9 Info Dokumen Untuk Refinance Rumah 2024

Apa dokumen untuk refinance rumah yang penting untuk anda tahu. Kami pernah berikan info panjang lebar berkenaan dengan refinance rumah di artikel ini. Untuk artikel kali ini, kami akan berikan tips serta dokumen yang anda perlukan untuk pembiayaan semula rumah anda. Termasuklah kalau anda mempunyai terlalu banyak hutan dan ingin “consolidate” rumah anda, ini adalah tips yang terbaik untuk anda lakukan.

Untuk info, kalau anda nak lakukan pembiayaan semula rumah anda, memang ada 2 pakej yang boleh anda buat. Pertama adalah pembiayaan semula rumah yang membolehkan anda untuk consolidate hutang-hutang lama anda dan yang kedua adalah pembiayaan cara biasa. Boleh baca lebih lanjut berkenaan dengan perbezaan antara kedua-dua info berkenaan di SINI.

dokumen untuk refinance rumah

Sebelum Refinance Rumah

Ada beberapa info yang anda perlu tahu sebelum anda apply pembiayaan semula rumah. Dengan info ini, akan sedikit sebanyak membantu anda agar pinjaman perumahan lebih berbaloi dan lebih cepat proses seterusnya.

Laporan CCRIS

Sebelum nak buat apa-apa pinjaman ataupun loan, adalah disarankan untuk anda dapatkan laporan CCRIS anda sendiri dan lihat sama ada anda mempunyai tunggakan ataupun sebaliknya. Kalau ada hutang yang tertunggak, adalah lebih baik untuk anda selesaikan apa yang patut untuk mengelak apa-apa yang bakal terjadi di kemudian hari. Cara nak dapatkan laporan CCRIS, anda boleh ke mana-mana cawangan bank negara yang terdekat ataupun boleh beli sahaja secara online di Laman Web INI.

Anda juga boleh lihat kalau anda mempunyai tunggakan dengan syarikat pinjaman lain yang akan direkodkan dalam laporan CTOS anda.

Cuba Kurangkan Komitmen Anda

Kalau anda mempunyai jumlah loan yang sedikit, boleh cuba untuk kurangkan komitmen pinjaman anda. Terutama untuk loan yang memang tinggal sedikit. Kalau anda mempunyai kad kredit, pastikan ianya tidak melebihi limit yang anda ada. Kalau lebih memang akan menyusahkan anda untuk mendapatkan pinjaman. Kalau anda personal loan, digalakkan untuk buat bayaran penuh agar rekod pinjaman anda lebih cantik.

Tetapi awas, kalau boleh jangan sampai tiada hutang langsung. Banyak bank yang ada sekarang ini tidak mahu proses kalau anda tidak mempunyai sebarang hutang langsung. Kes ini dipanggil sebagai CLEAN CCRIS dan memang memberikan kesan kepada pinjaman anda.

Saya rekemen untuk anda tengok juga video di bawah berkenaan dengan langkah yang anda perlukan untuk refinance rumah ini. Ianya akan membantu anda untuk mendapatkan gambaran yang lebih besar berkenaan dengan apa yang anda perlukan untuk refinance rumah.

Tidak Lakukan Perkara-Perkara Drastik

Sama ada nak buat pinjaman rumah ataupun nak refinance rumah anda, nasihat kami, jangan lakukan perkara-perkara yang drastik. Maksud drastik adalah, anda ingin berhenti kerja ataupun anda ingin untuk tukar tempat kerja. Perkara-perkara seperti ini akan menyebabkan pinjaman anda semakin sukar kerana ianya akan memberikan kesan kepada pinjaman anda. Kalau ingin berhenti kerja ataupun ingin bertukar kerja, pastikan loan anda lulus dan barulah boleh untuk tukar kerja, ini lebih baik.

Permohonan Untuk Refinance Rumah

Berikut adalah antara beberapa info penting yang anda perlu tahu untuk permohonan refinance rumah. Boleh beritahu kepada bank ataupun consultant terlibat agar proses pinjaman menjadi lebih mudah.

Ada Rumah Sama Ada Sudah Habis Bayar Atau Sebaliknya

Ramai yang tanya saya, boleh ke kalau refinance rumah tapi belum habis bayar sepenuhnya? Jawapannya boleh dan tiada masalah. Pihak kami banyak menguruskan pinjaman perumahan yang masih belum habis bayar sepenuhnya lagi dan ianya bukanlah satu perkara yang merumitkan.

Harga Pasaran Rumah

Penting untuk anda tahu harga pasaran rumah sebelum anda membuat pinjaman rumah anda ataupun refinance rumah anda. Macam mana nak periksa harga pasaran? Boleh hubungi kami melalui borang di bawah ini dan kami akan periksa harga pasaran rumah anda secara percuma.

Bila dah tahu harga pasaran, lebih mudah untuk tahu kos-kos yang terlibat dan cash yang anda bakal perolehi. Benda ini sedikit sebanyak akan membolehkan anda untuk tahu kos-kos yang terlibat dalam pembiayaan semula rumah dan sebagainya.

Dokumen Untuk Pembiayaan Semula Rumah Anda

Ada dokumen ini sudah memadai untuk meneruskan pembiayaann rumah anda.

  • Geran Rumah + Info Rumah Termasuk Alamat Penuh dan Gambar Rumah
  • IC
  • Slip gaji 3 bulan
  • Bank statement 3 bulan
  • Pengesahan Majikan
  • Penyata KWSP

Ada sesetengah bank akan meminta dokumen lain seperti EA Form dan lain-lain sebagai supporting dokumen. Untuk info, ianya berbeza kalau anda ingin mendapatkan pinjaman ataupun refinance rumah anda kalau anda bekerja di Singapura. Boleh rujuk artikel ini.

Apapun, semoga hasrat anda untuk mendapatkan pinjaman rumah tercapai. Harap artikel dokumen untuk refinance rumah anda ini membuatkan anda lebih bersedia untuk buat pinjaman ataupun refinance rumah anda. Apapun, berikut adalah antara beberapa idea untuk tinggikan lagi kebarangkalian agar pinjaman anda dapat diluluskan dengan cepat dan pantas.

Tinggikan Lagi Kemungkinan Untuk Pinjaman Anda Lulus

Berikut adalah antara beberapa tips penting yang anda boleh amalkan agar pinjaman untuk pembiayaan semula rumah anda lebih mudah lulus. Yang pertama sekali adalah untuk anda tinggikan simpanan anda. RM20k adalah satu jumlah yang bagus untuk anda tunjuka kepada pihak bank yang anda mempunyai simpanan yang kuat.

Berikut adalah beberapa artikel kami untuk anda mampu untuk menyimpan duit;

Selain mempunyai simpanan, adalah digalakkan untuk anda mempunyai pendapatan sampingan. Ianya memang membantu anda untuk sukses dalam cabaran dan keadaan eknomi yang mendatang. Boleh tengok beberapa idea untuk jana pendapatan di bawah ini;

Dah ada dokumen yang kuat, boleh pergi jumpa pegawai bank berdekatan untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan refinance rumah.

Boleh follow channel telegram kami di atas bagi mendapatkan lebih banyak info dan tips berkaitan dengan topik kewangan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *