2 Cara Beli Saham Starbuck – No 2 Senang Betul

Asyik lepas Starbuck je kan, kali ini kami nak share macam mana cara beli saham Starbuck. Selain daripada anda yang serine berkungjung ke Starbuck, anda juga boleh membeli saham Starbuck ini. Tak susah pun sebenarnya kalau nak beli saham Starbuck ini lagilah kalau anda ada kemahiran teknikal analisis. Ianya pasti akan sangat membantu anda.

Starbuck memang tak asing lagi untuk rakyat Malaysia. Sampaikan ada pepatah kata, kalau rasa nak kaya, makanlah di kedai Starbuck. Lepastu upload lah di media social. Betul ataupun tak tu bukan dalam artile ini yang kami nak sampaikan.

Pada artikel kali ini, kami nak tunjuk 2 cara nak beli saham Starbuck ini. Anda boleh je nak beli saham Starbuck ini di platform di luar negara dan juga membeli saham starbuck ini di Malaysia. Macam mana caranya? Bolehlah baca artikel ini sampai habis ye kerana anda banyak info yang akan kami kongsikan.

cara beli saham starbuck

Harga Saham Starbuck Hari Ini

Sebelum pergi lebih jauh berkenaan dengan pasaran saham Malaysia. Elok kalau anda tahu dahulu berkenaan dengan Starbuck ini. 

Starbuck Corporation (SBUX) merupakan saham yang tak asing lagi dan jika anda mahir teknikal analisis ataupun fundamental analisis juga yakin yang SBUX ini boleh ataupun bakal naik harga, tak ada masalah nak beli saham ini. 

Saham ini didagangkan di Nasdaq dan ketika artikel ini ditulis, harga saham Starbuck hari ini adalah USD85.73. Untuk kajian terperinci dan harga terkini saham ini, anda boleh dapatkan info lanjut daripada Tradingview dan juga banyak lagi platform lain yang ada di Malaysia,

Nak beli saham ini, tak susah, anda daftar je dengan broker yang membolehkan anda untuk membeli saham-saham di luar negara.Dari segi kos efektif dan hasil yang bagus, saya rekemen anda mendaftar sahaja dengan MIDF Invest. Platform lain pun ada, tapi setakat pemerhatian saya, MIDF Invest adalah antara yang menawarkan harga yang murah untuk berdagang di luar Malaysia (Baca juga cara beli saham Apple). Kalau anda memang serious nak beli saham SBUX ini, boleh lah cepat-cepat daftar MIDF Invest ye.

Beli Saham Starbuck Malaysia

Ada satu lagi cara nak beli saham Starbuck ini. Ya, kalau anda beli saham di luar negara walaupun melalui platform MIDF Invest, kosnya agak mahal kalau nak dibandingkan dengan kalau anda beli saham Starbuck di Malaysia sahaja. Kalau macam tu, lebih baik beli sahaja saham Starbuck di Malaysia, kan lebih mudah.

Starbucks adalah di antara kedai kopi premium yang paling laris di Malaysia dengan lebih 200 outlet di seluruh Malaysia yg mula beroperasi pada tahun 1998. Kalau anda berbelanja di Starbuck sebanyak Rm15, anda dapat secawan kopi, akan tetapi berapa yang anda dapat kalau anda beli unit saham Starbuck? Untuk harga tekini saham Starbuck ini, boleh baca artikel ini sampai habis.

Ya betul, beli saham di Malaysia adalah lebih mudah dan lebih murah. Berbaloi untuk anda sendiri cuba.

Pernah dengar Berjaya Food? Jika anda nak beli saham Starbuck di Malaysia, anda boleh fikirkan untuk beli je saham daripada syarikat daripada Berjaya Food ini. Kod untuk saham adalah BJFOOD.

Kenapa Berjaya Food? Ini adalah kerana, Berjaya Food Berhad merupakan syarikat yang memiliki 100% ekuiti Berjaya Starbucks Coffee Company Bhd (BStarbucks) setelah mengambil alihnya secara menyeluruh daripada Starbucks Coffee International Inc pada tahun 2014. Jadinya, jika anda nak beli saham Starbuck, boleh sahaja beli daripada syarikat Berjaya Food ini.

Tidak terhad kepada Starbuck, anda juga bakal membeli saham francais lain seperti Kenny Rogers Roasters dan juga Jollibean Foods. Menarik kan!

Akan tetapi, lebih baik juga jika anda tahu strategi cara nak beli saham terutamanya teknikal analisis dan fundemantal analisis. Kalau anda dah mahir dalam pasaran saham, bolehlah beli dan jual macam biasa. Kalau anda yang masih baru lagi dalam pasaran saham, tak ada masalah untuk anda mula mempelajari teknikal analisis dalam pasaran saham. Macam mana nak bermula, boleh tengok di bawah ini.

Ataupun anda nak strategi macam mana nak main saham dengan modal kecil, boleh tengok video di bawah ini.

Harga 1 Lot Saham Starbuck

Ketika artikel ini ditulis, harga seunit BJFOOD di Bursa Malaysia adalah pada RM3.98. Harga saham ini tidak statik, mungkin ketiak anda membaca artikel ini harga sudah berbeza sama ada harga menaik ataupun sudah turun. Jadi, penting untuk anda lihat harga saham ini secara terkini dan lebih penting, buat kajian sama ada teknikal analisis ataupun fundamental analisis sebelum buat apa-apa pembelian.

Kalau anda nak beli saham BJFOOD ataupun apa-apa saham di Malaysia, penting untuk anda ada akaun CDS. Nak buka akaun CDS ni tak susah, ada banyak platform untuk buka akaun CDS. Baca trick buka akaun CDS DI SINI.

Kalau boleh, akaun CDS itu, boleh buka akaun secara online sahaja dan yang lebih penting daripada itu adalah, nak deposit dan withdraw senang. Rakuten adalah antara platform CDS yang anda sendiri patut cuba. Tak dinafikan, broker lain pun tak ada masalah, yang penting anda dapat beli dan jual saham Starbuck ini.

Starbuck Terkesan Akibat Boikot

Memang tak dinafikan yang Starbuck sangat terkesan akibat daripada aktiviti boikot bersempena dengan apa yang berlaku pada rakyat Palestin terutama di Gaza. Boikot ini telahpun menjejaskan keuntungan BJFOOD dan menjatuhkan nilai saham mereka.

OKINAWA: Rakyat Malaysia diseru supaya menghentikan kempen memboikot Starbucks Malaysia kerana tindakan itu hanya akan merugikan rakyat negara ini sendiri.

Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, berkata semua pihak perlu faham bahawa Starbuck Malaysia adalah syarikat milik negara ini.

“Saya rasa mereka semua yang memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia.

“Kami tidak mempunyai seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat. Di kedai, 80 hingga 85 peratus pekerja adalah Muslim. Boikot itu tidak menguntungkan sesiapa,” katanya kepada pemberita semalam. [sumber]

Jadi adakah saham Starbuck berbaloi, terpulang kepada analisa anda sendiri.

Modal Buka Starbuck Malaysia

Starbuck bukan Francais dan ianya dimiliki oleh Syarikat Berjaya Food. Akan tetapi kalau anda nak buka juga Starbuck di Malaysia, ini beberapa guide yang boleh membantu anda.

How Can I Open A Starbucks?

Because Starbucks is not a franchise, you are not able to own one outright. Starbucks is not a requirement for licensing, but it is an option. About $315,000 has been invested in total. Starbucks prefers licensing in order to maintain control over its stores and the quality of its products.

How Much Does It Cost To Open A Starbucks Store?

You’ll need to pay an initial fee of between $40,000 and $90,000, as well as a net worth of at least $250,000, with at least $125,000 liquid and ready to invest. All in all, you might expect to spend around $228,620 to $1,691,200 to open the doors. https://malaysiandigest.com/how-to-open-starbucks-in-malaysia/

Kalau anda nak buka cawangan Starbuck, tak ada masalah cuma kena buat kajian sendiri dan cuba hubungi pihak Berjaya Food untuk kepastian.

Apapun, cara beli saham Starbuck ini tidaklah sukar. Anda boleh beli di luar negara melalui platform MIDF Invest dan broker lain yang sewaktu dengannya. Juga, gunakan je platform di Malaysia dan beli je saham BJFOOD. Kalau anda nak beli untuk jangka masa panjang, pastikan anda lakukan analisa dahulu.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *