Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank 2022

Macam mana cara nak download ataupun dapatkan penyata maybank terkini. Terutama sekali kalau nak buat pinjaman rumah ataupun apa-apa sahaja pinjaman, wajib kena sertakan penyata yang terkini untuk tujuan proses dan documentation. 

Kalau nak buka akaun saham, tak perlu yang terkini pun tidak mengapa, asalkan ada penyata dan nampak no akaun, nama dan bank, sudah boleh untuk terus buka akaun CDS saham. Ianya tidaklah rumit.

Apapun, pada artikel kali ini, kami tunjukkan kepada anda beberapa step macam mana nak dapatkan penyata Maybank dengan mudah dan ringkas sahaja. Boleh baca sampai habis juga kerana kami akan berikan cara untuk dapatkan penyata terkini kerana penyata di Maybank terhad untuk 3 bulan sahaja.

cara download penyata bank maybank

Kenapa Nak Dapatkan Penyata Bank

Kebiasannya, kalau anda nak dapatkan penyata bank, ada beberapa sebab. Antaranya adalah untuk;

Ada banyak faktor kenapa nak dapatkan penyata bank dan tidak terhad kepada Maybank. Apapun, artikel pada kali ini, kami fokus kepada cara nak dapatkan penyata bank Maybank sahaja.

Apa Yang Anda Perlu Ada

Kalau nak download penyata Maybank, mestilah kena ada akaun Maybank dahulu dan kemudian anda perlu ada akaun Maybank2u ataupun akaun online. Jika tiada, memang anda perlu untuk ke cawangan Maybank berdekatan untuk mendapatkan penyata.

Kaedah ini terpakai untuk pengguna Maybank sahaja. Apapun step by step cara nak dapatkan penyata bank, boleh tengok dalam info di bawah ini;

Step By Step Cara Nak Download Penyata Bank

Dah ada akaun Maybank2u, seterusnya login je macam biasa seperti dalam gambar di bawah ini.

Dah masukkan username dan password, kemudian, klik je pada akaun yang anda nak dapatkan penyata tersebut.

Scroll bahagian bawah sekali, anda sudah boleh dapatkan penyata Maybank.

Anda sudah boleh terus download dan print bank statement ini.

Mudah sahaja sebenarnya kalau nak dapatkan penyata Maybank. Tapi anda perlu ingat yang penyata ini bukanlah terkini. 

Ada kalanya, apabila nak apply pinjaman seperti pinjaman rumah, anda perlu untuk mendapatkan penyata terkini sehingga ke 3 ataupun 6 bulan terkini bergantung kepada pihak bank. 

Cara Nak Dapatkan Penyata Terkini

Cara di atas ini, anda tidak boleh dapatkan yang terkini. Penyata di Maybank ini cuma tunjukkan sehingga bulan ke 3, 6, 9 dan 12 sahaja. 

Untuk dapatkan yang terkini, boleh ikut cara dan step by step seperti di bawah ini.

Kalau nak dapatkan penyata terkini, anda gunakan cara ini.

Step by step nak dapatkan penyata Maybank terkini

Berdasarkan kepada gambar di atas, apa yang penting sekali adalah untuk;

  • Nampak no akaun bank
  • Nampak transaksi

Apa yang anda perlu lakukan adalah anda kena zoom out dan screenshot page-page ini sehingga ke beberapa bulan terkini bergantung kepada apa yang pihak bank minta. Jangan lupa untuk sertakan sekali dengan penyata yang anda dapat daripada info di atas ini.

Harap artikel ini membantu anda untuk mendapatkan apa yang anda cari terutama berkaitan dengan cara nak dapatkan penyata bank Maybank. Jemput baca beberapa artikel kami berkaitan dengan tips untuk pelaburan dan cara nak memanfaatkan simpanan anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest