6 Info Pemborong Tudung Bawal Murah 2024

Di mana nak dapatkan pemborong tudung bawal? Artikel pada kali ini, kami akan berikan beberapa senarai pemborong untuk tudung khusus kepada anda yang nak memulakan perniagaan tudung anda sendiri. Yang penting, boleh dapatkan info lanjut di artikel ini dan baca sampai habis kerana kami akan dedahkan beberapa senarai pemborong untuk anda terus bermula, hari ini juga.

Tudung ialah sebahagian daripada pakaian harian wanita Islam di Malaysia. Tudung bawal menjadi antara hot selling item kerana mendapat pesanan dan belian sepanjang tahun. Terutama sekali ketika musim perayaan, pasti banyak pesanan daripada pelanggan. Jika anda ingin memulakan perniagaan tudung, pastinya anda ingin tahu di mana lubuk pemborong tudung yang murah? Artikel kali ini, kami ingin kongsikan beberapa lubuk pemborong tudung yang perlu anda ketahui.

Perniagaan tudung bawal merupakan salah satu perniagaan yang menguntungkan. Tudung bawal mendapat pesanan dan tempahan sepanjang tahun kerana digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti menghadiri sekolah, tempat kerja, majlis keraian dan banyak lagi. Tudung juga mempunyai gaya fesyen yang luas. Selain menjualnya dengan aneka saiz bidang, anda boleh menambah manik atau sulaman untuk meningkatkan nilai jualan anda. Daripada harga borong RM5.50 sehelai, anda boleh menjualnya sehingga RM60.00!

pemborong tudung bawal

Macam Mana Nak Bermula

Mungkin anda juga terfikir di mana tempat untuk menjual tudung yang bagus. Jangan risau! Sekiranya anda ingin menjimatkan modal sewa tapak pasar malam atau sewa butik, anda boleh berniaga secara online di Facebook, Instagram dan berniaga di Shopee. Anda boleh membungkus pesanan di rumah dan hantarkan sahaja melalui pos. Mudah bukan? 

Tapi, sebelum memulakan perniagaan, anda haruslah survei dahulu jenis tudung yang anda ingin jual. Setiap jenis tudung mempunyai penggemar dari kumpulan usia yang berbeza. Anda perlulah merancang terlebih dahulu supaya dapat menarik pelanggan yang ramai. Anda boleh membuat survei berdasarkan tudung yang banyak dijual di pasaran dan bertanya kepada pihak penjual borong. Mari kita lihat lubuk pemborong tudung yang menjadi pilihan para peniaga-peniaga tudung bawal.

Permulaan awal anda bolehlah menggunakan konsep dropship, tetapi jika sudah bermula, anda bolehlah mencuba untuk mencari penjual ataupun supplier. Ini merupakan antara faktor terpenting untuk anda sukses dalam perniagaan anda. Apapun, berikut adalah antara tempat untuk anda dapatkan “networking” supplier dan mula untuk menjual dan menjadi pemborong.

Kenanga Wholesale City

Terletak berdekatan Berjaya Times Square di Jalan Kenanga, Pudu, KWC merupakan syurga borong bagi para penjual. Pelbagai jenis barangan dijual di sini dengan harga borong. Tudung bawal, tudung sarung dan apa sahaja jenis tudung boleh didapatkan di sini. Anda boleh tawar menawar harga apabila membeli dengan jumlah yang besar. Bayangkan, sehelai tudung yang berharga RM25 boleh jatuh sehingga RM19 apabila anda beli sebanyak 3 helai. Jika anda beli lebih banyak, sudah tentu anda boleh dapat harga jauh lebih murah!

GM Klang

GM Klang merupakan pusat borong terbesar di Selangor. Selain tudung bawal, pelbagai barangan lagi boleh didapati di sini seperti baju, beg dan aksesori. Anda boleh mendapatkan kerongsang, cincin tudung dan anak tudung sebagai produk sampingan dalam perniagaan anda.

Penjual di sana juga sangat baik hati dan sudi membantu anda mendapatkan jenis tudung yang anda mahukan. Anda juga boleh tawar menawar dengan penjual untuk mendapatkan harga yang rendah. Kalau anda nak tahu, GM mempunyai cawangan lain di Chow Kit dengan nama Plaza GM Kuala Lumpur.

Lokasi GM Klang ini tidaklah susah untuk anda pergi, sekali lagi perlu diingatkan, anda perlu membina networking dengan pemborong di sini.

Jalan Masjid India

Di sekitar Masjid India juga terdapat pelbagai kedai menjual kain tudung. Kebanyakan kedai atau house dibuka oleh peniaga dari Pakistan. Mereka mendapatkan tudung mereka daripada China, Vietnam dan Bandung. Sekiranya anda pergi ke sana untuk pertama kali, anda akan dapati mereka menawarkan pada harga yang agak mahal tetapi sekiranya anda pandai tawar-menawar, anda boleh mendapatkan deal yang menguntungkan bagi anda.

Selain Jalan Masjid India, Jalan TAR dan Jalan Chow Kit juga antara pilihan yang baik untuk mencari stok borong tudung bawal. Singgah-singgahlah untuk membuat survei dan mencari tudung dengan kain yang berkualiti dan mengikuti trend terkini.

Boleh juga ikuti tips dan perkongsian Puan Madihah Untuk mendapatkan supplier business tudung beliau di SINI.

Borong direct dari China

Jika anda mempunyai modal yang besar, anda boleh pergi ke China untuk melihat sendiri kilang-kilang yang menjual tudung di sana. Anda boleh memilih daripada koleksi sedia ada ataupun membuat design sendiri. Harga yang ditawarkan di kilang China adalah jauh lebih murah berbanding kilang tempatan. Namun, pastinya jika anda ingin lebih penjimatan, anda perlu menempah dalam kuantiti yang besar. Modal yang diperlukan adalah sekitar RM4000 untuk mendapat pulangan yang lumayan. 

Anda boleh mencari business-tourguide untuk membantu anda membuat urus niaga di sana. Selain China, kilang tudung di Vietnam dan Bandung juga menjadi pilihan peniaga untuk memborong tudung jualan mereka.

Tips dan info lanjut untuk mendapatkan pemborong dari China ini anda boleh tengok informasi di bawah.

Borong Online dari China

Dengan kuasa online shopping, kini anda boleh memborong daripada website e commerce China seperti Taobao, Alibaba, dan 1688. Untuk memudahkan pemborong baru, Taobao mempunyai website agen di Malaysia iaitu SGShop. Website ini menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami untuk keperluan pemborong daripada Malaysia. Kebiasaannya, anda juga akan perlu berurusan dengan pihak penjual melalui WeChat untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

Untuk info ataupun tips lebih lanjut berkenaan dengan cara untuk memborong dari China dan tidak terhad kepada pemborong tudung bawal sahaja, boleh tengok DI SINI.

Mulakan Sekarang

Ini adalah antara tempat untuk anda mendapatkan pemborong dari Malaysia. Untuk informasi lanjut berkenaan dengan perniagaan tudung ini, boleh tengok video di bawah.

Terdapat juga website pemborong tempatan yang membolehkan anda untuk membeli terus daripada kilang. Hanya search “borong tudung” dan anda akan dapati banyak website dan facebook page yang menawarkan khidmat borong tudung dengan harga kilang.

Juga sedikit perkongsian kami bagi anda yang nak dapatkan info lanjut berkenaan dengan business tudung jenama sendiri di SINI.

Kami berharap artikel ini membantu anda untuk menjalankan survei tempat borong sebelum memulakan perniagaan tudung anda. Sekiranya anda ingin mendapatkan tips-tips menarik untuk memulakan perniagaan tudung, anda boleh dapatkan e-book Rahsia Bisnes Tudung. Anda akan mempelajari tips-tips memikat pelanggan dan memilih pembekal serta pelbagai tips lain! Dapatkan ebook ini hanya di website di bawah.

Harapnya artikel pemborong tudung bawal ini memberikan anda informasi berkaitan dengan cara dan tips bagi mendapatkan pemborong yang anda mahukan dan terus memulakan perniagaan tudung.

Jangan lupa juga untuk subscribe channel telegram kami di atas untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan cara untuk memborong tudung.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *