3 Cara Check Baki Umobile – No 2 Penting

Macam mana cara nak check baki umobile anda terutama kalau anda menggunakan prepaid? Nak bayar bill dan nak langgan internet pun sekarang ni mudah sahaja kalau anda menggunakan Umobile.

Nak langgan internet Umobile pun semakin lama semakin mudah dan banyak pakej menarik dari umobile yang anda boleh dapatkan sekarang ini. Pun begitu, ada beberapa kelemahan Umobile yang anda perlu tahu dan kami akan nyatakan dalam artikel pada kali ini.Apapun, pilihlah rangkaian telekomunikasi yang terbaik untuk anda.

Saya memang pengguna Umobile dan terpanggil untuk menulis sedikit info berkenaan dengan Umobile ini. Umobile bukan satu-satunya telco yang saya gunakan, disamping Umobile, saya pun mengggunakan Halo Telco dengan kerjasama Tune Talk. Ianya memang melengkapi antara satu sama lain dan kalau anda nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel ini sampai habis ye.

cara check baki umobile

Cara Check Baki Umobile Melalui USSD Code

Nak check baki terbahagi kepada prepaid dan postpaid.

Prepaid

Sekarang ini mudah sahaja, anda sudah boleh check baki umobile dengan buka sahaja USSD code *118#

  • Buka dial pad smartphone anda
  • Dial *118# di dalam dial pad anda dan tekan call
  • Cari fungsi untuk semakan baki
  • Baki anda akan tertera dalam semakan anda

Postpaid

Anda boleh buat semakan baki postpaid anda tak susah pun. Akan tetapi, cara ini adalah terhad untuk buat semakan data balance sahaja. 

  • Anda hanya boleh semak penggunaan data (data usage) di dialpad telefon anda. Pertama sekali, buka dial pad telefon pintar/bimbit anda.
  • Kemudian, dial *118#. Menu akan tertera.
  • Pilih U Broadband.
  • Kemudian, pilih <Check Usage>.
  • Tunggu sehingga anda mendapat SMS. Anda akan mendapat SMS yang mengandungi data balance

Cara ini adalah antara cara yang paling mudah untuk anda buat semakan baki. Selain daripada cara ini, anda pun boleh gunakan cara lain untuk buat semakan.

Ada cara menggunakan SMS untuk semak baki umobile tapi saya tak rekemen kerana kalau nak guna SMS, akan ada caj yang kena bayar. Apapun, cara lain adalah anda download sahaja app MyUmobile.

Ada app ini mudah dan pada saya, kalau pengguna Umobile, wajib ada app ini. Kenapa wajib? Kerana tak terhad pada check baki anda, anda pun boleh langgan pelbagai pakej internet yang ada pada pakej dan app ini. Semestinya ianya akan jadi jauh lebih mudah.

Malaysia sudah masuk ke dalam Fasa 5G, Umobile pun masih dalam persediaan memasuki fasa 5G. Walaupun ada isu dengan coverage 4G Umobile yang tak berapa memberangsangkan terutama di kawasan luar bandar, ianya semakin baik dan boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Umobie pun banyak menawarkan pakej-pakej yang berkualiti yang anda boleh langgan dari masa ke semasa termasuklah pakej Postpaid milik mereka.

Cara Check Baki Umobile Guna App MyUmobile

Ikut langkah-langkah berikut terutama kalau anda nak check baki dalam akaun Umobile anda. Kalau anda pengguna postpaid, anda boleh buat pembayaran melalui app Umobile anda.

Cara Buat Pendaftaran di Applikasi Umobile

  • Boleh download dahulu applikasi ini di Android Play Store dan Apple App Store. Mesti ada di sana.
  • Seperti dalam gambar di atas, jika anda dah ada simkad, boleh ke niew line self registration dulu.
  • Selesai je pendaftaran, tekan je butang login
  • Klik pada first time login nanti
  • Dah klik pada first time login, masukkan no telefon anda dan nanti anda akan dapat pengesahan.
app MyUmobile

Cara Check Baki Umobile

  • Buka applikasi 
  • Untuk buka applikasi, perlukan 6 digit PIN, masukkan 6 digit PIN yang anda guna semasa pendaftaran tadi
  • Pergi je ke manu bar pada telefon
  • Anda boleh nampak berapa baki umobile anda pada menu bar anda.

Umobile Best Tapi Saya Pun Gunakan Halo Telco

Pakej yang UMobile offer memang best dan tak dinafikan, pada masa yang sama saya juga menggunakan pakej dari Halo telco. Kenapa? Kerana Halo telco adalah antara simkad yang anda boleh dapat income dan jana pendapatan sampingan daripada simkad tersebut. 

Halo telco menggunakan coverage Celcom dan sangat sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Nak dapatkan simkad Halo Telco Tune Talk, boleh beli terus di kedai kami di bawah ini.

Gunakan App MyUmobile sebaiknya

Sekarang ini pun, mana-mana telco sudah ada applikasi mereka yang tersendiri. Untuk pelbagai urusan, mudah kalau anda nak gunakan applikasi tersebut. Sama ada pengguna postpaid ataupun prepaid, nak tambah nilai, nak langgan pakej data dan internet semua boleh anda lakukan dalam applikasi sahaja. Ianya memang jauh lebih mudah.

Apapun, pilihlah telco yang terbaik yang sesuai dengan apa yang anda perlukan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *