9 Cara Simpan Duit Gaji – Terkini 2021

Macam mana cara simpan duit gaji paling efektif? Artikel kali ini adalah berkaitan dengan tips penting untuk simpanan duit. Sekarang ini memang banyak kebocoran yang berlaku disebabkan oleh tawaran dari pengiklan-pengiklan yang kretif dan menarik. Nak ada simpanan pun kadang kala susah, inikan lagi kalau nak buat pelaburan. 

Apapun, kali ini kami nak tunjukkan cara yang efektif untuk buat simpanan. Ada simpanan ini penting untuk kebaikan pada mada akan datang. Kalau nak buat simpanan itu, tidak perlu terlalu banyak pun, cukup untuk anda boleh capai 6 bulan gaji sudah memadai. Yang lain tu, boleh fokus kepada pelaburan ataupun perniagaan yang membolehkan anda mendapat pendapatan yang konsisten setiap bulan.

cara simpan duit gaji

Tetapkan Matlamat Simpanan Anda

Kalau nak buat simpanan, yang paling ideal adalah, ikut apa yang Al-Quran beritahu kepada kita. Ada ke? Betul ada, 

Anda semak surah Yusuf ayat 47 – 49

Nabi Yusuf berkata :” Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa ; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.

Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit (susah) yang akan menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit) kecuali sedikit dari (gandum) yang kamu simpan. 

Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberikan hujan (dengan cukup) dan manusia memeras anggur.

Allah ajar melalui Nabi Yusuf supaya menyimpan selama 7 tahun. Ketika masa gawat, boleh gunakan wang kecemasan selama 7 tahun. Lama tu… 

Pada saya, paling ideal adalah anda buat simpanan selama 7 tahun, tetapi kalau rasa terlalu lama, boleh buat simpanan selama 6 bulan sudah memadai. Selepas itu, barulah fokus kepada pelaburan yang menjana pendapatan secara pasif setiap bulan.

Tetapkan matlamat simpanan anda, kalau nak 6 bulan tetapkan dan cuba capai, selepas itu fokus kepada perkara lain seperti bayar hutang ataupun buat pelaburan. Percayalah, kalau anda mempunyai matlamat, ianya merupakan cara simpan duit gaji rendah yang efektif untuk anda amalkan pada setiap masa.

Kewangan Rakyat Malaysia Membimbangkan

Tujuan kami untuk buat blog berkaitan dengan kewangan ini semakin mambuak-buak setelah membaca laporan di bawah.

Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2019 dengan kerjasama Visa mendedahkan sebanyak 43 peratus rakyat di negara ini membelanjakan semua pendapatan mereka.

Ramai dalam masyarakat kita sebenarnya tidak memahami konsep simpanan asas. Kebanyakan akan menyimpan apabila mempunyai lebihan wang.

Persoalannya, apakah faktor gaji cukup-cukup makan atau rakyat kita tidak celik kewangan menyebabkan mereka lemah mengurus wang sehingga tidak mampu menyimpan?

Media melaporkan kajian Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan RM1,000. (sumber : SinarHarian)

Nak Buat Simpanan Di Mana

Kalau nak buat simpanan, kami palign rekemen tempat yang berikan dividen ataupun hibah yang tinggi. Paling kurang lagi tinggi daripada bank-bank tempatan. Asalkan dividen yang diberikan lebih tinggi dari inflasi pun dah memadai. Kalau anda nak simpan untuk anak, tempat simpanan INI menarik kerana anda mendapat dividen yang agak tinggi dan mempunyai manfaat potongan cukai.

Kalau untuk simpanan duit gaji, kami rekemen anda baca perenggan di bawah kerana kami berikan beberapa tips untuk buat simpanan. Yang penting mudah untuk anda buat simpanan dan pelaburan.

Kami Cadang ASB Atau Tabung Haji

Kenapa ASB dan Tabung Haji? Kerana kedua-dua platform ini menawarkan dividen yang agak tinggi setiap tahun. Kebiasannya melebihi jumlah inflasi duit kertas. Paling kurang anda tahu yang nilai duit anda tidak susut di sini. 

Untuk simpanan di ASB boleh baca artikel buka akaun di SINI. Kalau Tabung Haji pula boleh dapatkan info di kaunter yang berdekatan.

Kalau anda tanya lagi, antara kedua-dua mana lebih baik, kedua-dua baik. Cuma kami lebih rekemen TH kerana…. Simpanan di sana pihak pengurusan TH sudah zakatkan. Maksudnya anda tidak perlu membayar zakat simpanan apabila cukup haul dan nisab. Kalau anda simpan di ASB, anda masih perlu membayar zakat. Atas sebab itu, kami rekemen untuk anda buat simpanan di Tabung Haji

Unit Trust atau Insurans – Berbaloi Ke?

Kalau untuk simpanan kami lebih rekemen untuk anda membuat simpanan di ASB dan TH. Insurans ataupun takaful bukan dicipta untuk simpanan tetapi lebih kepada perlindungan. Unit Trust pula terdedah kepada risiko pelaburan rugi. Apabila anda dah cukup simpanan, baru saya rekemen untuk anda mula melabur di Unit Trust. Antara Unit Trust yang popular adalah Public Mutual.

Saya juga rekemen untuk anda langgan takaful bukan sebagai simpanan tetapi lebih kepada perlindungan. Jika berlaku perkara yang bukan diluar kemampuan seperti kemalangan dan lain-lain, anda mempunyai sumber pendapatan kedua yang bagus. Kami akan buat satu artikel khusus berkenaan dengan takaful di lain waktu. 

Sebagai alternatif, boleh juga anda tengok info lanjut berkaitan dengan cara simpan duit gaji RM1000 seperti dalam video di bawah ini;

Cara Menyimpan, Potongan Gaji

Kalau ada gunakan ASB dan Tabung Haji, boleh transfer secara online sahaja ke akaun berkaitan. Ataupun cara lain adalah, buat potngan gaji. Saya rekemen untuk anda konsisten menyimpan sebanyak 10% daripada gaji untuk permulaan.

Fokus pada cukupkan emergency saving dahulu kemudian barulah mula membayar hutang-hutang yang tidak perlu. Kalau anda konsisten, insyaAllah ianya akan sedikit sebanyak membantu anda untuk mula menyimpan. Kalau anda mampu untuk menyimpan lebih daripada itu, adalah lebih baik dan lagi cepat anda dapat capai matlamat simpanan anda.

Boleh tengok video di bawah di mana kami detailkan tempat simpanan terbaik yang anda boleh pilih.

Fokus Bayar Balik Hutang

Dah cukup simpanan kecemasan? Kalau dah cukup barulah anda boleh fokus kepada pembayaran hutang. Antara hutang yang popular orang muda di Malaysia adalah hutang PTPTN dan satu lagi adalah hutang kad kredit.

Untuk PTPTN, kami senaraikan beberapa cara untuk anda selesaikan hutang tersebut di artikel ini.

Untuk kad kredit, boleh baca beberapa tips kami kongsikan di SINI.

Cuba selesaikan hutang-hutang jahat terlebih dahulu dan kemudian, anda boleh fokus kepada topik seterusnya iaitu tips untuk tambah pendapatan. Kalau anda mempunyai hutang yang besar seperti hutang rumah pula, boleh bayar lebih sedikit setiap bulan untuk kurangkan secara perlahan-lahan. Ianya antara tips dan sangat membantu untuk kurangkan hutang secara konsisten setiap bulan.

Fokus Tambah Pendapatan

Dah banyak hutang yang anda dah selesaikan, seterusnya adalah untuk anda fokus kepada tambah pendapatan secara konsisten. Adalah lebih baik untuk anda tidak terlalu bergantung kepada gaji yang anda terima setiap bulan dan mula untuk tambah pendapatan agar anda mempunyai kelebihan dari segi kewangan.

Mana tahu, tiba-tiba syarikat tempat anda bekerja mula tak stabil dan mula berhentikan ramai orang, paling kurang pada ketika itu, anda sudah adan pendapatan kedua dan tidak bergantung kepada sumber pendapatan gaji yang anda terima.

Kalau anda nak cari idea tambah pendapatan, ada beberapa idea yang kami boleh kongsikan kepada anda.

Ada banyak lagi tips dan kami akan tambah dari masa ke semasa.

Jangan lupa juga untuk tambah tips di video bawah ini agar poket anda tidak berkurang setiap bulan.

Mula Sekarang Untuk Buat Simpanan

Apa yang penting adalah untuk anda bermula sekarang dan artikel cara simpan duit gaji ini adalah antara beberapa tips penting untuk sukses. Kami berharap 2 perkara dari anda;

Teruskan membaca berkaitan dengan topik kewangan, kami rekemen beberapa buku berkaitan dengan topik ini yang kami sendiri baca di bawah;

Juga kongiskan artikel cara simpan duit gaji ini kepada yang lain agar lebih banyak manfaat. Kami memang fokus untuk berikan pendedahan kepada rakyat Malaysia untuk terus mempunyai tahap penguasaan kewangan yang baik agar Malaysia terus maju.

Related Posts

32 thoughts on “9 Cara Simpan Duit Gaji – Terkini 2021

  1. Terima kasih di atas perkongsian ini. Artikel sebegini akan membantu ramai anak muda (dan sebahagian warga lebih matang) untuk mula menyelaras kewangan masing-masing.

  2. Nice info, thanks for sharing yea. Bnyk point2 bermanfaat yg boleh dipraktikkan juga tu. Dlm zmn skrg ni bg org kebanyakan mmg bukn mudah unt menyimpan, lg2 yg bekeluarga dgn gaji kecil. As long as ada usaha, insyaAllah ada rezekinya nnt kn.

    1. walaupun bergaji kecil, tiada masalah untuk menyimpan. Harap artikel ini sedikit sebanyak membantu.

  3. Perkongsian tang bagus dibaca oleh anak anak muda yang baharu nak bekerja dan mendapat gaji. Eloklah simpan duit utk masa depan. Klu rasa tak bole simpan bagi mak suh simpan hihi…

    1. sikit-sikit lama2 jadi bukit. Mesti amalkan dan mula menyimpan dari sekarang.

  4. Perkongsian yang bagus dibaca oleh anak anak muda yang baharu nak bekerja dan mendapat gaji. Eloklah simpan duit utk masa depan. Klu rasa tak bole simpan bagi mak suh simpan hihi…

  5. Saya tak ada income yang stabil. Jadi saya buat percentage je. 50% of the income yang dapat, simpan sikit sikit dalam ASB, TH. 50% lagi untuk harian lain. Sekarang tengah nak try invest dekat Wahed Investment pulak

    1. waaa nice, saya pun akan buat satu post pasal wahed investment dalam masa terdekat ni. nantikan ye

  6. Great tips. Semua berbaloi cuba. Yang paling penting kurangkan perbelanjaan yang tidak berfaedah.

    1. betul tu, memang kena potong2 mana2 yang tak berfaedah dan tambah pendapatan.

  7. Alhamdulillah mmg mnyimpan dlm asb.. th.. Perlindungan pun amik takaful.. Cuma xda la unit trust tu.. Sebab yg ni pun ckup2 ja duit nak mnyimpan n mbyarnya

    1. takpe, mula slow2. Saya rekemen tambah pendapatan dulu sebelum pergi lebih jauh.

  8. Alhamdulilah, walaupun tak bekerja, tapi duir dari Suami beri, Sis menyimpan di Tabung Haji dan ASB..kadang memang simpanan dalam bank tu…zaman ekonomi tengah macam ni, nak simpan bebanyak dalam bank atau invest jadi takut gak..Terima kasih atas perkongsiannya..

    1. betul sekarang kena hidup simple dan berjimat. Beli benda yang perlu sahaja.

  9. Bukan mudah nak menyimpan, banyak dugaannya.. Thanks bagi guide.. Rasa semangat sikit nak.kuatkan hati untuk menyimpan

    1. sama2. Harap artikel ni bagi manfaat dan tips berguna untuk menyimpan.

  10. betullah, kena fokus juga add income. sebab kadang tu dah pusing2 dan sekat perbelanjaan, masih sama je. baiklah fokus add income

    1. kak raihanah bukan dah sukses ke dengan shaklee?

      zaman sekarnag mmg kena ada side income.

  11. Dulu masa kerja tetap, sy ada buat force saving. Kalau nak guna cara menabung senddiri memang tak terbuat punya. Jadi saya guna kaedah potong dari akaun terus setiap bulan supaya tak terasa sgt.. hehe

    1. wah, tips yang menarik. Betul force saving pun membantu.

  12. Thank you sharing cara menyimpan. Teringin juga buat investment tapi tak berani lagi. Simpanan pon tak banyak sangat

    1. tak apa, investment boleh buat sikit2 sampai jadi. Ada banyak platform investment yang ada di pasaran.

  13. setuju sangat dengan semua point. semua orang memang kena amalkan semua ni kalau rasa nak berjimat n menyiman untuk masa depan.

    1. simpanan emas pun bagus, untuk jangka masa panjang. Tak ada masalah untuk teruskan.

  14. tq atas penkongsian ini..atleast bole ada idea untuk kita menyimpan duet…ASB dan Tabung haji adalah simpanan terbaik pada yang x berani invest unit amanah

    1. baik simpan di asb tu, kalau pelaburan insyaALlah akan cover topik lain nanti.

  15. Amalan menabung memerlukan bukan sahaja kesabaran malah memerlukan komitment yg konsisten yg tinggi agar tidak hangat2 taik ayam….ramai yg kecundang bila tak komit…thanks for sharin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest