5 Tempat Simpanan Untuk Anak – No 4 Terbaik

Tak tahu mana nak buat simpanan untuk anak? Sebagai ibu bapa memang mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Jadi artikel pada kali ini, kami nak rekemen untuk anda jadikan rujukan tempat terbaik untuk simpanan anak-anak. Ada 5 tempat simpanan untuk anak-anak dan kami paling rekemen simpanan yang ke 4 atas sebab sebab tertentu. Juga merupakan antara akaun simpanan untuk kanak-kanak yang terbaik di Malaysia.

Apapun, ianya bergantung kepada keperluan anda, kerana setiap orang pun mempunyai keperluan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Ada sesetengah ibu-bapa itu mungkin memerlukan simpanan dan pada masa yang sama memberikan perlindungan (insurans ataupun takaful) dan ada sesetengah itu mencari simpanan yang pada masa sama senang untuk membuat pengeluaran. 

Simpanan untuk anak memang perlu untuk diambil secara serius kerana mereka pastinya mempunyai duit mereka sendiri. Paling tidak duit raya yang mereka dapat daripada atuk, nenek, pak cik dan makcik mereka. Duit ini merupakan hak mereka dan kita boleh tolong simpan duit mereka ini untuk kita gunakan pada masa hadapan. Sekali lagi, di mana nak simpan, 5 tempat simpan ini adalah antara pilhan terbaik yang kami boleh berikan.

#1 Simpanan di Bank-Bank Tempatan

Bila terfikir nak simpan duit, memang terus akan teringat bank. Banyak bank-bank di Malaysia yang menawarkan pakej simpanan duit untuk anak-anak sama ada untuk tujuan pendidikan ataupun untuk simpanan biasa. Antara yang paling biasa adalah akaun simpanan Maybank, Hong Leong Bank ataupun BSN untuk anak. 

Yang menarik, simpanan di sini mudah untuk disimpan dan mudah juga untuk dikeluarkan. Ini adalah yang paling utama kalau anda nak simpan di sini. Ianya tidak memberikan apa-apa “wow” faktor kepada anda sebagai ibu bapa, tambah lagi dividen yang dijanjikan tidaklah tinggi berbanding dengan ASB dan Tabung Haji. Kalau nak simpan di sini, ianya adalah antara pilihan terakhir untuk anak anda.

#2 Simpanan di ASB

ASB adalah pilihan yang jauh lebih baik sedikit berbanding dengan pilihan bank-bank tempatan. Kerana dividen yang ditawarkan adalah dalam 6% sehingga ke 8% setiap tahun. Alang-alang nak buat simpanan, lebih baik simpan di tempat yang mempunyai dividen ataupun pulangan yang tinggi paling kurang pun lebih tinggi sedikit berbanding dengan inflasi. 

Lebih menarik sekarang ini, ASB juga menawarkan pembukaan akaun secara online dan lebih mudah untuk anda “monitor” simpanan pendidikan untuk anak-anak. Nak lihat penyata bank, dan transaksi lain juga lebih mudah, anda juga boleh transfer duit daripada bank-bank tempatan seperti RHB, Maybank dan lain-lain ke dalam ASB. Bukan sahaja untuk anak, anda juga boleh membuat simpanan di sini kerana dividen yang ditawarkan itu, jauh melebihi daripada bank-bank biasa.

Tekini, cara pembukaan akaun ASB anda boleh rujuk artikel di SINI.

#3 Simpanan Tabung Haji Untuk Anak

Kami sendiri ada membuat simpanan di sini terutama untuk anak. Apabila dapat duit raya, sini adalah antara tempat simpanan terbaik yang kami boleh fikirkan, senang untuk masuk dan satu lagi menawarkan manfaat dividen yang lebih tinggi sedikit berbanding dengan bank-bank tempatan. Sekitar 4% – 6% kecuali pada tahun 2019, mereka memberikan dividen sebanyak 1.25%.

Nak buka akaun pun tidak susah, boleh ke mana-mana cawangan TH di seluruh Malaysia ataupun untuk info, anda boleh membuka akaun di Bank Islam ataupun Bank Rakyat. TH juga membolehkan simpanan anda dikecualikan daripada zakat simpanan (bagi yang tak tahu, memang ada zakat simpanan apabila cukup jumlahnya, sebagai seorang islam adalah wajib untuk anda membayar zakat simpanan apabila cukup syarat, ini termasuk jika anda simpan di ASB ataupun bank tempatan).

Atas sebab itu, ini adalah antara pilihan yang kami rekemen. Untuk pembukaan akaun Tabung Haji Online Thijari, anda boleh ke link ini bagi mendapatkan info lanjut.

#4 SSPN – i Simpanan Pendidikan Terbaik

Pernah dengar pasal SSPN? Ini adalah tempat terbaik yang kami paling rekemen untuk anda kalau nak buat simpanan untuk kanak-kanak. Ini adalah kerana kelebihan yang mereka tawarakan berbanding dengan produk lain yang ada di pasaran.

  • Dividen yang ditawarkan sangat kompetetif, sekitar 4% setahun lebih tinggi sedikit berbanding dengan bank tempatan.
  • Pembayaran dilakukan secara online, boleh rujuk SINI untuk info lanjut.
  • Manfaat potongan cukai sehingga RM6k, banyak tu, anda boleh menyimpan sambil ambil manfaat potongan cukai yang ditawarkan.
  • Mempunyai manfaat takaful seperti penyakit kritikal,, khairat kematian, dan lain-lain (kalau anda mahukan perlindungan, pastinya ianya tidaklah sebaik apa yang syarikat takaful tawarkan tetapi boleh ambil ini sebagai salah satu perkara yang menarik)

Kalau simpanan, ini adalah yang terbaik yang ditawarkan setakat ini, nak buka akaun pun tidak susah, boleh ke SINI dan anda boleh membuka akaun. Untuk info yang lebih detail berkenaan dengan SSPN-i ini, boleh rujuk artikel SINI dan satu lagi artikel SINI untuk info lanjut. 

Boleh juga rujuk video di bawah ini tentang cara dan langkah-langkah pembukaan akaun SSPN i plus.

#5 Simpanan Takaful – Untuk Anak

Banyak syarikat takaful di Malaysia dan setiap syarikat bersaing untuk memberikan produk yang terbaik agar lebih banyak yang mencarum dengan mereka. Kelebihan takaful adalah, manfaat perlindungan yang mereka tawarkan pastinya jauh lebih baik berbanding dengan SSPN-i. Kalau anda mahukan manfaat perlindungan seperti manfaat kematian (untuk anak tidak perlukan pampasan kematian), medical card (boleh rekemen syarikat takaful), syarikat takaful adalah yang terbaik.

Dividen atas simpanan takaful tidaklah terlalu tinggi berbanding dengan simpanan di bank tempatan. Dalam quotation mereka, return yang ditunjukkan adalah “non guarantee return” dan sekali ini, takaful adalah perlindungan, manfaat simpanan adalah bonus kepada perlindungan yang anda ambil. Memang ada ibu bapa yang mahukan manfaat seperti ini, boleh rujuk agen takaful terdekat. Antara syarikat yang menawarkan produk ini adalah Prudential, AIA dan juga Great Eastern.

Ringkasan Simpanan Terbaik

Untuk sebagai ringkasan, boleh tengok video di bawah berkenaan dengan ringkasan tempat simpanan terbaik.

Mana Yang Terbaik

Mana yang terbaik? Kami paling rekemen simpanan di SSPN-i atas sebab-sebab yang kami nyatakan tadi. Kedua terbaik adalah di Tabung Haji untuk simpanan anak. Ini adalah kerana dividen yang mereka tawarkan agak tinggi berbanding dengan lainnya. Takaful adalah pilihan ke-3 kerana manfaat perlindungan yang mereka tawarakan memang tidak boleh dilawan dengan produk lain. Kalau yang anda cari adalah manfaat perlindungan + simpanan, memang takaful adalah pilihan terbaik.

Simpanan Untuk Anak Baru Lahir?

Ada beberapa pilihan, kami rekemen untuk anda pilih no 4 dalam artikel ini.

Simpan di ASB boleh ke untuk anak?

Boleh tiada masalah jika anda nak menyimpan ASB anak.

Simpanan dan pelaburan ada ke?

Ada beberapa pilihan yang ada jika anda mahukan simpanan dan pada masa yang sama memberikan keuntungan pelaburan.

Simpanan dan perlindungan untuk anak?

Menyimpan di syarikat takaful adalah pilihan terbaik untuk manfaat simpanan dan pelaburan.

Related Posts

14 thoughts on “5 Tempat Simpanan Untuk Anak – No 4 Terbaik

    1. satu permulaan yang bagus, boleh teruskan dan tambah lagi.

  1. Terima kasih sharing, kak masa anak2 kecik mmg buat simpan an kat tabung Haji, skrg ni perbelanjaan utk pendidikan anak mmg tinggi, jadi baguslah buat simpanan dari skrg.

  2. Thanks for sharing these useful info about saving for kids recommendations. Starting to save for kids when they are young so important especially those offering with educational fund element. Cheers Siennylovesdrawing

    1. thanks for coming. Hope you can try SSPN for your kids. Really have many benefits.

  3. Good to spread the awareness about SSPN to parents kan… i nak masuk uni baru tahu about this platform, tue pun sebab wajib ada for ptptn..

    1. huhu, ok takpe, yang penting lepas ni boleh rekemen pada anak2 u.

  4. Sis anak-anak memang i-sspn tu ada, dari mula anak sekolah rendah, tiga-tiga anak ada.. memang berguna betul.. lain-lain akaun pun ada juga.. bila anak berjaya nak sambung belajar, ada gunanya simpanan tu.. alhamdulilah…

  5. Setakat ni 12345 ada untuk anak-anak. Tak dapat sikit, banyak sikit pun letak. Bukan apa, takmo fokus satu tempat je
    Kita as parents sekadar beringat dan berusaha kannn…

    1. yang penting SSPN ada dalam list tak ada masalah. Teruskan menyimpan.

  6. hi can advice for non bumi saving plan? asb and th nt eligible for non bumi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *