12 Cara Buat Duit Dengan Blog – Tahun 2024

Pada kali ini, topik yang tidak lain adalah berkenaan dengan cara buat duit dengan blog yang merupakan satu topik yang hangat di Malaysia. Ianya boleh dilakukan secara part time ataupun full time asalkan anda mempunyai kesungguhan untuk membuat ataupun menulis content. Untuk mendapatkan pendapatan tambahan sehingga Rm500 sebulan itu tiada masalah dengan menulis satu blog sahaja, tetapi perlu melihat kepada content dan isi kandungan blog tersebut agar lebih sukses.

Sebelum kami pergi lebih jauh berkenaan dengan cara-cara buat duit dengan menggunakan blog, suka kami nak ingatkan 3 perkara sebelum anda bermula. 

  • Anda kena ada blog sendiri untuk bermula. Kami ada tunjuk step by step cara untuk bermula membuat blog anda DI SINI. Macam mana nak mula kalau tak ada blog kan.
  • Kami sudah ada pengalaman menggunakan platform wordpress dan blogger, dan setelah menggunakan kedua-dua, kami lebih rekemen anda mula terus dengan wordpress yang mempunyai hosting sendiri. Kenapa nak guna wordpress? Anda memang bijak kerana bertanya, kerana wordpress sangat mesra SEO dan mempunyai beribu-ribu plugin yang pelbagai. Lagi, lebih kurang 40% laman web di dunia ini menggunakan wordpress.Kami akan buat artikel detail berkenaan ini.
  • Gunakan hosting yang reliable dari mula, kami paling rekemen anda lihat apa yang SiteGround ni offer di SINI.

Perbelanjaan untuk blog profesional ataupun website RM200 – RM300 setahun adalah jumlah yang biasa. Kalau sewa kedai pun RM500 sebulan yang kena keluarkan, belum lagi gaji pekerja.

cara buat duit dengan blog

Buat Duit Dengan Blog Adsense

Pertama sekali kami nak perkenalkan Google Adsense. Untuk info, Adsense sudahpun support kandungan dalam bahasa melayu dan ini membolehkan blog-blog ataupun website dalam bahasa Melayu membuat pendapatan dengan Adsense ini. Nak daftar pun tidak susah kalau anda tahu cara yang betul, dan paling menarik, kami dapat daftar Adsense selepas membeli ebook Raja Adsense INI. Serious lepas tu, tak lama application terus approve untuk full akaun. Alhamdulillah syukur. Di situ ada semua info yang anda nak tahu berkenaan dengan google adsense ini. Kalau anda serious, memang wajib dapatkan, tak tipu. Masa saya beli ebook tu, owner siap bagi free 3 premium wordpress theme lagi.

Ter”over” pulak promote, ok tak apa. Google adsense ini mudah je, lagi banyak traffik yang datang ke blog ataupun website, lagi cepatla income blog anda naik. Kalau blog berbahasa Inggeris, memang USD1k sebulan dengan Adsense ini memang biasa. Blog berbahasa Melayu pun ada, tetapi tak semua nak “expose” income mereka. 

Nak letak iklan pun tak susah, sekarang Adsense sudah ada function Auto Ads. Apa yang benda ni buat adalah, dia akan gunakan Artificial Intelligence dan Machine Learning dalam website untuk tinggikan conversion rate. Install je Auto Ads, lepas tu dah boleh biarkan. Memang mudah, saya tak cerita banyak sebab semua info ini ada dalam panduan Raja Adsense kat atas tu.

Nuffnang – Permulaan Kerjaya Blogger

Nuffnang ni sama macam Adsense, ianya adalah iklan bersifat display advertising. Lagi banyak trafik yang datang ke blog anda, lagi banyak income yang dapat. Yang menarik untuk Nuffnang ini, untuk blog yang anda baru buat arini, esok kalau anda apply sudah boleh approve. Approval tidak sesusah Adsense. 

Dari segi income, jika nak dibandingkan antara Adsense vs Nuffnang, Adsense adalah lebih baik. Ianya mempunyai pengiklanan yang banyak di Malaysia dan di seluruh dunia bagi membolehkan seorang blogger mempunyai pendapatan yang tersendiri.

Innity – Satu lagi pilihan Display Advertising

Innity juga merupakan salah satu daripada platform display advertising sama seperti Google Adsense ataupun Nuffnang. Cuma, untuk approval Innity ini tidaklah mudah, ianya sangat strict bab trafik. Jika blog anda mempunyai trafik sehingga 40,000 visitor sebulan, baru ada kemungkinan untuk diapprovekan. Jika tidak memang agak sukar.

Dari segi income daripada blog antara Google Adsense vs Nuffnang vs Innity, pemenangnya masih lagi google adsense. Tetapi tiada masalah kalau anda nak cuba apply sendiri dan lihat hasilnya sama ada betul ataupun tidak. Contoh kalau anda nak buat satu blog dan hasilkan pengunjung sebanyak 1000 sehari, memang wajib cuba ketiga-tiga display advertising ini. 

Setakat ini pengiklanan dalam bentuk paparan di blog, seterusnya, kami nak pergi kepada pengiklanan ataupun cara buat duit dengan affiliate marketing di blog pula. Boleh tengok di bawah.

Affiliate Marketing – KLIKJER

Anda buat sesuatu artikel dan dalam artikel tersebut, anda cuba selitkan ebook berkaitan. Klikjer merupakan satu platform untuk anda pilih ebook mana yang boleh dijual dan bersesuaian dengan topik di dalam blog anda. Kalau anda peminat saham, boleh cuba jual ebook yang berkaitan dengan saham, kalau berkaitan dengan mencari pekerjaan, boleh cuba jual ebook berkaitan dengan topik tersebut. Memang banyak pilihan yang ada dan kalau nak daftar, tak ada masalah, mudah sahaja.

Ianya sangat mudah dan yang menarik, ramai yang telahpun berjaya menghasilkan pendapatan tambahan dengan KLIKJER. Top affiliate klikjer berjaya menghasilkan pendapatan sehingga RM1000 sebulan komisyen sahaja. Tak cuba tak tahu, jadi boleh terus mencuba.

**di akhir artikel, kami akan menjawab persoalan yang sering ditanya, antaranya apa itu affiliate marketing, macam mana ianya berfungsi.

Affiliate Persendirian

Ada juga beberapa pilihan ebook yang tidak terdapat dalam klikjer dan mereka menghasilakn platform sendiri untuk menjual. Anda boleh menghubungi mereka dan cuba menjadi agen yang menjualkan produk ataupun ebook mereka. 

Affiliate Fizikal Produk – Lazada

Anda juga boleh menjual fizikal produk daripada lazada. Contoh idea yang saya bagi. Anda buat satu blog berkenaan dengan resepi. Untuk info, keyword berkaitan dengan resepi mempunyai kandungan carian yang SANGAT….SANGAT…. BANYAK di google. Maksud saya sangat banyak, contoh keyword “resepi ayam masak merah” mempunyai 22,200 search sebulan!. Banyak kan. Memang banyak. Tu baru satu, belum lagi keyword lain. Tengok saya screenshot di bawah ini.

resepi ayam masak merah

Sebagai contoh, anda buat satu blog resepi dan tulis resepi. Katalah blog itu mendapat tempat pertama di google. Di dalam blog ataupun setiap post itu anda cuba link dengan produk lazada, seperti pressure cooker, pinggan ke. Salah satunya anda boleh link dengan produk Pressure Cooker INI untuk blog resepi dan lihat hasilnya.

pss.. Saya tak ada passion untuk keyword masakan, so ok je kalau ada yang nak buat. Daftar affiliate lazada di SINI.

Affiliate Produk Kerjaya – Temuduga SPA

Setiap tahun memang pasti akan ada kemasukan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Malaysia. Ramai yang berebut-rebut nak kerja kerajaan. Nak tahu kenapa? Saya tau anda buat-buat tak tahu kan, mesti anda tahu kenapa ramai sangat nak masuk kerajaan. 

  • Stabil
  • Gaji dan kenaikan gaji lumayan
  • Ada pencen

Ni antara sebab utama ramai sangat nak masuk kerajaan, terutama sebab yang no 3, ada pencen. Jadi, bila ada kemasukan, proses pertama adalah ujian online yang seseorang itu perlu hadapi. Ada satu pihak ini yang menjual ebook berkaitan dengan cara untuk lulus ujian bertulis ini. Kami sendiri pernah mendapat RM2000 komisyen jual ebook ketika exam Pegawai Tadbir Diplomatik dan ada top affiliate yang mendapat komisyen sehingga RM20000 hasil menjual ebook ini sahaja. Tak nak cakap banyak, kalau anda berminat berkenaan dengan topik kerjaya, temuduga dan seumpama ini, pergi ke LINK INI dan daftar terus, semoga berjaya.

Produk kerjaya sudah tidak ada dan kami akan update dari masa ke semasa.

Involve Asia – Shopee & Agoda

Antara salah satu platform pengiklanan di Malaysia yang mendapat sambutan. Kami dah beberapa kali “cash out” dengan involve asia. Ianya adalah antara platform untuk jana keuntungan daripada pelbagai tema blog. Kalau tema blog anda adalah travel, boleh promote hotel melalui agoda. Kalau tema berkaitan dengan produk fizikal, pun boleh promote shopee dan pelbagai lagi. 

Kesihatan, travel, personal finance, semua ada dalam involve asia INI. Pilih je beberapa dan cuba fokus pada apa yang anda nak iklankan, insyaAllah akan lebih menjadi.

Advertorial – Iklan di artikel anda

Ada advertisor yang nak promote brand mereka dan mereka melantik anda untuk iklankan produk mereka melalui artikel-artikel dalam post. Ianya dipanggil sebagai advertorial. Kadang-kadang restoren atau pemilik kedai makan offer untuk anda makan di kedai milik mereka dan berikan review atau pelbagai lagi. Atau pemilik homestay meminta blogger untuk pergi ke homestay mereka dan blogger memberikan review selepas tinggal di sana. 

Kami juga ada memberikan ataupun mengiklankan advertorial ini melalui page HIRE ME INI. Boleh tengok dan anda boleh jadikan antara contoh yang baik.

Boleh tengok video di bawah ini sebagai ringkasan untuk tips dan teknik cara buat duit dengan blog.

Sewakan Banner di Blog

Ni pun ada yang buat tapi sekarang cara ni macam dah tak berapa efektif kerana advertisor boleh iklankan produk mereka di platform seperti facebook, google adwords dan lain-lain. Satu ketika dahulu memang ada yang dapat income daripada iklan di banner ini. Kalau anda nak cuba, tiada masalah. Untuk info, iklan banner di blog ini tidak mendapat jumlah KLIK yang tinggi dan dari segi tracking pun sukar untuk lihat.

Mula Sekarang Dengan Buat Blog

Semua perkara harus bermula dengan langkah pertama dan langkah pertama adalah cuba buat blog dahulu, Sekali lagi, kami rekemen anda lihat dulu artikel INI untuk cara buat blog dan pilih hosting. Kami palign rekemen hostgator sebagai platform premium untuk dapatkan income.

Jika terdapat sebagai soalan, boleh ke ruangan komen dan kami akan cuba jawab semampu boleh berkaitan dengan topik ini dan topik yang berkaitan.

Alternatif Lain Kepada Blog

Berikut adalah alternatif lain selain daripada blog yang anda boleh gunakan untuk tambah pendapatan anda.

Jadi Seorang Youtuber

Anda boleh sahaja menjadi seorang Youtuber dan upload video pertama anda. Ramai yang dah sukses menjadi seorang youtuber berjaya dan boleh rujuk 2 artikel yang kami rekemen di bawah ini.

Perniagaan Online – Dropship Shopee

Kalau nak berniaga tu, kami rekemen menggunakan model online. Antara artikel yang kami rekemen adalah menjadi dropshipper secara online di Shopee. Boleh rujuk 2 artikel di bawah untuk info lanjut.

FAQ (Soalan Yang Sering Ditanya)

Boleh ke Buat Duit Dengan Blog?

Memang boleh dan ianya adalah antara cara untuk dapatkan pendapatan sampingan yang baik.

Apa itu Affiliate Marketing

Satu cara untuk anda tambah pendapatan anda. Anda akan dapat 1 link unik dan jika ada pembeli beli dari link tersebut, anda akan mendapat sedikit keuntungan.

Berapa Pendapatan Blogger Malaysia?

Jika lakukan secara part time, RM1000 sebulan adalah jumlah yang anda boleh capai.

Kenapa Blog bukan Facebook?

Blog ada keistimewaan tersendiri bagi membolehkan anda untuk mendapat pelawat dari hasil carian di google, Facebook tidak begitu.

Related Posts

36 thoughts on “12 Cara Buat Duit Dengan Blog – Tahun 2024

  1. Menariknya. Tengah usaha nak ramaikan viewers juga ni. Kalau website famous memang senang buat duit kan

    1. betul, kalau website banyak visiotr memng akan ada banyak cara untuk tambah income. Setuju.

  2. Banyak banyak dalam list ni hampir semua saya dah buat kecuali Innity. Tak pernah terlintas nak apply sebab katanya perlukan banyak trafik. Even yang banyak trafik pun tak semua terpilih dapat join.

    Sekarang saya mula offer servis lain daripada blogging seperti servis menulis artikel, ambil gambar produk dan lukisan digital art.

    Orang kata dont put your eggs in one basket.

    Pelbagai sumber pendapat. Selain blog, offer jugak servis lain yang berkaitan dengan penulis seperti ghostwriting, content writing, copy writing, translation.

    1. wow, banyak cara lain ni, boleh la saya amik idea tuan dan tambah kandungan cara buat duit dengan blog, nanti daripada 12 mana tau boleh sampai 21 cara ke. Terima kasih

  3. Wah seronoknya dapat jana income dr blog byk macam tu. Tak cek lagi affliate yg ada kt blog. rasa mcm tak berkembang pun di blog saya. Nuffnamg pun dah lama tak cek, cuma tgk Adsense aje. Later akan check 1 per satu steps yang dikongsi.

    1. sama – sama, apapun byk tips yang saya dapat daripada blog puan, terima kasih berkongsi. Lagila kalau blog yang ada kaitan dengan resepi ni, memang visitor banyak la. Saya pulak tak ada passion ke arah blog resepi ataupun kongsi resepi. Semoga sukses.

  4. Bagus perkongsian ilmu ni. Sis pun byk perlu belajar tentang buat duit dgn blog. Ada juga yg sis dah buat dn ada juga yg belum buat dn tak tahu bagaimana sperti infokerjaya tu..Nanti nak cuba lah.

    1. terima kasih kerana beri komen. Ada banyak lagi cara sebenarny utk buat duit dengan blog. Ni antara cara yang saya dah gunakan. Yang infokerjaya tu, kena agresif dan kalau blog puan kena dengan niche kerjaya, memang boleh la tambah pendapatan.

  5. Sebenarnya ba yak cara yang noleh kita lakukan untuk jana income melalui blog ni antaranya ambil review produk atau servis daripada client, letak iklan di blog, affiliate dan sebagainya kan.

    1. Betul ada banyak cara dan ini adalah antara cara yang popular di Malaysia.

    1. betul setuju, banyak cara buat duit sekarang termasuklah dengan blog.

  6. bestnya baca nih … banyak yang saya dah buat tu halfway hahahah contohnya involve asia and innitiy sbb takut clash dengan google adsense. boleh ke letak semua tu serentak? tak affect performance ?

    suka baca entri mcm ni.. nanti i visit lagi untuk yang lain. tq for sharing… suka sgttt.. ahhaha sbb byk bagi idea.

    1. terima kasih kerana datang, alhamduliilah penulisan ini bagi manfaat. Sedikat perkongsian ilmu

      involve asia tak ada masalah dengan adsense, blh cuba promote pada masa yg sama.

      innity pun tak ada masalah dengan adsense, cuma saya x rekemen byk sgt iklan terutama yang mcm adsense, takut pembaca tak nak baca, dia “left” je blog, dah tinggi bounce rate.

    1. boleh tak ada masalah nak gunakan semua tips ni, semoga bermanfaat

  7. saya dah try semua yang disenaraikan. so far, adsense paling best sebab dibayar dldm USD. klikjer pun bagus. komisen tinggi.

    1. waaa, semua dah try bukan calang2 ni. Apapun terima kasih bagi komen.

    1. sama2. Asalkan bermanfaa. Jemput datang lagi untuk artikel2 lain.

  8. zaman sekarang senang nak biat duit. cuma usaha tu kena lah ada dan rajin belajar tambah ilmu mengenai dunia blogging ni. tak rugi pun explore kan… tq share tips yg bagus ni

  9. wah best yer dapat sampai 4 angka dari blog. semoga tahun ni huda pun dapat lah merasa 4 angka dari iklan di blog ni.

    1. insyaALlah boleh je dapat 4 angka sebulan, asalkan konsisten update dan kena teknik.

  10. Terima kasih kerana berkongsi. Banyk rupanya cara untuk dapat pendapatan dari blog. Paling untung jika dapat buat produk sendiri.

    1. betul, kalau boleh buat produk sendiri lagi bagus, pastikan produk evergreen dan sentiasa akan ada yang promote produk tersebut.

  11. Terima kasih di atas perkongsian ini…. saya cuba meraih pendapatan dengan menjual produk sendiri iaitu ebook cerita. Cuma, blog saya masih lagi baru….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *