Resepi Air Balang & Tips Bisnes 2023

Pada artikel kali ini, kami akan berikan info berkenaan dengan resepi air balang dan tips untuk berniaga. Betul ke boleh kaya ke? Jangan pandang bisnes kecil seperti ini sebelah mata kerana bila dia “meletup”, anda yang akan ternganga. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang bisnes air balang. 

Anda akan dapat pengetahuan baru bagaimana untuk menjual dengan modal minimum tetapi untung maksimum, teknik berniaga, dan panduan resepi pelbagai jenis air balang yang sedap dan mengiurkan. 

resepi air balang

Kenapa Bisnes Air Balang Menguntungkan?

Bila berbicara soal perniagaan yang berteraskan makanan dan minuman pastinya ia akan memberikan impak yang sangat besar kepada faktor penyumbang ekonomi. Bisnes seperti ini sangat menguntungkan kerana sentiasa ada permintaan. 

Selain itu, makanan dan minuman juga merupakan keperluan manusia untuk terus hidup. Bisnes air balang antara perniagaan yang mendapat permintaan ramai khususnya ketika musim panas dan bulan Ramadhan. 

Kalau terdetik untuk anda nak mulakan bisnes air balang ini, teruskan niat murni anda dan baca sampai habis ye, kerana ada beberapa input yang bakal kami kongsikan kepada anda nanti.

Berapa modal mula bisnes air balang?

  • 1 unit kanopi 10×10 : RM 150
  • 1 set meja pasar malam : RM 100 (maksima)
  • 3-4 balang air : RM 120 – 130 (per balang)
  • 2 kerusi : RM 10 – 20
  • 1 alas meja : RM 30 – 40
  • 1 senduk air gula : RM 10 (maksima)
  • 1 unit bekas duit : guna tin milo/susu/Tupperware – percuma
  • 1 unit bekas air gula : RM 5 – 10
  • 1 pek plastik bungkus air 7×10 atau 8×12 : RM 4 – 8 (per pack)
  • Tali pengikat air/getah pengikat : RM 5
  • 4 Senduk/penceduk air balang : RM 6- 10 (free jika beli sekali dengan balang)
  • 1 dozen straw : RM 5 – 6
  • Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)

Jika di kira kesemua jumlah modal yang dikeluarkan untuk barang-barang keperluan ini, anda hanya memerlukan kos sekitar RM 900 sahaja! Untuk modal harian pula kosnya kira-kira RM 20 sebalang untuk membeli bahan-bahan buat air seperti buah-buahan, kordial, dan kiub ais bergantung kepada jenis air yang dibuat. Jadi memang masuk akallah kalau ada peniaga yang boleh untung RM 7K sebulan. 

Resepi Air Balang Viral 

1. Air katira cincau

Bahan-bahan:

  • ½ tin buah-buahan campuran (masuk sekali air buah)
  • ½ tin laici (masuk sekali air buah)
  • ½ pek cincau (potong halus)
  • 3 sudu biji selasih (rendam sehingga kembang)
  • 1.2 cawan kordial barli
  • ½ tin susu cair

Cara-cara:

  • Campur kesemua bahan dalam jug dan kacau sampai sekata
  • Masukkan air paras yang sesuai sebelum campur ais/air batu
  • Campur 1 cawan susu pekat ikut kemanisan yang anda suka
  • Campur pewarna hijau mengikut kemahuan anda
  • Masukkan ais/air batu secukupnya.
  • Sedia untuk dijual

2. Air teh ais cincau kaw

Bahan-bahan:

  • Teh serbuk
  • Susu full cream
  • Gula 
  • Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
  • Cincau

Cara-cara:

  • Panaskan air dalam periuk
  • Masukkan semua bahan
  • Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah
  • Sukatan susu ikut kemahuan anda
  • Tutup api apabila warna teh sudah bertukar pekat dan cantik
  • Hidangkan dengan ais batu dan cincau
  • Sedia untuk dijual

3. Air jus mangga susu

Bahan-bahan:

  • Mangga masak dalam 4 kg (bersamaan 23 biji mangga)
  • Air yang telah dimasak atau air mineral
  • Pewarna oren
  • 4 tin susu pekat
  • 2 tin susu cair

Cara-cara:

  • Kupas mangga masak dan buang bijinya
  • Masukkan isi mangga tadi sehingga separuh daripada badan pengisar
  • Masukkan air masak yang sejuk
  • Kisar isi mangga menggunakan pengisar elektrik sehingga larut sekata
  • Asingkan hasil kisar ke dalam bekas yang berasingan
  • Ulang Langkah tadi sehingga kesemua isi mangga habis dikisar
  • Campurkan hasil kisar tadi ke dalam balang air 33 liter yang berisi dengan 1-2 bag ais
  • Kacau sekata
  • Masukkan pewarna oren mengikut kemahuan anda
  • Sedia untuk dijual

Tips jual air balang

1. Pilih lokasi yang sesuai

Lokasi seperti jalan utama keluar masuk, laluan orang balik kerja, kawasan mudah parking, bazar Ramadhan, dan pasar malam adalah kawasan yang strategik untuk memasang tapak permulaan niaga. Apa yang penting anda perlu utamakan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan awam. 

2. Buat hebahan

Iklan adalah salah satu medium hebahan yang sangat popular untuk mempromosikan perniagaan anda. Dengan dunia serba canggih ini, untuk membuat iklan digital dalam media sosial atau aplikasi komunikasi seperti WhatsApps bukanlah suatu perkara yang sukar. Anda hanya perlu rajin dan sedikit kreatif untuk memberitahu orang ramai tentang apa yang dijual.

3. Rancang air yang ingin dijual

Kami mencadangkan kepada anda yang baru berjinak-jinak dalam bisnes air balang untuk menghadkan jenis air yang ingin dijual. Anda boleh pilih sama ada mahu memfokuskan kepada satu atau dua jenis air sahaja. Hal ini membolehkan anda untuk memantau keadaan lokasi dan permintaan pelanggan itu sendiri. Jika lokasi anda sudah stabil dan pelanggan pun semakin ramai, bolehlah anda tambah jenis air dari semasa ke semasa mengikut permintaan.

4. Kenali sasaran pelanggan

Biasanya bisnes air balang tidak terlalu rumit untuk mensasarkan pelanggan kerana kebanyakkannya tidak mempunyai masalah dengan rasa dan citarasa. Berbeza dengan bisnes makanan yang ada pelbagai variasi rasa, budaya, dan zaman. Anda tidak akan hairan jika melihat nenek seusia 60 tahun ke atas minum air boba atau coconut shake.

5. Lakukan proses pengawetan

Jenis-jenis air yang tidak mengandungi susu dan santan boleh tahan lama jika anda simpan di dalam peti sejuk. Untuk air yang bersusu dan bersantan seperti air khatira, air tembikai susu, atau pelbagai jenis jus, anda juga boleh menyimpannya jika ia melalui proses pengawetan. Proses ini membolehkan minuman tersebut tahan lama, boleh diminum, dan dijual kembali. Untuk membezakannya, anda boleh lihat biasanya minuman yang telah diawet akan dibotolkan sebelum dijual. 

Bagaimana menghadapi persaingan?

1. Cari perbezaan

Walaupun bisnes air balang popular dan menguntungkan tetapi ia masih tidak terlepas dari persaingan. Jika anda lihat di luar sana, terlalu ramai yang menjual air balang. Dari air sirap biasa sehingga ke minuman viral, semuanya boleh ditemukan di merata tempat. 

Oleh itu, untuk memastikan anda terus berjaya dalam bisnes ini, anda perlu ada keunikan tersendiri. Baik dari segi minuman yang dijual, cara mempromosikan, cara anda menarik dan melayan pelanggan, tahap kebersihan dan keselesaan pelanggan, dan sebagainya.

Pelanggan pada hari ini bermain dengan tarikan di media sosial kerana itu wujudnya air-air viral di pasaran. Jika dulu orang takut hendak mencuba benda-benda baru yang agak asing dari pengetahuan mereka tetapi sebaliknya hari ini yang pelik dan tidak masuk akal itulah yang dicari. Sebagai peniaga, anda perlu kreatif untuk mencipta idea-idea dan resipi di luar kotak. Yang penting jangan takut untuk mencuba kerana anda tidak tahu tuah anda di mana. 

2. Bina jenama

Bila sudah ramai yang kenal, maka ramailah juga yang mencari air anda di mana-mana. Dari situ anda boleh menjenamakan bisnes air balang tersebut. Peluang seperti ini membolehkan anda untuk membuka lebih banyak cawangan perniagaan di setiap kawasan tumpuan ramai.

3. Pantas bertindak jika menghadapi masalah

Usahawan perlu cekap, kreatif, dan kuat dengan ujian jatuh bangun dalam dunia perniagaan. Kerjaya yang menguntungkan seperti ini juga boleh membawa risiko yang besar kepada anda. Bak kata orang cerdik bisnes, “meniaga ni boleh jadi untung sampai kaya, boleh jadi miskin sampai bankrupt”. Ringkasnya, jangan menunggu nanti untuk mencari solusi jika berhadapan dengan masalah kerana lagi lama anda tahan lagi teruk impaknya kepada perniagaan anda. 

4. Promosi & Marketing

Promosi dan marketing sangat penting untuk kekalkan perniagaan anda. Marketing ataupun pasarkan perniagaan anda secara konsisten adalah sangat penting. Macam mana nak terus buat marketing secara konsisten?

Sama ada anda upah team marketing – tentulah belanja agak mahal. Ataupun jika anda tidak ada dana yang besar, anda boleh lakukan sendiri tetapi dengan bantuan peralatan seperti Whatsapp Blaster ini. Boleh baca review kami berkenaan dengan Whatsapp Waboost di SINI.

Juga penting untuk anda ada strategi dalam pemasaran perniagaan anda. Macam mana? Boleh baca satu lagi artikel kami di SINI.

Kesilapan Utama Dalam Memulakan Bisnes Air Balang?

  • Tiada ilmu berniaga
  • Lokasi yang tidak strategik
  • Tidak pandai layan pelanggan
  • Tidak tahu kira modal, untung, dan rugi
  • Rasa air tidak sedap

Panduan Bisnes Air Balang

Bagaimana, anda tertarik? Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes air balang, pastikan anda tidak ketinggalan untuk membaca Panduan Perniagaan Air Balang Di SINI. Panduan Rahsia dan Teknik Memulakan Bisnes Air Balang ini akan mengajar anda dari A to Z dalam dunia perniagaan antaranya bagaimana untuk menjana RM7k sebulan dengan menjual air, teknik berniaga, cara tarik pelanggan, kos dan modal, pemilihan lokasi, dan pelbagai lagi ilmu baru. 

Siapa kata berniaga tidak boleh berjaya? Ramai usahawan di luar sana sudah kaya-raya dengan pencapaian yang dicapai mereka hari ini. Diharapkan artikel berkenaan dengan panduan bisnes dan resepi air balang dan tips-tips bagaimana memulakan perniaagaan ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan berguna untuk membantu anda merancang. 

Panduan Perniagaan Makanan Lain

Related Posts

20 thoughts on “Resepi Air Balang & Tips Bisnes 2023

  1. Masa zaman sekolah dulu, mak join buka Bazaar Ramadan. Kami ambil dua tapak. Satu jual nasi campur pelbagai lauk. Satu lagi jual air balang. Dua balang je kami jual. Air jagung dan sirap kenduri. Hehe. Memang laku keras berniaga masa tu. Kos meniaga air tu adik keluar modal semua. Tengok hasil dia dapat, perghhh meriah. Masa bulan Ramadan senang control customer. Semua nak bungkus dalam bag plastik besar. Lori ais pun dah tau kedai kedai kami kat mana. Kadang jam 4pm dah ada ais 2 bag besor kat tapak bazaar. Hehe. Seronok berniaga. Salam Ramadan!

    1. wow, puan ada pengalaman jual air ye, bagus ni. Pengalaman yang tak dilupakan.

  2. Terima kasih di atas penjelasan yang teliti ini. Rawlins tak pernah meniaga tapak tapi sering teman keluarga dan teman meniaga. Nie dah nak puasa, memang laku air balang nie.

    1. waaa, tak de hal bro, support peniaga2 kita je

  3. Fuh!!!!!!!!!!!! Bagus betul marketing strategy Resepi Air Balang nie. Patut dijadikan contoh tauladan. Thank you for sharing.

    1. sama-sama. Ni pun boleh jadi idea business yang bagus.

    1. betul jenama tu penting, mana tau meniaga kecil2 lama-lama blh jadi jenama besar macam sugar boom ke, farm fresh.

  4. Ramai yang kata buat bisnes air balang ni memang masyuk. Seronok tengok orang berniaga air balang

    1. haah memang ramai sangat yang buat perniagaan jenis ni, support je diorg terutama bila dah nak ramadhan.

    1. yes, especially when Ramadhan is coming. 🙂

    1. bolehlah kalau nak cuba bulan ramadhan ni

  5. Menarikkkk.. kalau follow step by step memang boleh buat duit juga ni.. nampak je jual air balang jer, tapi kalau kena gaya dan gigih nak meniaga, bisness air balang boleh pergi jauhhh…

    1. betul dan sangat setuju, memang boleh pergi jauh…

  6. Good sharing ya bro! Valid points! Remember we doing carnival for uni project dulu, walaupun ada persaingan, do something different from competitors will reallly attract our own buyers kan!

  7. Menarik! Kebetulan pula saya pun memang suka berniaga. Dalam banyak-banyak bisnes kecil-kecilan yang saya pernah cuba, bisnes air lah yang paling untung. Dulu, saya ada berniaga di Bazaar Ramadan Stadium Shah Alam. Kongsi tapak dengan jiran. Masa tu berniaga air, dadih dengan makanan goreng budak-budak. Alhamdulillah, laku keras. Tu masa sebelum pandemik la. Selepas pandemik melanda sampai sekarang dah lama tak berniaga macam tu. Alahai, rindu pulak nak berniaga balik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *