5 Laptop Terbaik Untuk Student – 2023

Pada artikel kali ini, kami nak berikan review berkenaan dengan laptop yang terbaik untuk student. Kehidupan norma baharu akibat pandemik Covid-19 turut menyebabkan pelajar-pelajar terpaksa menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR), sekaligus memberi impak kepada lonjakan permintaan terhadap komputer riba atau laptop.

Keperluan memiliki kombuter riba pada masa kini bukan sahaja melibatkan golongan pelajar di pusat pengajian tinggi malah murid-murid sekolah rendah dan pelajar di sekolah menengah memerlukan peranti tersebut.

Jika sebelum zaman pandemik ini, kelas dijalankan adalah secara bersemuka di sekolah atau dewan kuliah namun kini semuanya berubah, justeru setiap pelajar memerlukan laptop untuk memudahkan mereka belajar.

Kebanyakkan pelajar lebih selesa menggunakan laptop berbanding telefon bimbit, malah ia juga boleh digunakan untuk menyiapkan assignment atau presentations menggunakan perisian disediakan.

Disebabkan keperluan untuk menyiapkan tugasan atau mengakses kelas secara maya melalui teknologi google meet, ibubapa terpaksa memperuntukkan bajet dalam memenuhi keperluan tersebut. 

Bagi yang berkemampuan mungkin isu ini tidak menjadi masalah. Namun bagaimana pula masyarakat B40 atau M40 yang kini berdepan dengan situasi kewangan semasa yang amat mencabar. 

laptop terbaik untuk student

Laptop Satu Keperluan Untuk Student

Laptop juga menjadi keperluan untuk anak-anak mereka ketika belajar sekurang-kurangnya ada seunit setiap keluarga. Sekiranya anda tidak berdepan dengan kekangan kewangan, anda boleh sahaja membeli komputer riba jenama terkenal dengan kapasiti terbaik mengikut peredaran teknologi terkini.

Untuk keperluan pelajar peringkat sekolah rendah atau menengah mungkin tidak memerlukan spesifikasi yang begitu tinggi malah terdapat laptop daripada jenama terkenal dijual dengan harga mampu milik dibawah RM1,000.

Ada yang beranggapan laptop harga murah tidak mampu berfungsi dengan baik, di sini, saya akan kongsikan jenis-jenis komputer riba ataupun laptop yang bersifat praktikal untuk kegunaan pelajar.

Jika anda bijak mencari model laptop yang bersesuaian dengan bajet dan spesifikasi yang diperlukan, platform edagang seperti di Lazada dan Shopee dan pembelian secara atas talian memudahkan anda untuk membuat survey harga item dipilih terlebih dahulu.

Selain daripada faktor harga, tiga kriteria utama perlu diambil kira sebelum anda membuat keputusan membeli laptop. Ia termasuk kemampuan peranti tersebut untuk menampung saiz software yang akan dimuat turun.

Data Pelan Terbaik Untuk Student

Sebelum anda tengok satu persatu pilihan laptop, saya tahu pelajar juga perlukan data plan yang bagus untuk kegunaan sehari. Ada banyak pilihan data telekomunikasi dari Tune Talk ini untuk pelajar pada harga yang berpatutan. Pakej data bermula pada harga RM15, RM20, RM35 dan beberapa pilihan langganan data bulanan yang memang sesuai untuk kegunaan pelajar.

Lebih menarik, nak buat pembelian, boleh sahaja terus beli di Shopee sahaja. Anda boleh terus beli di kedai Shopee kami di bawah ini.

Yang best, anda boleh pilih sendiri nombor pilihan anda ataupun nak kekal nombor anda yang lama dan bertukar ke Tune Talk pun tiada masalah.

Kriteria Pemilihan Laptop Bajet Untuk Student

Tiga kriteria utama spesifikasi sebuah komputer riba adalah : – 

1 – Processor

Salah satu spesifikasi dalam komputer riba adalah processor, sekiranya laptop itu menggunakan processor intel, adalah lebih berbaloi anda mencari model core i3 dan keatas.

 Jika laptop tersebut menggunakan processor jenis AMD, anda boleh dapatkan yang menggunakan processor jenis Ryzen 3 dan keatas. 

2- RAM

Pada kebiasaannya, komputer yang berharga RM2,000 kebawah menggunakan RAM 4GB dan saiz seperti ini juga sudah memadai dan ia berupaya untuk kita menggunakan laptop tersebut bagi tujuan menyiapkan kerja-kerja asas.

Jika pelajar sekolah, laptpop dengan kapasiti RAM 4GB juga sudah memadai untuk mereka menghadiri kelas online seperti google meet, teams atau zoom atau menggunakan software untuk menyiapkan tugasan diberikan oleh guru mereka.

Bagaimanapun untuk student kolej atau universiti yang memerlukan software seperti Adobe Photoshop, anda digalakkan untuk ‘upgrade’ komputer riba supaya dapat menampung software yang diperlukan.

Jika tidak ‘upgrade’ kepada 8GB sudah mampu untuk menampung kapasiti diperlukan, dikhuatiri komputer riba tersebut tidak dapat  berfungsi dengan baik atau lagging.

3- Storage 

Salah satu kemampuan sebuah komputer riba adalah size storage atau kemampuan ia menyimpan file anda khususnya tugasan penting, anda boleh survey laptop yang menggunakan storage SDD berbanding HDD.

Komputer riba ‘refurbish’ di Platform eCommerce

Penulis telah membuat carian harga laptop menggunakan platform ecommerce iaitu Lazada. Terdapat komputer riba berjenama terkenal yang dijual dengan harga serendah RM500, selepas diskaun flash sales.

Namun kebanyakkan laptop berjenama terkenal yang dijual dengan harga murah seperti ini telah dilabel sebagai refurbish. 

Jadi anda perlu faham apakah yang dimaksudkan dengan komputer riba seperti ini.

Mungkin tidak ramai yang tahu apakah refurbish laptop, untuk makluman anda ia adalah sebuah komputer riba terpakai dan ada juga pernah mengalami kerosakan namun telah dibaiki semula. 

Tidak salah membeli barangan terpakai, malah laptop secondhand ini juga mempunyai kapasiti setanding laptop yang baru dengan harga juga jauh lebih murah.

Jika anda mahu membeli laptop kegunaan anak-anak yang masih bersekolah, membeli item refurbish adalah berbaloi kerana mereka biasanya menggunakan komputer riba untuk kerja-kerja basic dan tidak memerlukan peranti berkapasiti tinggi.

Walaupun kategori terpakai, terdapat laptop refurbish yang dijual masih mempunyai warranty, sekiranya terdapat apa- apa isu atau ia tidak boleh digunakan, sekurang-kurangnya anda masih boleh menggunakan jaminan tersebut.

Mungkin sukar mencari laptop terpakai dengan warranty sehingga setahun, tetapi jika ada jaminan dalam tempoh itu adalah terbaik.

Cuba elakkan membeli laptop terpakai ini yang hanya menyediakan warranty hanya sebulan, kerana dikhuatiri berlaku kerosakan selepas jaminan tamat kerana tempohnya begitu singkat.

Dengan harga murah dengan status terpakai, warranty tiga hingga enam bulan masih dianggap sesuai sebagai jaminan kepada pembeli jika komputer riba tersebut gagal berfungsi.

Laptop Murah Bawah RM1000 Untuk Student

 Salah satu unit laptop refurbish yang dapat penulis kongsikan adalah jenis :

1 – Refurbish Toshiba RX3 dianggap sesuai untuk kegunaan student atau budget laptop, ia menggunakan processor Intel Core 7 manakala RAM laptop tersebut adalah 128GB SSD.

Model Portege
size13.3” HD Display
processorIntel Core i7 620M 2.67GHz
Graphic card Intel HD Graphics ( Not Gaming laptop)
Hard disk128GBSSD
Screen resolution 1366×768
System Windows 10 Professional genuine 
Input [ X1 HDMI] [ X1 VGA] [ X1 E-SATA 2.0] [X2 USB] 
Recommendations Perfect for students, spare laptop, online education

Laptop ini telah disyorkan oleh penjual dan sesuai untuk keperluan pelajar khususnya pelajaran secara online, dengan harga yang berbaloi seperti di bawah ia sudah pasti sangat berbaloi dan mampu menjimatkan wang. Apapun untuk harga terkini, boleh lihat di link bawah;

Ia juga boleh dijadikan sebagai tambahan jika anda memerlukan lebih sebuah laptop khususnya ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang kini sedang menjalani pdpr memandangkan sekolah dan universiti masih lagi ditutup dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Memandangkan penjual telah maklumkan laptop ini bukan kapasiti yang disesuai digunankan untuk ‘gaming’ jadi anak-anak hanya memanfaatkan laptop ini untuk tujuan belajar sahaja.

2.  HP Stream Laptop PC intel Celeron Processor DDR4 SDRAM 32GB eMMC Webcam Windows 10

Highlights 

  • Brand: Hewlett Packard 
  • Screen resolution 1366 x 768
  • Max screen resolution 1366 x 768
  • Memory speed 2400 MHz
  • Graphics Coprocessor Intel UHD Graphics 600
  • Chipset brand Intel
  • Card Description Integrated 
  • Graphics card ram size 2 mb
  • Wireless type 802.11ac
  • Numbers of USB 2.0 ports 1
  • Numbers of USB 3.0 ports 1

Dengan harga RM590 ia memang layak dilabel sebagai biggest brands sale, kerana laptop ini boleh dibeli dengan harga sangat rendah. Apapun harga terkini boleh tengok di link bawah ini;

Komputer riba ini dikeluarkan oleh syarikat pengeluar komputer terkenal iaitu Hewlet Packard, 3 kriteria yang digariskan untuk anda membeli laptop iaitu Processor, RAM dan storage adalah sesuai untuk kegunaan pelajar. Salah satu keistimewaan laptop ini adalah front-facing speakers dan ia sesuai untuk kegunaan anak-anak semasa pdpr untuk audio yang jelas.

Dengan kapasiti tersebut anda boleh mendengar muzik pilihan, menonton movie kegemaran atau bermain game menggunakan laptop ini. Ia turut didatangkan dengan warna menarik iaitu purple dan biru sekali gus berbeza dengan warna biasa seperti hitam atau silver.

3. Refurbish Fujitsu C8240 C2D Laptop (RM299) 

  • INTEL CORE 2 DUO 
  • 1GB RAM
  • 60 GB HDD ABOVE
  • WITH WIFI
  • ALL IN GOOD CONDITION

Features 

  • Brand: Fujitsu
  • SKU: 2110760460_MY- 8532260082
  • Warranty type: Local Manufacturer Warranty

Dengan harga serendah RM299 ternyata berbaloi untuk anda membeli laptop ini untuk kegunaan anak-anak sekolah kerana kondisinya masih dalam keadaan baik. Apapun, harga terkini boleh tengok di bawah ini.

Laptop ini juga masih mempunyai warranty jadi anda tidak perlu risau sekiranya berlaku kerosakan, untuk kegunaan kelas online. Review daripada pelanggan juga amat positif.

LAPTOP BARU BAJET BAWAH RM1000++

Bagi yang ragu-ragu untuk membeli laptop refurbish anda masih mempunyai pillihan membeli model baru dengan harga rendah. Terdapat laptop yang dijual dengan diskaun hampir 50%, malah  bersempena hotsale 9.9. harganya menjadi RM999. Yang di bawah ini pula adalah pilihah laptop baru bukan refurbish terbaik untuk student.

1. – (Hot Sale) Teclast Official F7s 14.1 Inch Laptop

Spesifikasi 

Brand Telecast 
Display size14.1 inch
Graphic card series Intel HD Graphics 500
Condition New 
System memory8gb 
Storage typeSSD
Graphics memory 1GB & under 
Hard Drive Capacity128 GB

Laptop seberat 1.5 kg ini didatangkan dengan warna chrome mempunyai warranty type daripada international Manufacturer selama setahun. Review daripada pelanggan juga amat positif dan laptop ini amat sesuai untuk kegunaan pembelajaran secara online disamping kondisinya adalah laptop baru. Harga terkini laptop ini boleh tengok di bawah;

2 – [ 3 years warranty] Toshiba laptops (fourth i3) play dual- core / quad-core solid- state hard drive gaming notebook

Spesifikasi

Brand Toshiba
Display size 15.6
conditionNew 
Plug-typeuniversal
System memory4gb
Storage type SSD
HDD size128GB
Model NEC

Dengan warranty sehingga tiga tahun ia adalah satu pembelian bijak buat pembeli dengan harga RM1050. Laptop ini menggunakan windows bagi operating system. Berdasarkan review pelanggan harga di platform Lazada jauh lebih murah berbanding di outlet laptop tersebut. Apapun, harta terkini boleh tengok di link bawah kerana harga mungkin berubah akibat dari promosi dan penurunan harga.

Ini serba sedikit berkenaan dengan laptop terbaik untuk student. Anda pun boleh tengok beberapa pilihan laptop terbaik untuk pelabur saham dan juga android box terbaik.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *