4 Trick ASB Loan CIMB – ROI 69%

Kali ini kami nak kongsi beberapa manfaat ASB loan CIMB. Siapa yang tak pernah dengar pasal Amanah Saham Berhad (ASB) kan, pada artikel kali ini, kami nak bawakan 4 teknik macam mana nak manfaatkan ASB loan anda supaya dapat keuntungan berganda. Apabila dah dapat keuntungan tersebut, boleh manfaatkan sebainya sama ada anda nak enjoy sikit ataupun nak laburkan semula duit-duit tersebut. Kali ini, kami nak berikan anda 4 teknik untuk anda manfaatkan ASB anda.

Sebelum pergi lebih jauh lagi, untuk info, ASB terbahagi kepada 2, iaitu ASB pelaburan biasa dan satu lagi lebih popular sebagai ASB-F (F adalah financing). Ianya adalah salah satu teknik pelaburan yang popular untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi pada masa yang terhad (expected 5 hingga ke 6 tahun). 

ASB-F adalah pinjaman daripada bank ke atas pembiayaan tersebut. Prinsip asasnya mudah, interest daripada bank adalah sekitar 4% – 5% manakala pinjaman ASB pula membolehkan anda mempunyai pulangan sebanyak 7% – 8% setahun. Daripada situ, anda boleh mendapat sedikit keuntungan (Return On Investment melebihi 50%) dalam masa yang ditetapkan. Nak tahu lebih lanjut, kami share teknik ini terutama kalau anda gunakan pinjaman dari CIMB.

asb loan cimb

Ringkasan Produk Yang Ditawarkan CIMB

  • Jumlah pembiayaan : Maksimum RM200k
  • Margin Pembiayaan : 100%
  • * Kadar Asas (Interest) : BR + 1.2% 
  • Tempoh Pinjaman : 30 Tahun Maksimum

* Kadar asas berubah bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh bank dan juga interest daripada Bank Negara. Pakej mungkin berubah-rubah dan perlu rujuk pegawai ataupun agen yang terlibat.

Trick 1 : Teknik The Hulk

Sekarang memang banyak bank yang offer pembiayaan Amanah Saham Bumiputra ini dan salah satunya adalah CIMB. Sebelum pergi kepada aspek teknikal, kan mudah kalau anda faham secara simple teknik ini berkenaan dengan apa. Teknik The Hulk adalah;

Bayar pada tahun pertama sahaja, tahun ke 2 hingga tahun ke 5, tak perlu bayar dah. Kenapa tak perlu bayar? Sebab anda boleh gunakan dividen dari ASB untuk bayar untuk tahun-tahun berikutnya.

Inilah teknik the hulk, sekali bayar je, tahun lain x perlu bayar. Simple kan, ok sekarang saya pergi kepada teknikal macam mana teknik ini boleh dilakukan. Senario pembiayaan adalah maksimum RM200k selama 30 tahun.

Berdasarakan kepada jadual di bawah ini, apabila anda membuat pembiayaan selama 30 tahun dengan jumlah RM200k, bayaran bulanan adalah RM1098/month.

Image may contain: text

Setahun : RM1098 x 12 = RM13176

Anggaran dividen ASB untuk loan RM200k : 7.5% = RM200k x 7.5% = 15k

Dividen ASB dah melebihi apa yang anda telah bayar selama setahun, jadi tahun kedua tak perlu bayar. Katalah anda terminate ASB pada tahun ke 5, berapa jumlah yang anda bakal dapat?

  • Tahun 1 – Duit sendiri RM13,176
  • Tahun 2 – Dividen ASB (RM15k) – Ansuran Bulanan (RM13,176) = RM1824
  • Tahun 3 – Dividen ASB (RM15k) – Ansuran Bulanan (RM13,176) = RM1824
  • Tahun 4 – Dividen ASB (RM15k) – Ansuran Bulanan (RM13,176) = RM1824
  • Tahun 5 – Dividen ASB (RM15k) – Ansuran Bulanan (RM13,176) = RM1824
  • Tahun 6 – Dividen RM15k dan terminate loan dengan CIMB

Jadi setelah 5 tahun, jumlah yang dipulangkan ke CIMB adalah, RM184,172 (rujuk agen atau pegawai berkaitan). 

Baki yang bakal anda perolehi adalah, RM15,828 (Rm200k – RM184,172).

Bersama dengan keuntungan lain RM15,828 + RM1824 x 5 = RM24,948. Maksudnya, dengan hanya RM13176 modal permulaan, anda bakal memperolehi pulangan melebihi 50% dalam tempoh setahun, menarik tak teknik the hulk?

Trick 2 : Teknik Iron Man

Teknik ni ada beza sikit dengan ttrick no 1 tadi. Trick pertama, anda cuma kena bayar bayaran bulanan selama setahun sahaja. Apa akan jadi kalau anda bayar je ansuran bulanan selama 5 tahun. Ni anggaran keuntungan yang anda bakal dapat.

Senario yang sama, pinjaman maksimum RM200k selama 30 tahun, bayaran bulanan yang anda perlu bayar untuk 30 tahun adalah, RM1098/month (rujuk jadual di atas). 

  • Tahun 1 – RM200k + (RM200k x 7.5%) = RM215k
  • Tahun 2 – RM215k + (RM215k x 7.5%) = RM231,125
  • Tahun 3 – RM231,125 + (RM231,125 x 7.5%) = RM248,459
  • Tahun 4 – RM248,459 + (RM248,459 x 7.5%) = RM267,093
  • Tahun 5 – RM267,093 + (RM267,093 x 7.5%) = RM287,124
  • Tahun 6 – RM287,124 x 7.5% = RM21,534

Selepas 5 tahun surrender sijil dan anda akan pulangkan kepada bank sebanyak RM184,172.  Hasil yang diperolehi daripada teknik ini adalah, RM308,658 – RM184,172 = RM124,486. Jumlah keuntungan yang diperolehi selepas tolak bayaran bulanan adalah RM58,606.

Memang satu keuntungan yang menarik apabila anda menggunakan teknik ini. 

Trick 3 : Teknik Thanos

Teknik ke 3 adalah teknik yang agak extreme. Ianya adalah apabila anda menggabungkan teknik no 1 dan teknik no 2 secara serentak untuk menjadi teknik no 3. Anda gunakan teknik pertama untuk dapatkan dividen dan biarkan sahaja ianya berjalan, anda masih lagi mendapat sedikit keuntungan daripada teknik tersebut.

Sijil ke-2 pula anda cuba apply pada masa yang sama dan amalkan tips yang kami katakan tadi. Simple je kan teknik ini dan anda boleh amalkan.

Trick 4 : Teknik Captain Amerika

Apabila dan sudah dapat keuntungan daripada teknik ini, apa yang anda perlukan adalah untuk laburkan semula ke dalam instrumen pelaburan lain seperti ASB loan CIMB di mana anda boleh mendapat dividen daripada pelaburan yang anda laburkan. Anda boleh laburkan dalam emas, ataupun masukkan ke dalam Tabung Haji. Boleh rujuk ARTIKEL INI untuk anda mendapat lebih banyak idea untuk instrumen penyimpanan yang paling baik untuk anda. 

Sediakan sedikit jumlah untuk anda “enjoy” dan selebihnya adalah masa untuk laburkan semula apa yang anda telah dapat. Juga boleh gunakan teknik untuk sebagai “force saving” dan jadikan sebagai downpayment 10% untuk pinjaman rumah. Kerana sekarang ini, tidak semua bank boleh memberikan pinjaman sebanyak 100%.

Keburukan ASB Loan CIMB Financing

Ada banyak ketidaktentuan sebab itu tidak digalakkan untuk anda menggunakan Trick 3 Thanos itu. Antara perkara yang tidak tentu yang paling ketara adalah;

#1 Interest Bank Berubah Ikut Kekuatan Ekonomi

Interest bank bergantung kepada ekonomi Malaysia. Juga bank perlu ikut kepada Bank Negara. Disebabkan itu, ianya tidak tetap dan berubah, apa jadi kalau tiba-tiba interest tinggi, tentunya bayaran bulanan yang anda perlu bayar akan menjadi semakin tinggi dan ROI anda pada masa itu akan berkurangan. 

#2 Dividen ASB Berubah

Setakat ini memang direkodkan yang dividen ASB adalah dalam anggaran 7% sehingga ke 8% setahun. Apa yang bakal terjadi kalau dividen ini tetiba berada di bawah 5%, tentunya ROI anda makin berkurangan pada tahun itu dan silap-silap, anda menjadi rugi. Disebabkan oleh ketidaktentuan ini, adalah dinasihatkan untuk anda membuat pelaburan berdasarkan kepada jumlah yang anda “boleh rugi”. Terkini, dividen ASB 2019 terendah dalam sejarah – KLIK SINI UNtuk Info.

#3 ASB – Financing ini adalah komitmen kepada sesetengah bank. Saya sebagai Agen Hartanah Berdaftar seringkali berjumpa dengan mereka yang ingin mendapatkan loan rumah, tetapi komitmen terlalu tinggi disebabkan oleh salah satu faktornya adalah pinjaman Amanah Saham Bumiputra ini. Boleh baca artikel ini untuk anda dapat info lanjut berkenaan dengan komitmen dalam pinjaman RUMAH INI.

Apapun, ini adalah berkenaan dengan ASB Loan CIMB financing ini dan lebih baik anda berjumpa dengan agen atau pegawai berkaitan sebelum membuat sebarang pelaburan. 

FAQ (Soalan Yang Sering Di Tanya Berkenaan dengan ASB Loan)

Apa Itu ASB Loan CIMB?

Anda buat loan dengan bank, sebagai contoh CIMB, RHB atau Maybank, dan laburkan semula dalam ASB.

Ada Untung ke ASB Loan CIMB ni?

Kebiasannya dividen ASB lagi tinggi dari interest yang dikenakan bank, anda boleh dapat sedikit keuntungan di sini.

Apa Beza ASB dan ASB Financing?

ASB adalah anda simpan duit di dalam akaun mereka, manakala ASB Financing pula, anda pinjam duit dari bank dan labur dalam ASB untuk dapat keuntungan.

Macam Mana Nak Terminate ASB Loan?

Pergi ke kaunter bank dan anda boleh terminate bila-bila masa. Pastikan juga kos dan penalti berkaitan.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest