5 Cara Buka Akaun Tabung Haji 2023

Macam mana cara buka akaun Tabung Haji? Pada kali ini, kami akan berikan info dan panduan khusus bagaimana nak buka akaun dengan TH. Selain daripada anda mendaftar akaun TH untuk pergi haji, anda juga boleh manfaatkan TH untuk simpanan dan juga pelaburan.

Menunaikan haji adalah rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim setelah mencapai kemampuan. Di Malaysia, seorang Muslim perlu mendaftar di Lembaga Tabung Haji (TH) dan segala urusan haji adalah dibawah pengurusan dan bimbingan pihak Lembaga Tabung Haji. 

Pendaftar haji perlu memiliki sekurang-kurangnya RM1,300 sebelum layak untuk membuat pendaftaran haji. Anda boleh membuka akaun dan menabung di Lembaga Tabung Haji sebelum mendaftarkan diri untuk menunaikan haji. Di sini, kami akan kongsikan cara-cara untuk membuka akaun Tabung Haji.

cara buka akaun tabung haji

Cara-cara Membuka Akaun Tabung Haji

Dengan minimum deposit sebanyak RM2, anda boleh membuka akaun dewasa dan akaun kanak-kanak. Tabung Haji meletakkan beberapa syarat mudah yang perlu dipenuhi sebelum anda membuka akaun. Syarat-syarat ini adalah untuk memastikan wang simpanan dikhaskan untuk rakyat Muslim di Malaysia. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam dan waras
  • Merupakan warganegara Malaysia,
  • Berumur 18 tahun keatas (bagi akaun dewasa).

Anda hanya perlu membawa MyKad anda ke kaunter pendaftaran dan mengisi borang pembukaan akaun yang disediakan. 

Cara Membuka Akaun TH Untuk Kanak-Kanak

Bagi membuka akaun kanak-kanak, anak anda perlulah berumur di bawah 18 tahun. Kemudian, anda perlu membawa sijil dokumen untuk mengesahkan bahawa anda merupakan penjaga anak anda yang sah di sisi undang-undang. Dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun kanak-kanak adalah:

  • MyKid anak anda,
  • Sijil kelahiran anak anda,
  • Sijil nikah anda.

Penjaga mestilah mempunyai akaun TH sebelum mendaftarkan akaun kanak-kanak. Hanya satu penjaga yang diperlukan untuk setiap akaun kanak-kanak, bermakna hanya salah seorang daripada ibu bapa yang perlu diletakkan sebagai nama penjaga.

LOKASI KAUNTER PENDAFTARAN AKAUN TABUNG HAJI

Anda boleh membuka akaun anda di mana-mana cawangan TH berdekatan tempat tinggal anda. TH juga ada menawarkan khidmat kaunter bergerak yang dipanggil TH Komuniti. Kaunter ini dibuka di kawasan terpilih seperti stesen minyak dan pasar awam. Anda boleh melayari laman web rasmi TH untuk menyemak jadual tarikh pembukaan kaunter TH Komuniti berdekatan lokasi tempat tinggal anda.

Untuk memudahkan transaksi akaun, anda boleh linkkan akaun TH dengan akaun bank anda jika bank anda merupakan rakan strategik bersama TH. Bank tersebut adalah:

1. Bank Islam

2. Bank Rakyat

3. Maybank Islamic

4. CIMB Islamic

Mudah sahaja untuk linkkan akaun anda. Anda cuma perlu pastikan nombor telefon anda di Tabung Haji dan akaun bank anda adalah sama. Ini kerana nombor pengesahan (TAC) akan dihantarkan ke nombor telefon yang telah didaftarkan. Kemudian anda boleh menggunakan mesin ATM atau perkhidmatan online banking untuk linkkan akaun TH anda.

Mulai tahun 2020, Tabung Haji juga ada memperkenalkan perkhidmatan online iaitu THiJARI. Ianya bertujuan untuk memudahkan anda membuat semakan penyata online, jadual Haji, keahlian TaHa serta membuat penamaan Hibah Amanah.

KELEBIHAN MEMBUKA AKAUN TABUNG HAJI

Selain daripada menawarkan perbankan patuh syariah dan pendaftaran haji, mesti anda tertanya-tanya apakah kelebihan membuka akaun tabung haji yang membuatkan ramai orang membuka akaun di sini? Antara kelebihannya adalah :

1. Wang simpanan di Tabung Haji mendapat jaminan 100% oleh kerajaan. Sekiranya berlaku apa-apa kejadian tak diingini di pihak bank, wang simpanan anda adalah selamat dibawah jaminan kerajaan.

2. Zakat wang simpanan telah diuruskan oleh pihak Tabung Haji. Tahukah anda wang simpanan anda perlu dizakatkan sebanyak 2.5%? Tak perlu pening kepala untuk mengira jumlah zakat yang perlu anda keluarkan.

3. Bebas cukai. Wang simpanan di Tabung Haji mendapat pengecualian cukai daripada pihak kerajaan.

4. Tiada had maksimum kekerapan pengeluaran. Sekiranya berlaku kesesakan (emergency), anda boleh mengeluarkan duit simpanan anda tanpa sebarang kekangan.

Lembaga Tabung Haji menyediakan banyak lagi kelebihan dan kemudahan untuk membantu umat Islam menyempurnakan rukun Islam kelima iaitu haji. Sudahkah anda membuka akaun Tabung Haji? Kami berharap artikel ini dapat membantu anda untuk memulakan simpanan di Tabung Haji dan memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Tabung Haji.

Alternatif Tempat Simpan Duit Terbaik

Kalau anda nak buat simpanan, ASB adalah antara pilihan yang bagus dan terbaik. Ada juga beberapa alternatif lain untuk simpan duit. Nak tahu mana lagi alternatif lain, boleh tengok video di bawah ini;

Info Lain Berkaitan Dengan Tabung Haji Dan Simpanan

Berikut adalah antara beberapa informasi lain berkaitan dengan Tabung Haji dan tips untuk anda menyimpan duit dan membuat pelaburan.

Apapun, harapnya, artikel cara buka akaun Tabung Haji ini memberikan anda sedikit tips dan gambaran bagaimana nak buka akaun Tabung Haji. Jangan lupa untuk subscribe channel telegram kami di bawah ni ye;

Anda boleh mendapatkan ebook percuma berkenaan dengan Pelaburan di Malaysia selepas anda subscribe Telegram Channel kami, jumpa ada di sana.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *