7 Cara Pembahagian Harta Pusaka

Kali ini kami akan berikan kaedah yang betul dalam pembahagian harta pusaka tentang bagaimana harta seseorang itu dibahagikan daripada awal sehingga ke akhirnya. Pembahagian harta orang Islam agak sedikit berbeza dengan mereka yang bukan Islam kerena bagi mereka yang muslim, pembahagian harta pusaka telah Allah detailakan di dalam surah An Nisa ayat 11 dan 12, serta ayat 156.

Artikel pada kali ini adalah gambaran keseluruhan proses pembahagian yang berlaku apabila seseorang itu meninggal. Daripada pengurusan jenazah dan kos-kos yang terlibat. Harap bagi anda yang datang boleh sebarkan artikel ini agar lebih banyak yang mendapat manfaat daripada perkongsian kali ini dan membuka mata kepada mereka yang diluar sana yang tak tahu apa nak buat kalau berlaku kematian, terutama dalam aspek pengurusan harta.

Apabila Matinya Anak Adam

Di dalam Islam, apabila berlakunya kematian, pengebumian harus dilakukan sesegera mungkin. Kalau boleh sebelum 24 jam agar semuanya selesai. Apabila matinya anak adam, ada 4 perkara ini yang perlu untuk dilakukan.

1 Jenazahnya

Urusan pengebumian termasuk mamandikan, pengurusan jenazahnya perlu untuk dilakukan dengan segera. Contoh Ali meninggal di Batu Pahat, pengurusan jenazahnya akan dilakukan oleh kariah masjid yang berdekatan. Kebiasannya, urusan jenazah akan dipercepatkan dan tidak akan melebihi 24 jam. Masyarakat di Malaysia sangat efisyen dalam menguruskan jenazah dan kebiasannya dilakukan dengan cepat kerana pengurusan jenazah juga merupakan salah satu daripada amalan yang diwajibkan dan disegerakan.

2 Hutangnya

Yang kedua adalah hutangnya perlu diuruskan. Jika si mati ada berhutang dengan mana-mana pihak, perlulah dijelaskan. Kebiasannya, waris akan bertanya, kepada yang datang terutama jika si mati ada berhutang dengan sesiapa, hendaklah meminta untuk menuntut dengan waris yang ada.

“Assalamualaikum, saya Abu, waris kepada Ali. Pada kesempatan ini, saya nak meminta kepada pihak yang hadir, untuk beritahu, jika ayah saya Ali, ada berhutang dengan tuan, puan, encik, mohon memberitahu saya atau isteri atau waris lain sama ada berjumpa secara personal atau boleh hubungi atau whatsapp saya di 010-8435389.”

Pada masa yang sama, waris juga perlu memeriksa pinjaman bank si mati sama ada si mati ada membuat pinjaman bank dengan mana-mana institiusi perbankan ataupun mana-mana pihak. Kebiasaannya, pinjaman sama ada kereta, personal loan ini akan dilengkapi dengan takaful bagi membolehkan pinjaman itu langsai jika peminjam meninggal dunia. Jika ada alhamdulillah, jika tiada, memang perlu uruskan menggunakan harta si mati.

Juga cara lain untuk whatsapp semua nombor yang ada dalam telefon si mati dan memaklumkan kematian dan sebarang tuntutan.

3 Wasiatnya

Waris perlu untuk melaksanakan wasiat si mati. Ada ketika ada waris yang setuju dan ada ketika juga ada yang tidak bersetuju. Jika si mati ada wasiat, ianya akan menjadi lebih mudah. Jika tiada wasiat, ianya memang akan menyukarkan keadaan dan menyulitkan proses pembahagian harta.

4 Uruskan Harta Pusakanya

Selepas melaksanakan kesemua perkara ini, barulah pengurusan harta pusaka berlaku. Perlu diingat, harta yang boleh diuruskan adalah harta yang halal sahaja. Jika diketahui si mati ada memakan rasuah, melakukan perniagaan yang melanggar hukum islam, harta tersebut tidak boleh untuk diuruskan.

Apa Harta Yang Boleh Di gunakan dan Yang Tidak Boleh?

Apabila si mati sudah meninggal, dalam undang-undang islam, semuanya perlu difaraidkan dan ada sedikit yang boleh digunakan untuk urusan pengkebumian. Pengkebumian termasuk,kos gali kubur, memandikan sehingga jenazah memasuki liang lahad. Ianya tidak boleh digunakan untuk;

  • Membiayai tahlil kerana ianya tidak wajib
  • Sedekah atas nama si mati jika tiada wasiat ataupun kena dapatkan persetujuan semua waris dahulu.
  • Umrah – tidak wajib, tetapi boleh gunakan untuk kos badal haji kerana haji itu wajib.
  • Membayar kos korban lembu atau kambing.
  • Menempah pusara kerana ianya tidak wajib dan tidak perlu.

Selain daripada hutang dengan manusia, kena ingat ada juga hutang dengan Allah jika waris tahu seperti pembayaran zakat, fidyah(jika tertinggal puasa), badal haji juga nazar yang masih belum terlaksana. 

Si Mati Ada Buat Wasiat?

Jika si mati ada buat wasiat, laksanakan wasiat ersebut tersebut dahulu. Wasiat pula mempunyai had iaitu tidak boleh melebihi ⅓ daripada jumlah harta. Untuk info, wasiat pula tidak terhad kepada waris, boleh juga sebagai contoh si mati mewasiatkan kepada pusat tahfiz, sekolah anak yatim ataupun mewasiatkan untuk membina masjid di tanah miliknya. 

Jika si mati merupakan seorang muallaf, boleh juga mewasiatkan ⅓ daripada harta kepada keluarga yang bukan islam. Ianya dibolehkan dan digalakkan sebagai satu penghargaan kepada mereka. 

Jika ianya adalah wasiat, waris boleh mencabar wasiat tersebut di mahkamah syariah. Apapun, untuk info lebih lanjut berkenaan dengan wasiat, kami rekemen untuk anda baca artikel INI yang kami bercerita secara panjang lebar berkenaan dengan wasiat. 

Jika si mati tidak membuat sebarang dokumen yang sah berkenaan dengan wasiat, boleh jawab soalan kedua di bawah iaitu;

Si Mati Ada Buat Hibah?

Hibah bermaksud, pemberian hadiah sebagai tanda kasih sayang ketika si mati masih hidup. Hibah terbahagi kepada dua sama ada ianya bersyarat ataupun secara terus. Contoh bersyarat adalah, sebuah rumah itu akan diberikan kepada anak lelaki hanya apabila bapa meninggal. Itu adalah contoh hibah bersyarat. 

Hibah secara terus adalah pemberian sebagai contoh seorang bapa memberikan rumah kepada anak perempuannya tanpa ada apa-apa syarat. Dalam banyak keadaan, diberikan dan ditukar nama kepada anak perempuan semasa hidup. Isu terjadi apabila si anak perempuan itu mati dahulu, apabila mati, harta yang ditukar nama tu perlu dibahagikan secara faraid pula kerana anak perempuan itu sudah pasti mempunyai waris beliau yang tersendiri. 

Hibah takaful pula tidak terikat dengan undang-undang harta pusaka dan merupakan “fast cash” kepada waris. Kami ada ceritakan secara detail berkenaan dengan isu hibah ini di SINI. Semua topik berkaitan telah kami baca, boleh baca dulu dan teruskan membaca artikel ini.

Tuntutan Harta Sepencarian

Jika si mati tidak membuat sebarang dokumen hibah atau wasiat, memang harta si mati akan dibahagikan ikut faraid kepada semua waris yang ada. Jika anda seorang isteri, bahagian anda dalam faraid adalah 1/8 (dalam keadaan biasa, dan boleh berbeza). Cara untuk anda mendapatkan peratusan yang lebih adalah dengan membuat tuntutan harta sepencarian di mahkamah syariah. Apa yang seseorang isteri (biasanya isteri, suami pun boleh tuntut harta sepencarian ini) boleh dapat? Dalam sesetngah keadaan, anda boleh mendapat sehingga 1/2 daripada jumlah harta.

Detail berkenaan dengan harta sepencarian ini, anda boleh buat bacaan secara lanjut di ARTIKEL INI.

Cairkan Aset – Tukar Nama Geran Tanah Dan Rumah

Dalam sesetngah keadaan, geran rumah masih lagi nama si mati. Jadi macam mana nak cairkan ataupun jual, kalau jual barulah boleh bahagikan ikut pembahagian faraid kan? Sebelum jual, anda perlu tukar nama daripada nama si mati kepada nama waris kan? Macam mana nak tukar? Baca artikel kami di SINI tentang cara langkah demi langkah untuk tukar nama pada geran tanah ataupun rumah.

Pembahagian Faraid

Harta si mati dah diuruskan, semua hutang si mati dah diselesaikan? Sama ada hutang dengan manusia (bank ataupun sedara mara), hutang dengan Allah juga dah diselesaikan. Hibah dan wasiat jika ada, laksanakan dahulu. Apabila semua urusan sudah selesai, harta yang tinggal itu barulah dibahagikan secara faraid. Macam mana cara pembahagian itu? Kami ada tulis secara panjang lebar di ARTIKEL INI.

Perlu diingat, setiap orang mempunyai keunikan kes yang berbeza-beza. Apabila keadaan menjadi lebih complicated, adalah dicadangkan untuk anda melantik pihak yang lebih pakar dalam menguruskan pembahagian harta pusaka ini.

Cadangan Kami

Cadangan kami adalah agar anda tidak berhenti di sini dan terus mendalami ilmu berkenaan dengan pengurusan harta pusaka dan kewangan Islam. Kerana? Apa yang kami tulis dalam artikel ini sangatlah ringkas dan saya percaya, keadaan setiap orang berbeza-beza terutama waris dan harta yang ada. Artikel ini hanyalah gambaran secara kasar berkenaan dengan kisah yang mudah dalam pengurusan harta pusaka.

Untuk lebih detail lagi, kami rekemen untuk anda dapatkan buku di bawah ini berkenaan dengan pengurusan harta pusaka dan info berkaitan dengan Faraid. Kami sendiri menjadikan buku-buku ini sebagai rujukan dalam menulis artikel ini dan artikel lain berkaitan dengan pengurusan harta ini. 

Selamat membaca dan beramal, jika ada apa-apa perkara berbangkit boleh berikan komen di ruangan bawah agar saya dan ramai lagi yang akan membantu.

FAQ (Soalan Yang Sering ditanya tentang Harta Pusaka)

Apa itu pembahagian harta pusaka dalam islam?

Pembahagian harta pusaka dalam islam adalah mengikut hukum faraid, jika tiada wasiat ataupun hibah yang si mati lakukan semasa dia hidup.

Apa yang di maksudkan dengan harta pusaka?

Harta pusaka adalah harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika si mati beragama islam, wajib menggunakan hukum faraid.

Macam Mana Pembahagian Harta Pusaka?

Pembahagian harta pusaka mempunyai kiraan tertentu dan mengikut hukum yang ditetapkan oleh Allah do dalam hukum faraid.

Boleh Ke Tak Nak Ikut Faraid?

Sebagai seorang islam, pembahagian secara faraid adalah wajib tetapi anda boleh merancang harta pusaka anda dengan hibah dan wasiat terutama harta tak alih.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *