10 Idea Bisnes Dari Rumah 2024

Apa idea terbaik bisnes dari rumah? Pada kali ini, kami ingin berikan kepada anda beberapa idea bisnes yang anda boleh lakukan dari rumah sahaja. Tapi timbul persoalan, kalau nak buat bisnes, apa yang paling sesuai dilakukan walaupun dari rumah? Artikel ini memberikan anda beberapa idea untuk anda tambah pendapatan sama ada secara sampingan ataupun secara full time hanya dari rumah.

Terdapat banyak unjuran yang mengatakan disebabkan krisis kesihatan yang melanda ini, ramai rakyat telahpun diberhentikan dan ada juga yang bakal diberhentikan pekerjaan. Ramai juga yang terpaksa dipotong gaji kerana majikan tidak dapat menyerap kesan ekonomi yang berlaku. Sebagai salah satu alternatif, apa yang anda boleh lakukan adalah untuk memulakan perniagaan dari rumah sahaja. Artikel ini akan berikan anda beberapa idea menarik tentang perkara tersebut.

idea Bisnes Dari Rumah

Jadi Seller Di Shopee

Kami palign rekemen kalau anda jadi penjual di Shopee ataupun Lazada. Nak lebih mudah jadi seller di Shopee sebab kalau di Lazada, anda wajib kena daftar SSM, Kalau nak nampak lebih profesional, blh je daftar SSM lepas tu dah jadi seller di kedua-dua platform ini. Ramai yang sudah mula bertukar kepada platform perniagaan secara online berbanding dengan kedai fisikal. 

Yelah, kedai online ni tak perlukan maintenance yang terlalu tinggi. Cukup dengan barangan yang anda nak jual pun sudah cukup. Untuk lebih serious dan tips jadi seller di Shopee, kami rekeman anda dapatkan info lanjut daripada 2 artikel yang pernah kami tulis di bawah. Ianya akan sangat membantu anda untuk sukses dalam menjadi penjual di Shopee ataupun di Lazada.

Jadi Dealer Tune Talk & Dapatkan Income Pasif

Alang-alang anda nak cari pendapatan sampingan, cari yang boleh bagi pendapatan pasif setiap bulan. Pendapatan yang walaupun anda tak perlu nak bekerja terlalu kuat, pendapatan itu terus masuk dalam akaun akaun anda.

Jadi dealer syarikat Telekomunikasi ini adalah salah satu cara untuk anda dapatkan pendapatan pasif setiap bulan. Mudah sahaja, anda jual sahaja simkad, setiap kali topup ataupun langganan, anda akan dapat komisyen. Buat secara konsisten, insyaAllah boleh menjadi. Nak tahu lebih lanjut, join group whatsapp jana income dengan Tune Talk di bawah ini.

Ataupun anda boleh sahaja jadi user Tune Talk dahulu sebelum bertukar menjadi dealer. Caranya, boleh beli simkad Tune Talk dari kedai Shopee kami di SINI.

Perniagaan Makanan Delivery

Dalam keadaan ekonomi macam mana sekalipun, perniagaan makanan adalah antara perniagaan yang sentiasa mendapat tempat dan sambutan. Kena dengan apa yang anda nak jual, kena cara merketing dan teknik, insyaAllah barangan yang anda jual tu boleh laku terutama kalau anda lakukan secara konsisten. 

Adakalanya, tak perlukan anda untuk buka kedai ataupun gerai tepi jalan, jalankan perniagaan dari rumah pun boleh dapat pendapatan yang konsisten. Tak percaya, saya pernah tuliskan artikel berkenaan dengan perniagaan makanan delivery dari rumah. Boleh baca artikel di bawah kalau perniagaan business makanan delivery ini adalah apa yang anda cari.

Dropship – Kos Murah dan Berbaloi

Dropship adalah salah satu model perniagaan yang baik untuk bemula dengan modal kecil. Realistiknya, RM500 adalah satu modal permulaan yang baik kalau anda nak konsisten dengan model dropship. Macam mana nak mula, ada banyak cara, salah satunya adalah dengan mencari info di Facebook dan cuba untuk marketingkan produk tersebut.

Nak tahu lebih lanjut tentang cara nak bermula, boleh lihat 2 artikel di bawah ini tentang macam mana cara nak bermula dengan Dropship;

Buat Blog – Konsisten Update Artikel Secara Kerap

Tiada masalah kalau anda buat satu blog berkenaan dengan topik yang anda minati. Dari situ, pengunjung akan datang dan kemudian pendapatan anda akan semakin bertambah. Cuma apa yang anda perlu lakukan pada permulaan adalah untuk update secara konsisten pada setiap minggu. Sebagai contoh, 2 artikel seminggu adalah satu jumlah yang baik untuk bermula.

Membuat blog ini menjadi salah satu sumber pendapatan yang agak baik untuk mereka yang berada di luar negara. Di Malaysia, tidak ramai yang secara terang-terangan menunjukkan berapa pendapatan mereka hasil daripada blog-blog mereka. Apapun, kalau anda buat blog, ianya memang menjadi satu pendapatan yang pasif untuk anda.

Macam mana nak dapatkan info lebih lanjut berkenaan dengan cara untuk jana pendapatan tambahan melalui blog, boleh baca artikel di bawah ini;

  1. Tips cara Buat Duit Dengan Blog

Youtube – Jadi Seorang Youtuber Dan Jana Income

Di Malaysia saya nampak ramai yang mempunyai akaun youtube sendiri. Tahukan anda yang anda boleh menjana pendapatan dengan mempunyai video yang ramai ditonton dan mempunyai subscriber sendiri. Di Malaysia, ramai youtuber yang mempunyai pendapatan yang agak baik.

Kami di smartinvest juga telahpun membuka channel youtube kami sendiri di SINI.

Banyak lagi video yang akan kami upload dari masa ke semasa. Apapun, untuk bermula, apa yang anda perlukan adalah;

Jadi Agen Hartanah

Anda juga boleh menjadi seorang agen hartanah. Ianya merupakan salah satu idea busines dari rumah yang bagus dan anda mempunyai masa yang fleksible untuk berjumpa dengan client dan lain-lain. Ada masa anda juga kena kerap keluar untuk berjumpa dengan client dan tuan rumah yang ingin menjual rumah. Juga, kena pergi ke pejabat peguam dan bank untuk urusan pinjaman perumahan.

Ianya bukanlah 100% bisnes dari rumah kerana anda akan kena kerap keluar rumah juga bertemu dengan client.

Saya mempunyai pengalaman sebagai seorang agen hartanah berdaftar dan kalau anda inginkan cara lebih lanjut berkenaan dengan tips dan teknik untuk menjadi seorang agen hartanah berjaya, boleh baca lebih lanjut kisah saya di SINI.

Berdagang Saham – Forex & FCPO

“Trading is a business, it is a long term business”

Trading yang dimaksudkan di sini adalah berdagang saham. Saya pasti anda mesti pernah dengan pasal saham kan. Step by step nak melabur dalam saham adalah seperti berikut;

  • Pilih Saham
  • Beli Saham Harga Rendah
  • Jual Saham Harga Tinggi

Ya, pilih, beli dan jual. Ianya semudah itu, tetapi realitinya, ianya tidaklah semudah yang disangka. Ada statistik yang mengatakan, hanya 10% sahaja mereka yang melabur adalah pelabur yang untung, selebihnya adalah mereka yang hanya membuang duit sahaja. Sebagai seorang pelabur yang nak buat untung secara konsisten, adalah lebih baik untuk anda fikirkan macam mana nak buat duit secara konsisten setiap dengan saham. Ini beberapa artikel bagi membantu anda untuk berjaya dalam dunia perdagangan saham.

Jual Tudung – Secara Online

Anda lebih berminat untuk menjual tudung dan menjana pendapatan dari situ. Atau anda lebih berminat nak bina jenama sendiri satu hari nanti. Sama seperti jenama tudung artis-artis yang popular masa kini.

Kalau anda nak dapatkan info lebih lanjut berkenaan dengan cara untuk menjual tudung secara part time dan kemudian membina empayer perniagaan tudung sehingga mempunyai jenama yang tersendiri, boleh baca perkongsian saya berkenaan dengan perniagaan tudung di artikel bawah ini.

Nak berniaga tudung, boleh tengok video di bawah ini untuk info lanjut.

Perniagaan Bakeri – Apa Yang Anda Boleh Buat

Kalau anda seorang yang meminati bidang bakeri, apa salahnya jadikan ianya sebagai satu sumber pandapatan. Ramai yang bermula dengan hobi dan akhirnya menjadi satu sumber pendapatan yang konsisten dan lumayan.

Kami ada buat video berkenaan dengan perniagaan bakeri ini. Info lanjut berkaitan dengan cara untuk anda berniaga bakeri ini, boleh rujuk video di bawah.

Juga, boleh baca perkongsian bagaimana cara efektif untuk menjalankan perniagaan bakeri dari rumah. Ianya antara perniagaan yang anda boleh lakukan dari rumah. Boleh baca perkongsian perniagaan bakeri di SINI.

Pilih Yang Mana Paling Sesuai Dengan Anda 

Ada banyak sebenarnya idea busines dari rumah yang anda boleh lakukan secara konsisten sama ada secara part time ataupun full time. Di masa krisis seperti ini, adalah penting untuk anda mempunyai pendapatan sampingan dan tidak terlalu bergantung sepenuhnya kepada sumber ataupun gaji anda. Mana tahu, Apa yang anda sedang usahakan ini, bakal menjadi satu pendapatan yang utama satu hari nanti.

Jangan lupa juga untuk subscribe channel Telegram kami di atas dan dapat percuma Ebook berkaitan pelaburan di Malaysia.

Related Posts

2 thoughts on “10 Idea Bisnes Dari Rumah 2024

  1. Terima kasih tuan untuk info. Saya agak berminat dengan tulisan tuan mengenai ejen hartanah. Saya masih menangguhkan hasrat untuk join memandangkan keadaan ekonomi yang kurang baik pada ketika ini. Sekarang masih bekerja sepenuh masa dan mungkin akan sertai sedikit masa lagi. Jadi info-info ini boleh saya manfaatkan nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *