6 Jenis Saham Untuk Pelaburan 2023

Pada artikel kali ini, kami akan berikan beberapa info kepada anda berkenaan dengan jenis saham yang ada dalam pasaran Malaysia. Tidak terhad kepada Bursa Malaysia, ada juga beberapa jenis saham lain yang anda boleh beli dan dapatkan untuk tujuan pelaburan.

Lain orang lain strategi dan cara, ada yang modal besar, boleh beli saham “kayangan” yang bakal kami berikan info nanti. Ada yang modal tak berapa nak besar, bawah Rm3000 ni, cuma boleh beli kaunter yang “marhaen” sahaja. Yang penting, asalkan strategi boleh buat profit untuk jangka masa panjang, memang tiada masalah.

Pada kali ini, kami nak memperkenalkan jenis saham yang anda perlu tahu sebelum memulakan pelaburan anda.

jenis saham

Kaunter Saham Kayangan

Ada yang gelarkan kaunter dalam senarai ini sebagai kaunter “blue chip”. Kaunter seperti ini biasaanya berada dalam senarai top 30 indeks KLCI Bursa Malaysia. Ada juga yang tak tersenarai dalam Bursa Malaysia cuma kaunter seperti ini mempunyai keunikan yang tersendiri.

“Blue chip” berasal daripada permaikan poker dan di sana, cip berwarna biru ini mempunyai nilai dan pengaruh yang sangat tinggi. Oleh itu, secara simboliknya saham yang dipanggil blue chip adalah disebabkan syarikat tersebut berpengaruh dan kukuh dalam pasaran dianggap sebagai selamat, dan mempunyai kewangan yang kukuh dan kuat.

Tidak terhad kepada pelabur runcit, pelabur institusi juga adalah antara yang membeli kaunter-kaunter seperti ini. Walaupun mahal, kenapa ramai yang membeli saham-saham ini?

  • Kedudukan kewanagan yang kukuh dan stabil
  • Pulangaan dividen kepada pelabur (untuk tarik pelabur jangka masa panjang)
  • Mencatatkan keuntungan yang meningkat setiap tahun.

Antara kaunter yang termsuk dalam senarai ini adalah, NESTLE, DLADY, F&N, PETDAG, KLK, TENAGA, HAPSENG, Maybank dan lain-lain.

Saham Indeks FBM KLCI

Indeks KLCI merupakan satu penanda aras kepada pergerakan saham di Malaysia. Ianya terdiri daripada 30 kunter saham berpotensi yang ada di Malaysia. Antara beberapa saham popular yang tersenarai dalam indeks KLCI ini adalah;

  • AXIATA GROUP BERHAD
  • CIMB GROUP HOLDINGS BERHAD
  • DIALOG GROUP BERHAD
  • DIGI.COM BERHAD
  • GENTING BERHAD
  • HAP SENG CONSOLIDATED BERHAD

Ini adalah antara beberapa kaunter yang termasuk dalam 30 senarai syarikat dalam FBM KLCI. Nak tahu kaunter apa lagi yang ada dalam indeks KLCI, boleh ke https://en.wikipedia.org/wiki/FTSE_Bursa_Malaysia_KLCI

Saham Spekulatif (Penny Stock)

Saya antara penggemar saham bawah RM1 ini. Kerana dengan modal yang kecil, boleh membuat pembelian yang bagus. Ada banyak je saham-saham yang bagus pada harga bawah Rm1. Tapi, tak dinafikan, lain orang lain cara. Ada sahaja sifu saham yang tak galakkan beli saham bawah Rm1. Apapun, kalau anda tahu apa strategi anda, tak ada masalah. Pun boleh tengok video di bawah tentang strategi pembelian saham dengan modal kecil;

Antara saham yang anda boleh kaji bawah harga Rm1, ada banyak, tapi untuk entry kali ini, saya senaraikan sahaja 5 kaunter yang bagus-bagus untuk anda kaji dengan lebih lanjut.

1 DNEX

2 MPAY

3 THPLANT

4 CENSOF

Dan lain-lain lagi kaunter bagus-bagus bawah Rm1. Sekali lagi diingatkan yang anda perlu untuk buat analisa sendiri sebelum membeli kaunter-kaunter di atas ye. Kaunter seperti ini memang sangat sesuai kalau anda gunakan strategi intraday. Boleh tengok cara analisa volume tak normal dalam video di bawah;

Saham Semasa

Dalam masa tertentu, ada beberapa kaunter yang berikan kenaikan yang memberangsangkan. Antaranya adalah kaunter yang berkaitan dengan Glove. Paling popular adalah TopGlove dan juga beberapa kaunter lain yang berkaitan dengan sektor tersebut seperti Carepls, Kossan, Harta dan lain-lain.

Kaunter ini mengalami kenaikan yang ketara selepas covid-19 aritu terutama ketika sektor lain mengalami kejatuhan, kaunter glove ataupun sarung tangan getah ini mengalami kenaikan. 

Nak invest long term dan nakkan dividen yang bagus, boleh kaji kaunter-kaunter seperti ini. Yang penting, anda tahu apa yang anda lakukan.

Saham Bertahan – Defensive Stock

Walau dalam keadaan ekonomi macam mana pun, sektor ini masih terus beroperasi. Ianya menjadikan kaunter seperti ini agak defensif dan boleh memberikan pulangn kepada anda untuk satu jangka masa panjang. Antara sektor yang tidak terkesan dan memberikan impak yang baik walaupun semasa covid-19 adalah beberapa sektor di bawah ini;

  • Kesihatan
  • Makanan
  • Perladangan

Antara beberapa sektor yang berikan impak yang baik untuk anda cuba lihat dan mula melabur. Selain daripada sektor yang saya senaraikan di atas ini juga, anda boleh fokus kepada sektor yang memberikan dividen yang baik untuk jangka masa panjang. Saya rekemen anda juga lihat dan kaji serta beli kaunter yang menyerupai Unit Trust ini, nak tahu kaunter apa tu, boleh tengok dan kaji, reits dan ETF.

InsyaAllah merupakan satu peluang dan pelaburan yang berbaloi untuk anda sendiri cuba. 

Saham Koperasi

 Ada juga yang bertanya berkenaan dengan saham koperasi. Untuk info, tak semua koperasi berikan saham mereka dan anda boleh cuba melabur dalam koperasi seperti ini. Salah satu cara untuk anda invest ataupun melabur dalam koperasi adalah melalui Bank Rakyat. Salah satunya lah, sebab Bank Rakyat bagi dividen yang agak menarik, iaitu 14% setahun jauh meninggalkan ASB dan Tabung Haji serta KWSP.

Cuma, kalau saham pun, kena dengan strategi, anda boleh sahaja mendapat sehingga 166%, mesti tak percaya kan. Saya pernah tulis macam mana strategi nak dapatkan sehingga 166% dalam artikel di SINI.

Apapun, saham koperasi, anda memang boleh beli. Cuma Bank Rakyat ni susah sikit nak dapat dan tak open setiap masa. Ianya tempat VVIP park duit katanya. 

Macam Mana Nak Beli Saham-Saham Ini?

Timbul persoalan, macam mana nak beli saham-saham ini. Nak beli tak susah pun, anda kena ada akaun trading dan juga akaun CDS dengan bursa Malaysia. 

Memulakan Pelaburan Saham Anda Sekarang

Bila lagi kalau nak mulakan pelaburan, kalau bukan sekarang ini. Semuanya bermula dengan langkah pertama dalam pelaburan anda. Ada banyak strategi dalam pelaburan saham ini antaranya adalah membeli saham ataupun kaunter untuk intraday, untuk long term, untuk dividen dan lain-lain.

Ini adalah antara beberapa jenis saham yang anda boleh beli di Bursa Malaysia. Yang lebih penting adalah untuk cuba kalahkan dividen daripada KWSP dan Tabung Haji. Cuba ambil masa untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *