Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP 100% Loan 2024

Apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP ini. Memang ada banyak skim yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan Malaysia dengan tujuan khusus untuk membantu mereka yang nak memiliki kediaman sendiri.

Rumah memang satu keperluan, kalau tak mampu nak miliki kediaman sendiri, tak salahnya menyewa. Akan tetapi, daripada anda menyewa, adalah lebih baik untuk anda miliki kediaman sendiri. Ya, rumah milik sendiri anda agak bebas untuk lakukan apa sahaja terhadap rumah tersebut dan sebab itu juga skim SJKP ini diperkenalkan.

Apa itu SJKP ini, apa syarat kelayakan dan yang tiada dalam artikel lain, pengalaman saya sendiri apply skim ini untuk client yang anda perlu tahu. Semua ada dalam artikel ini dan anda boleh baca sampai habis. Komen saya adakah skim ini berbaloi ataupun sebaliknya.

sjkp

Apa Yang Menarik Skim SJKP Ini?

Saya sebagai salah seorang perunding hartanah baca (Real Estate Negotiator) sangat gembira dengan skim ini. Dulu ada skim rumah pertamaku dan sekarang telahpun diganti dengan skim SJKP ini.

Setakat ini, banyak bank yang telah saya berurusan dan kebanyakan pembeli alhamdulillah boleh lulus loan mereka. Cuma setakat ini saya banyak berurusan dengan bank dari BSN, Muamalat dan juga Hong Leong.

Nak beritahu siap-siap yang untuk SJKP ini, pinjaman adalah sebanyak RM300k sahaja dan ada satu sahaja bank yang membolehkan anda untuk buat pinjaman sebanyak RM500k. Nak tahu bank apa, boleh PM kami siap-siap di bawah.

Oh ya, jika anda nak menjual rumah di Johor, boleh berhubung dengan saya melalui whatsapp, klik je link atas ini. Apapun, ini adalah antara beberapa info berkenaan dengan skim ini yang anda perlu tahu.

Apa Itu Skim Jaminan Kredit Perumahan 

Kerajaan Malaysia, dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) di Dewan Rakyat September 2007, sedar akan kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

Bagi mengatasi kesukaran tersebut, kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan pada 6 Disember 2007 bagi menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam skim ini.

Pada 29 Oktober 2021, Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2022 jaminan tambahan RM2.0 bilion untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan. Dengan peruntukan baharu ini, adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk terus membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil. https://www.sjkp.com.my/mengenai-kami/mengenai-sjkp

Walaupun anda merupakan mereka yang tak bergaji tetap, anda masih boleh untuk memohon pinjaman perumahan ini. Ianya sangat penting melalui skim jaminan kredit perumahan ini.

Kelayakan Skim SJKP Ini

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah atau sedehana atau mampu milik dan untuk didiami
  • Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
  • Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan

Dokumen Yang Diperlukan 

Kediaman/ Rumah

  • Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka

Pendapatan

  • Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
  • Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
  • Surat pengesahan pekerjaan

Dokumen Sokongan Lain

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Surat pengesahan majikan (jika ada)
  • Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
  • Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank https://www.sjkp.com.my/skim-my/dokumen-diperlukan

Cara Nak Buat Permohonan

Sebelum anda nak buat permohonan, pastikan anda sudah ada rumah yang anda nak beli dahulu. Sama ada beli secara terus dengan tuan rumah ataupun boleh sahaja beli dengan agen hartanah anda. Kemudian boleh cuba buat pinjaman bank di cawangan bank yang disenaraikan.

Boleh tengok video di bawah untuk info lanjut berkenaan dengan skim ini.

Kalau tak ada rumah memang tak boleh nak apply skim ini dan kalau anda nak kami tolong anda untuk apply skim ini, boleh sahaja ke borang di bawah ini.

Jangan lupa untuk lihat beberapa institiusi kewangan yang disenaraikan di bawah untuk anda buat permohonan Skim SJKP ini.\

Institiusi Kewangan Terlibat

  • Affin Bank
  • Affin Islamic
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • Alliance Bank,
  • Alliance Islamic Bank
  • Bank Muamalat
  • Bank Rakyat
  • Agro Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank
  • Bank Islam
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank

Memang satiap bank akan keluarkan produk yang berbeza-beza akan tetapi,isi kandungan yang tak jauh beza sama sekali. Memang menarik, sebagai contoh adalah dalam skim SJKP Bank Muamalat dan Bank Rakyat di SINI.

Pengalaman Saya Applykan SJKP Ini

Kalau anda tiada pilihan tak mengapa untuk anda gunakan skim ini, kerana ada banyak dokumen yang bank mahukan dan ianya pada ketika artikel ini ditulis, sangatlah leceh untuk anda membuat pinajaman. Apa yang leceh? Yang leceh lebih kepada dokumen yang diperluakan untuk membuat pinjaman

Saya nak highlight sekali lagi apa dokumen tersebut.

  • Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
  • Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank
  • Ada sesetengah keadaan perlukan surat akuan bersumpah dari pesuruhjaya sumpah.

Memang banyak dokumen yang diperlukan dan pada saya agak leceh. Kalau pembiayaan semula rumah (baca : refinance) jauh lebih mudah daripada Skim ini. Kalau memang anda betul tiada pilihan lain, bolehlah cuba skim ini untuk anda buat pinjaman perumahan anda. Alternatif lain pun ada banyak terutama kalau anda nak buat pinjaman rumah.

Skim Rumah Pertama

Antara Skim yang agak popular untuk pembeli rumah pertama adalah skim ini. Ianya menarik kerana menawarkan pinjaman sehingga 100% daripada harga rumah. Kebiasaan pinjaman hanya menawarkan sehingga 90% daripada harga rumah dan anda perlu membayar sendiri 10% pinjaman rumah tersebut.

Skim ini tawarkan pinjaman sehingga 100% dan untuk dokumen pula, memang ada dokumen yang diperlukan dan taklah sebanyak ataupun macam skim SJKP ini. Nak tahu berkenaan dengan skim ini, anda boleh tengok dalam video di bawah ini;

Kalau memang betul anda tiada pilhan lain sahaja barulah anda gunakan skim ini. Untuk mereka yang ada kerja  tetap tu, bolehlah gunakan skim rumah pertamaku dan juga pembiayaan daripada akaun 2 kwsp untuk topup jumlah yang tak mencukupi.

Tambah Income & Pendapatan Anda

Keadaan ekonomi makin tak menentu dan oleh sebab itu, penting untuk anda mempunyai pendapatan sampingan sendiri. Ada banyak idea pendapatan sampingan dalam blog kami ini antaranya adalah idea jadi dealer Tune Talk.

Anda jimat belanja dan pada masa yang sama, anda boleh jadi seorang dealer telefon. Jimat belanja macam mana? Daripada penggunaan prepaid telefon yang anda gunakan hampir setiap bulan itu akan menjimatkan anda berbelanja. 

Pun anda boleh jadi seorang penjual di Shopee untuk tambah pendapatan anda. 

Sampai sini sahaja artikel berkenaan dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP yang anda perlu tahu. Nasihat saya, kalau anda betul-betul tiada pilihan sahaja barulah anda menggunakan skim ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *