Apa Itu ASB Financing? Tips 2023

Apa itu ASB Financing? Pada artikel ini, kami akan fokus kepada topik berkaitan dengan ASB loan, apa kesan baik dan kesan yang tidak bagus dalam menggunkan teknik ini. Juga pendapat peribadi saya berkenaan dengan isu dan topik ini. Kepada anda yang sedang mencari-cari info terkini berkenaan dengan penggunaan ASB financing ini, bolehlah dapatkan info lanjut dalam artikel di sini.

Amanah Saham Bumiputera (ASB) bukanlah satu perkara yang tidak asing dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Dengan manfaat yang terdapat dalam ASB telah menjadikan ASB sebagai pilihan masyarakat kita pada masa kini. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat pada masa kini ramai yang mula membuka akaun ASB masing-masing dan ada yang mula membuka akaun ASB untuk anak mereka.

apa itu asb financing

ASB Financing Adalah Salah Satu Produk ASB Yang Mendapat Permintaan

Dalam banyak-banyak produk ASB ada satu produk yang menjadi permintaan pada masa kini terutama sekali bagi mereka yang mempunyai akaun ASB. Asb financing adalah salah satu produk yang anda boleh manfaatkan terutama kalau anda tahu teknik dan cara penggunaan yang betul dalam menggunakan produk ASB Financing ini.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan ASB Financing?

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan ASB Financing ini? Jom saya terangkan maksud ASB Financing.

ASB Financing adalah satu fasiliti pinjaman ASB yang disediakan khusus untuk Bumiputera Malaysia sahaja. Apabila anda menggunakan fasiliti Asb Financing, anda dapat membuat pinjaman pinjaman wang dari ejen bank yang diiktiraf oleh ASB itu sendiri.

Sebagai contoh, apa itu ASB Financing adalah, anda pinjam dengan bank CIMB pada interest rate 4.5%, keuntungan ataupun dividen ASB adalah sekitar dalam 8 ke 8.5%. Dari situ, anda boleh mendapat sedikit keuntungan “atas angin” daripada teknik ini sebagai salah satu cara untuk kembangkan modal anda.

Adakah Kita Boleh Menggunakan Wang Dari Pinjaman ASB Financing Untuk Kegunaan Lain?

Walaupun ASB Financing ini adalah satu fasiliti pinjaman, itu tidak bermaksud anda akan mendapatkan wang cash dari pinjaman tersebut dan itu tidak bermakna anda dapat menggunakan pinjaman tersebut untuk tujuan lain. Pinjaman ASB Financing ini hanya boleh digunakan untuk kita membeli sijil pelaburan ASB. Biasanya, pihak bank tidak akan memberikan kita cash sebaliknya wang tersebut akan terus dilaburkan dalam saham ASB yang akan di beli.

Berapa Jumlah Pinjaman ASB Financing Yang Boleh Kita Mohon?

Sama seperti pinjaman yang lain, ASB Financing juga mempunyai had pinjaman yang telah ditetapkan iaitu bermula dari RM 10 ribu sehingga RM 200 ribu, hanya untuk pelaburan saham ASB sahaja.

Jumlah pinjaman yang besar akan menyebabkan anda mempunyai jumlah installment bulanan yang tinggi. Ada sesetengah bank yang menjadikan ASB ini sebagai salah satu komitmen dalam pinjaman rumah. Boleh baca juga beberapa info lanjut berkaitan dengan pinjaman dalam ASB ini di dalam artikel kami di bawah;

Apa Syarat Kelayakan Dan Dokumen Yang Diperlukan?

1.    Bumiputera yang berusia 18tahun ke atas sahaja.

2.    Ada pendapatan tetap setiap bulan sama ada bergaji atau berniaga. Sekiranya bergaji, apa yang perlu anda sediakan ialah:

                      I.        payslip 3 bulan (swasta), 2 bulan (gov).

                    II.        Sekiranya berniaga atau bekerja sendiri, 6 bulan akaun bank statement

                    (wajib) & Penyata KWSP yang terkini.

3.    Pastikan rekod CCRIS dan CTOS anda berada dalam keadaan bersih.

4.    DSR tidak melebihi penanda aras untuk gaji :

     a) RM3000 ke atas = 85%

     b) RM3000 ke bawah = 60%

5.    Penyata PTPTN

6.    Bagi yang tidak bekerja tetapi ada pendapatan tiap bulan, anda boleh jadikan ahli keluarga yang bergaji tetap setiap bulan sebagai pemohon bersama.

7.    Photocopy MyKad

8.    Penyata akaun ASB yang terkini (untuk rujukan nombor akaun ASB anda)

Berapa Lama Tempoh Pinjaman ASB Financing?

Biasanya, untuk mendapat keuntungan yang maksimum, kita sangat digalakkan untuk mengambil tempoh pinjaman yang panjang. Ini kerana, jika kita mengambil pinjaman dalam tempoh yang panjang bayaran bulanan anda akan menjadi lebih rendah dan anda mampu untuk membayarnya.

 Pinjaman yang lebih panjang akan menyebabkan kadar “interest rate” yang anda perlu bayar adalah semakin tinggi. Jadinya, anda perlu untuk pertimbangkan banyak faktor untuk melanggan ASB loan ini. Apapun, sekali lagi, ianya terpulang kepada anda untuk mendapatkan info lanjut berkaitan dengan ASB ini.

Apapun terbaru, anda boleh tengok dalam video di bawah ini pandangan kami berkenaan dengan topik ASB Loan.

Bank Yang Boleh Buat Pinjaman ASB Financing

Ada sesetengah bank yang menyediakan perkhidmatan pinjaman ASB Financing. Antaranya ialah:

  1.     Maybank
  2.     Maybank Islamic
  3.     CIMB Bank
  4.     CIMB Islamic
  5.     RHB Bank
  6.     RHB Islamic Bank
  7.     Alliance Bank
  8.     Alliance Islamic
  9.     Bank Simpanan Nasional (BSN)
  10.     Ambank
  11.     Ambank Islamic
  12.     Affin Bank
  13.     Affin Islamic
  14.     Bank Muamalat
  15.     HongLeong Bank
  16.     HongLeong Islamic Bank
  17.     Bank Islam

Ini adalah antara bank-bank yang boleh berikan kemudahan ASB loan kepada anda. Boleh dapatkan info lanjut dari cawangan mereka.

Ambil Pinjaman Mengikut Kemampuan

Walaupun ASB Financing ini digunakan untuk anda membuat pinjaman bagi pelaburan saham ASB, anda tetap perlu mengamalkan sikap cermat dalam memohon pinjaman. Memang benar anda mahu mendapatkan dividen yang tinggi tetapi jika anda memohon pinjaman di luar dari kemampuan anda. Jadi, seeloknya buatlah pinjaman mengikut kemampuan kita supaya tidak membebankan kita d kemudian hari.

Jangan lupa untuk anda baca juga artikel kami yang lain berkaitan dengan ASB dan juga ASB financing. Boleh tengok beberapa artikel di bawah ini;

Terus lakukan kajian dan jika sesuai, bolehlah terus melanggan. Harapnya, artikel apa itu ASB financing ini memberikan pencerahan kepada anda mendapatkan idea pelaburan yang baik untuk kewangan anda. 

Apapun, jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami di bawah dan dapatkan Ebook percuma pelaburan di Malaysia;

Ambil dalam jumlah sedikit dahulu kemudian setelah selesai membayar pinjaman tersebut dan anda ada kemampuan untuk membuat pinjaman yang tinggi  barulah anda memohon pinjaman ASB Financing dalam skala yang besar.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *