6 Cara Memohon Skim Rumah Pertamaku 2020

Kali ini saya ingin berikan info berkenaan dengan cara memohon Skim Rumah Pertamaku 100% loan. Sekarang memang ramai yang tidak mempunyai modal 10% untuk membeli rumah. Untuk itu, salah satu cara adalah dengan memilih skim yang membolehkan anda untuk anda tidak perlu membayar 10% downpayment tersebut.

Skim pinjaman 100% loan adalah salah satu pilihan yang bagus kalau anda tidak mempunyai modal, tetapi, anda masih perlukan kos lain juga seperti kos untuk guaman yang anda perlu untuk bayar. Untuk kos guaman pula, anda masih boleh keluarkan duit KWSP untuk cover kos guaman dan kos-kos lain. Sekaligus membolehkan anda untuk berjimat dan tidak perlu keluarkan duit yang terlalu banyak.

Tetapi, kalau anda mempunyai downpayment 10%, adalah lebih baik untuk beli rumah tanpa menggunakan skim ini. Kalau nak jimat cash dan guna untuk jangka masa panjang, ini adalah antara pilihan yang baik berdasarkan kepada objektif kewangan anda.

cara memohon skim rumah pertamaku

Apa Itu Skim Rumah Pertamaku?

Skim ini adalah antara inisiatif daripada pihak kerajaan untuk golongan yang ingin memiliki rumah tetapi tidak mempunyai modal yang besar untuk rumah yang anda inginkan. Oleh itu, antara alternatif yang ada adalah dengan mendapatkan pilihan skim ini yang menawarkan pinjaman sehingga 100%. (Kebanyakan bank hanya menawarkan pilihan pinjaman sehingga 90% sahaja daripada jumlah pinjaman yang anda inginkan)

Untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan skim ini, bolehlah lihat beberapa syarat penting berkenaan dengan skim ini. Daripada syarat ini, dapatlah anda tentukan yang mana yang kena dan bersesuaian dengan apa yang anda mahukan.

Syarat Pinjaman 100% Loan

Syarat utama untuk skim ini adalah;

1 Pinjaman untuk rumah yang pertama sahaja
2 Gaji tidak melebihi RM5000

Jika anda melepasi syarat ini, tiada masalah untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan skim ini dan memohon di bank yang terpilih yang menawarkan skim ini. Tidak semua bank ada menawarkan skim ini dan adalah lebih baik untuk anda cuba dapatkan deal dan pakej terbaik untuk rumah yang anda mahukan.

Tidak pasti bank mana yang tawarkan pakej ini, boleh isi borang ini dan sertakan remark “skim rumah pertamaku 100%”. Pihak kami akan hubungi anda dalam masa terdekat bagi memberikan ruang untuk anda mendapatkan info lanjut berkenaan dengan pakej yang ditawarkan daripada bank-bank pilihan yang ada.

>>KLIK Untuk Dapatkan Pinajaman Perumahan<<

Pengalaman Kami Uruskan Kes Loan 100%

Saya sendiri pernah menguruskan kes untuk pinjaman 100% daripada bank-bank di Malaysia untuk client saya. Kes pertama adalah dalam kes subsale.

Puan F (kisah sebenar) ingin membeli sebuah rumah di salah satu daerah di Johor. Kebanyakan jurunilai hanya menawarkan pinjaman sehingga RM260k dan ada beberapa penilai yang menawarkan sehingga RM290k. Akhirnya loan beliau pun lulus 100% daripada RM290k dengan interest yang kompetatif dan berbaloi. Apapun, tahniah diucapkan kepada client yang membolehkan pinjaman 100% berjaya.

Cik S (cerita sebenar) ingin membeli rumah untuk kediaman Perumahan Rakyat 1 Malaysia (pr1ma) dengan harga RM260k. Cik S beritahu saya yang beliau mahukan pinjaman sehingga 100% dan kediaman pr1ma ini untuk info anda, adalah jenis rumah yang masih dalam pembinaan. Setelah mendapatkan info dan dapatkan dokumen berkaitan, akhirnya, pinjaman beliau telahpun lulus sehingga 100% dan beliau telah pun mendatkan pinjaman yang diinginkan.

**Untuk info, kami sekarang sudah mendapat banyak inquiry daripada peminjam untuk rumah pr1ma.

Terkini untuk tahun 2020, banyak juga “client” kami yang lulus dengan menggunakan skim ini untuk rumah subsale. Skim ini tidak dapat digunakan untuk rumah lelong.

Sekarang ini pinjaman 100% masih terpakai dan ianya adalah antara pilihan terbaik untuk anda mendapatkan pinjaman terutama golongan yang baru dan masih belum memiliki rumah. Kebanyakan fresh grad pastinya tidak mempunyai modal yang terlalu banyak untuk memiliki rumah dan dengan adanya Skim Rumah Pertama ini, mampu memberikan alternatif terbaik kepada peminjam untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Kriteria Skim Rumah Pertamaku

Berikut adalah antara beberapa kriteria untuk skim pinjaman 100% yang anda perlu tahu.

Pemohon Yang Layak

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Pemohon individu atau bersama
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
    • Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
    • Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

Harta Yang Layak

  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan) (sumber : SRP)

Kisah Suka Duka Pembelian Rumah

Untuk info lanjut berkaitan dengan pinjaman rumah, kami rekemen untuk anda lihat semula beberapa artikel tulisan kami berkaitan dengan pengalaman kami uruskan kes subsale dan refinance. Daripada sini, mungkin anda akan dapat sedikit gambaran kasar berkenaan dengan tips dan cara bagi membolehkan pinjaman anda mudah untuk lulus.

Tips Untuk Pinjaman Anda Cepat Lulus

Bagi membolehkan pinjaman anda cepat lulus. Kami nak rekemen 2 tips ini. Yang pertama adalah untuk anda tambah pendapatan anda. Yang kedua adalah untuk anda tinggikan simpanan anda. Bank sangat suka kepada mereka yang mempunyai simpanan dan pendapatan sampingan.

Tips Tambah Pendapatan

Berikut adalah beberapa artikel kami untuk anda tambah pendapatan.

Tips Menyimpan

Untuk mempunyai simpanan pula, berikut adalah antara artikel yang anda boleh rujuk.

Kalau anda layak, apa salahnya mohon skim ini. Apapun, harapnya artikel cara memohon skim rumah pertamaku ini membantu anda agar permohonan pinjaman anda cepat lulus.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest