4 Info Harta Sepencarian Suami Meninggal & Isu Lain

Sebelum pergi lebih detail berkenaan dengan harta sepencarian suami meninggal, adalah lebih baik pembaca di sini tahu berkenaan dengan apa itu harta sepencarian. Berikut adalah info yang didapati di internet dan juga buku-buku yang kami rujuk berkenaan dengan perihal berkaitan harta pusaka, antaranya adalah buku urus harta, agih pusaka daripada tuan Shamsudin Kadir. 

Untuk info, setiap kes adalah berbeza dan unik dan bergantung kepada situasi masing-masing. Post ini hanya bertujuan untuk memberikan sedikit info dan tips dan anda masih perlu mendapatkan nasihat daripada mereka yang pakar. Apapun, boleh ke ruangan komen bagi mendapatkan penjelasan lanjut jika terdapat soalan.

Dalil Yang Terlibat 

Untuk info, harta sepencarian ini adalah diambil daripada adat pepatih Negeri Sembilan dan tiada dalil yang khusus dalam Al-Quran dan Sunnah yang merujuk kepada perihal harta sepencarian. Ianya merujuk kepada petikan yang kami ambil daripada laman web jabatan agama islam negeri kelantan;

Adat Temenggung mentakrif harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh oleh kedua-dua suami dan isteri semasa perkahwinan. Seandainya perkahwinan itu telah mencapai usia tiga tahun dan pasangan telah mempunyai anak, maka harta sepencarian adalah harta yang pasangan peroleh atau miliki sebelum mereka berkahwin.Mengikut prinsip asasnya, jika pasangan bercerai atau salah seorang daripada pasangan meninggal dunia maka kedua-dua pihak berhak mendapat bahagian di dalam harta sepencarian tersebut (dalam hal perceraian) atau pasangan yang masih hidup berhak mendapatkan harta sepencarian (dalam hal kematian).

Pada dasarnya tidak terdapat dalil khusus di dalam al-Quran dan al-Sunnah yang menerangkan kedudukan Harta Sepencarian dalam Islam. Pemakaiannya diambil dari segi kaedah ‘uruf. Dalam perundangan Islam, apabila sesuatu ‘uruf diakui kebaikannya dan diberi pengiktirafan undang-undang, maka ia bertukar menjadi suatu peraturan yang mesti diikuti. sumber artikel.

Atas dasar uruf dan kebaikannya dalam sudut islam, ianya diambil sebagai salah satu peraturan dalam keluarga Islam di Malaysia.

Apa Itu Harta Sepencarian?

Ianya adalah harta yang diperolehi pasangan sepanjang tempoh perkahwinan iaitu melibatkan harta alih seperti wang tunai dan harta tak alih seperti rumah dan tanah. Walaupun harta tersebut dibeli menggunakan duit gajinya sendiri tanpa melibatkan pasangan.

Suami atau isteri dibolehkan untuk menuntut harta ini tetapi kebanyakan tuntutan dibuat oleh pihak perempuan. Tuntutan harta ini dibenarkan oleh perundangan syariah Malaysia demi melindungi hak isteri. Enakmen undang-undang Keluarga Islam Negeri-Negeri secara asasnya mendefinasikan harta ini sebagai

“Harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan mereka berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan syarak”

Tuntutan Harta Sepencarian

Perkara paling asas yang perlu untuk anda tahu adalah, harta sepencarian ini akan dibahagikan dahulu antara suami dan isteri sebelum baki harta tersebut difaraidkan. Ianya boleh dituntut apabila berlaku salah satu daripada perkara di bawah;

  • Berlaku kematian, sama ada kematian isteri ataupun suami. Untuk info, apabila berlaku kematian suami, harta sepencarian tinggalan suami ini, isteri boleh membuat tuntutan melebihi daripada nilai faraid yang iaitu 1/8 daripada nilai harta. Ada sesetengah kes, isteri boleh membuat tuntutan sehingga 50% tetapi ianya bergantung kepada keputusan mahkamah.
  • Harta sepencarian selepas bercerai dimana isteri tidak menuntut harta melainkan harta sepencarian. Anda boleh membuat tuntutan di mahkamah berkenaan dengan isu ini.
  • Berlaku isu poligami. Boleh failkan di mahkamah terutama apabila isteri pertama tahu yang suami atau dalam sesetengah kes takut suami dipengaruhi isteri baru bagi memindahkan semua aset ke nama isteri yang baru. Boleh memfailkan di mahkamah sebaik sahaja diketahui yang pihak suami sudah dengan rasminya menikah lagi.

Contoh Kes Tuntutan Harta Sepencarian Ini?

Kadar jumlah harta sepencarian ini ditentukan oleh mahkamah syariah dan tidak ditentukan oleh isteri. Kebiasannya, jumlah yang diluluskan oleh hakim mahkamah syariah adalah sekitar 1/3 ataupun 1/2 dan ada sesetengah keadaan, pihak isteri mendapat sehingga 2/3 daripada harta rumah arwah suami. Antara faktor yang terlibat adalah faktor kewangan sewaktu membantu proses membeli rumah dan juga sokongan moral yang terlibat. 

Boleh juga tengok video pendek di bawah ini untuk info lanjut berkenaan dengan topik ini.

Untuk info, proses membuat tuntutan adalah mudah sahaja, tetapi banyak yang menjadi masalah adalah apabila kedua-dua pihak sama ada isteri ataupun suami  (kes perceraian) tidak memberikan kerjasama. 

Selain daripada harta sepencarian, kami rekemen untuk anda baca juga berkenaan dengan apa itu hibah di sini dan perbezaan ketara antara hibah dan wasiat. Daripada kedua-dua artikel tersebut, anda akan tahu kenapa kami lebih rekemen anda buat hibah dan bukan wasiat.

Untuk topik lain berkaitan dengan kewangan islam, boleh rujuk artikel kami yang berkaitan dengan zakat simpanan di sini dan zakat pendapatan di SINI.

2 Comments

  1. Nadia April 22, 2020
    • smartinvest101 April 22, 2020

Leave a Reply

Pin It on Pinterest