8 Step Cara Membeli di Shopee 2024

Kali ini tips ringkas berkenaan dengan cara membeli di Shopee. Sekarang ini banyak barangan murah yang mula dijual secara online dan ada sesetengah barangan itu, memang jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan kedai-kedai berhampiran anda. Disebabkan oleh ledakan smartphone dan pakej data yang semakin murah, ramai yang mula beralih kepada pembelian secara online ini.

Kebanyakan pengguna juga membuat pembelian dengan menggunakan aplikasi telefon pintar masing-masing. Tetapi, tak semua orang tahu macam mana cara untuk membuat pembelian secara online ini. 

Artikel pada kali ini adalah beberapa langkah penting sebagai salah satu cara step by step untuk membuat pembelian secara online. Sama ada platform Shopee ataupun Lazada. Ianya mudah sahaja dan kalau anda belum tahu lagi macam mana, jangan risau, pada artikel kali ini kami tunjuk langkah demi langkah bagi memudahkan anda untuk membuat keputusan.

cara membeli di shopee

Beli Barang Pakai App ataupun Desktop

Kebanyakan pengguna menggunakan applikasi dalam membuat pembelian sama ada aplikasi app daripada Shopee ataupun Lazada. Ini adalah antara cara membeli di Shopee yang mudah dan tingkas. Mula-mula sekali anda perlu untuk menekan butang di bawah.

Dah klik? Wajib daftar akaun dulu ye sebelum ke proses yang seterusnya. Nak daftar akaun macam mana? Boleh tengok gambar di bawah ini ya.

Mesti anda dah biasa kan nak daftar akaun di mana-mana laman web. Kami rekemen daftar terus dan seterusnya, akan jadi jauh lebih mudah.

Gunakan Fungsi Carian Untuk Cari Barang

Dah daftar, bolehlah anda cuba cari barang apa yang anda mahukan. Daripada smartphone, mesin basuh, peti ais dan banyak lagi barangan keperluan harian yang anda boleh cuba dapatkan. Kebanyakan barangan yang dijual di sini adalah pada harga yang sangat murah dan kebiasannya jauh lebih murah daripada harga barangan yang di jual di kedai berhampiran. 

Ok, dah jumpa ke barang apa yang anda mahukan. Kalau dah jumpa, boleh pergi ke proses seterusnya untuk checkout.

Add to cart kemudian checkout

Anda dah jumpa ke barangan yang anda nak beli? Kalau dah jumpa bolehlah terus ke checkout untuk membuat pembelian. Kalau anda mempunyai barangan lain yang anda nak beli, bolehlah gunakan fungsi add to cart dulu sebelum meneruskan untuk membuat pembelian.

Semua barang dah ada, boleh terus membuat pembayaran. Ianya proses yang ringkas dan mudah sahaja dan tidak memerlukan anda untuk berfikir terlalu lama.

Cara Pembayaran di Shopee

Untuk pembayaran pun ianya tidak susah. Kalau tak mahu gunakan online banking, anda pun boleh membuat pembayaran melalui 7 Eleven dan juga kad kredit ataupun debit. Semuanya mudah sahaja dan ianya tidak mengambil masa yang terlalu lama. Asalkan semua cukup, boleh terus membuat pembelian.

Sebelum membuat pembelian, boleh pastikan yang alamat adalah betul dan barangan yang anda beli pun adalah barangan yang anda pilih. Takut nanti kalau nak refund semula akan ambil masa yang agak lama pula. Lebih baik pastikan semuanya dalam keadaan yang baik barulah teruskan untuk membuat pembayaran.

Beli Barang di Lazada

Lazada merupakan antara pesaing Shopee dan di Lazada juga, tidak kurang banyak barangan yang ada di sana. Semuanya pada harga yang berbaloi dan tidak banyak berbeza dengan apa yang ditawarkan di Shopee. Ada sesetengah tu lagi selesa kalau beli di Lazada, dan ada sesetengah tu lagi selesa kalau beli di Shopee. Apapun terpulang kepada masing-masing.

Apapun, boleh tengok dulu apa yang lazada dan shopee tawarkan di bawah.

Anda pilih yang mana?

Jom Jual Barang di Shopee

Selain daripada anda membeli barangan di Shopee ini, anda juga boleh menjual pelbagai barangan di sini. Ianya merupakan satu platform yang unik untuk penjualan dan pembelian pelbagai barangan. 

Apa yang anda boleh jual di sini ya? Kalau anda dah buka akaun untuk membeli barangan di Shopee, anda juga boleh menggunakan akaun yang sama untuk menjual barang. Ianya semudah itu dan tidak perlu terlalu complicated pun. Jadi, persoalan sekali lagi, nak jual apa?

Boleh tengok perkongsian di bawah tentang produk yang laku keras di Shopee. Ini adalah idea.

Nak info lebih lanjut dan terkini tentang produk apa yang bagus untuk anda jual di Shopee, boleh baca lebih lanjut tentang idea produk Shopee. Untuk info, artikel ini kerap kami update untuk berikan info terkini kepada anda.

Barangan prelove, duit lama, hadiah dan banyak lagi yang anda boleh cuba jual di Shopee. Asalkan ada permintaan, boleh cuba untuk menjual di sana. Nak dapatkan idea lebih lanjut untuk menjual idea dan barangan di sana boleh baca artikel kami di bawah ini.

Harapnya, artikel di atas dapat membantu anda untuk menjadi seorang penjual yang berjaya di Shopee.

Beli Barang Online Jimat Belanja

Kalau membeli barangan secara online ini memang boleh jimatkan perbelanjaan anda. Ianya merupakan salah satu tips yang kami tekankan dalam amalan jimat belanja di SINI. Ada banyak lagi tips-tips dan cara untuk jimatkan perbelanjaan anda dan diharapkan artikel di atas boleh memberikan gambaran awal untuk perbelanjaan berhemah dan seterusnya, jimatkan perbelanjaan anda.

Bagi mereka yang nak berkahwin pun, tiada masalah untuk mendapatkan banyak barangan hantaran perkahwinan anda secara online. Nak tahu idea untuk mereka yang sedang merancang untuk berkahwin boleh baca artikel di bawah.

Tips Tambah Pendapatan – Beli Lagi Barang di Shopee

Nak tambah pendapatan, selain daripada menjual di Shopee, boleh cuba dropship. Dropship ini apa pulak? Boleh tengok artikel INI kalau nak tahu apa itu dropship.

Anda pun boleh menggunakan konsep dropship ini untuk tambah pendapatan dan menjadi seorang penjual di Shopee. Memang menarik kan.

Apapun, harapnya artikel cara membeli di shopee pada kali ini membantu anda untuk membuat pembelian dan membeli secara berhemah di Shopee. Sebenarnya ada banyak lagi ecommerce di Malaysia ini selain Shopee dan Lazada.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *