Ramai yang nak tahu Android box Tv terbaik terutama selepas Covid-19 dimana ramai yang mula kerja dari rumah “work from home”. Di sini kami berikan beberapa pilihan Android TV terbaik berdasarkan kepada keperluan. Kalau setakat nak tengok Youtube dan Netflix, memang boleh sangat.
Android TV Box atau Smart TV, mana satu pilihan terbaik yang boleh anda beli dengan bajet yang berpatutan? Jika hendak diikutkan tidak banyak sebenarnya perbezaan antara kedua-dua peranti ini. Namun perbezaan yang sangat ketara sudah tentu pada sistem operasinya.
Android TV menjalankan sistem operasi dari Android manakala Smart TV pula menggunakan sistem operasi selain dari Android seperti webOS untuk jenama LG, Tizen OS untuk jenama Samsung, dan Smart Central untuk jenama Sharp. Artikel pada kali ini kami akan berkongsi tentang jenama-jenama Android TV Box terbaik yang di tahun 2021.

Apa itu Android TV Box?
Anda mungkin jarang dengar tentang Android TV Box, tetapi anda pasti sangat sinonim dengan SmartPhone. Secara ringkasnya, Android TV Box, IPTV Box, atau set top box adalah kotak yang boleh membawa hampir semua fungsi telefon pintar pada televisyen.
Dengan adanya kehadiran internet/Wifi, sudah tentunya anda boleh mengakses pelbagai aplikasi yang menarik seumpama di smartphone seperti Youtube, Netflix, Disney Plus Hotstar, HBO GO, bermain game, dan bermacam lagi. Jadi untuk apa menghabiskan ribuan ringgit demi memiliki televisyen canggih seperti ini jika anda boleh mendapatkan fungsi yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.
Perlu ke Android TV Box dalam rumah?
Jawapannya ia bergantung kepada gaya hidup anda sendiri. Jika anda bujang, tinggal seorang diri di rumah, dan banyak menghabiskan masa dengan bekerja, bagi kami tidak berbaloi sangat pun jika ingin membeli Android TV. Cukup dengan anda mempunyai akses internet dan peranti seperti smartphone atau laptop untuk menonton filem-filem yang gempak di hujung minggu.
Tetapi jika anda memang sudah berkahwin, tinggal dengan ramai orang, atau mempunyai ahli keluarga yang ramai dalam sesebuah rumah, keputusan anda untuk membeli Android TV memang sangat berbaloi bukan sahaja untuk jangka masa pendek malah untuk jangka masa panjang juga.
Fungsi Android TV Box
Untuk pengetahuan anda, Android TV Box ini sama seakan-akan smartphone yang mempunyai spesifikasi unik yang tersendiri di setiap satu-satu jenama, model, dan teknologi operasinya. Jika anda perasan di pasaran hari ini, Android Box dijual dengan pelbagai range harga bermula dari awal ratusan ringgit hinggalah ribuan ringgit. Hal ini memang wajar kerana setiap Android Box mempunyai spesifikasi yang berbeza.
Untuk Android Box yang mempunyai pemproses high-end dan ruang storan yang agak besar, harganya mungkin agak mahal berbanding Android Box dengan pemproses low-end, dan ruangan storan dalaman yang kecil. Jika dulu, orang takut untuk membeli Android Box yang murah-murah kerana mereka tidak mahu berhadapan dengan masalah seperti lag dan slow ketika menonton.
Namun pada masa ini, peranti yang berharga bermula dari serendah RM 99 hingga RM 250 sudah cukup berkemampuan untuk memberikan anda kepuasan tontonan dan penstirman yang berkualiti tinggi hampir mencapai apa yang anda impikan. Ini adalah antara fungsi Android TV Box yang biasa boleh anda manfaatkan:
- Menonton
- Browsing
- Bermain game
- Video call atau chatting
- Mirrorscreen atau cast screen
- SD Card atau Slot USB
1. Mi TV Stick
Best Android TV Box Malaysia yang terbaik, termurah, terhebat, dan berkualiti tinggi jatuh kepada Mi TV Stick. Menariknya, saiz peranti ini hanya sebesar pendrive tetapi boleh bekerja seperti peranti-peranti besar yang lain. Anda cuma perlu sambungkannya di port HDMI pada TV, dan ia sedia untuk ditonton. Dengan Android versi 9.0, RAM model DDR4, dan kapasiti storan 1GB RAM + 8GB ROM, anda dijamin boleh menonton filem kegemaran dengan lancar, smooth, dan tidak mengalami sebarang lagging.
Peranti bijak jenama Xiomi ini sudah tentu boleh dijadikan telifon pintar kedua anda ketika di rumah walaupun ia hanya menyokong paparan 1080p atau FHD sahaja. Manfaat seperti browsing, muat turun aplikasi pada Google Play Store, dan bermain game secara online di dalamnya boleh anda lakukan dengan mudah.
“Alexa, play the music.” Eh, macam seronok pula kalau dapat berbual dengan peranti ini. Bagi arahan hanya dengan suara tanpa perlu memicit apa-apa butang control. Salah satu kenapa ramai orang sukakan Mi TV Stick adalah kerana peranti ini terbina dengan Google Assistant dan Chromecast jadi anda boleh menggunakan arahan suara untuk melakukan apa-apa tugasan. Contohnya, “Ok Google, browser Google Play Store.”
Harga: Boleh tengok link di bawah, jangan lupa free shipping voucher ya.
2. Xiaomi Mi Box S
Satu-satunya Android Box yang bekerjasama dan mempunyai sijil rasmi dari Google adalah Xiomi Mi Box S. Peranti ini dilengkapi dengan sistem operasi Android versi 9 dan didatangkan lengkap dengan 2GB RAM + 8GB ROM, jadi tidak perlu risau dengan masalah lagging dan sebagainya. Berbeza dengan Mi Stick TV yang hanya menyokong 1080p, Xiamo Mi Box S tersedia dengan Youtube, Netflix, dan Prime Videos yang membolehkan anda menonton 4K.
Tidak cukup dengan itu, Chromecast pada Xiomi Mi Box S berkuasa menjalankan fungsi mirroring telefon anda terus ke paparan TV dengan sekali klik sahaja. Apa-apa pun Mi Stick TV dan Xiomi Mi Box S tidak jauh bezanya dari segi spesifikasi selain storan dan paparan kualiti skrin. Jika anda mempunyai bajet lebih, pastinya Xiomi Mi Box S pilihan yang terbaik untuk anda fikirkan.
Harga: Harga Mungkin berubah, lihat link di bawah untuk harga terkini
3. Q Plus Android Box
Jika anda seorang yang artistik dan mementingkan reka bentuk produk, Q Plus Android Box memang antara pilihan yang sangat ideal khususnya bagi heavy users. Android box ini didatangkan dengan reka bentuk empat segi melengkung berwarna hitam dengan lampu LED RGB berwarna biru laut di sekelilingnya.
Logo Q shiny yang tertancap ditengah-tengah box lagi menampakkan model ini cukup elegant, cantik, eksklusif, dan tampak mahal. Siapa sangka dengan harga hanya bawah RM150, anad boleh dapatkan sebuah peranti bijak dengan storan 4GB RAM, 32GB ROM dan sistem operasi Android 9. Bukan itu sahaja, Q Plus juga menyokong paparan 6K yang pastinya lebih terang dan jelas, itu pun kalau anda mempunyai TV 6K lah.
Harga: Rujuk link bawah ini kerana ianya mungkin berubah dari masa ke semasa.
4. TX6 TV Box
Kalau anda rajin buat research di pasaran sekarang ini, TX6 TV Box memang Android Box yang sangat popular di kalangan penggunanya. Antara sebabnya adalah ia murah, mempunyai pelbagai variasi storan dari 2GB + 8 GB hinggalah 4 GB + 64 GB, memiiki ribuan saluran televisyen dari dalam dan luar negara, serta menyediakan beberapa aplikasi secara percuma yang membolehkan anda menonton filem dan siri TV seluruh dunia. Kualiti memang sesuai dengan harganya, anda boleh menikmati Youtube, Netflix, Prime Video dan mana-mana platform striming yang lain pada bila-bila masa.
Harga: Boleh rujuk link di bawah
5. Long TV
Apa yang membuatkan Long TVlebih mahal berbanding model-model yang lain ada alasannya yang tersendiri. Selain mempunyai kelulusan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan SIRIM, ia juga membolehkan anda untuk menonton saluran rancangan dari dalam dan luar negara di tahap yang sangat optimum termasuklah saluran Astro sendiri.
Bila bercakap soal kelulusan ini, ia memang boleh membantu anda untuk jangka masa yang panjang dari segi undang-undang dan jenayah cetak rompak. Spesifikasi storan 1GB RAM + 8GB ROM memang agak kecil tetapi ia tetap mampu menyokong kualiti skrin paparan 4K dengan lancar tanpa lag. Ciri-ciri khas lain yang ada pada peranti ini adalah aplikasi karaokenya. Tidak puas menjadikan kediaman anda seperti sebuah panggung wayang, anda kini boleh jadikan kediaman anda seperti pusat karaoke juga. Untuk yang gemar menyanyi, Long TV memang sangat mantap dan berbaloi untuk dimiliki.
Harga: Boleh rujuk harga terkini di link bawah
Smart TV dan Android TV mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi kami sendiri peranti seperti Android TV mempunyai fleksibiliti yang lebih baik berbanding Smart TV. Alasannya kerana ia mempunyai akses kepada banyak aplikasi dan servis menjadikannya sebuah platform tontonan yang lebih pelbagai dan efektif.
Apa yang perlu anda faham, Android TV adalah sejenis peranti dari Smart TV, tetapi Smart TV tidak semestinya adalah Android TV. Apa-apa pun di harapkan artikel berkenaan pilihan terbaik Android Box di tahun 2021 ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk memiliki kediaman seperti sebuah panggung wayang.