Tips Hartanah Risiko Rendah – Strategi Reits

Tips hartanah pada kali ini kami nak bercerita berkenaan dengan cara-cara untuk anda membuat pelaburan hartanah yang mempunyai risiko rendah. Apapun, ada banyak strategi yang anda boleh gunakan untuk pelaburan hartanah anda. Asalkan strategi ini mendatangkan keuntungan, tak ada masalah dan boleh teruskn strategi anda.

Pada artikel kali ini, kami akan review beberapa strategi untuk penjualan dan pembelian hartanah. Kemudian ada beberapa strategi yang kami rekemen kepada anda untuk anda cuba dan lihat. Strategi pelaburan hartanah versi baru ini adalah antara strategi yang unik dan menarik kerana mempunyai risiko yang agak rendah, kecairan yang tinggi dan mudah untuk membuat proses jual dan beli. Strategi apa tu?

Kecairan tu apa? Mungkin anda akan bertanya, kami akan jawab persoalan tersebut jika anda membaca artikel ini sehingga habis.

tips hartanah

Strategi Biasa Pelaburan Hartanah di Malaysia

Berikut adalah antara strategi yang biasa digunakan oleh pelabur hartanah di Malaysia. Mari kita review kesemua strategi ini.

Beli Dan Kemudian Sewakan

Ini adalah antara strategi evergreen yang sering digunakan oleh pelabur-pelabur hartanah. Kena cari hartanah yang memberikan sewaan melebihi installment ataupun pinjaman di bank. Sebagai contoh, bayaran installment bulanan adalah sebanyak rm900, anda cuba sewakan sebanyak rm1100. Di sini sahaja akan ada lebihan Rm200. Banyk ke tak banyak? Bagi saya banyak juga, asalkan cashflow positiv.

Untuk lakukan strategi ini, apa yang anda perlu lakukan adalah, anda kena kaji kawasan sewaan dan harga. Lihat harga sewa sesuatu kawasan di mudah.my dan lihat juga harga jualan. Kalau ok, boleh target area tersebut.

Simple je tapi anda perlu lakukan kajian yang mendalam untuk sesuatu kawasan.

Anda pun boleh lakukan strategi ini dan cuba untuk sewakan bilik. Tak ada masalah. Yang penting boleh datangkan profit secara konsisten.

Beli Dan Jual Semula – Capital Gain

Anda beli sesuatu kawasan dan mengharapkan kenaikan pada masa hadapan. Future development sesuatu kawasan. Kalau yakin boleh buat pembelian.

Cuma kalau bercakap pasal risiko, ada beberapa projek di Malaysia ini yang pemaju jual berdasarkan kepada new project yang masih belum lagi dilaksanakan. Sebagai contoh, sebelum ini ada beberapa projek di Malaysia ini yang pemaju iklankan untuk dijual pada harga tak masuk akal disebabkan oleh wujudnya projek HSR (High Speed Railway) Malaysia-Singapore.

Disebabkan projek ini lalu di kawasan tertentu, maka ramai pelabur ditawarkan harga berdasarkan kepada “future development” projek tersebut. 

Tetapi apa yang terjadi apabila projek yang dinyatakan tersebut tak jadi buat? Akibat pertukaran kerajaan, projek HSR tersebut dibatalkan. Jadi, apa jadi kepada pembeli yang membeli pada harga ditawarkan tersebut?

Kalau pinjaman rumah dah lulus dan dah diberikan kepada pemaju, peminjam harus membayar selama 35 tahun tu. Bukan satu tempoh yang mudah. Apapun, ini risiko yang pembeli kena tanggung kalau nak beli rumah dan kemudian cuba jual untuk mendapatkan capital gain.

Apapun, baca sampai habis kerana pada akhir artikel, kami akan berikan beberapa alternatif kalau anda nak invest dalam hartanah tanpa buat loan bagi meminimumkan risiko pelaburan anda.

Beli Kemudian Buat Homestay

Ini adalah antara strategi yang popular sebelum covid-19 melanda. Tetapi selepas isu covid-19 di mana banyak hotel-hotel dan aktiviti pelancongan ditutup, strategi ini terpaksa ditunda dahulu.  

Cuma nak kata, ramai yang gunakan strategi ini dahulu dan mungkin disebabkan oleh suasana Covid-19 dan juga perintah kawalan pergerakan, boleh tunda dahulu aktiviti ini sehingga benar-benar selamat. Lagipun, ramai pakar-pakar yang menjangkakan, Covid-19 ini akan mengambil masa sehingga beberapa tahun sebelum benar-benar pulih disebabkan oleh faktor virus yang bermutasi dan keberkesanan vaksin.

Boleh Ke Invest Hartanah Tetapi Risiko Rendah?

Cara biasa memang anda perlu untuk membeli hartanah dan buat pinjaman perumahan sehingga 35 tahun bagi meminimumkan bayaran bulanan kepada bank. Ya betul, tak ada masalah dengan strategi ini, saya pun pernah gunakan strategi ini dalam pelaburan hartanah saya sendiri. Tetapi macam mana kalau saya kata, ada alternatif lain untuk kurangkan risiko! Sebab tujuan asal anda nak melabur dalam hartanah kan?

Apapun, ini alternatif ataupun tips hartanah rendah risiko dari saya.

Beli Saham Property Developer – Yang Ada Kaitan Dengan Hartanah

Tadi kata rendah risiko, tapi kalau melabur dalam saham ni bukan lagi tinggi ke risikonya? 

Saham ataupun cara biasa untuk melabur hartanah ini memang berisiko, cuma yang anda perlukan adalah untuk meminimumkan risiko yang ada sahaja. Cara biasa, anda membeli rumah dan buat pinjaman sehingga RM300k untuk sebuah rumah selama 35 tahun dengn ansuran bulanan mencecah Rm1500.Ya, anda bayar Rm1500 selama 35 tahun. Kalau nak duduk tak apa lagi, bagaimana kalau disewakan dengn harga kurang daripada harga installment bank dan anda kena topup lagi dengan duit anda. Contoh, sewakan pda harga rm1200, padahal anda bayar bank rm1500, kena topup setiap bulan. Belum kira kalau tak ada penyewa lagi. Ini semua risiko yang anda kena ambil peduli.

Kalau beli saham pemaju perumahan pula, memang ada risiko saham tersebut turun dan boleh juga saham itu naik. Kalau turun, boleh terus jual sahaja. Kalau anda pandai pilih kaunter berdasarkan kepada fundemantal ataupun syarikat yang bagus, anda boleh cuba beli saham berdasarkan kepada dividen yang diberikan. Selain daripada kenaikan saham, anda juga boleh dapat dividen. In case kalau rugi, boleh terus jual sahaja dan insyaAllah, nak jual saham di Bursa Malaysia ni tak susah pun sebab memang ada pembeli.

Berbanding dengan kalau anda nak jual rumah, mungkin akan ambil masa sehingga berbulan-bulan.

Ok, tak nak cakap banyak, ini beberapa syarikat pemaju yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.

  • IOIPG
  • SPSETIA
  • SIMEPROP
  • UOADEV
  • MAHSING
  • ECOWLD
  • OSK

Ada banyak tapi ni Top 7 Compaany dalam Bursa untuk kategori property. Pilih sahaja mana yang anda berkenan dan boleh terus buat pembelian. Yang penting kaji dahulu dan analisa kaunter berdasarkan kepada analisis anda sama ada teknikal ataupun fundemantal analisis. 

Ataupun anda boleh dapatkan info lanjut dalam video di bawah ini;

Beli Je Reits

Mesti anda tanya, apa pulak la Reits ni bro…. Hahaha.

Reits adalah Real Estate Investment Trust. Definisi dia macam ni;

A real estate investment trust (REIT) is a company that owns, operates, or finances income-generating real estate. Modeled after mutual funds, REITs pool the capital of numerous investors. This makes it possible for individual investors to earn dividends from real estate investments—without having to buy, manage, or finance any properties themselves. https://www.investopedia.com/terms/r/reit.asp

Macam Unit Trust juga la, duit-duit pelabur dikumpulkan dalam satu dana dan daripada dana tersebut, digunakan untuk membeli hartanah. Hartanah termasuk shoplot, hotel, kilang-kilang dan lain-lain.

Ada beberapa REITS ini yang memang kerap bagi dividen kepada pelabur. Selain daripada dividen, anda boleh juga beli di harga rendah dan jual di harga tinggi. Ya memang boleh. Dividen dapat, capital gain pun dapat. 

Setakat artikel ini ditulis, ada 4 sahaja Reits yang patuh syariah di Malaysia. Ianya adalah;

  • ALAQAR 
  • AXREIT 
  • KLCC 
  • ALSREIT

Ada satu lagi jenis Reits tapi tidak tersenarai dalam Bursa Malaysia. Pembelian hanya boleh dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Boleh baca berkenaan dengan Amanah Hartanah Bumiputra.

Walaupun tak banyak, tapi bagi saya cukup menarik sebagai satu aalternatif kepada pelaburan di Unit Trust. Lagi telus dan yang lebih menarik lagi, kos untuk pembelian Reits ini adalah JAUH lebih MURAH berbanding dengan kos untuk membeli Unit Trust

Pada kami, adalah lebih penting untuk anda mempunyai rumah untuk kediaman dahulu. Kemudian, jika nak melabur dalam hartanah, ini adalah alternatif untuk anda. Sama ada dengan beli saham pemaju, antara pemaju adalah yang kami senaraikan di atas ini ataupun beli REITS pun agak berbaloi.

Harapnya tips hartanah untuk pelabur hartanah ini boleh berikan anda pencerahan berkenaan dengn strategi pelaburan hartanah anda. Cara ini risiko anda boleh minimumkan dan juga mudah untuk anda menjual saham tersebut kerana akan ada sahaja pembeli di Bursa Malaysia ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *