sini. Tapi tak berani nak beli lagi .

    1. takpe, awal2 boleh la survey2 terutama kalau nak buat business online. Memang berbaloi survey di taobao.

  10. This is indeed an interesting article with so many useful tips for shopping on taobao. i learned a lot from you today 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest