8 Cara Buka Akaun ASB – Terkini 2023

Kali ini kami nak berikan langkah-langkah cara buka akaun ASB dengan mudah. Sekarang ini ASB adalah salah satu tempat simpanan yang terbaik untuk simpan duit sama ada duit simpanan ataupun duit sendiri. Dividen yang diberikan agak tinggi sedikit daripada bank-bank biasa dan ianya memberikan anda alternatif terbaik untuk membuat simpanan duit di sana.

Untuk info, ASB ini terbahagi kepada dua iaitu, simpanan di Amanah Saham Bumiputra dan satu lagi adalah ASB Financing. ASB Financing ini adalah dalam bentuk pinjaman dan anda memanfaatkan kadar pulangan dividen yang tinggi daripada dana Amanah Saham ini bagi membolehkan anda mendapat sedikit keuntungan daripada pinjaman yang diambil. Apapun, tunggu sehingga ke akhir artikel dan kami akan menyediakan beberapa rujukan untuk anda tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan ASB-Financing ini.

Juga pada akhir artikel, kami akan berikan langkah maca mana caranya nak buka akaun ASB ini secara online sahaja.

cara buka akaun asb

Dunia semakin berkembang dengan perkembangan teknologi dan apa yang ada pada hari ini memang berbeza dengan apa yang terjadi 20 tahun yang lalu. Jadi, kali ini, kami berikan beberapa tips untuk buka akaun ASB sama ada untuk anak ataupun untuk kegunaan sendiri. Ikuti langkah demi langkah ini.

Nak Daftar ataupun Buka Akaun di Mana?

Nak buka akaun ASB ini tidaklah susah dan ianya simple sahaja. Semasa pendaftaran, anda bawa dokumen berkaitan seperti;

  • Fotostat IC depan belakang
  • IC
  • Borang di kaunter

Ada semua ini anda sudah boleh membuat pendaftaran dengan mudah. Ada 2 cara salah satunya adalah anda buka di bank-bank berhampiran seperti Maybank, RHB, Ambank dan lain-lain. Berikut adalah panel ASB yang anda boleh pergi.

  • Maybank
  • CIMB
  • RHB
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • Bank Muamalat
  • HongLeong Bank
  • Bank Islam
  • AFFIN Islamic (sumber : ASNB)

Buka Akaun ASBumiputra di Pejabat Pos

Selain daripada anda membuka akaun di bank-bank yang terdapat di dalam senarai atas ini, anda boleh juga pergi ke pejabat pos untuk membuka akaun. Dokumen yang anda perlu bawa adalah sama sahaja. Proses pendaftaran pun mudah dan cepat. 

Untuk info juga, pendaftaran ASB tidak boleh dilakukan secara online buat masa ini. Tetapi jika anda sudah mempunyai akaun ASB, anda boleh buka atau daftar MyASNB untuk monitor baki simpanan dan pengeluaran. Mana tahu akan datang nak buat loan kereta atau rumah, bank nak tengok simpanan ASB, jadi tak perlulah nak ke kaunter bank untuk dapatkan penyata, semua boleh anda dapatkan secara online dengan mudah dan cepat. InsyaAllah kami akan berikan tutorial step by step cara untuk daftar MyASNB nanti.

Cara simpan duit ASB

Ada 2 cara untuk membuat simpanan dengan ASB, salah satunya adalah dengan membuat potongan gaji. Ianya boleh dilakukan dengan mendapatkan borang berkaitan di pejabat pos dan bank-bank yang saya sebutkan tadi di atas.

Cara lain adalah membuat online banking daripada pertal bank seperti Maybank2u ke MyASNB. Cara ini membolehkan dana unit yang ada terus dimasukkan ke dalam akaun ASB anda. Dengan adanya perkhidmatan online ini, memang semuanya jadi mudah dan pantas.

Cara Pengeluaran ASB

Nak simpan mudah, tapi nak keluarkan itu tidak boleh dilakukan secara online. Anda perlu ke bank-bank terpilih tadi dan isi borang bayaran balik tersebut. Ianya juga boleh dilakukan di pejabat Pos. Saya lebih suka kalau pengeluaran lebih sukar kerana akan membina tabiat menyimpan di kalangan rakyat. Juga untuk elak daripada aktiviti scam yang berlaku sekarang ini dan sebab itu, untuk pengeluaran, hanya di kaunter sahaja. Lagipun ada banyak pilihan kaunter di Malaysia ini. Isi sahaja borang bayaran balik dan semuanya selesai dengan mudah dan cepat.

Terkini anda boleh uruskan pengeluaran ASB dan lain-lain hal secara online sahaja. Platform yang ASB berikan itu adalah platform online MyASBN. Boleh baca artikel berkenaan dengan apa itu MyASNB di SINI. Bila anda sudah ada akaun nanti, terus daftar portal online ni.

Pada akhir artikel, kami tunjuk macam mana nak buka akaun ASB secara online.

Buka akaun ASB anak

Nak buka akaun ASB untuk anak memang sangat digalakkan. Caranya pun tak susah asalkan ada dokumen anak seperti MyKID, memang boleh terus buka. Pergi je ke bank-bank terpilih ataupun pejabat pos untuk membuka. Sebelum anda pergi ke sana, kami rekemen anda baca dulu artikel INI berkenaan dengan tempat simpanan terbaik untuk anak anda. Ada pilihan yang kami rasa jauh lebih baik dari ASB, tapi bergantung kerana setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza.

Boleh tengok video di bawah ini berkenaan dengan penerangan ringkas berkenaan dengan ASB.

Sedikit Info Berkaitan ASBF

Dah alang-alang cerita pasal ASB, kami nak berikan tips yang lebih detail berkenaan dengan ASBF. Ianya adalah salah satu pinjaman daripada bank-bank terpilih seperti CIMB, Ambank, Maybank kepada seseorang. Kerana dividen ASB agak tinggi, anda bakal memperolehi, anda akan dapat sedikit keuntungan daripada pinjaman ini. Kami ada cerita 4 teknik ASB loan ini yang anda boleh dapat dan amalkan semua tips ini. Boleh baca artikel tersebut di SINI.

Nak Dapatkan Pulangan Dividen Tinggi Sikit Dari ASB

Siapa yang tak nak, tetapi macam mana? Kami rekemen untuk anda laburkan dalam saham. Tak nak la saham sebab ianya risiko. Ya risiko, tetapi pada masa yang sama, anda boleh minimumkan risiko dengan teknikal analisis dan fundemantal analisis. InsyaAllah kami akan cuba guide anda untuk anda mula melabur dalam saham. Untuk melabur, kena ada akaun CDS untuk labur saham dahulu.

Dividen ASB Tahun Ini

ASB akan keluarkan dividen pada setiap tahun dan tahun ini, anda boleh tengok di SINI. Ianya adalah kompilasi dividen pada setiap tahun.

ASB Kena Bayar Zakat.. Wajib… Ni Cara Kira

Zakat walaupun untuk Amanah Saham Bumiputra ini, mempunyai jumlah nisab dan haul. Apa itu nisab dan haul? Nisab adalah jumlah minimum dan haul adalah tempoh masa. Maksudnya, jika anda mempunyai simpanan minimum dalam masa setahun hijrah, anda WAJIB… membayar zakat. Jika dividen pada tahun itu adalah 7%, anda wajib bayar zakat 2.5% ditolak daripada dividen. Cara kiraan yang lebih detail berkenaan dengan info ini ada di SINI.

Ini adalah antara beberapa tips cara buka akaun ASB untuk tahun ini. Boleh kongsikan kepada yang lain dan harap artikel ini sedikit sebanyak membantu.

Terkini Dah Boleh Buka Akaun Secara Online Sahaja

Terkini, anda memang sudah boleh membuka akaun ASB ini secara online sahaja. Apa yang anda perlukan adalah smartphone anda sahaja sama ada apple ataupun android.

Macam mana caranya nak buka akaun secara online ini, anda boleh tengok dalam video di bawah ini.

Apa itu ASB?

Ianya adalah Amanah Saham Bumiputra yang memberikan pulangan secara konsisten 5% – 8% setahun.

Buka akaun ASB secara online?

Anda perlu ke kaunter berdekatan untuk buka akaun ASB. Senarai agen yang terlibat ada dinyatakan di dalam artikel ini.

Berapa had pelaburan?

Had maksimum ASB adalah RM200k.

Berapa had umur buka akaun ASB?

Anda boleh buka akaun ASB dari bayi lagi. Tiada had umur

Untuk tips terkini berkaitan dengan kewangan, boleh follow channel Telegram Kami di bawah

Related Posts

31 thoughts on “8 Cara Buka Akaun ASB – Terkini 2023

  1. Terima kasih di atas langkah yang dikongsikan ini. InsyaAllah akan memberikan manfaat kepada yang ingin membukan akaun ASB.

  2. Haritu airah buka di kaunter asb je sebab dekat dengan office. Ni nak daftarkan untuk baby pula

  3. Info yg bagus buat mereka yg baru nak berjinak menyimpan di ASB. Sis dah lama dah..dua2 acc pun ado

    1. waa, bagusnya. ASB ni memang bagus, cuma dividen tahun ni je rasa macam rendah sikit dari biasa.

  4. Bagus kalau ada simpanan ni. Untuk masa tua dan masa kecemasan. Cantik buku yang baru ni….

    1. yup, buku baru memang cantik dan unik. ASB ni memang rekemended sebagai salah satu tempat simpan duit.

  5. Terima kasih di atas perkongsian ini. InsyaAllah akan membantu bagi yang nak mencarum ASB kan.
    Harapnya tahun depan indah la hasilnya, tak gitu?

  6. Suka simpan sini sebab dulu² payah nak keluarkan. Kena pi pejabat pos tapi sekarang banyak bank kita boleh pegi dan keluarkan. Bolehla menyimpan sini dari takde langsung simpanan…hehhee

    1. betul, yang penting kena amalkan tabiat menyimpan tu dulu.

  7. Saya pun dah bukak akaun ASB. Untuk diri sendiri dan untuk 2 orang anak. Nanti nak cuba bukak akaun untuk produk lain pulak

    1. produk apa tu? bolehla share di next artikel.

  8. Thank you share pasal info ni. Anak sulung tu dah bukak akaun. Adik lagi 2 orang tu belum bukak lagi acc ASB

  9. Tu la, dah buka asb untuk anak-anak..sebab untuk simpanan masa depan..bagus buka asb ni..tapi maslahnya sekrg nak tau kalau kita dah tiada duit ni macm mana nak ambil

    1. nak ambil tak susah, saya ada kongsikan di artikel atas.

  10. terima kasih sharing info yang bermanfaat ni, ada akaun ASB tapi lama dah tak masukkan duit ke sana. hehe

  11. Salam.. knp tiada buku yg dbagi selepas saya buat bukak anak.. dbgi resut shje . . Mmg xde buku jw?

  12. Sy baru saja akaun asb utk anak² tp mcm mner nk check detail ye

  13. Salam…ASNB dan ASB tu sama ke… Blh suggest yg mne bgus utk anak x.. thank you

    1. keduanya fund yang berbeza, tapi dimanage oleh syarikat yang sama, saya rekemen ASB

  14. ASB tu bagaimana hendak buka…thru kaunter ASB bolehka? Dan minumun simpanan bulanan berapa? Dan boleh keluarkan ka bila bila masa?

    1. ASB tiada kaunter yang speasifik, macam saya tulis dalam artikel ini, anda boleh buka di bank-bank terpilih dan juga pejabat pos.

      Untuk permulaan, boleh mula simpan sebanyak Rm100 dan boleh keluarkan pada bila-bila masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *