Apa itu DSR Burst yang anda perlu tahu terutama kalau anda nak buat pinjaman rumah. Biasanya banyak kali terjadi kalau seseorang nak buat pinjaman rumah. Sebagai seorang perunding hartanah, memang banyak kali saya berdepan dengan isu ini dan harapnya, artikel ini bagi sedikit pencerahan kepada anda agar anda jaga kewangan anda terutama kalau nak buat pinjaman rumah.

Biasanya, kalau seseorang nak buat pinjaman rumah, saya akan dapat PM daripada prospek bertanyakan tentang sesebuah rumah. Dari situ, antara soalan yang saya akan tanya adalah berkenaan dengan kelayakan pinjaman pemohon.

Kalau komitmen terlalu tinggi, memang biasanya isu DSR burst ini akan terjadi. Jika tiada masalah, boleh teruskan ke proses seterusnya iaitu melihat rumah dengan lebih detail dan jika berminat boleh teruskan niat untuk membeli rumah tersebut.

apa itu dsr burst

Selalu Jadi Untuk Pinjaman Rumah Sahaja Ke?

Saya merupakan seorang perunding hartanah iaitu fokus untuk pinjaman perumahan dan aktif di Johor. Akan tetapi, jika anda ingin menjual rumah di luar Johor seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, masih boleh pm saya untuk dapatkan info lanjut.

Boleh isi di butang bawah ini dan kami akan respond secepat mungkin.

Selain daripada pinjaman rumah, ianya sangat kerap terjadi untuk pembiayaan semula rumah ataupun refinance. Walaupun ada “debt consolidation” iaitu penyatuan hutang, pun kadangkala akibat komitmen yang terlalu tinggi menyebabkan penyatuan hutang tak dapat nak dilakukan.

Apa itu refinance dan penyatuan hutang ini? Jika istilah ini masih baru untuk anda, boleh baca dengan lebih lanjut di artikel refinance penyatuan hutang ini. Ianya untuk elak daripada artikel apa itu DSR Burst ini menjadi terlalu panjang dan hilang fokus.

Untuk pinjaman kereta pun masih boleh terjadi isu yang sama tetapi kurang. Pinjaman kereta tidaklah “strict” seperti mana pinjaman rumah. Kadangkala boleh cuba pelbagai cara untuk pinjaman tersebut lulus.

Cara Kira DSR

DSR Burst adalah Nisbah Khidmat Hutang yang digunakan oleh bank untuk menilai kelayakan seseorang mendapatkan pinjaman. 

Formula DSR Burst adalah:

Jadi, DSR Burst mengukur nisbah antara komitmen hutang dan pendapatan bersih seseorang. Semakin rendah DSR Burst, semakin baik peluang permohonan pinjaman diluluskan.

Nota : Jika anda nak buat pinjaman rumah, untuk skim SJKP dengan pinjaman sebanyak 100%, saya sangat biasa dengan skim SJKP Madani daripada BSN. DSR untuk skim ini adalah sebanyak 65% dan jika jumlah komitmen anda adalah di bawah 65% termasuk dengan pinjaman rumah, anda berpeluang untuk memiliki rumah tersebut.

Tidak setakat DSR, pihak bank juga biasanya akan lihat banyak senario lain seperti jenis pekerjaan, simpanan kalau ada, komitmen yang ada itu dibayar cantik atau sebagainya. Ini  memainkan peranan penting untuk pinjaman seseorang itu lulus. 

Saya bagi contoh

Mari kita hitung DSR Burst untuk seorang jurutera dengan gaji RM3500 dan komitmen bulanan kereta sebanyak RM550.

Gaji Bersih: RM3500

Komitmen Sedia Ada: Kosong (jika tiada komitmen lain selain kereta)

Bulanan Rumah: Kosong (jika tiada bayaran bulanan rumah)

Mari kita gunakan formula DSR Burst:

DSRBurst​=(Gaji BersihKomitmen Sedia Ada+Bulanan Rumah​)×100%

Dalam kes ini, kita hanya mempunyai komitmen kereta sebanyak RM550. Jadi:

DSR Burst sebanyak 15.71% menunjukkan nisbah antara komitmen hutang dan pendapatan bersih. Semakin rendah nilai DSR Burst, semakin baik peluang permohonan pinjaman diluluskan1. Jadi, dalam kes ini, peluang mendapatkan pinjaman adalah baik!

Untuk pinjaman rumah, jumlah DSR terkumpul adalah 65%. Kesemua komitmen anda termasuklah bayaran pinjaman rumah, mestilah di bawah 65%. Ini adalah antara faktor utama untuk tentukan sama ada DSR anda burst ataupun pecah atau sebaliknya.

Apa Nak Buat Kalau DSR Burst ni?

Perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah cuba untuk combine ataupun buat pinjaman bersama dengan pasangan. Biasanya suami ataupun isteri lah. Kombinasi pendapatan untuk suami dan isteri kalau berkerja biasanya akan sedikit sebanyak membantu untuk merendahkan lagi DSR dan membolehkan pinjaman perumahan anda lulus dengan jayanya.

Ukur baju di badan sendiri kata orang. Kalau anda tak mampu nak memiliki rumah tersebut, boleh cuba untuk dapatkan pilihan yang jauh lebih murah dan mampu milik. Setiap negeri biasanya akan sediakan skim Rumah Mampu Milik ataupun rumah Mampu Biaya di Johor. Rumah WIP di Selangor dan sebagainya. Anda boleh cuba untuk memohon pinjaman untuk rumah yang seperti ini. Tak ada masalah pun untuk beli rumah murah untuk permulaan hidup dan cuba upgrade life bila sampai dan tiba masanya.

Biasanya DSR koyak ini adalah disebabkan oleh komitmen yang terlampau tinggi. Ambil masa untuk bayar hutang-hutang ini. Buat pinjaman rumah semula selepas hutang-hutang ini selesai.

Cuba untuk anda tingkatkan pendapatan anda dengan cara tukar tempat kerja ataupun buat pendapatan sampingan daripada perniagaan anda. Memang ada bank ambil kira pendapatan sampingan ini sebagai sebahagian daripada pendapatan anda.

Tak nak cerita panjang lebar, harap artikel apa itu DSR Burst ini membolehkan anda untuk dapat info yang lebih baik dan juga tips dan cara untuk elakkan daripada perkara ini berulang lagi.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *