6 Idea Makanan Yang Mudah Di Jual

Kali ini kami nak berkongsi beberapa idea perniagaan makanan yang mudah di jual. Sejak PKP ni, ramai yang dah mula nak cari pendapatan tambahan disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi yang terjadi. Ramai yang dipotong gaji, diberhentikan dan ada juga rakan-rakan saya sendiri yang beritahu dia tidak dibayar gaji untuk satu tempoh tertentu. Solusi kepada masalah ini adalah dengan mempelbagaikan sumber pendapatan anda.

Laman smartinvest101 ini ditubuhkan untuk memberikan idea untuk tambah pendapatan dan juga peluang-peluang pelaburan yang ada di Malaysia. Kali ini, kami tak nak cerita berkenaan dengan topik saham, teknikal analisis mahupun fundemantal analisis dan jargon-jargon lain yang bombastik tu, tetapi lebih kepada kaedah simple dan mudah untuk anda tambah pendapatan dengan menjual makanan.

Tak semua orang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama, ada yang boleh bekerja dan melabur saham dan ada juga yang minat perniagaan online seperti menjadi seller di Shopee. Ada juga mereka yang lebih berminat untuk menjual produk makanan sahaja dari rumah. Kalau anda jual produk makanan yang anda boleh jual dari rumah dan dilakukan secara konsisten pun boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan.

makanan yang mudah dijual

Idea Perniagaan Makanan Yang Paling Laris

Berikut adalah antara beberapa idea untuk perniagaan makanan yang laris yang anda boleh mulakan dari sekarang. Ianya mungkin perlukan beberapa tips dan panduan untuk anda mula mencuba sesuatu resepi dan cuba menjual makanan tersebut untuk satu kuantiti yang banyak. Apapun, ini adalah antara beberapa idea yang anda boleh terus fikirkan untuk perniagaan anda.

Ayam Percik Simple

Resepi ayam percik ini mudah sahaja, buat resepi ataupun anda boleh mencuba beberapa resepi dan kemudian panggang sahaja. Nak lebih sekata boleh gunakan oven ataupun pressure cooker. Lepas tu open order, jual dan hantar mudah bukan. 

Jual Sphegeti

Idea kedua adalah idea jual sphegeti dari rumah. Ianya adalah antara idea bernas dan percayalah, ramai yang mencari sphegeti delivery ke rumah ni. Mana saya tahu ramai yang mencari sphegeti ini, sebab saya baca perkongsian daripada Abang Sphego dan kadang-kadang tu saya tengok-tengok juga perkongsian di group Facebook, ianya memang laris dan menarik. Boleh baca perkongsian Abang Sphego di bawah.

Roti John Sedap 

Tak semestinya semasa puasa, waktu biasa pun ramai yang mencari roti john. Lagilah kalau boleh delivery, semuanya menjadi lebih mudah dan pantas. Dengan pelbagai resepi menarik sekarang ini, pastinya membolehkan anda untuk mendapatkan kelainan dalam membuat menu roti john ini. Ini antara idea yang anda boleh cuba.

Satay Ayam Daging

Satay mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ianya merupakan satu menu makanan yang digemari tanpa mengira agama dan bangsa di Malaysia ini. Jika rasa masakan sedap, tiada masalah untuk anda mencuba menu ini. Ini hanyalah idea dari saya sahaja.

Kambing Bakar

Anda pandai masak berasaskan kambing, ini adalah antara menu yang bagus yang anda boleh cuba untuk jual. Antara menu adalah kambing bakar, sup gear box dan banyak lagi yang anda boleh cuba sendiri. 

Kuih Muih

Ramai sebenarnya yang mencari kuih muih tradisional. Terutama kalau ada “event” besar-besar dan juga kalau ada sedara mara yang datang. Kuih mempunyai peminatnya yang tersendiri. Kalau anda pandai untuk buat kuih terutama kuih-kuih klasik tu, boleh cuba untuk buat kuih dan jual secara delivery.

Ada banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah 6 idea ini. Apaun, anda cari makanan yang dekat dengan anda dan cuba jual. Seterunya adalah sedikit perkongsian untuk anda dapatkan tips dan mula berniaga makanan dari rumah dan jual kesemua makanan ini secara delivery. Apapun, semuanya bermual dengan langkah pertama, dan saya paling tekankan untuk anda mulakan dengan pelaburan dalam bentuk ilmu.

Perniagaan Makanan – Kalis Ekonomi

Perniagaan makanan memang satu perniagaan yang kalis ekonomi. Kalau anda perhatikan, diwaktu covid-19 ini, antara sektor yang berkembang pesat adalah sektor penghantaran makanan seperti Food Panda, Grab Food dan juga rider-rider makanan lain yang mendapat pendapatan daripada upah penghantaran makanan. 

Disebabkan oleh banyak perkara yang berubah sekarang ini, terutama dalam new normal, penghantaran makanan dan perniagaan berasaskan makanan mempunyai peluang yang besar untuk terus maju. Walaupun dalam krisis ekonomi, rakyat masih tetap dan perlu untuk makan. Jangan tunggu lagi, terus mula sekarang.

Berniaga Dari Rumah – Tak Perlu Modal Besar

Kenapa saya tertarik dengan perkongisan Abang Spehego adalah perkongsian beliau berkenaan dengan kos berniaga dari rumah yang tak terlalu besar. Ni saya tulis semula di bawah ini,

Kalau nak suruh saya bukak restoren atau gerai untuk jual makanan! Memang tak dapat lah! Saya bukannya ada modal puluh-puluh ribu pun untuk sewa kedai dan buka restoren!

Kalau nak bukak gerai tepi jalan pun, makan kos juga.. dengan nak apply lesen PBT.. nak kena beli canopy, meja, dapur memasak lagi, tray,  dan segala bagai lah! Mahu dekat RM seribu juga kos nya!

Tapi, satu perkara yang saya memang tak boleh nak buat untuk buka gerai tepi jalan ni.. sebab cuaca!

Iyalah, kalau buka gerai tepi jalan ni, memang kena hadap cuaca yang tak menentu. Kalau time panas terik tu… fuh.. orang lain sedap duduk dalam rumah, kita terpacak kat tepi jalan panas-panas tu kena jaga gerai! Kalau hujan pula.. lagi sadis…. kadang-kadang, habis basah semua barang jualan kena hujan!

Bagi mereka yang berniaga tepi jalan… memang saya salute sangat-sangat diorang ni!

Tapi bagi saya.. saya rasa lebih selesa untuk berniaga dari rumah sahaja!

Ambik order guna whatsapp, masak.. kemudian hantar!

Info lanjut dan cerita penuh boleh KLIK butang di bawah ini.

Saya memang tertarik dengan apa yang dikongiskan dan sangat sesuai untuk anda kalau nak bermula dengan perniagaan dalam sektor makanan ini. Yang penting bukan masalah modal, tetapi lebih kepada kesungguhan untuk menjual dan mempelbagaikan produk dan perkhidmatan anda.

Untuk idea makana yang bagus untuk di jual, sebagai alternatif, anda juga boleh tengok video di bawah di mana kami berikan penerangan lebih detail berkenaan dengan makanan yang bagus untuk dijual.

Teknik Marketing Efektif – Amalkan Ini

Saya percara yang anda pun sudah tahu teknik marketing yang efektif dalam menjual makanan. Antaranya pastinya dengan menggunakan medium Facebook dan Whatsapp untuk menjual makanan yang anda nak jual. Untuk lebih efektif, tiada masalah kalau anda nak gunakan medium video seperti Youtube untuk membina pengaruh anda di media social. Daripada youtube tersebut juga, anda boleh mendapatkan banyak tontonan dan menjadi satu sumber pendapatan yang efektif. 

Saya lebih rekemen untuk anda tiru dahulu apa yang Abang Sphego buat perniagaan makanan miliknya dan kemudian anda perlbagaikan produk dan cara pemasaran agar lebih efektif dan berkensa. 

Terbaru untuk tahun ini, terutama selepas berakhirnya PKP dan Malaysia menuju ke arah Endemik, kami nak tunjuk strategi baru macam mana nak dapatkan pelanggan menggunakan Whatsapp sahaja.

Ya, Whatsapp tidak terhad kepada berhubung, boleh juga digunakan untuk mendapatkan pelanggan. Macam mana, boleh tengok 2 artikel di bawah ini;

Mula Berniaga Sekarang

Apa tunggu lagi, mula berniaga sekarang dan kalau memang perniagaan menjual makanan ini untuk anda boleh terus mula. Kalau tak, ada banyak lagi alternatif lain untuk berniaga dari rumah secara online. Boleh tengok artikel kami berkenaan dengan tips berniaga secara online dari rumah. Harap artikel idea makanan yang mudah dijual ini membantu anda untuk mula berniaga sekarang.

Related Posts

2 thoughts on “6 Idea Makanan Yang Mudah Di Jual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *