Macam mana nak semak penyata kwsp online? Untuk info semakan penyata kwsp secara online ni tak susah pun. Tapi yang paling penting sebelum anda membuat semakan, adakah anda mempunyai akaun dengan kwsp? Kalau sudah ada akaun akan jadi lebih mudah, kalau belum ada, kena buat satu akaun dahulu.
Saya sebagai seorang agen hartanah berdaftar sering berjumpa dengan pelanggan yang mahukan rumah. Untuk dokumen memiliki rumah, apa yang mereka perlu ada salah satu dokumen adalah KWSP. Boleh baca pengalaman saya sebagai agen hartanah di SINI. Memang diakui, tak semua pelanggan saya tu ada kwsp online dan ada yang terpaksa ke kaunter KWSP untuk ambil penyata. Kan mudah kalau semua urusan boleh dilakukan secara online kan, tak perlu ke kaunter.
Apapun, kali ini, kami akan tunjuk langkah-langkah untuk buka i-akaun KWSP yang membolehkan anda untuk semak bagi penyata KWSP anda secara mudah. Kalau dah ada akaun online ni, bukan sahaja semak penyata, nak buat pengeluaran pinjaman untuk beli rumah, bayaran balik PTPTN, tukar penama KWSP, semua boleh dilakukan secara online sahaja.

Kalau anda datang ke blog ini dan nak dapatkan penyata untuk tujuan pembiayaan rumah, boleh baca artikel INI. Jika tidak, boleh teruskan pembacaan anda.
Daftar Akaun KWSP
Sebelum pergi lebih jauh, pastikan anda sudah ada akaun KWSP. Untuk buat akaun KWSP ini memang kena pergi ke kiosk terdekat untuk pendaftaran. Biasanya pendaftaran tidak susah dan apa yang anda perlukan adalah no ic untuk pendaftaran.Boleh semak kaunter KWSP terdekat dengan rumah anda di SINI.
Dah daftar dan ada akaun KWSP, barulah anda boleh semak penyata KWSP anda secara online ini dengan mudah. Apa yang anda perlukan adalah, cara untuk mendaftar i-akaun KWSP ini.
Daftar i-Akaun KWSP ini dengan 2 cara.
Sekarang semua sudah menjadi mudah. Nak daftar KWSP online pun sudah ada 2 cara. Boleh manfaatkan kedua-dua cara ini untuk memudahkan anda. Saya lebih suka cara pertama, kenapa? Sebab tak perlu nak pergi ke kaunter. Mudah dan x perlu bayar minyak dan tol. Anda pun mesti suka.
Dapatkan ID Pengguna Dan Kata Laluan Semenatara di Talian KWSP
Anda tak perlu ke kaunter untuk ini. Ianya mudah, telefon sahaja KWSP Hotline, 03-8922 6000. Jimat masa dan minyak, semuanya boleh anda lakukan secara mudah. Saya paling suka cara ini kerana tak perlu nak ke kaunter KWSP.
Dapatkan ID Pengguna Dan Kata Laluan Sementara di Kiosk KWSP
Cara ni anda kena ke kaunter untuk daftar i-akaun dadn dapatkan id pengguna dan kata laluan sementara. Dah dapat kata laluan dan id sementara tu, boleh ikut step by step di bawah untuk aktifkan akaun dan pendaftaran.
Aktifkan i-akaun KWSP
Nak aktifkan ini saya lebih rekemen kalau anda lakukan di PC ataupun di laptop kerana ianya akan menjadi lebih mudah dan cepat. Boleh juga kalau nak lakukan di smartphone, apapun terpulang. Untuk laptop kami rekemen anda tengok plihan di bawah.
Daftar i-akaun dengan pergi ke pautan ini, dan ikut gambar di bawah.
Masukkan id anda, rujuk gambar di bawah. Untuk info, id hanya boleh dilakukan ketika pendaftaran dan tidak boleh di tukar. Lebih baik anda fikirkan id yang betul sebelum pergi ke proses seterusnya.
Masukkan password sementara anda.
Seterusnya, anda boleh ke bahagian profile dan tukar semua info seperti password dan lain-lain.
Kena ingat, nak aktifkan akaun kena buat dalam tempoh 30 hari sahaja. Kalau tiada sebarang pengaktifan dibuat, memang kena call semula KWSP ataupun kena ke kiosk KWSP terdekat.
Apabila selesai, anda akan dapat notifikasi pendaftaran telahpun berjaya.
Sebagai alternatif, anda boleh tengok video di bawah
Dapatkan Penyata KWSP online Sekarang
Anda sudah boleh terus dapat dan buat semak penyata KWSP online sekarang. Anda hanya perlu pergi ke bahagian “My Account” dan pilih penyata tahun berapa yang anda mahukan. Tahun 2019, ataupun 2020 dan sebagainya.
Boleh print penyata tersebut atau simpan dalam bentuk PDF. Kalau nak dapatkan pinjaman rumah ataupun kereta mahupun personal loan, boleh gunakan penyata ini.
Kemudahan Lain
Ada banyak lagi kemudahan lain berkenaan dengan i-akaun KWSP antaranya adalah kemudahan pembayaran PTPTN dengan akaun 2 kwsp. Terkini, saya pun baru sahaja menukat penama KWSP dengan menggunakan i-akaun KWSP ini. Apapun, berikut adalah antara kemudahan lain yang ditawarkan untuk pengeluaran di KWSP.
- Pengeluaran dari Akaun 2 ketika umur 50
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan
- Menggunakan simpanan KWSP sedia ada dan masa depan untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah PR1MA
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan DAN/ATAU peralatan perubatan
- Pengeluaran simpanan yang berlebihan RM1 juta
KWSP Bagi Dividen Setiap Tahun
Ya betul memang KWSP bagi dividen setiap tahun, tapi nak tak kalau anda ada pilihan untuk dapatkan jauh lebih banyk daripada dividen yang diberikan oleh pihak ASB tersebut. Macam mana caranya nak dapatkan dividen yang jauh lebih banyak tu, kami rekemen dengan pelaburan saham. Dengan pelaburan saham, insyaAllah anda ada peluang untuk dapatkan return ataupun dividen yang jauh lebih banyak daripada jumlah tersebut.
Macam mana nak bermula, memang pertama sekali anda perlu untuk buka akaun CDS baru boleh mul melabur dengan saham. Boleh tengok link di bawah untuk proses pembukaan akaun dan manfaat yang anda bakal dapat setelah melabur dan buka akaun dengan kami.
Info Lain Yang Anda Perlu Tahu
KWSP memang memberikan pilihan untuk simpanan ketika persaraan yang baik. Tetapi ada alternatif lain yang kami sangat rekemen untuk anda baca dan dapatkan info berkenaan dengan tips di bawah ini.
- Daftar ASB – Info lanjut
- Daftar ASB secara online – penyata ASB Online
- Tempat Simpanan Terbaik Untuk Anak
- Daftar SSPN – i
Boleh baca kesemua artikel kami yang berkaitan untuk pemahaman anda.