8 Info Pengiraan Zakat Pendapatan – Tanpa Kalkulator

Zakat merupakan perkara wajib bagi umat Islam dan pada kali ini, kami ingin berikan 2 cara pengiraan zakat pendapatan yang anda boleh lakukan sendiri tanpa perlu kalkulator zakat pun. Dengan formula dan teknik yang betul, anda tidak perlukan kalkulator dan untuk info, cara kiraan zakat yang dalam kategori pendapatan ini tidaklah sesusah cara kiraan zakat ASB seperti dalam artikel INI, ianya mudah sahaja dan anda boleh lakukan sendiri. Selepas tahu berapa jumlah, bolehlah terus ke platform online seperti maybank2u ataupun kaunter-kaunter pungutan zakat yang lain untuk membuat pembayaran.

Terdapat banyak jenis z@kat dalam islam antaranya adalah emas dan perak, pelaburan, perniagaan, simpanan, fitrah, saham dan lain-lain lagi. Yang paling biasa tentunya adalah fitrah yang wajib di bayar ketika bulan puasa tu, tapi tak lupa juga ada yang lain-lain tu yang anda boleh pelahari. Berikut adalah apa yang anda perlu tahu mengenai zakat pendapatan.

Kategori Jenis Pekerjaan Atau Pembayaran Yang Wajib Dikenakan Z@kat

# Anda bekerja makan gaji dengan majikan, segala pendapatan dalam bentuk bonus, elaun dan lain-lain tu adalah wajib untuk dizakatkan. Tapi tak perlu risau kerana ada cara pengiraan. Ada sesetengah sektor terutama perbankan yang mampu memberikan pulangan bonus sebanyak 3 bulan, itu adalah termasuk dalam kiraan zakat ye.

# Anda bergantung sepenuhnya kepada pendapatan komisyen seperti agen takaful, agen hartanah ataupun unit trust. Anda juga wajib untuk membayar zakat. Jika anda mempunyai royalti daripada pembayaran buku, komisyen daripada blog dan lain-lain, juga wajib untuk dikenakan pembayaran.

# Hasil sewaan anda jika anda mempunyai rumah sewa juga perlu untuk zakat. Macam mana kalau pulangan rumah sewa itu mempunyai pulangan negatif? Contoh anda bayar bank sebanyak RM1000, tetapi sewa yang anda terima setiap bulan adalah RM800. Dengan kata lain anda perlu menambah RM200 setiap bulan, dalam situasi ini, ada pendapat yang mengatakan, tidak perlu untuk z@kat.

Isu Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pengiraan Zak@t

  • Haul ataupun tempoh masa adalah mengikut tahun hijarah iaitu bulan islam. Contoh pendapatan anda daripada Ramadhan tahun ini ke tahun depan, itulah pengiraan yang sebenar. Ingat tahun hijrah bukan tahun masihi.
  • Nisab – iaitu kadar bayaran. Paling tepat adalah nilai 85 gram Emas. Jika diconvertkan kepada nilai Ringgit, ianya tidak sama antara setiap negeri, tetapi jumlah setiap negeri itu tak jauh beza. Dalam sekitar RM14k. Jika di lihat di laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, jumlah yang dikenakan adalah RM13900. 

Cara Kiraan 1 : Tanpa Tolakan

Kaedah ini amat mudah kerana ianya hanya ambil kira pendapatan bulanan tanpa menolak komitmen yang ada. Contoh Ahmad mempunyai pendapatan sebulan sebanyak RM4000. Pendapatan setahun Ahmad adalah RM48000. Jumlah ini adalah lebih tinggi daripada jumlah nisab RM14k, jadi Ahmad perlu untuk membayar zak@t.

Jumlah zakat yang Ahmad perlu bayar adalah RM48,000 x 2.5% = RM1200 setahun. Ataupun bersamaan dengan RM100 sebulan. Cara ini paling simple.

Cara Kiraan 2 : Dengan Tolakan

Contoh yang sama, Ahmad bergaji RM4000 sebulan, maka pendapatan Ahmad selama setahun adalah RM48,000. Jadi apa yang Ahmad perlu untuk membuat tolakan?

  • Diri sendiri RM12000
  • Isteri RM5000, jika Ahmad mempunyai lebih dari satu isteri, RM5000 untuk setiap isteri
  • Anak bawah 18 tahun, RM2000 untuk setiap anak
  • Anak atas 18 tahun dan belajar, RM5000 untuk setiap anak
  • Bayaran kepada ibu bapa selama setahun – RM100 sebulan bersamaan dengan RM1200 setahun
  • Potongan KWSP 11% setahun
  • Pendidikan sendiri RM2000 setahun.

Dalam kes Ahmad memunyai seorang isteri dan seorang anak, bayaran kepada ibu bapa adalah RM1200 setahun, mempunyai pendidikan sendiri sebanyak RM1000, jumlah zakat yang Ahmad perlu bayar adalah RM35 sahaja sebulan. Boleh rujuk SINI untuk info yang lebih detail.

Hukum Berkaitan Dengan Zakat – Apakah Dalil Yang Wajibkan

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ?Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Al-Baqarah : Ayat 267)

Nak Bayar Zakat Pendapatan Di Mana?

Setelah melalui beberapa pembacaan, kebanyakan laman web zakat menggalakkan untuk anda membayar zak@t pendapatan anda di tempat anda mencari rezeki ataupun pekerjaan. Lebih afdal membuat pembayaran di tempat kita mencari rezeki, tetapi tidaklah sampai wajib bayar di situ. Contoh dalam situasi anda merupakan seorang yang lahir di negeri Kelantan dan bekerja di Kuala Lumpur, mungkin anda lebih selesa membayar zakat di Kelantan kerana berfikir Kuala Lumpur lebih maju sedikit dan ingin memajukan negeri anda. 

Bagi kami yang lebih penting adalah bayar zakat pendapatan itu kerana ianya adalah kewajipan kepada setiap muslim.

Bagaimana Cara Pembayaran?

Cara untuk membuat pembayaran tidaklah susah kerana sekarang ini banyak aplikasi pemabayaran online untuk transfer pembayaaran zakat tersebut. Platform seperti myeg, dan lain-lain juga membolehkan untuk anda membuat pembayaran zakat secara mudah dan cepat.

Anda juga masih boleh pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ada banyak kaunter dan amil-amil bertauliah di setiap daerah atau kawasan.

Rebat Cukai Pendapatan

Pembayaran zakat memang membolehkan anda untuk dapatkan rebate cukai pendapatan. Itulah yang penting untuk dapatkan resit rasmi daripada pejabat ataupun pembayaran secara online. Untuk info berkaitan dengan rebat cukai, kami galakkan untuk anda rujuk buku INI untuk dapatkan info labih lanjut.

Juga artikel kami berkenaan dengan tips untuk dapatkan rebat cukai di SINI.

Artikel Berkaitan

Harap artikel pengiraan zakat pendapatan ini sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat pengiraan zakat anda. Jangan lupa untuk jemput baca 2 artikel kami yang lain berkaitan dengan pengiraan zakat di bawah ini;

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *