6 Info Keburukan Unit Trust 2023

Apa keburukan Unit Trust? Pada artikel kali ini, kami nak berikan beberapa informasi kepada anda berkenaan dengan tips dan apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan Unit Trust. Kalau anda yang datang ke artikel ini sebagai seorang pelabur, memang ada banyak perkara yang sepatutnya anda tahu berkenaan dengan Unit Trust. Terutama tentang bagaimana ianya berfungsi, ke mana dana akan dilaburkan dan lain-lain.

Di akhir artikel ini, kami akan berikan beberapa informasi terkini berkenaan dengan beberapa alternatif selain daripada Unit Trust. Ada beberapa input yang anda perlu tahu sebelur laburkan duit hasil daripada penat lelah ke dalam Unit Trust. Apa yang saya maksudkan tu? Jom kita tengok satu persatu.

keburukan unit trust

Berapa Pulangan Pelaburan Anda

Soalan yang perlu ditanya adalah, berapa pulangan pelaburan anda. Selalunya, pulangan pelaburan adalah subjektif dan bergantung kepada banyak faktor. Antara faktor – faktornya adalah pasaran saham di dunia dan di Malaysia, keadaan ekonomi dan lain-lain. 

Bagi saya, asalkan pulangan dari segi dana itu lebih tinggi sedikit daripada ASB, Tabung haji dan juga KWSP, tiada masalah. Masalahnya adalah apabila pulangan dana tersebut lebih rendah daripada ASB, Tabung Haji dan KWSP. Jika pulangan lebih rendah, adakah anda nak teruskan pelaburan anda dalam Unit Trust? Itu belum masuk lagi bayaran kos fee bagi setiap dana yang anda masuk tersebut. Setiap dana mempunyai fee yang tersendiri dan jumlah tersebut tidaklah murah!

Berapa Caj Yang Di Kenakan?

Ini adalah antara keburukan Unit Trust yang saya mahu anda sebagai pembaca tahu berkenaan dengan isu ini. Berkenaan dengan caj ini, tak ramai agen yang akan beritahu berkenaan dengan isu ini. Setelah wang dilaburkan, baru tahu ada kos yang tersembunyi seperti ini. 

Untuk Pelaburan tunai, service charge yang dikenakan agak tinggi dalam 5.5% dan ini adalah sekali sahaja, tiada service charge tahunan dikenakan. Manakala, untuk pelaburan Unit Trust EPF, service yang dikenakan pula lebih rendah iaitu 3%.

Untuk dapatkan pulangan yang berbaloi daripada Unit Trust ini, pulangan pelaburan anda sepatutnya adalah 9% ke 10% setahun untuk sama pulangan dengan ASB ataupun Tabung haji. Apapun dalam isu ini, pemilihan dana adalah perkara yang sangat penting. Macam mana nak pilih dana yang bersesuaian 

Agen Misleasing?

Tak semua agen yang misleading tetapi memang ada sebahagian yang memberikan informasi yang salah sebab nak dapatkan ataupun banyak jualan. Apapun, tak semua agen yang seperti ini. Ada yang menjanjikan pulangan pelabraun dan “overclaim” yang tidak sepatutnya sehingga mengabaikan etika sebagai agen kepada Unit Trust. 

Walaupun tak semua agen akan berikan informasi yang salah, tetapi macam mana kalau anda boleh buang elimen ini dengan cara membuat pelaburan secara sendiri dengan lebih bebas. Jika anda nak laburkan akaun 1 anda, boleh laburkan sendiri akaun 1 KWSP tersebut dengan beberapa cara. 

Ataupun anda boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan tips untuk sukses dalam pelaburan Unit Trust di bawah ini.

Kami lagi suka jika anda sendiri yang laburkan duit anda dan bukan orang tengah. Apapun, salam sukses dan semoga berjaya.

Kena Pandai Pilih Dana

Pilihan dana merupakan satu perkara penting dalam pelaburan Unit Trust. Dana yang bagus tidak semestinya dalam satu syarikat sahaja. Mungkin ianya dalam syarikat yang berbeza asalkan pelaburan tersebut menjanjikan satu pulangan pelaburan yang munasabah. 

Cara nak memilih dana mestilah dengan teknik dan “track record” yang betul agar dana yang dipilih. Pemilihan dana adalah antara perkara yang paling penting dalam pelaburan unit amanah. Tentulah anda perlu menyelidik dana tersebut secara terperinci bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Pelaburan Unit Trust Sentiasa Untung?

Biasalah kalau dah namanya pelaburan, akan ada untung dan rugi.

Tapi betul ke kalau invest dalam Unit Trust ni boleh rugi?

Apapun, dalam mana-mana pelaburan memang kena study dan lihat dulu sama ada ianya bersesuaian ataupun sebaliknya. Cumanya, jangan letak terlalu banyak dana dalam satu tempat, lebih baik pelbagaikan dana pelaburan anda.

Invest Dalam Akaun 1 KWSP Sendiri Sahaja

Apabila sudah tahu dana mana yang berikan pulangan yang bagus dan berbaloi, bolehlah anda laburkan sendiri dalam akaun 1 KWSP. Tips untuk macam mana cara nak laburkan duit dalam akaun 1 pula anda boleh tengok dalam video di bawah ini;

Ini adalah beberapa info berkenaan dengan Unit Trust. Yang anda patut tahu.

Alternatif Kepada Unit Trust

Ini adalah antara beberapa keburukan Unit Trust yang anda perlu tahu. Bagaimana kalau kami nak beritahu yang anda boleh laburkan sendiri duit anda dengan beberapa alternatif pelaburan yang bakal kami cadangkan. Nak tahu apa alternatif tersebut? Pada kali ini kami nak berikan 3 alternatif kepada Pelaburan Unit Trust.

Pelaburan Saham

Salah satu alternatif yang kami cadangkan adalah anda laburkan sendiri duit anda dalam pasaran saham. Siapa yang tak kenal dengan saham kan? Kalau anda masih baru dalam dunia pelaburan, inilah masanya untuk anda laburkan dana anda. Untuk info, sebahagian besar dana dalam Unit Trust adalah dilaburkan dalam pasaran saham. Ya saham, sama ada saham di Malaysia ataupun di negara lain.

Untuk permulaan, anda boleh cuba mempelajari pelaburan saham dalam kelas saham percuma kami. Untuk akses kelasa saham tersebut anda boleh tengok dapatkan akses dalam link di bawah ini.

Harap ianya membantu dalam anda memahami pelaburan saham.

Wahed Invest

Saya faham yang pelaburan saham ini perlukan masa untuk seseorang itu betul-betul sukses. Untuk itu, Wahed Invest adalah satu pelaburan yang anda boleh laburkan secara terus tanpa perlu untuk mempelajari teknikal analisis dan juga fundemantal analisis.

Info lanjut berkenaan dengan Wahed Invest ini anda boleh baca secara lanjut di dalam 2 artikel di bawah ini;

Harap ianya membantu anda untuk lebih memahami apa Itu Wahed invest. Ianya merupakan satu pelaburan menggunakan applikasi dan pelaburan adalah menggunakan Robo Advisor. Fee berkenaan dengan pelaburan Wahed Invest ini pula adalah antara yang rendah dalam pelaburan anda.

Raiz Invest

Antara alternatif yang baik untuk Unit Trust. Ianya juga merupakan satu platform untuk mempelbagaikan pelaburan anda. Berkenaan dengan Raiz Invest ini, ianya adalah satu platform yang baik untuk pelaburan yang baik dan fee berkenaan dengan program ini juga agak transparent. Anda boleh dapatkan info lanjut dalam video di bawah ini;

Info lanjut berkenaan dengan Raiz Invest ini juga anda boleh dapatkan di bawah.

Apapun, harapnya artikel keburukan Unit Trust ini membantu anda untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan pelaburan Unit Trust dan peluang yang anda untuk anda tingkatkan pelaburan anda. Ada banyak lagi pelaburan yang anda boleh ceburi tetapi perlulah dengan menggunakan ilmu yang betul.

Apapun, untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan pelaburan dan tips-tips lain, anda boleh dapatkan di dalam Channel Telegram kami di atas ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *