Waboost Review – Whatsapp Blaster Terbaik 2023

Pada kali ini, saya nak bagi review kepada satu perisian yang saya sendiri guna iaitu Waboost software review. Waboost merupakan satu perisian yang saya sendiri gunakan sejak tahun lepas dan ternyata, ianya berbaloi dengan harga yang telahpun saya bayar untuk mendapatkan perisian ini.

Segala kelebihan dan kekurangan perisian ini akan kami cuba cover dalam artikel ini. Kalau anda yang memang nak cari review dan nakkan kepastian, bolehlah baca perkongsian ini kerana saya akan sehabis baik dan sejujur yang boleh berikan feedback setelah saya sendiri gunakan perisian ini.

Kalau berbaloi, anda boleh gunakan perisian ini untuk perniagaan anda. Ya, perisian ini memang sepatutnya digunakan untuk perniagaan ataupun perkara lain seperti nak buat survey dan sebagainya.

waboost review

Kegunaan Utama

Sebelum pergi lebih jauh, nak cerita dahulu kegunaan utama software Waboost ini. Tidak lain tidak bukan untuk hantar mesej whatsapp kepada banyak nombor terutama nombor yang bukan disimpan sebagai kenalan kita.

Kalau anda ada no yang anda nak whatsapp, mungkin anda kena simpan dahulu di telefon sebagai kenalan dan kemudian whatsapp macam biasa. Itu kalau 1 nombor, kalau 10 nombor, kalau 100 nombor, macam mana anda nak send whatsapp ke banyak nombor seperti ini?

Di sinilah kegunaan Waboost dan ianya sangat berguna untuk peniaga-peniaga online seperti peniaga perniagaan makanan dan lain-lain. 

Anda mungkin akan bertanya, macam mana kalau anda tiada database sebanyak itu?

Soalan ini sangat penting, kerana, walaupun anda tiada database, anda boleh buat database sendiri dengan waboost. Tak tipu, anda boleh kumpul database sehingga 1000 pengguna whatsapp dalam masa kurang dari seminggu. Silap-silap 3 hari pun boleh tak ada masalah. Nanti akan saya terangkan dalam perenggan seterusnya ataupun dalam bentuk youtube video.

Berapa Harga Waboost Dari Solvy?

Sebelum baca lebih jauh, nak beritahu dahulu, yang software ni berharga RM250. Mahal dan murah itu subjektif, pada saya yang dah beli dan guna, memang berbaloi. Perisian ini, hanya beli sekali sahaja, support akan diberikan sepanjang hayat. Anda boleh beli perisian ini di bawah.

Disebabkan oleh support yang diberikan adalah sepanjang hayat (baca : lifetime) jadinya Rm250 ni memang sangat-sangat berbaloi.

Disebab oleh support update software yang agak kerap, saya memang merasakan yang ianya berbaloi dengan harga yang ditawarkan tersebut. Tak percaya, boleh cuba sendiri.

Boleh post ke group whatsapp yang kita dah join

Berkaitan dengan Whatsapp Group ini pula, ada beberapa fungsi menarik yang disertakan dalam perisian ini dan mungkin tak semua perisian lain menawarkan fungsi yang sama. Berikut adalah fungsi yang berkaitan dengan Whatsapp Group yang saya maksudkan.

Post Ke Whatsapp Group

Contoh kita sertai 30 whatsapp group dalam smartphone kita, dengan Waboost, kita boleh “blast” ke semua 30 whatsapp group ini dengan mudah. Cuma perlu sediakan copywriting yang sesuai dan anda boleh terus blast ke kesemua group tersebut. Ciri ini memang memudahkan anda untuk terus menjana keuntungan dan memudahkan anda daripada blast satu persatu ke dalam group tersebut.

Fungsi Sertai Whatsapp Group

Contoh anda tinggal di Shah Alam dan business ataupun perniagaan anda target area Shah Alam. Anda boleh sertai group whatsapp di Shah Alam dan sekitarnya. Ini adalah antara fungsi yang saya suka dan memalui whatsapp group ini, anda pasti boleh untuk bina database anda sendiri!

Macam mana nak bina database no contact Whatsapp sehingga beribu-ribu? Ya anda boleh bina database anda sendiri. Teruskan membaca artikel ini sehingga ke akhirnya ya.

Untuk info lanjut berkenaan dengan kedua-dua fungsi ini, boleh tengok video di bawah ini.

Dapatkan Nombor Baru – Penting

Kalau nak pergi jauh dalam whatsapp marketing, memang perlu untuk anda satu nombor khusus untuk tujuan marketing di whatsapp dan juga mungkin platform lain. Nombor ini adalah nombor berlainan dengan nombor peribadi yang anda sedang gunakan pada masa ini.

Ini untuk elak daripada nombor anda di banned oleh pihak Whatsapp. Jika kena banned pun, bukan nombor peribadi anda dan tidaklah terkesan sangat.

Nak dapatkan nombor baru ini, anda boleh terus dapatkan di kedai kami di Shopee yang menjual nombor dari Tune Talk. Saya suka Tune Talk kerana banyak manfaat yang mereka berikan, applikasi yang mudah nak guna dan didatangkan dengan pelan khairat kematian.

Dapatkan Semua Contact Number Dalam Contact Phone

Contoh sekarang ini anda sudah bertukar kerjaya daripada Engineer kepada agen Takaful. Anda nak beritahu semua orang dalam phone book ataupun kenalan anda yang anda sekarang adalah agen Takaful. Nak buat macam mana? Nak kena whatsapp sorang-sorang ke?

Dengan Waabost ini, anda boleh dapat semua kenalan anda dalam satu klik. Bukan itu sahaja, anda pun boleh dapatkan no whatsapp mereka yang telahpun PM anda dan anda tak pernah pun simpan (baca : save) no mereka. 

Daripada no whatsapp ini, anda boleh blast sorang-sorang dan ikut ataupun berbalik semula kepada copywriting anda. Tools ini memang memudahkan dan semua no ini tidak lain, boleh digunakan sebagai database anda.

Database dan Database

Dalam perenggan di atas tadi, saya ada beritahu yang anda boleh sertai mana-mana group whatsapp berdasarkan kepada kata kunci tertentu seperti “Shah Alam” dan sebagainya. Setelah anda sertai kesemua group tersebut, ada satu lagi fungsi yang Waboost ini boleh lakukan. 

Anda boleh extract kesemua no dalam Whatsapp Group tersebut dan jadikan database anda sendiri. Sebab itu saya katakan tadi, nak kumpul database sampai ribu-ribu ni tak la susah mana pun. Anda pun boleh lakukan sendiri dan semuanya memang memudahkan anda.

Saya sendiri dah lakukan ini dan database saya memang agak banyak dan ianya bergantung kepada keadaan dan situasi tertentu.

Kekurangan Waboost Dan Penambahbaikan

Berikut adalah antara penambahbaikan yang perlu.

Setting Interval Yang Tak Terlalu Agresif

Kalau anda gunakan setting yang terlalu cepat, ataupun interval yang terlalu pantas, ada kemungkinan yang no whatsapp anda akan di banned. Bererti, anda tidak boleh gunakan lagi no tersebut. Setting yang tidak terlalu agresif adalah sangat bersesuaian dengan keadaan tertentu.

Invalid Number Sebenarnya Valid

Kadang-kadang apabila saya blast kepada target audience saya, biasanya akan keluar 2 mesej. Pertama adalah “SUKSES” dan yang kedua adalah “INVALID NUMBER”. Sukses bermaksud, mesej whatsapp anda telahpun berjaya dihantar kepada penerima.

“Invalid Number” pula bermaksud, penerima tidak terima mesej anda atas pelbagai faktor dan kemungkinan besar, no tersebut tiada Whatsapp yang terbina. 

Akan tetapi, apabila saya cuba blast semula ke Invalid number, kadangkala ianya berjaya. Ini adalah antara setting yang perlu untuk Waboost perbetulkan pada masa akan datang. Kepada anda yang telahpun membaca artikel ini dan bercadang untuk menggunakan Waboost pada masa akan datang, walaupun result menunjukkan “invalid number” saya cadangkan untuk anda cuba blast sekali lagi untuk yang invalid number sahaja.

Ini kekurangan yang saya rasakan. Apapun anda boleh cuba tengok apa sebenarnya Waboost ini dalam artikel di bawah ini;

Review Jujur Saya

Memang ada kekurangan, tapi pada saya dengan harga RM250 dan banyak fungsi yang diberikan, memang berbaloi. 

Kalau anda dah ada database sendiri dan nak blast kepada database anda, mungkin anda boleh dapatkan perisian lain. Tetapi kalau anda nak optimasikan fungsi lain, memang Waboost ini sangat berbaloi untuk anda gunakan jangka masa panjang.

Review Waboost dari saya, overall sangat puas hati dan jika anda merupakan seorang peniaga kecil-kecilan dari rumah sama ada secara part time ataupun full time, saya memang sarankan untuk anda invest RM250 dan beli perisian ini untuk digunakan jangka masa panjang.

Related Posts

16 thoughts on “Waboost Review – Whatsapp Blaster Terbaik 2023

  1. This is the first time if heard about Waboost. It sounds like a good app. I will check it out. Thank you for sharing.

  2. Haritu team i baru cakap pasal waboost ni, memang bagus untuk yang ada bisnes. Memang kene keluarkan modal la kan tapi kalau ada kebaikan tak salah ambil

    1. ya, bergantung kepada business, memang bagus dan banyak kegunaan.

  3. Bagus juga ada Waboost nie kan. Boleh la kalau nak guna di institusi/ entiti yang banyak berhubung dengan pelanggan kan. Takde le jenuh nak taip satu-satu.

  4. 1st time got to know about Waboost here. Absolutely making communication across easier especially for those with big communities , businesses etc. Thanks for sharing about this. Cheers Siennylovesdrawing

  5. First time baru tahu ada app macam ni. Tapi nak tanya, kalau blast banyak-banyak macam tu nombor kita tak kena banned dengan Whatsapp ke?

    1. pakai satu lagi no baru, kalau blh jangan pakai no personal

  6. Wow! mereka yang tengah setup perniagaan boleh explore this Waboost app kan nampak sgt convenient and well-manage especially part messaging kat WhatsApp ni.. harga pun sgt berpatutan looking at the feature and long-term investment la kan..

    1. betul, long term investment memang sangat berbaloi

    1. betul, banyak je kegunaan lain selain daripada untuk sharing dekat whatsapp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *