11 Dividen Bank Paling Tinggi Di Malaysia 2024

Saya pernah ada dalam dilema, tentang dividen bank paling tinggi di Malaysia. Yelah, duit ada dan memang niat nak simpan, tapi, nak simpan di mana yang paling sesuai. Ada banyak pilihan nak simpan duit di Malaysia ini daripada bank, Unit Trust, Saham, Hartanah, Takaful dan lain-lain lagi. Tetapi, kalai nak simpanan selamat tanpa ada apa-apa risiko tu, simpan di bank adalah lebih baik.

Salah satu faktor yang menjadi daya tarikan pengguna dalam memiih bank untuk mereka mempunyai simpanan dan pelaburan adalah berdasarkan nilai dividen yang boleh mereka terima. Semakin tinggi bank menawarkan nilai dividen itu, semakin tinggi permintaan pengguna untuk mendapatkan servisnya. 

Artikel pada kali ini akan menyenaraikan 11 dividen bank paling tinggi di Malaysia yang perlu anda ketahui. Pastikan anda terus mengikuti artikel ini sehingga sampai ke akhir untuk mengetahui jawapannya. 

Dividen bank paling tinggi di Malaysia

Apa Itu Dividen Bank?

Umumnya, dividen adalah sejumlah wang yang dibayar secara berkala pada kebiasaannya di suku-suku tahun oleh sesebuah syarikat atau bank kepada para pemegang saham dari keuntungannya. 

Mengapa Dividen Penting Bagi Anda?

Ada beberapa sebab yang menjadikan dividen penting bagi penggunanya seperti:

  • Untuk pertumbuhan dan peningkatan keuntungan
  • Membantu dalam penilaian ekuiti
  • Mengurangkan risiko dan volatiliti
  • Memberikan manfaat dalam cukai
  • Memelihara kuasa pembelian modal

Jadi tidak hairan jika kebanyakan individu yang berpengaruh dan berjaya di dunia juga mengambil berat tentang hal berkaitan dividen. Seorang ahli perniagaan berpengaruh di dunia dan Amerika Syarikat dalam industri minyak, John D. Rockefeller berkata, “Satu-satunya perkara yang memberi saya kesenangan adalah melihat dividen saya masuk”. 

Berikut adalah antara beberapa senarai dividen bank yang tinggi yang anda boleh masuk dan cuba simpan simpanan anda. Nak tahu apa, boleh tengok di bawah dan baca artikel ini sampai habis.

Dividen Paling Tinggi Di Malaysia:

Berikut adalah antara beberapa tempat ataupun dividen bank yang menawarkan kadar yang tinggi di Malaysia. Boleh lihat senarai tersebut di bawah;

1. Bank Rakyat – 14% 

Bank Rakyat adalah bank koperasi Islam terbesar di Malaysia. Bank ini menggunakan sistem perbankan jenis Syariah untuk memenuhi keperluan pelanggan menerusi produk dan perkhidmatan yang pelbagai serta inovatif.  Di kala semua bank menurunkan pemberian dividen kepada pengguna yang menggunakan khidmat mereka, Bank Rakyat kekal kompetitif menjadi peneraju yang mengekalkan pembayaran konsisten dan tinggi dari tahun ke tahun.

Sikap prihatin mereka terhadap keperluan anggotanya jelas kelihatan, yang mana 30 peratus penerima individu terdiri daripada golongan B40, manakala 20 peratus penerima anggota koperasi terdiri daripada golongan B40.

Tapi ingat, tak mudah untuk anda dapat dividen yang tinggi dari Bank Rakyat ini. Kena beli saham tersebut baru dapat. Tak nak cakap banyak, kalau nak tahu lebih lanjut cara untuk dapatkan dividen dan saham bank Rakyat ini anda boleh ke artikel di SINI. Juga video di bawah sebagai salah satu tips dan cara untuk anda dapatkan saham Bank Rkayat.

2. Maybank – (13.5 sen)

Malayan Banking Berhad (Maybank) menjadi rangkaian bank dan kumpulan kewangan terbesar di Malaysia yang mana operasinya menembusi negara-negara ASEAN yang lain seperti Singapura, Indonesia, dan Filipina. Bank ini boleh dikatakan telah matang dengan nilai mampan sejak ia mula terbina dan operasi 60 tahun yang lalu.

3. Bank Islam – (12.6 sen)

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) terus mengukir nama menjadi Bank Islam pertama di Malaysia yang mula ditubuhkan pada tahun 1983. Tujuan utama ia ditubuhkan adalah untuk memberikan alternatif mudah khusus kepada orang Islam di negara ini menggunakan perbankan berlandaskan Syariah.

4. Ambank – (7.3 sen)

AMMB Holding Berhad (AmBank) adalah sebuah perbankan yang menjalankan urusan Perbankan Runcit, Perbankan Borong, Perbankan Islam, dan Insurans Hayat dan Am. Kumpulan itu berdagang di bawah beberapa jenama, termasuk AmBank, AmInvestment Bank, AmInvest, AmIslamic Bank, AmGeneral Insurance dan AmMetLife.

5. Alliance Bank Malaysia Berhad – (6.0 sen). 

Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) menawarkan khidmat perbankan seperti perbankan pengguna, perbankan perniagaan, perbankan Islam, perbankan pelaburan, perniagaan pembrokeran sahan, unit amanah, dan pengurusan aset. 

6. CIMB Bank – (4.81 sen)

CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Bank) merupakan syarikat Perkhidmatan Kewangan yang kedua terbesar di Malaysia yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia melalui Bumiputra-Commerce Holdings Berhad (BCHB). Bank ini terus berkembang dengan pesat dengan pekerja seramai 1,000 orang di Malaysia kepada 20,000 orang di 12 negara lain.

7. Amanah Saham Bumiputera (ASB) – (4.25 sen)

Amanah Saham Bumiputera (ASB) menyediakan simpanan alternatif dengan menjana pulangan dan keuntungan untuk jangka masa yang panjang dan konsisten. Inilah peluang anda terutamanya kepada bumiputera untuk meneruskan matlamat anda menjaga kewangan masa depan yang lebih baik. Ada beberapa artikel berkaitan dengan ASB yang anda boleh tengok dalam artikel di bawah ini;

8. Affin Bank – (3.5 sen)

Affin Bank terbentuk dengan gabungan tiga bank iaitu Perwira Affin Bank Berhad, BSN Commercial (M) Berhad, dan Affin-ACF Finance Berhad. Bank yang menjalankan Perbankan Islam sepenuhnya ini menawarkan produk dan khidmat untuk perbankan Pengguna dan Enterprise.

9. Public Bank – (0.40 sen)

Public Bank dikenali sebagai perbankan gergasi di tangga ketiga terbesar di Malaysia. Menariknya, bank ini bukan sahaja menembusi pasaran negara-negara ASEAN tetapi juga mempunyai cawangan di luar negara yang lain seperti di Hong Kong, Colombo, Sri Lanka, Vietian, dan Lao PDR. 

11. Tabung Haji – (3.10%)

Tabung Haji (TH) bukan sahaja popular di kalangan mereka yang ingin pergi mengerjakan haji. Anda jangan terkejut jika anda lihat ada orang yang bukan beragama Islam menggunakan khidmat dan servis yang disediakan oleh TH sendiri seperti simpanan, dan saham. Ia menjadi daya tarikan kebanyakan orang oleh seluruh lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama. 

Di antara 11 dividen bank paling tinggi di Malaysia, kami merasakan yang TH adalah antara yang palling berbaloi kerana dividen 

Ada beberapa artikel berkaitan dengan simpanan di TH anda boleh tengok di bawah;

11. RHB Bank – (0.10 sen)

RHB Bank adalah sebuah perkhidmatan kewangan dan pelaburan Malaysia yang khusus di dalam Perbankan Perdagangan, Korporat, Perbankan Pelaburan, dan Perkhidmatan Perbankan antarabangsa. Bank ini menjadi bank ketiga terbesar di Malaysia, dengan 200 pejabat di seluruh Malaysia. 

Anda pun boleh tengok lebih lanjut dalam video di bawah ini.

Nak Dividen Ataupun Income Lebih Tinggi?

Siapa yang tak mahu income ataupun dividen yang lebih tinggi. Jika anda simpan di bank, bank akan laburkan tetapi jika anda laburkan dalam saham, insyaAllah pulangan berganda. Untuk permulaan, anda boleh cuba dapatkan pulangan yang tinggi sikit daripada dividen Tabung Haji. Katakan 10% daripada diveden tabung haji adalah permulaan untuk melabur saham yang baik.

Diharapkan artikel berkenaan dengan senarai dividen bank paling tinggi di Malaysia ini boleh memberikan anda informasi yang sangat berguna untuk simpanan dan pelaburan masa depan anda. Sediakan payung sebelum hujan, itulah pepatah yang tepat ditujukan khas untuk anda dalam merancang kewangan kendiri dan ekonomi rumah tangga agar anda boleh hidup dalam keadaan yang aman dan sentosa.

Jangan lupa untuk subscribe Channel Telegram kami di atas bagi mendapatkan info lanjut dan terkini berkaitan dengan topik-topik berkaitan kewangan, pelaburan, tambah income dan lain-lain lagi. Wang bukan segalanya tetapi tanpa wang anda mungkin tidak boleh melakukan banya perkara. Perancangan anda sekarang akan menentukan jalan kehidupan anda untuk sepuluh tahun akan datang. 

Related Posts

3 thoughts on “11 Dividen Bank Paling Tinggi Di Malaysia 2024

  1. Dividends yield nya berapa? Tak Guna tulis 12.5 Sen atau 7.3 Sen tanpa menulis dividend yield nya ….kerana tak bererti. Kalau dapat 12.5 Sen dan dividend yield nya 2%… buat apa invest.
    Macam tulis Bank Rakyat 14%…. Alhamdulillah…semua orang faham…bagus invest Bank Rakyat.

  2. Orang bukan islam/ non bumi bolehkah buat simpanan di Tabung Tinggi

  3. Orang bukan islam/ non bumi bolehkah buat simpanan di TABUNG HAJI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *