7 Perniagaan Francais Modal Rendah 2024

Pada kali ini, kami nak berikan kepada anda, idea perniagaan francais modal rendah. Bisnes yang macam mana matching dengan citarasa dan kewangan anda? Ada orang cenderung dengan perniagaan jenis Sole Proprietor (kedai runcit, pasar mini, warung) kerana ia mudah ditubuhkan, dikembangkan dan dibubarkan. 

Malah kos penubuhan dan kos overheadnya juga agak rendah berbanding perniagaan lain. Sebahagian orang pula lebih berminat dengan perniagaan jenis Partnership (perkongsiaan) disebabkan pengabungan idea yang sangat ideal untuk sesebuah perniagaan agar lebih maju. 

Bukankah dua kepala yang berfikir lebih mendatangkan banyak kelebihan berbanding satu kepala sahaja? Setiap orang pastinya mempunyai pandangan sendiri tentang apa yang mereka mahu dan inginkan dalam dunia perniagaan tersebut. Untuk artikel pada kali ini, kami akan berkongsi tentang satu bentuk jenis perniagaan yang cukup popular iaitu Francais dan bagaimana untuk memulakannya dengan modal yang rendah. 

perniagaan Francais Modal Rendah

Beza francais, fracaisor, dan francaisi?

Francais adalah kaedah pemasaran dan pengedaran dengan menghubungkan dua pihak iaitu francaisor dn francaisi.

Francaisor pula merupakan syarikat perniagaan yang memberikan lesen atau kebenaran kepada seseorang individu atau syarikat lain untuk mengeluar dan menjual produknya, menggunakan jenamanya, atau simbolnya, mengamalkan kaedahanya dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan perniagaan berkenaan.

Manakala definisi bagi francaisi menjurus kepada syarikat atau individu yang telah mendapat atau diberikan lesen, kebenaran, atau hak untuk mengeluarkan dan menjual produk, menggunakan jenama atau simbol, mengamalkan kaedah dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan itu. 

Analogi mudahnya seperti Amirul (francaisi) mendapat hak daripada 7 Eleven (francaisor) untuk menggunakan segala bentuk kaedah perniagaannya (francais) bermula dari produk hinggalah kepada modus operandi untuk mengendalikannya. 

Kelebihan Perniagaan Francais

  • Memiliki risiko perniagaan yang rendah
  • Perniagaan yang jelas hala tuju, prosuder, dan sistem yang lengkap serta terbukti berkesan
  • Mudah mendapatkan bantuan kewangan, sokongan, dan latihan 
  • Produk dan jenama yang sudah dikenali ramai
  • Tidak memerlukan bilangan pekerja yang ramai
  • Reka bentuk yang seragam

Potensi Perniagaan Francais

Kajian di peringkat global telah dibuat dan berjaya membuktikan bahawa sistem perniagaan francais sangat cepat berkembang. Untuk pengetahuan anda juga perniagaan francais ini bertapak di Malaysia sejak 60 tahun yang lalu lagi menerusi syarikat-syarikat popular seperti Singer, Bata, stesen-stesen minyak, pengedar automobile, restoran makanan segera, dan perhotelan. 

Jika dulu mungkin konsep seperti ini agak kurang diterima ramai dan lonjakkannya jelas mempengaruhi negara-negara barat sahaja. 

Namun berbeza dengan senario sekarang yang mana pertumbuhan berkonsepkan francais bagai cendawan tumbuh selepas hujan, bila mana banyak produk dan perkhidmatan harian mula berkecimpung dengannya termasuk sektor berkaitan automotif (jualan kereta, pusat servis, perkhidmatan tayar, jualan alat ganti dan aksesori), kedai buku, fesyen dan pakaian, kedai runcit, salun dan kosmetik, agensi pelancongan dan penyewaan kereta, barangan kemas, percetakan, kedai gambar, optometri, farmasi, perkhidmatan kebersihan dan lain-lain.

Terlalu banyak usaha yang dilakukan kerajaan Malaysia untuk menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam dunia perniagaan ini. Dari segi bantuan sokongan, bantuan kewangan, undang-undang dan akta, kempen dan sebagainya, ini jelas menunjukkan sistem perniagaan secara francais mempunyai masa depan yang amat cerah di negara kita.

Daily Fresh

Daily Fresh, satu jenama yang semua orang pasti kenal sebagai kedai yang menjual makanan ringan seperti jagung manis, popcorn, juice, wafer, ais krim, ice blended dan bermacam-macam lagi snek yang enak dengan harga yang berpatutan. Jika ada perasan biasannya Daily Fresh akan membuka gerai francaisnya di dalam shopping mall atau lokasi yang berdekatan dengan tempat tumpuan awam. 

Dengan lebih daripada 800 gerai francais di seluruh dunia, ramai yang menyangka jenama ini berasal dari luar negara seperti McDonald, Subway dan PizzaHut. Anda silap sama sekali kerana Daily Fresh produk tempatan yang diasaskan oleh syarikat Family Bakery Sdn. Bhd berpengkalan di Negeri Sembilan.

Apa yang menarik selain ia memiliki ladang jagung manis terbesar di Malaysia, jenama ini juga memiliki sebilangan besar rantaian bekalan, serta mempunyai tahap kawalan yang luar biasa terhadap kualiti dan kos produk mereka. Pastinya kelebihan ini akan memberika manfaat yang besar bagi anda dalam segmen produk, pengurusan, dan pasarannya. 

Negara asal: Malaysia

Bayaran francais: RM 25,000

Modal pelaburan permulaan: RM 85,000 – RM 120,000

Royalti: 2%

Cas pengiklanan: 3%

Nelson’s

Setiap kali terpandang jagung dalam cawan, pasti nama Nelson’s terlintas di fikiran. Itu memang perkara lazim yang selalunya terjadi kepada pengemar jagung manis dengan susu krim putih. Nelson’s gah dengan lebih 1000 cawangan di 17 buah negara. Di sebalik kejayaan Nelson’s pasti ada individu yang menjadi pengerak kepada pencapaiannya yang luar biasa iaitu Zainol Abidin Bin Ismail. 

Anak tempatan ini menjadi motivasi kepada usahawan tempatan sekarang untuk turut mengikut jejak langkahnya berniaga hingga ke peringkat global. Konsep Nelson’s sangat mudah, jelas, mudah dicapai, strategik, dan terjamin. Oleh kerana modal permulaannya yang dikenakan memang rendah seperti tidak masuk akal dengan pulangan yang bakal diperolehi, masyarakat dari pelbagai latar belakang mampu untuk menjadi seorang franchaisi. 

Negara asal: Malaysia

Bayaran francais: RM 5,000 – RM 12,000

Modal pelaburan permulaan: RM 15,000 – RM 60,000

Royalti: Tiada

Cas pengiklanan: Tiada

Global Art & Creative

Sebahagian besar usahawan memang suka dengan perniagaan berbentuk makanan kerana makanan mudah terjual dan ia keperluan setiap hari. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah dari mereka lebih suka dengan perniagaan berkonsepkan pendidikan. Global Art & Creative adalah sebuah jenama yang menawarkan perkhidmatan untuk membentuk kreativiti dan kemahiran kanak-kanak. Kini ia telah memiliki 550 cawangan di 13 buah negara termasuk United State, Myanmar, Hong Kong, Kemboja, dan Indonesia. 

Negara asal: Malaysia

Bayaran francais: RM 20,000

Modal pelaburan permulaan: RM 50,000 – RM 100,000

Royalti: 15%

Cas pengiklanan: N/A

AquaNano

Perniagaan dobi layan diri sememangnya semakin menjadi perhatian usahawan muda kerana konsepnya “One-Off Investment”, di mana anda hanya perlu melabur sekali seumur hidup sahaja dan boleh nikmati keuntungan sepanjang masa. Siapa yang tidak mahukan? Pasti semua orang mahu berjimat tetapi menguntungkan. 

AquaNano menjadi salah satu nama perniagaan dobi layan diri yang cukup popular dan dikenali ramai. Cakap sahaja di negeri mana, di lokasi mana, perkhidmatan ini sudah tentu sudah terbina dengan hebatnya di situ. 

Apa yang membezakan AquaNano dan jenama dobi lain adalah dari segi kemahiran operasinya kerana ia dikendalikan oleh pengurusan yang cukup cemerlang dan mempunyai kelayakan untuk membantu usahawan-usahawan berjaya dalam dunia perniagaan dobi. Misi AquaNano untuk menyediakan servis dobi layan diri paling premium di seluruh dunia dengan harga yang berpatutan tampaknya sudah menemukan jalan yang cerah kerana ia benar-benar memberikan kepuasan yang tinggi kepada pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan tersebut. 

Ini antara pilihan perniagaan frncais modal rendah yang bagus untuk anda cuba.

Negara asal: Malaysia

Bayaran francais: Tiada

Modal pelaburan permulaan: RM 76,000 – RM 125,000

Royalti: Tiada

Cas pengiklanan: Tiada

Kyros Kebab

Asal usul makanan kebab bermula dari Turki. Di abad ke-16, tentera Turki mula mempopularkan makanan ini ke seluruh dunia. Keenakan roti tortilla yang digulung bersama daging lembu atau ayam dengan beberapa jenis sayuran yang pelbagai warna, ditambah pula sos, mayonis, dan sedikit lada hitam, pastinya ia memberikan pantulan selera yang sangat mengiurkan pada selera tempatan. Jadi tidak hairan, kebab telah menjadi sebahagian makanan popular di kalangan masyarakat Malaysia tidak kira usia dan generasi sama seperti burger. 

Pengasas Kyros Kebab, Khoo Chee Kong telah memperdagangkan nama dan produk ini sejak dari tahun 1997 lagi. Siapa sangka dari satu cawangan, beliau telah berjaya mengembangkan perniagaan ke taraf antarabangsa dalam rangkaian makanan segera. Kebab yang pada mulanya berkonsepkan mediteranian tradisional telah diubah suai mengikut selera tempatan kita. 

Malah menu dan produk yang dihasilkan juga semakin berkembang seperti meat balls, salad, spagheti, croissant, chicken rice dan pelbagai lagi Berkonsepkan makanan berat menggantikan nasi tetapi penuh khasiat dan sihat, Kyros Kebab menjadi pilihan atas keunikannya yang menggalakkan masyarakat untuk hidup lebih sihat. 

Negara asal: Malaysia

Bayaran francais: RM 50,000

Modal pelaburan permulaan: RM 120,000 – RM 285,000

Royalti: 5%

Cas pengiklanan: 1%

Burger Bakar Abang Burn

Ada tidak peminat-peminat burger dekat sini? Pernah tidak anda makan Burger Bakar Abang Burn? Sesiapa yang pernah rasa kelazatan burger bakar jenama ini sudah tentu telah menjadi pelanggan setianya. Daya tarikan yang hanya ada pada burger bakar ini ada pada patty yang tebal, juicy, dan dibuat sendiri dengan resipi pengasasnya. Kerana permintaan dan pelanggan yang sangat menggalakkan, Burger Bakar Abang Burn mengembangkan perniagaan dan menunya dari seketul burger bakar sahaja sehinggalah ke box dish yang lain-lain. 

Negara asal: Malaysia

Bayaran francais: RM 50,000

Modal pelaburan permulaan: RM 85,000 

Royalti: 5% daripada keuntungan bulanan

Cas pengiklanan: Tiada

Winner’s Fried Chicken

Ayam goreng menu harian biasa yang anda selalu makan di rumah. Namun apabila ia telah dikomersialkan dan menjadi jenama ayam goreng yang terkenal di seluruh dunia, tarafnya sudah lain dari biasa. Jenama terkenal seperti Uncle Bob, Muiz Hot Chicken, dan Winner’s Fried Chicken sudah berlambak di mana-mana tempat. Kredit lebih mungkin diberikan kepada Winner’s Fried Chicken kerana jenama ini menawarkan modal pelaburan permulaan francais yang sangat murah sekitar RM 5000 sahaja. Jika jenama ayam goreng lain hanya dijual di gerai sahaja tetapi sebalinya berbeza dengan Winner’s kerana ia telah membuat produk sejuk beku dengan variasi resepi rempah ayam yang sangat kena dengan jiwa dan tekak orang tempatan. 

Negara asal: Malaysia

Bayaran francais: RM 1,000

Modal pelaburan permulaan: Bawah RM 5,000

Royalti: Tiada

Cas pengiklanan: Tiada

Perniagaan francais akan lebih mudah jika anda mempunyai kewangan yang cukup untuk memulakan langkah menjadi seorang usahawan. Diharapkan artikel berkenaan perniagaan francais bermodal rendah ini dapat membuka mata anda untuk melihat dunia perniagaan dengan lebih luas. 

Related Posts

2 thoughts on “7 Perniagaan Francais Modal Rendah 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *