9 Jenis Perniagaan Modal Kecil – 2023

Apa idea jenis perniagaan modal kecil? Perniagaan apa yang anda boleh buat dengan bermodalkan hanya RM 1000 sahaja? Dalam waktu sekarang ini, banyak orang sedang bergelut dengan isu pekerjaan. Ada yang dibuang kerja, dan juga ada yang masih menggangur. Inilah yang menjadi masalahnya, apabila peluang kerja semakin kurang tetapi keperluan hidup semakin mendesak. 

Salah satu alternatif yang dapat membantu anda untuk menangani isu ini adalah dengan berniaga. Artikel pada kali ini kami akan berkongsi tentang tips perniagaan yang terbaik dengan modal kecil.

jenis Perniagaan Modal Kecil

Bisnes makanan frozen

Makanan adalah contoh bisnes yang popular dan menjanjikan keuntungan yang lumayan. Tetapi bila disebut makanan frozen pula, perniagaan ini semakin menguntungkan dan berisiko rendah. Ini atas faktor seperti tahan lama dan tidak mudah rosak. Bukan itu sahaja, dari segi variasi makanan juga semakin banyak boleh di jual seperti karipap, ketupat palas, kasturi, boom kelapa, sardine roll, keropok lekor, donut, sata, pizza, pulut panggang, pau aneka inti, dan sebagainya. 

Ada dua cara untuk mendapatkan makanan frozen. Sama ada anda buat sendiri atau pun cari sahaja pembekal dan juallkannya. Jika anda buat sendiri produk itu, banyak kos yang boleh dijimatkan dari harga asal. Malah ciri-ciri keunikan pada bisnes anda juga akan lebih terserlah dan mempunyai identiti sendiri. Anda hanya perlu mengeluarkan modal untuk membeli freezer bagi menyimpan makanan sejuk beku. 

Boleh dapatkan info yang lebih detail berkenaan dengan topik ini di SINI.

Menjadi Seller di Shopee

Semenjak PKP dan lain-lain ini, perniagaan di Shopee mahupun Lazada semakin berkembang. Ramai yang mula mendapat income tambahan dengan menjadi seorang penjual di Shopee. Kami ada beberapa artikel berkenaan dengan cara untuk buat duit di Shopee dan menjadi penjual di Shopee;

Menjadi Seller Dropship Tudung

Perniagaan tudung pun semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ramai orang. Nak jimat, buat je stail dropship. Kami ada ulas panjang lebar berkenaan dengan topik ini dalam artikel di SINI. Ianya memang satu jenis perniagaan modal kecil yang bagus.

Menjual ebook

Seni itu unik, menenangkan dan menguntungkan jika anda pandai menjadikan ia sebuah bisnes yang mampu melonjakkan nama dan karya anda. Jika buku fizikal perlu dijual secara atas tangan, tetapi sebaliknya ebook hanya perlukan email pelanggan untuk menghantar produk tersebut lalu mereka perlu memuat turun fail untuk membacanya. Semudah itu sahaja, ebook yang dijual akan mendatangkan keuntungan lebih-lebih lagi jika anda terlibat 100% dalam pembikinan ebook yang dijual. Maksudnya andalah penulisnya, pereka kulit bukunya, editornya, eksekutif pemasarannya, dan yang menguruskan segala isu teknikal yang berlaku. 

Macam susah sahaja? Tidak susah sebenarnya jika anda memang komited dengan apa yang anda buat. Cara mudah untuk membuat kulit buku, anda boleh menggunakan Canva. Manakala untuk memasarkan ebook itu pula, anda boleh melalui blog, squeeze page, pusat ebook, email, facebook page, E-Sentral dan sebagainya. 

Nak jual ebook, kami rekemen KLIKJER je, daftar Free.

Juga boleh baca artikel berkaitan dengan cara buat blog dan youtube.

Servis ghostwriter

Industri kreatif khususnya bahagian penulisan telah berkembang dengan sangat pesat di Malaysia dan seluruh dunia. Walaupun ciri-ciri modenisasi itu masih menerajui kehidupan manusia, tetapi industri kreatif tidak kekok dalam mengadaptasi maksud moden itu dalam sektornya. Sebagai contoh buku fizikal telah dipelbagaikan menjadi ebook, untuk memudahkan pembacaan umum di mana sahaja. Malah jenama-jenama khusus yang menyokong penggunaan ebook seperti Kindle juga semakin rancak menjual peranti ebook mereka yang tersendiri. Jika ada permintaan pasti akan ada produk dan pelanggan, seterusnya ada keuntungan. 

Seiring dengan itu, khidmat penulis seperti ghostwriter juga mendapat tempat di hati masyarakat khususnya mereka yang berkeinginan untuk menghasilkan bahan bertulis atau karya-karya kreatif. Ghostwriter atau penulis hantu merupakan seorang penulis yang diupah menulis bagi pihak orang lain. Tugasnya adalah menulis buku, rencana, artikel, blog, dan apa sahaja bentuk penulisan. Namun begitu, penulis hantu tidak disebut namanya secara langsung dalam penulisannya dan ada sesetengah keadaan disebut sebagai penulis bersama atau co-author. Dari segi modal, mungkin anda hanya perlukan kos pemasaran sahaja atau zero cost dikenakan jika bernasib baik. Apa yang penting, anda perlu melaburkan modal dari segi teknik penulisan, pembacaan, penyusunan dan pengolahan ayat dengan baik. 

Air balang

Panas terik, tekak kering, apa yang anda cari? Sudah tentu sesuatu yang segar, sejuk, dan berais. Musim-musim panas seperti ini perniagaan air balang paling laris sekali. Pasti ada sahaja pelanggan yang singgah jika anda menjual air balang di waktu tengahari. Bermodalkan bahan-bahan membuat air, dan alatan berniaga sahaja, ada peniaga yang boleh mendapatkan sehingga RM 7,000 sebulan dengan secawan air balang yang berharga RM 1.

Lokasi seperti tapak bazar Ramadhan, hadapan bank, depan sekolah, dan kawasan-kawasan tumpuan awam yang lain sangat strategik untuk menjadi tempat anda mencari pelanggan. Menariknya, anda tidak perlu berdiri berjam-jam sehingga setengah hari di bawah payung untuk menghabiskan balang-balang air tersebut, sebaliknya bisnes jenis ini hanya memerlukan sekitar tiga atau empat jam selepas itu anda boleh berkemas dan pulang ke rumah. Dijamin jualan pasti habis licin dengan pantas. 

Info lanjut berkenaan dengan perniagaan Air Balang ini boleh ke SINI.

Menjual buah potong

Berniaga buah potong dibawah payung agak biasa bila difikirkan. Tetapi berniaga buah potong dengan menggunakan motorsikal dan bergerak ke sana ke sini untuk mencari port orang ramai khususnya di destinasi pelancongan umum, ianya memang luar biasa menguntungkan. Mana tidaknya, keuntungan yang biasa akan diperoleh adalah sekitar 50% hingga 60% daripada modal. Harga biasa sepeket buah potong sebanyak RM 1, tetapi modal anda beli betik hanya RM 5 katakan. Sudah berapa banyak untung yang boleh anda dapat dari sebiji buah betik? 

Bisnes apam balik

Kalau anda perasan, bisnes apa yang mudah dicari ditepi jalan? Jawabnya mesti apam balik.  Anda pergi bank, nampak orang jual apam balik di hadapan bank. Anda pergi pejabat pos, nampak orang jual apam balik dihadapan pejabat pos. Anda seberang jalan, nampak orang jual apam balik di tepi jalan. Senang kata, peniaga apam balik ini memang bukan macam biskutlah yang sekejap ada sekejap hilang. Oleh sebab itu, apam balik selalu menjadi menu wajib yang digemari rakyat Malaysia dalam apa-apa keadaan dan waktu sekalipun.

Potensi untuk anda mendapat keuntung RM 400 dalam sehari memang sekelip mata sahaja di gengaman. Yang penting cari tempat yang strategik, dan pastikan resipi apam balik anda paling sedap dari orang lain. 

Agen jualan produk

Menjadi agen jualan produk atau affiliate secara asasnya bertanggungjawab untuk mempromosikan produk orang lain dengan link khas yang perlu digunakan. Contohnya anda menjadi agen bagi produk alat senaman ZZ. Jika pelanggan berminat membeli produk alat senaman ZZ itu, mereka perlu ke link produk yang disediakan untuk membuat bayaran.

Setiap satu klik pada link tersebut, anda akan mendapat komisyen yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan produk. Semuanya secara atas talian dan dihujung jari. Klik-klik dapat duit. 

Jual produk penting, tapi, pada masa yang sama teknik marketing kenalah berjalan dan seiring. Nak tahu teknik marketing Facebook dan Whatsapp, boleh baca di SINI.

Impliksikan Idea Dalam Artikel Ini Dan Semoga Berjaya

Diharapkan artikel Jenis Perniagaan Modal Kecil ini akan memberikan anda ilmu pengetahuan yang berguna untuk memulakan bisnes kecil-kecilan sebelum membina empayar anda sendiri. Jangan takut untuk mulakan dengan sesuatu yang biasa dan kecil kerana kejayaan tidak pernah diukur dari seberapa banyak modal yang anda keluarkan. Sebaliknya jika anda langsung tidak mencuba untuk melangkah, kegagalan akan terus menjadi bayang-bayang yang mencorakkan hidup di masa depan. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *