11 Cara Jadi Ejen Hartanah – 2024

Kali ini saya ingin berkongsi tips bagaimana cara untuk jadi ejen hartanah. Kali ini kami berkongsi beberapa sisi yang anda perlu tahu berkenaan dengan kerjaya ini dan bagaimana untuk berjaya dan meraih pendapatan yang konsisten setiap bulan. Untuk sukses dalam setiap bidang, memang ada cabaran yang tersendiri dan perlu untuk kerja keras untuk sukses. Tetapi, adakah anda perlu untuk bekerja keras untuk sukses dalam bidang ini?

Untuk info, saya merupakan seorang perunding hartanah (dalam istilah awam ejen hartanah) di salah sebuah agensi di Putrajaya. Tetapi aktif dalam proses jual dan beli rumah di kawasan ataupun daerah Johor Bahru dan sekitar. Antra yang saya lakukan selain daripada menulis artikel di blog ini, adalah berkaitan dengan cara untuk mendapatkan pelanggan baru dan aktiviti yang berkaitan dengan hartanah.

cara jadi ejen hartanah

Kisah Ejen Hartanah – Suka dan Duka

Saya dahulu merupakan seorang jurutera di salah sebuah syarikat mulninasional di Johor. Disebabkan oleh keadaan kewangan syarikat yang tak berapa ok, antaranya adalah 2 tahun tiada kenaikan gaji, tiada kenaikan pangkat dan keadaan pasaran produk syarikat tersebut yang mula terumbang-ambing, saya ambil keputusan untuk terus fokus dalam bidang hartanah ini. 

Sebelum saya terjun dalam bidang ini, saya dah berjaya membuat jualan dan proses jual dan beli rumah telah berjaya kerana saya melakukannya secara “part time” sebelum full time. Ya, kalau anda sekarang melakukan atau ingin menjadi agen secara part time pun tidak mengapa kerana anda pun boleh berjaya dan bila komisyen yang anda dapat sudah memadai untuk bekerja secara full time, boleh teruskan niat anda.

Ini kisah saya dan saya terus terkesan bila terdapat banyak berita berkaitan dengan mereka yang terpaksa berhenti ataupun diberhentikan atas sebab-sebab ekonomi antaranya adalah;

Kira-kira 100 kakitangan dan bekas pekerja Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) mengadakan piket di luar ibu pejabat syarikat penerbitan itu hari ini bagi menuntut pampasan dan gaji mereka – yang tertunggak sejak tiga bulan lalu – dilunaskan.

Syarikat terbabit dikatakan gagal membayar gaji kepada pekerja mereka sejak Mei lalu. (sumber : Malaysiakini)

Teknologi semakin berkembang pesat terutama dalam bidang digital dan sudah ramai yang tidak membeli surat khabar lagi terutama Utusan Malaysia. Pengguna beralih kepada medium digital dan ini menyebabkan surat khabar menjadi semakin susut jualan setiap tahun.

Saya percaya banyak lagi sebenarnya berita-berita seperti ini cuma ianya tidak disensasikan. Tol-tol di Malaysia juga sudah ke arah 100% touch n go. Ini menyebabkan semakin sedikit bilangan operator di sesebuah plaza tol kerana semuanya sedang beralih kepada digital. Beberapa tahun dahulu, pemandu teksi juga berang dengan kewujudan app seperti Grab yang ternyata menyebabkan pendapatan pemandu teksi semakin susut. 

Saya juga sudah mula nampak, di beberapa shopping mall, sudah mula ada sistem pembeli scan barang yang dibeli dan bayar sendiri. Kalau anda pergi ke McDonald pun sekarang menggunakan sistem yang anda perlu membuat pesanan di komputer dan buat pembayaran di sana. Ada banyak lagi perkara dan saya boleh teruskan memberikan kesedaran kepada anda dan akhirnya membawa kepada satu kesimpulan.

Banyak kerja-kerja yang sudah diambil alih oleh aplikasi dan robot di dunia ini. Dunia sedang berkembang dan anda perlu ubah cara pemikiran untuk kekal releven tahun-tahun mendatang. 

Ejen Hartanah vs Perunding Hartanah

Sebelum pergi lebih jauh lagi, ada 2 istilah yang anda perlu tahu iaitu;

Ejen Hartanah

Istilah ini untuk mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang hartanah. Ianya boleh jadi diploma ataupun kursus berkaitan dengan bidang ini. Mereka ini perlu melalui kursus intensif selama 2 tahun dan kemudian barulah boleh membukan agensi hartanah sendiri. Dalam istilah ianya dipanggil Real Estate Agency (REA). Mereka yang ada REA ini sahaja boleh dipanggil sebagai ejen hartanah. Mereka perlu berdaftar dengan The Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers.

Info lanjut berkenaan dengan tips dan cara untuk jadi perunding hartanah (agen hartanah) pula, anda boleh tengok di dalam video di bawah ini. Ianya adalah penerangan ringkas tips dan teknik untuk jadi seorang perunding hartanah. Turut disebutkan cara untuk dapatkan pembeli dan cara untuk dapatkan listing.

Perunding Hartanah

Untuk menjalankan transaksi jual dan beli hartanah, REA ini boleh melantik perunding hartanah. Perunding hartanah ataupun dalam istilah Real Estate Negotiator (REN) ini yang menjalankan kerja-kerja. Tetapi tidak ramai yang tahu perbezaan antara perunding dan ejen kerana ramai yang ingat kedua-dua istilah ini adalah sama, tetapi ianya berbeza. Untuk istilah yang lebih mudah dalam artikel ini, apabila saya berkata Ejen Hartanah sebenarnya adalah perunding hartanah.

Kerjaya & Kursus Ejen Hartanah – Berbaloi Ke?

Salah seorang mentor saya dalam bidang ini pernah beritahu. Setiap hari, akan ada je mereka yang nak jual rumah disebabkan oleh banyak faktor antaranya adalah kewangan, cerai, pindah daerah, kematian yang melibatkan harta pusaka atau faraid. Ada banyak sebab sesebuah rumah itu nak dijual dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan faktor kewangan. 

Bila ada yang nak jual, pembeli ada ke? Pembeli pula sentiasa ada kerana pembeli memerlukan rumah sebagai tempat berlindung. Paling tidak pun mereka perlukan rumah sewa. Kalau anda tengok setiap tahun, ramai graduan yang berjaya menghabiskan pelajaran mereka sama ada diploma, ijazah dan lain-lain.

Seterusnya mereka akan ke mana? Yup, mereka akan ke alam pekerjaan dan mereka perlukan tempat tingga ke? Yup perlu tempat tinggal paling tak pun rumah sewa. 

Apa yang saya nak simpulkan adalah, penjual akan sentiasa ada, pembeli pun memang sentiasa ada. Cuma tugas seorang perunding adalah berunding dari segi harga dengan tuan rumah. Kerana harga yang mereka jual tu bersesuaian dan kena dengan harga pasaran agar mudah terjual. Walaupun teknologi berubah, demand untuk mereka yang nak jual rumah dan nak beli rumah tetap ada. Di sini anda boleh berperanan untuk menjadi seorang perunding hartanah berjaya.

Apa Sumber Income Utama Kerjaya Ini?

Secara asas ada 3 sumber income dalam bidang ini. Saya perincikan satu persatu.

Komisyen Jualan dan Sewaan

Ianya adalah salah satu pendapatan utama dalam kerjaya ini. Biasanya, jumlah komisyen yang seseorang itu akan dapat adalah 3% daripada harja jualan rumah. Sebagai contoh anda berjaya jual rumah sebanyak RM400,000. Komisyen yang anda dapat adalah 3% x 400k = RM12k. Daripada Rm12k ini memang ada pembahagian dengan agensi. 

Untuk ejen baru, kebiasannya adalah pembahagian 60% agen, 40% peratus agensi. Bila anda sudah lama sedikit dalam bidang ini, tiada masalah untuk capai 70% ke 80% peratusan pembahagian.

Jika pembahagian sebanyak 70%, pengiraan adalah sepeti ini, RM12k x 70% = RM8400. Ini baru satu rumah, kalau anda target beberapa biji rumah sehari, memang tak mustahil untuk anda dapat pendapatan melebihi RM6k setiap bulan. Itu belum dicampur dengan pendapatan kedua yang saya sebutkan di bawah. Untuk agen full time, konsisten 2 atau 3 jualan sebulan adalah jumlah yang boleh dicapai. Ianya bukan MLM. 

Referal Fee Dari Peguam

Ianya side income yang baik dan anda boleh mendapat referal yang agak tinggi kalau setia dengan 1 syarikat guaman. Peguam lah yang akan bantu agen untuk uruskan segala proses pindah milik antara pembeli dan penjual. Apapun, anda boleh cuba dapatkan referal ini daripada peguam.

Komisyen Overiding Dari Anak Buah

Apabila seseorang perunding berjaya menjadi seorang team leader, mereka juga boleh mendapat komisyen overiding. Setiap anak buah yang berjaya jual, akan dapat sedikit komisyen dari situ. Jika anda seorang yang berminat untuk menjadi team leader, anda boleh pergi ke arah ini dan ianya adalah sejenis income secara pasif yang baik.

Komisyen Agen Hartanah

Anda caj kepada tuan rumah 3% dari jumlah jualan. Selepas itu ada pembahagian. Kebiasannya bermula dengan 60% (60% ejen, 40% agensi akan ambil) jika seseorang itu betul-betul baru. Untuk dapat kenaikan dengan cepat, ada sahaja agensi yang boleh memberikan 70% ataupun 80% dengan cara lompat agensi sama seperti melompat tempat kerja. Ianya sama sahaja, bagi saya, mana tempat yang memberikan offer yang lebih baik, tak salah mencuba.

Cara Dapatkan Listing

Lisitng ini umpama nyawa bagi mereka yang bergelar perunding hartanah. Kenapa nyawa, kerana bilangan listing ini pun memainkan peranan yang penting dalam menentukan seseorang agen itu berjaya ataupun sebaliknya. Oh ya, listing ni apa? Listing = rumah yang nak dijual. Nasihat saya, cuba kekalkan 20 listing di dalam senarai rumah untuk dijual anda, insyaAllah akan ada kelebihan dan konsisten untuk dapat jualan nanti. Ini adalah rahsia cara jadi ejen hartanah yang berjaya dan lakukan secara berterusan.

Saya nak kongsikan 4 cara kalau anda lakukan secara konsisten, boleh tambah ataupun dapat senarai listing = owner yang nak jual rumah. Berikut adalah 2 cara tersebut.

Pastikan anda kena ada alat INI untuk update listing dan post iklan anda. Satu lagi kami rekemen anda beli satu lagi alat INI untuk berhubung dengan pelanggan. Kedua-dua alat ini adalah sangat penting untuk sukses dalam kerjaya ini.

Post Iklan Di Facebook Group – Free

Kalau di group Facebook, ada bermacam iklan yang ada di sana. Satu lagi iklan yang anda boleh tambah adalah, Mencari tuan rumah yang nak jual rumah. Ataupun yang seumpama dengannya. Untuk ini, anda perlu lakukan secara konsisten dan secara manual. Dahulu ada beberapa software yang membolehkan anda iklan di group, tetapi dah tiada software seperti ini lagi buat masa ni. Kalau ada boleh beritahu di ruangan bawah, saya sendiri nak cuba ye.

Kalau lakukan ini secara konsisten, insyaAllah akan ada owner yang akan berhubung nanti. Berkenaan dengan ayat iklan apa nak letak, saya tak boleh nak komen ataupun akan cuba post di artikel lain.

Guna FB Ads – Cari Owner

Anda pun boleh gunakan FB Ads untuk dapatkan senarai ataupun “leads” mereka yang nak jual rumah. Tetapi ianya berbayar. Sekarang ini “algorithm” Facebook yang berubah-ubah menyebabkan kos iklan di Facebook ini menjadi semakin mahal. Kalau nak gunakan teknik ini, lebih baik anda ambil kursus berkaitan dengan mereka yang lebih pakar.

Guna Mudah – FREE

Teknik ke 3 adalah anda gunakan mudah.my untuk dapatkan “leads” owner. Caranya mudah sahaja, anda pergi ke mudah.my. Kawasan yang anda nak tumpu, pilih kategori sama ada rumah ataupun apartment ataupun tanah ke, dah pilih, klik Private seperti di bawah ini.

cara dapatkan listing rumah

Kebanyakan yang guna Mudah Private listing ini adalah owner yang nak jual rumah. Walaupun ada juga agen yang gunakan medium ini, tapi boleh kata 80% adalah mereka yang nak jual rumah. Boleh hubungi mereka di sana untuk dapatkan senarai rumah yang nak dijual. Boleh hubungi mereka yang ada di sini untuk dapatkan ataupun tambah senarai listing anda.

Untuk teknik ini, semua orang pun gunakan teknik yang sama. Teknik mudah private listing ini bukanlah teknik baru dan telah diamalkan berdekad lamanya. Ianya masih lagi efektif dan untuk lebih unik anda perlukan strategi lain. Apa dia, fikirkan sendiri.

Saya dah gunakan kesemua teknik ini untuk dapatkan listing. Ada juga cara lain seperti tampal banner (kena periksa dengan team leader sama ada dibolehkan atau sebaliknya)  dan yang seangkatan dengannya. Listing saya paling banyak dapat daripada teknik private listing mudah, tapi cara saya sedikit berbeza dengan cara agen lain.

Guna Medium Blog

Anda pun boleh gunakan medium blogging untuk mendapatkan mereka yang ingin menjual rumah. Tiada limit untuk mereka yang ingin berblog dan bukan sahaja rumah, anda boleh mendapat pendapatan lain melalui blog. Boleh tengok artikel saya berkenaan dengan cara untuk anda buat blog di SINI.

Agensi Hartanah Terbaik

Tiada apa yang sempurna di dunia ini melainkan tuhan yang maha esa. Sama juga agensi hartanah. Ada agensi yang bagi persen pembahagian komisyen tinggi, tapi…. Tiada training. Ada yang bagi training tapi, komisyen rendah. Ada juga agensi yang bagi listing mereka untuk anda jual, ada juga yang suruh anda cari sendiri. Apapun, kalau anda serious mulakan langkah sekarang dan akhir sekali kami akan bagi beberapa cara untuk anda join agensi-agensi berdekatan.

Jawatan Kosong Agensi Hartanah Seluruh Malaysia

Agensi hartanah ini memang sentiasa mencari orang baru ataupun perunding baru untuk menjual unit-unit mereka. Ianya sangat perlu untuk kelangsungan perniagaan mereka. Untuk cara jadi ejen hartanah ini, anda tidak perlukan teori ataupun beli ebook berkaitan pun, apa yang anda perlukan hanyalah cara untuk bermula. Cara paling baik adalah dengan terus ke agensi-agensi di bawah ini dan dapatkan info dengan mereka. Kekosongan untuk berada dalam agensi hartanah ini berada di seluruh Malaysia, tak percaya boleh tengok di bawah ini.

Agensi Hartanah di Kuala Lumpur

Agensi Hartanah Negeri Sembilan

Agensi Hartanah di Seluruh Malaysia

Boleh daftar akaun dengan Maukerja untuk lihat senarai pekerjaan yang ditawarkan.

Kelebihan Menjadi REN

Menjadi seorang perunding hartanah ini mempunyai kelebihan yang tersendiri, masa yang flaksible dan yang lebih penting adalah income yang tidak terhad. Yang penting rajin dan usaha untuk terus sukses dalam bidang ini. Apapun, langkah pertama adalah penting untuk terus sukses dalam bidang ini. Terus ambil peluang dan belajar untuk terus bermula, semoga anda sukses. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada mereka yang berminat, yang baru diberhentikan kerja ataupun sebagainya agar dapat memberi manfaat kepada mereka yang tak tahu nak bermula. Untuk sebarang persoalan, boleh ajukan di bahagian komen.

Lihat juga idea freelance job lain di ARTIKEL INI.

Related Posts

22 thoughts on “11 Cara Jadi Ejen Hartanah – 2024

  1. Nampak menarik ni tapi nak kena minat dan banyak buat homework. Boleh juga tanya sifu2 atau pergi ke talk tentang hartanah juga kena luaskan network.

    1. betul, memang kena ada sifu yang guide dan post ni pun pasal tu, agak detail.

  2. jadi agen hartanah ni walaupun % komisen tu rendah tapi nilai RM tu tinggi sebab harga rumah sekarang kan mahal haha

    1. betul, walaupun cuma 3%, tapi memang tinggi la, cukup la untuk sara tanggungan.

  3. Not easy to become Agent ni. Banyak juga ilmu kena ada sebab nilai wang bukan sikit. Some using their life savings to buy. So tanggungjawab sangat besar. Good guide!

    1. thanks, betul tanggungjawab besar. Mana2 pun kerjaya pun ada tanggungjawab yang tersendiri.

  4. Nak jadi agen hartanah ni kena banyak study tentang hartanah kan? Tahu macam mana nak yakinkan bakal pembeli untuk beli dengan kita kalau cukup ilmu-ilmunya..

    1. kalau dah biasa tak ada masalah pun, agen hartanah tak sesuah bidang lain.

  5. Uik kenapa hari Jumaat ini ramai orang post pasal cara nak jana pendapatan dan juga nak jadi usahawan adakah kerana cabaran tahun 2020 yang memerlukan kita untuk buat lebih daripada 2 kerja hurmmm macma jadi ejen hartanah ni salah satunya hehehehe ktai tak pandai nak jual tanah ni…

    1. boleh juga dapatkan bimbingan daripada mereka yang pakar dalam bidang ni.

  6. Menarik nak cuba tapi saya kurang confident lagi lagi bila nak berjumpa dengan orang ramai. Tapi saya tahu kerja ni boleh tahan income yang diterima

    1. walaupun x cofident tapi masih boleh sukses lagi. Income pun boleh tahan la. memang berbaloi.

  7. Murni ada seorang kawan juga agent hartanah..selalu juga duk follow cerita dia..tapi syg murni x minat nak jadi agent hartanah sbb x pandai nak jumpa orang ramai..hihihi

    1. takpe, setiap orang ada kekuatan yang berbeza-beza. Yang penting boleh sukses dalam kerjaya kita.

  8. Bagus perkongsian entri ni. Ena pon dapat belajar perkara baru. Rupanya ada beza ye agen hartanah dan perunding hartanah

    1. memang ada beza, tapi yang penting tahu tugas dan tanggungunjawab perunding hartanah ni pun dah ok.

  9. wow…2020 really seems to be a year where everyone is full one trying to make money in more than one way. I love looking into properties but not really into the whole agent part…huhuhu But for those who are planning to venture into this line, wish you all the best!

    1. yes, ada banyak cara unutk dapat income dalam hartanah ni, salah satunya dengan jadi property agent. thanks ya

  10. Info yang menarik. Berminat juga untuk mencuba as part timer.

    1. boleh, blh apply daripada info dalam artikel ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *