6 Tips Pengurusan Kewangan Peribadi Anak Muda 2020

Artikel pada kali ini adalah berkenaan dengan tips pengurusan kewangan peribadi. Jika kita lihat kebanyakan anak muda pada masa kini pasti mempunyai masalah kewangan peribadi. Malah, ada yang menghadapi masalah kewangan peribadi yang sangat serius. Kadangkala ia membuatkan kita tertanya-tanya, kenapa anak muda menghadapi masalah kewangan peribadi?

Disebabkan oleh gejala covid-19 yang melanda, banyak ketidaktentuan yang berlaku menyebabkan kempen ataupun tips pengurusan kewangan menjadi lebih perlu dalam dunia masa kini. Apapun, artikel pada kali ini adalah antara beberapa tips yang kami boleh kongsikan kepada anda agar anda dapat mengurus kewangan secara lebih efektif dan dinamik.

pengurusan kewangan peribadi

Macam Mana Hendak Menguruskan Kewangan Peribadi Dengan Baik?

Sebenarnya, salah satu sebab kenapa anak muda pada masa kini menghadapi masalah kewangan adalah kerana mereka gagal menguruskan kewangan peribadi dengan baik. Cara uruskan kewangan peribadi sebenarnya amat penting, terutama sekali buat anak muda yang baru bekerja. Jadi pada kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda semua tips personal finance buat anak muda.

Tips #1-Elakkan Penggunaan Kad Kredit

Memang tidak di nafikan kad kredit menjadi salah satu kenapa anak muda dibebani dengan hutang. Justeru itu, anda perlulah elakkan dari menggunakan kad kredit dalam apa jua transaksi pembelian. Ramai yang beranggapan kad kredit merupakan cara mudah untuk berbelanja tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak dalam poket kita.

Memang tidak dinafikan kad kredit memudahkan untuk anda berbelanja dan membeli apa sahaja yang anda mahukan. Tetapi anda harus ingat kadar faedah yang di tawarkan oleh kad kredit sangat tinggi. Ramai yang tidak mampu untuk membayar kadar faedah dari kad kredit. Akibatnya, anak muda terpaksa menanggung hutang yang membebankan diri mereka dek kerana penggunaan kad kredit.

Kad kreadit memang menjadi antara sebab ramai yang mempunyai rekod kewangan yang teruk. Kami berikan sedikit tips agar lebih mudah untuk anda membayar semula hutang-hutang kad kredit anda tersebut dalam artikel DI SINI.

Tips #2-Beli Mengikut Keperluan Dan Kemampuan

Ramai anak muda pada masa kini gagal membezakan antara keperluan dan kehendak sewaktu membeli barang. Mereka membeli tanpa memikirkan sama ada barang tersebut benar-benar mereka perlukan atau tidak? Setiap kali membeli barang pastikan anda beli barang yang betul-betul anda perlukan dan utamakan membeli barangan keperluan terlebih dahulu. 

Jangan membeli barang yang harganya di luar dari kemampuan anda. Ia akan menyebabkan anda terpaksa menngeluarkan wang yang banyak dan sudah tentu ia satu pembaziran sewaktu berbelanja.

Anda juga tiada masalah untuk membeli barangan secara online seperti di Lazada dan platform online yang lain. Kebiasannya harga barangan yang dijual secara online ini adalah jauh lebih murah daripada harga barangan di kedai-kedai. Boleh tengok promosi daripada gedung online seperti di bawah.

Tips #3-Gunakan Selagi Masih Elok

Satu lagi sikap yang perlu di elakkan oleh anak muda adalah sikap sukar menukar gadjet yang baharu. Ada segelintir anak muda yang terlalu mengikut nafsu dengan sering kali menukar telefon bimbit mereka kepada telefon bimbit yang lebih canggih dan yang baru. Sebenarnya, terlampau mengejar teknologi bukanlah satu Tindakan yang elok. Sebaliknya, ia akan memberi kesan yang buruk kepada kewangan peribadi anda. Jika telefon lama anda masih elok gunakan sahaja telefon lama sehingga benar-benar rosak barulah anda menukar yang baharu.

Tidak perlu terkejar dengan “trend” telefon yang berharga RM5000 itu, pilihan lain adalah telefon ataupun smartphone yang berharga RM600 tetapi mempunyai speasifikasi yang bagus dan anda boleh gunakan untuk satu jangka masa yang panjang. Harga bawah Rm700, RAM 2GB, Bateri 3000mah dan banyak lagi telefon yang seperti ini anda boleh dapatkan. Boleh tengok model yang kami rekemen di bawah ini;

Pilihan di tangan anda sama ada nak bergaya ataupun nakkan smartphone yang berfungsi dengan baik.

Tips #4-Jangan Sibuk Untuk Menaik Taraf Kehidupan

Waktu muda bukanlah waktu untuk anda menaik taraf kehidupan anda. Tidak salah kalau anda hendak mengubah kehidupan anda untuk menjadi lebih baik. Tetapi perlulah secara berpada-pada dan mengikut kemampuan diri sendiri. Jangan terlalu mengejar kemewahan dengan membeli barang berjenama mahal. Ia boleh mengakibatkan anda terpaksa berhutang dan kewangan peribadi anda bermasalah. 

Satu lagi yang perlu anda elakkan ialah elakkan membeli kereta mewah. Tidak salah untuk membeli kereta. Tetapi biarlah beli kereta mengikut kemampuan anda, bukannya membeli kereta untuk hidup mewah. Beli kereta tak salah, tetapi bila anda beli kereta lebih dari kemampuan anda, ianya hanya menjerumuskan anda ke dalam kancah perangkap pengurusan kewangan peribadi yang tidak betul.

Tips #5-Mula Membuat Simpanan

Mungkin ada yang beranggapan usia muda tidak perlu membuat simpanan. Sebenarnya, pada waktu muda inilah anda perlu mula membuat simpanan. Simpanan ini amat penting untuk kegunaan pada waktu kecemasan atau untuk masa depan. Jika pada waktu muda terlampau menghabiskan duit dengan membeli barang yang tidak sepatutnya dan tidak membuat simpanan, macam mana anda hendak menghadapi waktu kecemasan nanti?

Untuk membina dana kecemasan, boleh amalkan beberapa tips penting bagi membantu anda untuk menyimpan dengan cepat dan pantas. Kami rekeman untuk anda baca 3 artikel ini;

Tips #6 – Mula Mencari Pendapatan Sampingan

Dah mula ada duit, sekarang adalah antara masa yang paling sesuai untuk anda mula berfikir tips untuk tambah pendapatan. Kalau ada skill seperti wiring dan lain-lain boleh gunakan. Tetapi, kalaulah anda sendiri tak tahu apa yang anda boleh buat, boleh bermula dengan beberapa artikel di bawah ini bagi membantu anda untuk membina idea untuk tambah pendapatan anda.

Pada Waktu Muda Inilah Waktu Paling Tepat Untuk Anda Mula Membuat Perancangan Kewangan Peribadi

Waktu muda bukanlah waktu untuk anda berseronok dengan hidup secara mewah. Sebaliknya, pada waktu inilah anda perlu mula merancang kewangan peribadi dengan baik. Pada waktu inilah anda perlu membuat perancangan untuk masa depan anda. Jika pada waktu ini anda terlalu sibukkan diri dengan mengikut kehendak anda, apa yang bakal berlaku pada kewangan anda di masa akan datang?

Harap artikel ini membantu anda sedikit sebanyak untuk perancangan kewangan anda. Boleh like, share dan beritahu rakan-rakan anda yang lain berkenaan dengan artikel pengurusan kewangan peribadi ini agar lebih ramai rakyat Malaysia yang celik kewangan. Boleh juga baca artikel kami berkenaan dengan AKPK bagi membantu anda celik kewangan.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest