8 Kriteria Bantuan Sara Hidup Bujang 2023

Update terkini 2022

Ramai yang tertunggu-tunggu berkenaan dengan Bantuan Sara Hidup Bujang untuk tahun 2020. Umum memang dah tahu apa itu bantuan sara hidup khusus untuk orang bujang pada tahun 2020. Sebelum ini, bantuan ini dinamakan sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan setelah pemerintahan bertukar, ianya ditukar kepada Bantuan Sara Hidup dan artikel pada kali ini, kami memberikan beberapa kriteria penting dan cara untuk memohon agar anda mendapat bantuan ini.

Ianya adalah insentif kerajaan bersempena dengan belanjawan bagi memastikan kebajikan rakyat terbela. Bolehlah gunakan duit yang anda dapat daripada bantuan sara hidup ini untuk pelbagai kegunaan harian dan yang lebih menarik kalau anda dapat gunakan untuk tujuan pelaburan ataupun mendapatkan pekerjaan sampingan.

bantuan sara hidup bujang

Apa Yang Menarik Daripada Program 

  • Pendapatan RM2k dan ke bawah – RM1k bantuan
  • Pendapatan RM2k – 3k – bantuan sebanyak RM750
  • Pendapatan RM3k-4k – bantuan sebanyak RM500
  • Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada empat anak, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka.

Semakan Kelulusan BSH 2020

Kalau nak buat semakan kelulusan, pastikan yang anda sudahpun membuat permohonan. Kalau tiada apa-apa permohonan, memang tak akan ada apa-apa keputusan untuk program ini. Macam mana nak buat semakan? KLIK LINK INi untuk proses semakan permohonan anda!

Untuk permohonan baru, anda boleh dapatkan info dihujung artikel ini untuk sebarang info berkenaan dengan pendaftara. Baca sehingga habis ye.

Belanjawan 2020 & BSH – Apa Yang Akan Berlaku

Kerajaan memperuntukkan RM5 bilion untuk bantuan ini dan meliputi, 1.1 juta individu bujang yang berpendapatan RM2000 dan ke bawah. Individu bujang dan OKU ini layak menerika RM300.

Apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan Bantan Sara Hidup ini

Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Ini?

Bagi yang bujang, berumur 59 tahun dan ke bawah. Bagi yang sudah berkahwin pula, merupakan warganegara malaysia sama ada lelaki atau perempuan dan mempunyai pendapatan isi rumah RM4000 dan ke bawah. Ianya terpakai juga bagi mereka yang berstatus duda ataupun janda dan juga warga emas asalkan pendapatan kasar kurang daripada RM4000 dan ke bawah.

Jika Ada Masalah – Hubungi LHDN

Jika ada sebarang permasalahan berhubung dengan bantuan ini, pergi ke pejabat LHDN terdekat bagi mendapatkan info lanjut dan sebarang penerangan. 

  • Sekretariat Semakan BSHR Pejabat Bajet Negara Malaysia Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Presint 65292 Putrajaya Malaysia,
  • Hotline LHDN : 1-800-88-2747
  • Hotline MOF : 03-8882 4565 atau 03-8882 4566
  • bsh@treasury.gov.my

Pada kami, declare semua perkara berkenaan dengan diri anda dan kalau boleh jangan ada unsur-unsur penipuan. Bagi yang mempunyai pendapat isi rumah melebihi apa yang digariskan oleh pihak BSH, lebih baik tak perlu isi dan berikan kepada mereka yang lain yang lebih memerlukan. InsyaAllah banyak ruang dan peluang lain yang anda boleh dapatkan selain daripada bantuan ini. Kalau anda memang layak, teruskan dengan isi borang ini.

Maklumat Waris – Perlu Ke?

Anda perlu mengisi maklumat waris terutama jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini nanti. Selain itu, ianya juga adalah sebagai salah satu tuntutan khairat kematian yang disediakan bersama dengan program ini. Waris yang layak didaftar bersama dalam permohonan anda adalah seperti berikut;

  • Ibu
  • Bapa 
  • Pasangan 
  • Anak-anak
  • Cucu
  • Adik beradik

Status Permohonan Bantuan Sara Hidup BSH gagal – Apa Yang Anda Perlu Buat?

Jika gagal, apa yang anda perlukan adalah untuk buat rayuan semula. Masih ada harapan lagi bagi anda untuk anda. Apa yang anda perlukan adalah untuk mengisi borang rayuan yang terdapat di laman ini, BOLEH KLIK SINI untuk terus ke pautan borang rayuan dan dihantar ke pejabat LHDN terdekat.

Rayuan ini mempunyai tempoh dan akan diberitahu di dalam blog ini dari masa ke semasa. Nantikan update terkini dari kami.

Bilakah Bantuan Akan Dibayar?

Untuk tahun 2020, ianya akan dibayar bergantung kepada pemberitahuan daripada pihak kerajaan terutama daripada jabatan hasil. Ianya juga tertakluk kepada yang bujang ataupun yang masih belum berkahwin lagi. Nantikan pengumuman rasmi daripada facebook kementerian kewangan, jabatan hasil atau terus ikut blog ini untuk info lanjut dan terkini berkenaan dengan BSH.

Boleh tengok VIDEO dibawah dimana perutunakn yang lebih besar akan diberikan.

Dah dapat BSH nak buat apa? Kami rekemen membuat pelaburan di SINI dan juga SINI.

Permohonan BSH 2020

Buat masa ini, untuk permohonan tahun 2020 masih belum dibuka dan akan diberikan link apabila permohonan dibuka nanti. Bagi yang sudah memohon untuk tahun 2019, anda boleh ke link di atas ini untuk membuat semakan. Apa yang anda perlukan hanyalah untuk memasukkan kad pengenalan anda.

Untuk permohonan, kami rekemen anda gunakan alat seperti di bawah bagi memudahkan permohonan. Tak perlu KLIK kalau tak nak tahu alat berkenaan.

Update Terkini Tahun 2020

  • Kementerian kewangan telah mengumumkan yang pembayaran fasa pertama tahun 2020 adalah pada 20 Januari 2020. Bayaran adalah sebanyak RM300. Info lanjut di SINI.
  • Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *