7 Tempat Simpanan Yang Menguntungkan

Topik kali ini adalah berkaitan dengan simpanan yang menguntungkan. Banyak topik berkaitan dengan pelaburan yang telahpun kami tulis. Daripada pelaburan yang agresif seperti saham dan juga pelaburan yang agak selamat macam ASB ataupun Wahed Invest, banyak yang telah kami cover.

Topik berkaitan dengan cara untuk simpanan pun ada, tetapi timbul persoalan, kalau nak buat simpanan, nak simpan di mana? Atas sebab itu, berikut adalah antara beberapa tips penting dan cara untuk membuat simpanan. Bermula dengan jumlah yang minima dan kemudian cuba untuk tingkatkan lagi simpanan anda.

Jom tengok beberapa tips dari kami untuk memaksimumkan pulangan simpanan anda. Pilih yang mana berbaloi.

Baca sampai habis ye, kami rekmeen beberapa tips penting untuk tambah pendapatan pada akhir artikel dan diharapkan ianya membantu ekonomi keluarga anda.

simpanan yang menguntungkan

Nak Simpan Berapa Dalam Bank?

Kalau nak mula menyimpan ni, berapa jumlah yang ideal untuk bermula. Kami rekemen untuk anda bermula dengan RM1000. Kenapa RM1000, boleh baca artikel INI. 

Tentang tips macam mana nak dapatkan RM1000 ini, anda boleh cuba berjimat dan jana pendapatan tambahan. Untuk cukupkan Rm1000 ini. Sekarang ini boleh cuba jadi rider untuk GrabFood ataupun FoodPanda pun boleh. Rm1k ini adalah satu stepping stone untuk melangkah dan mewujudkan simpanan yang konsisten setiap bulan.

Bank Yang Selamat Untuk Simpan Duit

Nak simpan di mana? Berikut adalah antara beberapa tempat untuk anda membuat simpanan duit. 

Simpan Di Tabung Haji

Tempat simpanan yang bagus tentunya Tabung Haji kalau anda nak memaksimumkan dividen yang anda dapat setiap bulan. TH menjanjikan dividen sebanyak 5% setahun dan ianya pastinya lebih tinggi daripada bank-bank tempatan. 

Simpanan di TH juga tidak dikenakan zakat simpanan! Jadi simpanlah sebanyak mana pun tiada masalah dan tak perlu nak pening untuk bayar zakat simpanan. BACA SINI Kalau nak tahu lebih lanjut.

Baru bertatih nak menyimpan, boleh mula buat simpanan sekarang. Mula buka akaun Tabung Haji.

Simpanan Di ASB

Nak simpan duit, boleh simpan di ASB. Ini adalah antara tempat simpanan yang baik untuk gandakan simpanan anda dengan dividen dalam lingkungan 5% setahun. Tidak seperti tabung haji, simpanan di ASB ini kalau cukup haul dan nisab, anda kena zakatkan simpanan anda. Untuk info berkenaan dengan zakat simpanan ASB ini, boleh tengok artikel kami di bawah ini;

Kalau anda belum ada akaun dari ASB ini, boleh cuba buka akaun dari ASB ini dan yang penting daftar sistem online mereka. Macam mana nak buka akaun, boleh tengok 2 perkongsian kami di bawah;

Ini adalah antara beberapa contoh tempat simpanan yang menguntungkan yang ada di Malaysia. Kalau tak ada tempat nak simpan duit, boleh mulakan untuk anda membuat simpanan di sini.

Simpan di Bank – Maybank, CIMB, Bank Rakyat dll

Kalau nak buat simpanan, bank adalah tempat terbaik untuk buat simpanan. Walaupun ASB dan Tabung Haji boleh memberikan pulangan dividen yang lebih tinggi daripada bank, tapi tiada masalah untuk anda membuat pelaburan ataupun simpanan di Bank. TIpsnya mudah.

Jika gaji anda masuk di bank A, anda jangan buat simpanan di bank yang sama tempat anda terima gaji. Buka akaun bank lain untuk simpanan. Simpanan di Bank lebih selamat daripada simpanan bawah bantal dan memberikan sedikit dividen ataupun hibah kepada pendeposit.

Boleh gunakan sebaiknya dan yang paling penting, anda bermula sekarang juga.

Simpanan Emas

Anda boleh membuat simpanan dalam bentuk emas ataupun dalam bentuk akaun simpanan emas. Tetapi tak semua mampu buat dengan cara ini. Bagi saya, kalau anda sudah cukup emergency saving dalam bentuk cash sebanyak 6 bulan gaji, baru digalakkan buat simpanan dengan cara ini.

Anda boleh membuka akaun simpanan emas seperti dalam artikel ini ataupun anda boleh juga untuk membeli emas fizikal dan simpan emas itu. Boleh simpan di dalam peti besi khas ataupun ataupun tempat simpanan yang khusus untuk membuat simpanan. 

Kalau ada tempat simpanan khas untuk emas fizikal, anda juga boleh menggunakan konsep Ar Rahnu untuk membuat gadaian dan tebus balik emas tersebut apabila sudah digunakan. Boleh baca artikel kami di bawah untuk dapatkan info berkenaan dengan simpanan emas ini.

Kalau anda mampu, boleh mula membeli emas dari sekarang.

Simpanan di Takaful

Kelebihan takaful yang tiada pada bank-bank adalah manfaat dari segi perlindungan ketika ditimpa bencana. Ini adalah kelebihan takaful ataupun insurans yang tidak boleh dinafikan lagi. Tetapi, adakah berbaloi takaful dijadikan sebagai tempat simpan?

Pandangan peribadi saya, fokus kepada perlindungan. Simpanan di takaful adalah bonus sahaja dan jangan terlalu mengharap dividen yang takaful berikan kerana ianya tidaklah banyak mana. Untuk simpanan, beberapa pilihan yang kami nyatakan di atas adalah antara pilihan yang baik, untuk perlindungan, memang takaful adalah pilihan terbaik.

Boleh tengok video di bawah di mana kami detailkan berkenaan dengan tempat simpan duit terbaik untuk anda.

Simpan di Unit Trust Berbaloi ke?

Unit trust ataupun dana amanah sebagai tempat simpan duit? Untuk info, unit trust adalah tempat untuk dana yang anda ada dilaburkan dalam pasaran seperti saham, sukuk ataupun lain-lain. 

Apabila anda membuat simpanan di dana amanah seperti ini, anda juga mempunyai risiko mengalami kerugian. Setelah anda mempunyai dana simpanan yang cukup untuk simpanan kecemasan, bolehlah mula membuat simpanan di sini. Antara dana yang popular di Malaysia adalah Public Mutual, mesti pernah dengar kan.

Wahed Invest

Wahed Invest ini agak baru dalam pasaran Malaysia. Ianya patuh syariah dan diluluskan oleh bank negara Malaysia. Apa yang menarik, dana ada diuruskan dalam bentuk aplikasi dan anda boleh lihat pulangan dana anda. Semuanya secara online sahaja. 

Seperti juga unit trust, apabila anda membuat pelaburan ataupun simpan duit anda di sini, masih ada risiko untuk anda alami kerugian. Jadi, ambil langkah yang baik dan mula untuk asingkan portfolio pelaburan anda. Boleh dan tiada masalah untuk buat simpanan di sini asalkan anda tahu risiko dan anda sudah mempunyai dana untuk simpanan kecemasan anda.

Dividen Bank Paling Tinggi di Malaysia

Kalau nak buat simpanan yang menguntungkan, kenalah simpan di tempat yang risiko rendah dan pada masa yang sama, memberikan pulangan yang tinggi dalam bentuk dividen. Macam mana nak cari tempat yang seperti ini, kami rekemen 2 tempat sahaja yang boleh bagi pulangan yang tinggi dan risiko agak renda. Tempat tersebut adalah di;

  • Tabung Haji
  • ASB

Boleh mulakan simpanan anda sekarang.

Akaun Simpanan Kanak-Kanak

Kalau untuk dewasa, ASB dan TH adalah tempat yang bagus untuk membuat simpanan. Tetapi untuk kanak-kanak, ada simpanan lain yang jauh lebih baik. Simpanan itu mempunyai 3 manfaat yang sekaligus tidak dapat dilawan oleh produk lain. Ianya memberikan manfaat dari segi;

  • Manfaat dividen dalam simpanan – dividen tinggi sedikti daripada simpanan di bank
  • Manfaat perlindungan takaful – Memang Beraloi
  • Rebate Cukai Pendapatan

Manfaat ini membolehkan kami untuk cadangkan kepada anda, kalau anda nak buat simpanan untuk anak, ini adalah tempat simpanan yang baik. Artikel yang kami maksudkan adalah di SINI.

Cara Simpan Duit ASB di Pejabat Pos

Nak simpan duit ASB sekarang tidak susah. Bukan sahaja di pejabat POS, tempat lain pun ada banyak pilihan untuk anda membuat simpanan. Selain ASB, bank seperti Maybank, CIMB, RHB pun sudah boleh membuat simpanan untuk ASB. Nak info lanjut, baca artikel ini.

Tips Tambah Pendapatan

Kalau dah dapat simpan duit RM1k, langkah seterusnya cuba untuk simpan untuk 6 bulan gaji. Jika berlaku apa-apa pada kerjaya anda sekarnag, paling kurang boleh la survive untuk lagi 6 bulan kan. Jadi, macam mana nak dapatkan simpanan sehingga ada 6 bulan gaji. Selain daripada jimat duit bulanan. Kami rekemen untuk cukupkan simpanan dengan tambah pendapatan.

Cara nak tambah pendapatan ni pulak macam mana? Ni antara beberapa tips untuk tambah pendapatan.

Cara Buat Duit Online

Kami mulakan dengan beberapa idea kompilasi berkenaan dengan cara untuk buat duit secara online. Tips untuk buat duit secara online ini akan ditambah dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan dan idea baru pemasaran menggunakan medium internet. Boleh tengok idea yang kami maksudkan di artikel bawah ini;

Daripada idea ini, dapatlah tips penting untuk buat duit secara online.

Info Pelaburan Saham

Anda boleh tambah pendapatan anda dengan saham. Jika anda tahu cara nak melabur sendiri, boleh terus melabur dengan saham dan tidak perlu untuk membuat pelaburan dan mengharapkan dividen daripada Unit Trust.

Itu kalau anda tahu cara nak melabur sendiri. Pun boleh juga melabur dalam Unit Trust sebagai salah satu “income diversification” untuk pelaburan anda. Untuk mendalami ilmu saham, berikut adalah beberapa tips penting dari kami.

Nasihat kami, jangan berhenti dan terus mendalami ilmu berkaitan dengan pelaburan saham ini.

Menjual di Shopee

Nak jual barang di Shopee ini tidaklah susah, semua orang boleh menjual di Shopee. Ianya boleh menjadi tips dan idea untuk tambah pendapatan anda. Nak tahu step by step macam mana nak tambah pendapatan dengan Shopee boleh lihat di SINI.

Jangan lupa juga untuk anda follow Telegram Channel kami untuk lebih banyak tips berkaitan dengan kewangan dan pelaburan serta simpanan.

Mula Menyimpan Sekarang

Apapun, teruskan dan mula menyimpan dari sekarang untuk manfaat simpanan yang berganda. Kalau anda tak mula menyimpan, bagaimana nak mula membuat pelaburan pada masa akan datang. 

Jangan lupa share artikel ini kepada mereka yang lain dengan menekan butang social share di bawah. Dengan itu, lebih ramai rakyat Malaysia yang lain bakal memperolehi manfaat daripada artikel yang kami kongsikan pada kali ini.

Related Posts

2 thoughts on “7 Tempat Simpanan Yang Menguntungkan

  1. Terbaikkk! Dengan inflasi yg meningkat skrang, menjana pendapatan sampingan secara online menjadi satu keperluan dah.

    Salah satu Cara jugak adalah meyimpan dgn akaun Simpan SSPN Plus.

    Dengan serendah RM30 sebulan dah boleh meyimpan, mendapat perlindugan Takaful dan pengecualian cukai.

    Jom Buka Akaun Simpan SSPN Plus.

    1. terima kasih atas komen, memang terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *