Beza Refinance dan Top Up Loan – Info Untuk Anda

Ramai yang PM kami berkenaan dengan Top Up loan dan beza dengan refinance ataupun pembiayaan semula rumah. Kalau anda datang ke blog ini dah mencari info berkenaan dengan perbezaan antara apa itu topup loan dan pembiayaan semula, anda datang ke tempat yang betul. Apapun, post ini adalah kaitan dan perbezaan yang anda perlu tahu walaupun tidak semestinya anda nak lakukan kedua-dua perkara ini sekarang.

Kehendak dan keperluan seseorang ini tidak sama, sebab itu adanya kedua-dua produk ini untuk “cater” keperluan yang berbeza-beza. Ada sesetengah client yang kami rekemen untuk topup loan dan sebaliknya. Jadi, buat anda yang bercadang untuk dapatkan info yang lebih detail berkenaan dengan perbezaan ini, boleh baca artikel ini.

topup loan vs refinance

Info Lain Berkenaan Dengan Refinance Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum saya melakukan sesuatu yang berkaitan dengan bidang kewangan, memang wajib bagi saya untuk dapatkan seberapa banyak info yang ada di internet. Bagi memudahkan anda, berikut adalah beberapa topik yang pernah saya tulis berkenaan dengan refinance dan pinjaman perumahan yang mana, tak rugi pun anda tambah pengetahuan berkenaan dengan perkara ini.

1 Dokumen untuk Refinance Rumah – Mudahkan urusan anda
2 Pengalaman Refinance Rumah saya sendiri – info untuk anda
3 2 Jenis Pembiayaan Semula Rumah, Loan Consolidation atau cash
4 Clean CCRIS, antara sebab loan anda kena reject
5 Pinjaman Rumah Untuk Kerja Sendiri

Ada beberapa lagi artikel lain berkaitan dengan topik pinjaman rumah yang ada dalam blog ini, harap anda boleh cari dan ianya sedikit sebanyak membantu anda untuk refinance rumah anda.

Terkini, dah alang-alang anda cari info berkenaan dengan topup loan dan refinance, cuba dapatkan info berkenaan dengan overlap loan di SINI.

Topup loan dan refinance ini adalah lebih fokus kepada pinjaman rumah manakala overlap loan ini lebih fokus kepada pinjaman peribadi ataupun personal loan. Boleh baca artikel di atas ini untuk pencerahan lanjut berkenaan dengan perbezaan tersebut.

Apapun, kembali kepada topik perbezaan antara refinance dengan topup loan

Ini adalah beberapa info berkenaan dengan pembiayaan semula rumah yang anda perlu tahu. Sebab tak semua bank offer topup loan dan ada beberapa kekurangan topup loan yang dapat kami simpulkan. Boleh teruskan membaca dan pastikan baca sampai habis ye.

Hartanah Cepat Naik Harga

Ramai yang beli rumah teres di kawasan bandar-bandar besar seperti Selangor, Johor Bahru, Pulau PInang dan mengharapkan kenaikan harga pasaran. Beli rumah di Johor Bahru pada tahun 2013 pada harga RM200k. Tahun 2019 harga sudah boleh naik RM500k, kenaikan yang banyak bukan, lagila kalau tempat yang anda beli mempunyai akses kemudahan awam seperti shopping mall, highway dan lain-lain.

Kalau kawasan yang mempunyai kenaikan harga pasaran yang tinggi, memang lebih berbaloi untuk buat refinance berbanding dengan top up loan.

Konsep Mudah Refinance – Tukar dari Bank A ke Bank C

Katakan anda ada satu rumah teres di Bangi yang anda beli pada harga RM200k pada tahun 2011. Pada tahun 2019, harga pasaran telahpun naik sebanyak RM500k. Anda boleh refinance rumah tersebut dengan harga RM500k. Maksud refinance adalah tukar pinjaman perumahan dari bank A ke bank C. Tetapi bank C cuma akan bagi pinjam sebanyak 90% x rm500k sahaja.

Katakan baki hutang rumah teres ini adalah RM150k. Jadi, jumlah cash out anda adalah seperti berikut, RM500k x 90% – (baki hutang) = RM300k. Ya, cashout anda adalah RM300k, banyak yang anda boleh dapat dan boleh gunakan pendapatan untuk untuk membuat pelaburan lain atau nak perbesarkan lagi perniagaan.

Topup Loan Macam mana pula?

Pada tahun 2011, beli rumah dengan harga RM200k, harga pasaran pada tahun 2019 adalah RM500k. Topup loan adalah anda buat semula pinjaman perumahan menggunakan bank yang sama iaitu bank A.

Tapi tak semua bank tawarkan pakej top up ini, cuma ada beberapa bank sahaja dan jika anda nak buat dan bank tersebut tidak termasuk dalam senarai, memang tak dapat nak buat top up loan. Kalau bank tersebut tiada pakej ini, cara lain adalah sama ada refinance rumah ataupun jual sahaja rumah.

Kelebihan dan Kekurangan Topup Loan Banding dengan Refinance

Topup loan proses lebih cepat dan kos guaman akan menjadi lebih murah. Ini kerana peguam hanya berurusan dengan 1 bank sahaja. Sebab tu ianya jauh lebih cepat berbanding dengan refinance. Pembiayaan semula rumah melibatkan 2 buah bank yang berbeza dan paling cepat proses mengikut pengalaman saya adalah selama 3 bulan.

Kekurangan adalah, topup loan hanya ambil masa 10 tahun sahaja untuk tempoh pembiayaan manakala refinance boleh membuat pinjaman sehingga 35 tahun. Maksudnya kalau topup loan, installment bulanan akan jadi jauh lebih besar umpama pinjaman peribadi yang mencagarkan rumah anda.

Kalau refinance, anda perlu untuk tambah kos lawyer dan juga valuation tetapi tidak topup loan. Maksudnya ada kos yang anda perlu keluarkan.

Ini adalah apa yang anda perlu tahu, apapun, kalau nak refinance dan nak dapatkan harga pasaran percuma, boleh KLIK link ini untuk dapatkan info lanjut.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan konsep refinance rumah, anda boleh tengok video di bawah ini.

Idea Selepas Dapat Duit

Apabila dah dapat cash tu, kami rekemen untuk anda tengok beberapa tips dan idea untuk tambah pendapatan. Semua info ada di SINI dan manfaatkan sebaiknya.

Adalah lebih mudah sebenarnya kalau anda ada pendapatan sampingan selain daripada gaji yang anda terima setiap bulan. Ianya akan membantu anda agar pinjaman perumahan anda lebih mudah lulus dan kalau nak buat refinance ataupun topup loan, pun tak ada masalah di kemudian hari.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *