Dividen ASB 2019 – Terendah Sejak 1990

Pihak Permodalan Nasional Berhad yang diwakili oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz baru sahaja mengumumkan dividen sebanyak 5% seunit beserta bonus 0.5% seunit menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen adalah sebanyak 5.5%. Bagi sesetengah, ini merupakan sesuatu yang tidak dijangka dan merupakan sesuatu yang mengejutkan terutama pelabur-pelabur yang mengharapkan dividen daripada ASB ini.

Menurut Tan Sri Zeti, saiz dana yang besar dan kelembapan ekonomi menyebabkan dividen pada kali ini jauh lebih rendah berbanding dengan sebelum-sebelum ini. Ianya pasti merupakan sesuatu yang dijangka oleh pelabur-pelabur yang mahir dengan keadaan dan kelembapan saham terutama indeks saham yang semakin menjunam baru-baru ini.

Image may contain: 1 person, standing

Kelembapan pasaran dunia adalah antara sebab utama mengapa jumlah pengagihan ASB adalah rendah untuk tahun tersebut.Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam satu sidang media khas di Kuala Lumpur hari ini.Beliau berkata ia membabitkan pengagihan berjumlah RM9.00 bilion dan turut memaklumkan jumlah pemegang unit ASB kini mencecah 10 juta orang. Berita di SINI.

Rata-rata di Facebook dan Twitter serta media social lain, ramai yang melahirkan rasa ketidakpuasan hati berkenaan dengan dividen ini. Ada yang menyatakan mereka akan cuba untuk mencari alternatif lain untuk pelaburan mereka terutama yang melibatkan dana unit amanah seperti Public Mutual dan lain-lain. Baca juga berkenaan dengan tempat untuk Simpan Duit Anda di ARTIKEL SINI.

Ramai yang berharap dividen ini hanya pada tahun ini sahaja dan akan mula dan bertambah baik untuk tahun-tahun akan datang. Memang lumrah dalam mana-mana pelaburan pun akan ada turun dan akan ada naik. Harap keadaan ekonomi yang akan bertambah baik pada masa hadapan menungkinkan dividen ASB seperti biasa akan dinikmati.

Pembiayaan ASB – Ataupun ASB Financing

DIsebabkan oleh kadar dividen yang rendah, adakah masih berbaloi lagi untuk terus terlibat dalam ASB loan? Bagi kami masih berbaloi asalkan dividen yang ada masih lagi lebih tinggi daripada jumlah interest dengan bank. Rata-rata interest ASB loan adalah dalam lingkungan 5.2% manakala dividen ASB pada tahun ini adalah 5.5%, jadi masih berbaloi. Apapun, keputusan di tangan anda, nak tahu lebih lanjut 4 teknik manipulasi ASB boleh tengok DI SINI.

No photo description available.

Selamat melabur kerana ada banyak lagi pilihan lain untuk tujuan pelaburan anda. Daripada semua pelaburan tersebut, pilihan yang ada kalau anda tidak mahu mengambil risiko yang terlalu tinggi adalah pelaburan unit amanah. Ianya sama seperti ASB yang tidak mempunyai risiko yang tinggi tetapi pulangan yang diberikan adalah dalam lingkingan 6% – 8% setahun.

Pilihan lain adalah pelaburan yang berbentuk agresif seperti pelaburan saham dan pelaburan derevatif ataupun komoditi seperti FCPO. Ianya mampu membuat pelaburan anda hilang 100% atau bertambah sebanyak 100%.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest