11 Persoalan Apa Itu Hibah Terjawab

Dalam aspek kewangan Islam, hibah adalah satu perkara yang wajib untuk anda tahu dan manfaatkan. Ianya merupakan salah satu perkara yang dibolehkan dalam undang-undang keluarga Islam dan antara yang anda boleh menfaatkan untuk mengelak kekeliruan dan persengketaan sesama waris terutama ketika seseorang itu sudah tiada lagi di dunia ini. Ianya juga termasuk dalam bab pengurusan harta pusaka.

Artikel yang kami tulis berkaitan dengan harta pusaka memang mendapat trending dan antara artikel yang ramai pengunjung datang dan baca. Alhamdulillah kesedaran berkaitan dengan pemilihan harta puasa ini. Sebelum anda teruskan pembacaan ini, kami galakkan untuk anda baca artikel INI yang sangat berkaitan dengan topik yang kita bincangkan ini dan juga topik harta sepencarian di SINI.

apa itu hibah

Apa Itu Hibah?

Hibah adalah suatu pemberian kasih sayang yang diberikan sewaktu hidup (bukan ketika meninggal ye). Di mana kita berikan harta kita kepada seseorang waktu hidup dan orang yang kita berikan itu masih hidup. Tanpa ada pembayaran yang perlu penerima itu lakukan kerana ianya adalah 100% pemberian kasih sayang. Sebagai contoh kita hibahkan sebuah rumah kepada isteri kita sebagai tanda terima kasih kerana bersama-sama ketika susah dan senang dan juga kerana mengurniakan anak.

Jenis Hibah Yang Anda Perlu Untuk Tahu

Sekarang ini banyak persoalan yang berkaitan dengan hibah kerana lebih-lebih lagi adalah, ianya dipopularkan oleh agen-agen takaful di Malaysia. Kalau jumpa agen takaful je tidak lain mesti cerita pasal hibah dan kepentingan hibah. Memang patut berterima kasih kepada mereka kerana mempopularkan kembali “term” ini dan ada kemungkinan anda datang ke blog ini pun sebab nak tahu lebih lanjut apa itu hib@h kan?

Baiklah, artikel ini lebih kepada untuk pengurusan harta pusaka, hibah takaful pun akan kami cuba selitkan sedikit dan harap ianya memberikan penjelasan yang lebih kepada anda. Apapun, di dalam pengurusan harta pusaka, hibah terbahagi kepada dua iaitu hibah bersyarat dan hibah secara terus.

Hibah Yang Di Berikan Secara Terus

Contoh kes seorang bapa yang mempunyai 8 ekar tanah kebun kelapa sawit ingin menghibahkan kepada 4 orang anaknya. Setiap anak diberikan 2 ekar tanah dan proses tukar nama dibuat sewaktu si mati masih hidup. Apabila proses pertukaran nama selesai, anak-anak tersebut menjadi pemilik mutlak harta pusaka dan apabila dihibahkan, ianya tidak lagi menjadi harta pusaka si mati.

Isu terjadi apabila si anak menjual harta tersebut atau dalam sesetengah kes yang kami pernah dengar menghalau orang tua ataupun bapa yang menghibahkan rumah (dalam kes bapa memberi hadiah rumah kepada anak) dan perkara seperti ini memang pernah terjadi.

Isu lain timbul apabila setelah selesai tukar nama, salah seorang anak meninggal dunia dan bapa tadi masih hidup. Anak yang meninggal dunia itu mempunyai warisnya yang tersendiri termasuk isteri dan anak-anak (cucu kepada pemberi tanah) dan ianya perlu untuk difaraidkan. Ianya akan menjadi suatu isu yang menyukarkan dan atas sebab itu, adanya hibah bersyarat seperti di bawah ini.

Hibah Bersyarat

Sekarang sudah ada alternatif untuk membuat hibah bersyarat iaitu pemberian sewaktu hidup tetapi mempunyai syarat iaitu berkuatkusa selepas mati. Sebagai contoh kes, harta seperti tanah kebun kelapa sawit yang diberikan kepada isteri ataupun anak-anak yang dizahirkan di dalam dokumen hibah dan dibuat syarat tertentu antaranya adalah;

  • Pindahmilik hanya berlaku hanya selepas pemberi hibah meniggal dunia.
  • Selagi pemberi masih hidup, beliau adalah berhak 100% mendapat hak daripada hasil kebun kelapa sawit tersebut.
  • Sekiranya penerima mati terlebih dahulu, penerima bersetuju untuk memulangkan semula kepada pemberi.

Dalam kes ayah dengan anak, sekiranya ayah mati dahulu, anak itu akan terus dapat tanah tersebut. Tetapi jika anak tersebut mati dahulu, harta itu dipindahkan semula kepada ayah.

Bagi kami hibah bersyarat ini adalah salah satu konsep yang “win-win” untuk mengelak daripada perkara yang luar jangka jika menggunakan konsep hibah secara terus. Apa jadi sekiranya penerima mati dahulu? memang wajib menggunakan hukum faraid.

Dimana nak buat dokumen hibah ini?

Kami rekemen untuk anda buat dokumen hibah bertulis dengan syarikat amanah yang ada di Malaysia kerana syarikat seperti ini tidak akan mati dan terus hidup.

Hibah Takaful

Hibah dalam takaful adalah dalam bentuk pampasan kematian sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada pencarum. 

The SAC, in its 34th meeting dated 21 April 2003, has resolved the Following:

  • The takaful benefit may be made as hibah because the objective oftakaful is to provide coverage for takaful participant. Since the takafulbenefit is the right of takaful participant, the participant is at liberty toexercise his right in accordance with Shariah;
  • Since the hibah by the participant is a conditional hibah, the status ofthe hibah will not be transformed into a bequest; (sumber : bank negara)

Ianya adalah bagi memastikan bayaran atau manfaat daripada caruman takaful tersebut dapat diserahkan kepada mana-mana waris faraid ataupun bukan waris faraid (kerana ianya hibah) tanpa perlu terikat kepada peraturan pusaka. Dalam erti kata lain, ianya merupakan “fast cash” terutama kepada waris atas pemergian seseorang agar waris boleh meneruskan kehidupan seperti biasa kerana proses untuk mendapat harta pusaka seperti faraid akan mengambil sedikit masa berbanding dengan hibah takaful ini.

Ianya merupakan antara perancangan kewangan yang baik yang anda boleh tinggalkan kepada waris.

Jangan lupa juga untuk menghibahkan sedikit pampasan daripada takaful ini kepada ibu bapa yang telah membesarkan kita dan tidak 100% kepada isteri atau anak-anak tanpa melupakan ibu bapa. Ibu bapa inilah yang telah membesarkan kita dan bagi seorang lelaki, syurga di bawah tapak kaki ibu.

**Hibah takaful adalah terpakai hanya dalam tempoh caruman sahaja dan apabila melebihi tempoh caruman, tiada lagi hibah yang terpakai. Contoh seseorang itu dapat hidup panjang seperti Tun Dr Mahathir sehingga 93 tahun! Jika caruman hanya sehingga seseorang berumur 70 tahun, dan anda dapat hidup sehingga 93 tahun, jika berlaku kematian, tiada hibah takaful yang waris anda bakal dapat.

Bagi mendapatkan info lebih lanjut berkenaan dengan hibah takaful yang lebih komprehensif, boleh dapatkan info lanjut pada artikel khusus Hibah Takaful DI SINI.

Hibah Tabung Haji dan ASB

Setiap tahun, Tabung Haji akan mengumkan hibah mereka dan apa yang dimaksudkan hibah Tabung Haji ini adalah sama seperti konsep dividen dalam ASB. Ianya adalah satu pulangan pelaburan ke atas simpanan yang anda lakukan di dalam Tabung Haji.

Berapa Kos Hibah Rumah?

Kos untuk dokumen hibah ini bergantung kepada keadaan seseorang termasuklah rumah. Ada keadaan rumah sudah habis bayar ataupun dalam istilah “clean title”. Untuk rumah yang sudah habis bayar, dokumentasi adalah lebih mudah kerana tidak melibatkan bank.

Kalau rumah yang masih belum habis bayar, pihak yang pegang geran rumah adalah bank dan bank hanya akan serahkan geran original setelah satu pihak ini habis membuat bayaran rumah (habis bayar). Untuk kos yang lebih detail, adalah digalakkan untuk anda dapatkan info daripada agen amanah yang sudah biasa menguruskan harta pusaka ini.

Untuk kes yang mudah, kos kebiasannya adalah dalam lingkungan RM2000 sekali bayar.

Wasiat dan Hibah

Wasit dan hibah adalah dua perkara yang berbeza. Sebelum pergi lebih jauh, kami rekemen anda baca dahulu artikel panjang lebar kami berkenaan dengan isu wasiat di SINI.

Wasiat tertakluk kepada 1/3 daripada jumlah harta yang ingin diwasiatkan tetapi hibah tidak tertakluk kepada 1/3 daripada jumlah harta pusaka tersebut.

Ahli waris masih boleh mencabar wasiat tetapi tidak untuk hibah.

Persoalan Berkaitan (FAQ)

Apa itu Hibah Paid Maybank? Ianya adalah sama seperti konsep bayaran hibah tabung haji ataupun dividen untuk ASB. Seringkali anda nampak dalam statement dan itulah jumlah keuntungan anda menyimpan di dalam akaun Maybank.

Bukan Ke Harta WAJIB Di Bahagikan Mengikut Faraid?

Bagi seorang muslim, harta memang wajib dibahagikan mengikut faraid terutama harta KWSP dan ASB. Sebab itu tidak digalakkan untuk hibahkan semua harta anda kepada waris, biarkan sebahagian besar harta anda faraidkan kerana di dalam harta itu ada beberapa pihak yang berhak seperti ibu-bapa, adik berdik dan lain-lain

Adakah hibah boleh ditarik balik?

Ya boleh, terutama jika hibah bersyarat yang kami nyatakan di atas.

Bolehkan hibah diberikan kepada anak angkat?

Boleh, tidak setakat anak angkat, ibu tunggal, jiran tetangga untuk anda boleh berikan hibah.

Apa Itu Hibah Takaful?

Jawapan kepada persoalan ini kami ada nyatakan dalam artikel yang berbeza. Boleh rujuk artikel tersebut di SINI.

**pihak kami adalah terbuka kepada sebarang penambahbaikan dan teguran atas fakta-fakta yang tersilap, mohon beritahu di ruangan komen di bawah.

Rujukan 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *