21 Info Pelepasan Cukai Pendapatan 2023

Topik pada kali ini adalah sekali lagi berkisar berkenaan dengan perancangan kewangan ataupun personal finance iaitu melibatkan cukai. Lebih speasifik adalah berkaitan dengan cara dan tips untuk anda mendapatkan pelepasan cukai sama ada cukai pendapatan, perniagaan dan lain-lain. Ianya penting kerana, anda masih boleh memanfaatkan ataupun mendapatkan rebat daripada setiap cukai yang anda bayar pada setiap tahun.

Setiap tahun rakyat Malaysia dikehendaki untuk membayar cukai sama ada pendapatan, perniagaan dan lain-lain. Ada banyak jenis cukai di Malaysia ini dan antara yang paling popular dan wajib untuk dibayar adalah cukai pendapatan bagi yang makan gaji dan cukai perniagaan bagi yang mempunyai perniagaan sendiri. Pembayaran cukai ini tidak susahpun kerana semuanya dilakukan secara online dan pembayaran pula boleh dilakukan secara online transfer sahaja.

Oleh itu, jom kita lihat apakah pelepasan cukai pendapatan pada tahun 2020 untuk tahun taksiran 2019.

Contents hide

#1 Individu Dan Saudara Tanggungan

Anda boleh mendapatkan sehingga RM9000 pelepasan cukai dari sini. Ianya kekal sama untuk tahun-tahun sebelumnya.

#2 Rawatan Perubatan Ibu Bapa

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) Terhad kepada RM5000. AtauIbu dan Bapa. Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu dan terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa.

#3 Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya). Terhad kepada RM6000.

#4 Individu kurang upaya, RM6000.

#5 Yuran pengajian (Sendiri) :

  • Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
  • Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian. 
  • Ianya terhad kepada RM7000.

#6 Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) Terhad kepada RM6000.

#7 Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad 500)

#8 Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

  • Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
  • Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
  • Terhad kepada RM2500. Boleh KLIK SINI Untuk lihat atau beli barangan ini secara online.

#9 Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran). Terhad kepada RM1000.

#10 Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar. RM1000

#11 Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2019 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019). Info lebih detail berkenaan dengan SSPN boleh anda baca di SINI. Terhad kepada RM8000.

#12 Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri. Terhad kepada RM4000. Apa itu alimoni? Dalam bahasa melayu adalah nafkah anak selepas bercerai. Jika anda pernah bercerai dan memang konsisten dalam memberikan nafkah anak, anda boleh menuntut rebat cukai sebanyak RM4000.

#13 Suami / Isteri kurang upaya. RM3500

#14 Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun. RM2000

#15 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah). RM2000

#16 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
  • berkhidmat di bawah satu ikatanartikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; ataumengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
  • kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
  • Terhad kepada RM8000.

#17 Anak Kurang upaya. Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. RM8000.

#18 Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji

  • Kategori penjawat awam berpencen
  • Premium insurans nyawa
  • Kategori SELAIN penjawat awam berpencen
  • Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
  • Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)
  • Keseluruhan terhad kepada RM7000

#19 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. Terhad RM3000.

#20 Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji. Terhad RM3000.

#21 Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Terhad RM250.

Sumber info – lhdn

Ini adalah antara pelepasan cukai yang anda boleh ambil perhatian untuk tahun taksiran 2019. Manfaatkan kesemua dokumen ini dan yang lebih penting adalah, simpan dokumen anda paling kurangpun 5 tahun daripada tarikh pembelian. Ada kemungkinan pihak LHDN akan memanggil anda untuk menjelaskan cukai pada tahun-tahun sebelum ini.

Kami rekemen untuk anda baca juga topik berkenaan dengan zakat pendapatan dan zakat simpanan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *