9 Tips Doa Murah Rezeki Amalan Rasuallah S.A.W

Sebagai seorang islam, doa murah rezeki adalaha antara doa yang sangat digalakkan dalam islam. Kerana apa, kerana Rasuallah sendiri amalkan doa-doa yang saya bakal sebutkan ini pada setiap pagi dan petang. Dalam perancangan kewangan islam pula, selain daripada semua ilmu-ilmu dan teknik-teknik terkini cara nak langsai hutang, cara nak tambah pendapatan dan lain-lain. Ianya perlu juga disertakan dengan doa-doa yang mustajab.

Tetapi tidak mengapa, kali ini kami nak berikan beberapa doa yang memang menjadi amalan rasuallah dan kita sebagai umat islam bolehlah mengikuti doa-doa ini dan seterusnya menjadikan ia sebagai amalan seharian kita. InsyaAllah anda akan dapat melihat sedikit sebanyak perubahan dalam hidup seseorang itu. Jika dan mempunyai masalah dengan hutang, boleh amalkan doa-doa ini dalam hidup seharian.

doa murah rezeki

Konsep Rezeki – Amalan Diberkati

Kalau bercerita berkenaan dengan konsep rezeki, tak lari nak dikaitkan dengan firman Allah di dalam ayat al-Quran, surah At-Talaq ayat 2-3:

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya” (sumber : zakatpahang)

Rezeki ini merupakan sesuatu yang sudah tetap dan apa yang manusia perlu lakukan adalah untuk berusaha dan berikhtiar untuk mencarinya. Antara yang menjadi masalah adalah, apabila

Rezeki Dalam Bentuk Kesihatan

Rezeki juga boleh diberikan dalam bentuk tubuh badan yang sihat dan kuat untuk kerja-kerja seharian. Apa guna duit banyak kalau badan tidak sihat. Jadi, bersyukurlah dengan segala nikmat pemberian dari tuhan yang maha esa. Dengan bersyukur itu, akan Allah tambah nikmat yang akan diberikan kepada hambanya.

Antara tips ditambahkan rezeki adalah sentiasa bersyukur dengan nikmat dan pemberian. Bila diuji bersyukur, bila dilanda musibah pun bersyukur dengan apa yang anda dapat. Sentiasa melihat mereka yang jauh lebih sukar dalam meneruskan kehidupan seharian. Dengan melihat mereka yang jauh lebih susah itu akan membolehkan seseorang itu sukses dalam kerjaya. 

Ishtigfar Untuk Menjemput Rezeki

Ishtigfar Sebanyak 100x Sehari, amalan Rasuallah dan para sahabat

Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”Fadilat Selawat – untuk renungan Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.

“Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.”Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Ishtigfar Untuk Mendapat Zuriat

Amalan Ishtighfar adalah satu amalan mulia yang nabi sendiri lakukan setiap hari. Ianya juga adalah amalan yang sering dilakukan untuk mereka yang ingin mendapatkan zuriat dan keturunan. Memang ada banyak kisah ajaib untuk mereka yang sering berishtigfar ini dan tidak lama terus diberitakan yang isteri mengandung. Tak percaya cuba anda lakukan dan konsisten dalam setahun.

Ishtigfar ini adalah antara amalan dan doa murah rezeki yang mujarab yang anda boleh amalkan pada setiap hari.

Doa Murah Rezeki Paling Mustajab

Berikut adalah antara himpunan doa-doa yang rasuallah amalkan pada setiap hari. Ianya diambil dari himpunan doa dan antara doa-doa yang mustajab adalah doa yang disusun oleh mereka yang memang sudah mengkaji bab hadis. Nakkah anda kalau doa-doa yang anda baca itu adalah doa yang diamalkan oleh Rasuallah sendiri?

Di akhir artikel ini, kami akan berikan artikel dan link berkaitan untuk anda dapatkan bahan bacaan ini secara mudah. Kami lebih rekemen untuk anda dapatkan bahan-bahan bacaan ini dalam bentuk buku ataupun “hard copy” berbanding dengan dalam bentuk PDF. 

Al Mathurat adalah doa yang disusun oleh imam Hassan Al Banna dan sebaiknya diamalkan pada pagi dan petang setiap hari. Menurut imam hassan Al Banna, ianya adalah doa yang diamalkan rasuallah sendiri pada setiap hari. Ianya mempunyai doa-doa dan hadis berkaintan yang bagus untuk anda amalkan pada setiap hari.

Murah Rezeki dan Cepat Kaya

Berikut adalah salah satu doa yang ada dalam al-mathurat yang saya sendiri selalu amalkan. Terutama sekali kalau rasa terbeban dengan hutang yang banyak atas kesilapan-kesilapan kewangan yang telah lalu. Inilah doanya…

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

“ALLAHUMMA INNI A’UZU BIKA MINAL HAMMI WAL HAZANI, WA A’UZU BIKA MINAL AJZI WAL KASALI, WA’A UZU BIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI, WA A’UZU BIKA MIN GALABATIDDAINI WA QAHRIRRIJALI”

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Sebab turunnya doa ini adalah seperti berikut…

DIkisahkan oleh Abu Sa’id al-Khudri pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW masuk ke dalam masjid. Ternyata di dalam sudah ada Abu Umamah yang duduk sendirian. Rasulullah pun menyapa, “Hai Abu Umamah, ada apa aku melihatmu duduk di masjid di luar waktu shalat?”

Kepada Rasulullah, Abu Umamah mengaku sedang kebingungan karena sedang terlilit banyak utang. Rasulullah pun mengajarkan kepada Abu Umamah sebuah doa yang jika dibaca bisa memgobati kebingungan dan dimudahkan dalam melunasi hutang.

Ianya sangat berkaitan dengan konsep rezeki dan amalkan ini, dan doa-doa lain di dalam Al-Mathurat, inysyaAllah anda boleh keluar dari kesempitan hutang yang membelenggu anda dan antara doa murah rezeki terbaik.

Doa Rezeki Bertambah Dan Jodoh

Apa yang berlaku ke atas diri kita adalah ujian sama seperti rezeki dan juga jodoh. Ianya seperti dalam surah Al Baqarah 

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (QS. Al-Baqarah: 286).

Doa ini juga adalah antara doa yang terkandung dalam Al Mathurat dan memang disarankan untuk di baca pada setiap pagi dan petang. Untuk permulaan, cuba konsisten sama ada petang atau pagi, kemudian baru cuba amalkan sama ada pagi atau petang.

D0a Murah Rezeki Neelofa

Neelofa pun mempunyai doa-doa yang diamalkan sendiri. Berikut merupakan doa yang beliau amalkan untuk memudahkan beliau menjemput rezeki. Boleh tengok video di bawah ni ye kalau nak tahu apa yang Neelofa lakukan untuk amalan beliau menjemput rezeki. Apapun, mintalah kepada Allah, nescaya akan Allah perkenankan.

Dapatkan Al Mathurat Percuma Untuk Murah Rezeki

Ataupun cara lain yang lebih mudah adalah, untuk anda dapatkan secara PERCUMA sahaja. Untuk dapatkan secara percuma, anda perlu untuk ada alat INI dan lepas tu boleh download secara percuma. Mudah sahaja.

Macam mana nak download…

Kalau anda pengguna Android, pergi ke Google Play Store dan search Al – Mathurat. Mudah je, anda boleh amalkan hampir setiap hari doa-doa di sini.

Satu lagi kalau anda pengguna Apple App Store pun tiada masalah. Cari je Al Mathurat dan anda sudah boleh dapatkan dan amalkan setiap pagi.

Cuba untuk konsisten dan berdoa, moga-moga anda akan dipermudahkan segala urusan dan jika anda mempunyai masalah terutama berkaitan dengan hutang. Kami sangat rekemen untuk anda baca artikel kami berkenaan dengan cara untuk dapatkan pendapatan sampingan INI. Ianya akan sedikit sebanyak membantu anda untuk keluar daripada bebanan hutang yang anda tanggung.

Tips Jana Income Dan Pelaburan

Kami rekemen juga anda baca beberapa artikel kami untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Selain daripada amalan dan doa, usaha pun penting untuk keberkesanan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *