Beli Rumah Lelong Johor Terkini 2024

Ramai yang beritahu, kalau beli rumah lelong ni berbaloi? Betul ke? Kali ini kami ingin berikan beberapa tips berkenaan dengan cara pembelian rumah lelong terutama di Johor. Ini juga adalah kerana lelong memerlukan kos yang sangat tinggi, kalau anda mempunyai wang, memang lelong adalah pilihan terbaik. Kalau anda tiada wang dan ingin dapatkan rumah, pilihan yang lain adalah rumah subsale ataupun rumah baru.

Kami sempat memproses pinjaman untuk rumah lelong di kawasan Johor bahru, pinjaman tersebut telahpun lulus dengan jayanya. Berikut adalah pinjaman yang lelah lulus untuk auction property ini.

En N
Lulus Bank A
Menang reserve price – rumah harga RM120k di Kulai
Loan approve – RM108k
Interest 5.0 %

Pn H
Lulus Bank H
Menang reserve price – rumah flat harga RM120k di JB
Loan Approve Rm100k
Interest 4.9%

Tahun ini bermula dengan pinjaman untuk rumah lelong dan juga beberapa unit subsale lainnya. Walaupun pihak kami lebih memfokuskan kepada kawasan sekitar Johor, tetapi tiada masalah untuk pihak kami proses pinjaman walaupun selain daripada Johor seperti di Kuala Lumpur dan lain-lain.

rumah lelong johor

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Membeli Rumah Lelong

Yang paling penting sekali sebelum anda ‘bid’ rumah lelong, anda kena pastikan yang pinjaman anda boleh lepas. Kalau tak lepas, habis hilang deposit 10% tersebut. Untuk tahu lebih lanjut berkenaan dengan perihal pinjaman ini, anda bolehkan mengisi borang di bawah ini

Borang Mendapatkan Pinjaman Lelong

Ataupun nak info yang lebih cepat, pm ataupun whatsapp kami di 010-8435381 – Fais

Ini untuk tahu sama ada pinjaman anda boleh lulus ataupun sebaliknya. Selepas dari itu, anda kena pastikan yang anda mempunyai officer yang reliable dan tahu berkenaan dengan cara untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Pernah terjadi, client pernah send sendiri ke beberapa bank tapi langsung tak dapat apa-apa feedback. Akhirnya, client sendiri berjumpa kami dan ingin dapatkan pinjaman terus, alhamdullillah pinjaman client telahpun lulus. Kalau nak tahu berkenaan dengan pinjaman perumahan, boleh berhubung dengan kami terus. Kami hantar permohonan pinjaman anda ke 5 bank serentak iaitu Ambank, Public Bank, Alliance Bank, Hong Leong Bank dan satu lagi AIA Home Loan.

Boleh juga tengok video di bawah ini bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan rumah lelong.

Sediakan 10% Untuk Lelong

Selain daripada perihal berkenaan dengan pinjaman perumahan untuk rumah lelong, faktor lain yang anda perlu ambil kira adalah kos-kos yang terlibat dalam mendapatkan rumah lelong. Kos yang pertama dan penting adalah untuk anda sediakan 10%. 10% ini merupakan tiket bagi membolehkan anda untuk “bid” rumah yang anda inginkan.

Anda boleh mendapatkan 10% ini dengan pelbagai cara antaranya adalah dengan simpanan sendiri, kwsp, pinjam sedara mara dan lain-lain.

Kos-kos lain berkaitan

Tidak hanya sekadar 10%, ada kos lain yang anda perlu dapatkan antaranya adalah kos berkenaan dengan peguam, iaitu kos “loan agreement”. Juga kos lain seperti valuation report, insurans dan agen fee jika deal dengan agen.

Jangan lupa juga kos lain seperti cukai tanah yang tertunggak, cukai pintu, bil-bil seperti TNB, Syarikat Air dan juga Indah water. Kalau ada yang tertunggak, memang anda kena settlekan semua.

Ini adalah perkara yang anda perlu ambil kira dalam memenangi rumah lelong. Apapun, kalau tak pasti, boleh PM kami dan kami cuba memberikan tips untuk mendapatkan rumah lelong.

Hari Kejadian – Cuba Bid

Pada hari kejadian, cuba bid rumah yang anda mahukan, syarat untuk bid tidaklah susah asalkan anda mempunyai 10% dan bank draft semua sudah ada, bolehlah terus bid rumah yang anda inginkan.

Antara tips yang saya boleh berikan adalah, cuba dapatkan detail berkenaan dengan rumah yang nak dilelong tu ataupun Proclamation Of Sale (POS). Dari situ, anda boleh dapatkan semua detail berkenaan dengan unit yang anda mahu lelong, keluasan unit, dan lain-lain.

Tak susah pun rumah lelong ni, yang penting anda tahu apa yang anda perlu lakukan dan kos-kos berkaitan. Pegawai bank yang boleh tolong pun penting untuk pastikan pinjaman anda boleh lulus dengan cepat.

Cuma semakin ketara sekarang ini, rumah lelong Johor dan banyak lagi tempat lain menunjukkan persaingan yang sengit terutama dalam pembida. Kalau nak menang reserve price tu, memang sukar dan tidak seperti 10 tahun dahulu.

Alternatif Lain Selain Lelong

Lelong memang murah tetapi perlukan cash yang agak banyak. Sekitar 20% cash yang anda kena sediakan. Kalau dapat sediakan cash sebanyak itu memang akan sedikit sebanyak membantu anda untuk dapatkan unit lelongan yang anda mahukan.

Sebagai alternatif, kami rekemen juga untuk anda dapatkan rumah baru ataupun rumah subsale. Untuk rumah baru ataupun rumah subsale, tidak perlukan cash yang terlalu banyak dan anda boleh dapatkan unit yang anda mahukan pada harga yang terbaik.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *