Apa itu OPR, kalau dengar OPR naik je ramai yang runsing. Kenapa? Sebab bila OPR naik, bayaran bulanan pinjaman rumah, pinjaman kereta, dan lain-lain semua naik. Jadi, dalam artikel ini, nak bincang dan nak beritahu apa itu OPR dan maklumat yang anda kena tahu berkenaan dengan OPR ini.

OPR ataupun Overnight Policy Rate adalah adalah sebuah kadar yang ditetapakan oleh Bank Negara Malaysia ke atas pinjaman dana untuk semua bank di Malaysia. Boleh dikatakan yang semua bank di Malaysia ini adalah tertakluk kepada OPR yang ditentukan oleh bank negara ini.

Untuk info, penetapan kadar dasar semalaman ini adalah dibawah pengurusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM yang bersidang setiap 2 bulan sekali.

apa itu opr

Kesan OPR Naik

Bila Bank Negara umum OPR naik je, ramai yang mengeluh terutama di media social. Kenapa ramai mengeluh tu? Sebab bila OPR naik, bayaran bulanan pinjaman sama ada rumah, pinjaman kereta, pinjaman personal loan akan semakin bertambah la. 

Rata-rata bila pengumuman OPR naik ini, memang akan menyebabkan ramai pengguna mengeluh, akan tetapi, dalam aspek ekonomi, meningkatkan kadar OPR, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara.

Memang akan ada pro dan kontra dalam setiap tindakan, jadi sebagai pengguna, bila ini terjadi, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk hadapi dengan jiwa yang tenang. Rezeki datang dari Allah dan juga mula untuk tambah pendapatan sampingan.

Tak semuanya negatif, apabila OPR baik, kadar faedah yang ada dalam fixed deposit juga akan bertambah. Siapa yang menyimpan dalam fixed deposit memang akan bagi keuntungan kepada penyimpan.

ASB, Tabung Haji dan KWSP akan naik tak? Ketiga-tiga badan ini akan bergantung kepada pengumuman dividen yang bakal dikeluarkan setiap tahun dan bergantung kepada pengumuman masing-masing. Ketiga-tiga badan ini banyak membuat pelaburan dalam syarikat seperti saham, syarikat persendirian seperti FWD Takaful dan lain-lain. 

Kesan OPR Turun

Bila OPR turun memang ramai yang suka dan gembira. Kenapa? Sebab bayaran bulanan dah mula berkurang. Bolehlah guna cash lebih tu untuk melabur, untuk tambah lagi simpanan dan juga untuk tambah lagi belanja seharian anda. 

OPR turun, makan interest rate akan turun dan ini secara tak langsung mengalakkan rakyat untuk membuat lebih banyak pinjaman, sama ada pinjaman rumah, refinance kembali rumah mereka, nak beli kereta baru ataupun bermacam lagi. Ianya memang nampak baik, akan tetapi, apa yang berlaku adalah, OPR turun semasa Covid-19 baru-baru ini.

Keadaan ekonomi yang dalam krisis memang menyebabkan Bank Negara terpaksa menurunkan kadar mata asas OPR ini. 

Penurunan juga kadangkala bersifat positif di mana, ianya menunjukkan di mana bank pusat bersedia untuk membantu ekonomi yang sedang nak pulih. Dengan adanya pengurangan ini, ianya akan secara tak langsung mengukuhkan semula dasar fiskal negara. 

OPR yang turun ini akan membolehkan rakyat berbelanja lebih dan secara tak langsung meningkatkan ekonomi negara. Ianya melalui kuasa beli rakyat yang semakin pulih akibat daripada pengurangan bayaran pinjaman setiap bulan.

Seterusnya, penurunan OPR sedikit sebanyak mampu meningkatkan semula aliran tunai perbelanjaan rakyat negara. Kadar faedah yang lebih rendah pada pinjaman sewa beli, peribadi mahupun kad kredit mampu mengurangkan bebanan rakyat. Ia secara terus dapat merangsang semula ekonomi negara.

OPR Terkini Bank Negara

Nak tahu berapa OPR terkini, boleh tengok terus di laman web bank negara di SINI

apa itu OPR

https://www.bnm.gov.my/monetary-stability/opr-decisions

Sentiasa periksa berapa nilai terkini bayaran bulanan anda dengan bank. Ianya penting untuk anda tahu berapa bajet bulanan anda. 

OPR Naik Dan Turun Nak Buat Macam Mana

Kalau OPR turun macam sewaktu zaman Covid19 dulu memang best, boleh gunakan cash yang ada untuk buat simpanan, pelaburan dan lain-lain sewaktu cash sedang banyak dan juga sewaktu ada Moratorium (pengecualian pinjaman) selama beberapa bulan.

Memang kalau nak bina simpanan, nak melabur, ini adalah antara masa yang sesuai.

Jika semasa OPR naik nak buat macam mana? Hadap sahajalah apa yang berlaku. Nasihat saya, anda review semula perbelanjaan bulanan anda, apa yang anda boleh jimat, perbelanjaan apa yang anda perlu potong jika tak perlu dan lain-lain. Paling simple dan mudah, tukar sahaja pelan telefon anda kepada pelan dari Tune Talk ini. Itu pun dah boleh jimat banyak juga sebenarnya. Lagilah kalau anda kekal no lama anda dengan menggunakan pelan ini.

Selain daripada anda potong perbelanjaan bulanan anda, perlu juga untuk tambah pendapatan anda setiap bulan. Mempunyai pendapatan kedua dan ketiga akan sangat membantu anda untuk perjalanan pada masa-masa akan datang. 

Langkah Ke Depan

Sama ada OPR naik, turun ataupun kekal ianya akan terus berlaku. Kita pun sebagai rakyat biasa perlu untuk buat pinjaman kereta, pinjaman rumah dan pinjaman lain. Tak semua orang mampu beli rumah secara tunai. Mahu ataupun tidak, memang perlu untuk membeli rumah dengan menggunakan pinjaman bank. Beli rumah dengan pinjaman bank sahaja, memang tak boleh nak lari daripada kenaikan, penurunan ataupun kekalnya OPR ini.

Pengurusan kewangan yang efektif memang akan membantu seseorang untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Cuma bila berlaku kenaikan OPR yang terlalu ekstrim itu pasti akan beri kesan kepada semua.

Apapun, sampai sini sahaja artikel apa itu OPR yang anda perlu tahu. Harapnya, ianya menjawab persoalan anda berkenaan dengan topik ini. Apa yang anda perlu tahu adalah, apabila OPR naik, perbelanjaan bulanan anda akan meningkat dan apabila OPR turun, pastinya perbelanjaan bulanan anda akan menurun. Nasihat saya, manfaatkan semua situasi ini untuk pengurusan kewangana anda yang lebih efektif.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *