Contoh Ayat Promosi Makanan Di Whatsapp – 2024

Macam mana contoh ayat promosi makanan di Whatsapp yang efektif. Semestinya tiada jawapan yang betul dan apa yang pasti adalah untuk anda mencuba dan terus mencuba. Apapun, dalam artikel di sini, kami nak tunjukkan kepada anda beberapa ayat yang anda boleh gunakan untuk mempromosikan perniagaan makanan anda.

Apa sahaja perniagaan makanan anda, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk buat promosi dan terus promosikan produk anda. Dah ada produk ataupun makanan yang anda nak jual, lebih mudah nak buat promosi ayat-ayat jualan yang efektif kepada mereka yang ada di sekeliling.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu, produk makanan adalah antara produk yang mendapat tempat. Kalau anda nak bermula, boleh cuba produk makanan dahulu. Mana tahu nanti anda boleh kembangkan perniagaan anda menjadi seperti Mamasab dan yang seangkatan dengannya.

promosi jualan makanan di whatsapp

Belum Ada Idea – Ni Beberapa Idea Jual Makanan Apa

Sebelum pergi lebih jauh, anda dah ada idea ke nak jual makanan apa? Kalau ada baguslah, tetapi kalau belum, ini adalah antara beberapa idea makanan yang anda boleh jual untuk perniagaan makanan anda. 

Mana tahu sekarang ini anda dah ada makanan ataupun produk yang anda nak jual sendiri, anda boleh jual juga beberapa idea makanan lain yang anda boleh dapatkan dalam artikel ini.

Saya tak nak cerita secara detail berkenaan dengan topik tersebut kerana saya dah pernah sebutkan dalam artikel saya sebelum ini di SINI. Ataupun idea lain, boleh jadi agen untuk promote produk Mamasab dan bolehlah menjual secara part time ataupun full time. 

Pun boleh juga tengok video di bawah untuk penerangan lanjut berkenaan dengan perniagaan makanan.

Contoh Ayat Padu di Whatsapp – Jual Makanan

Ayat yang ringkas berserta info yang tepat. Ianya sangat membantu, kalau ayat panjang-panjang nanti tak ada yang nak beli dan malas membaca pula.

Contoh ayat juga berbeza kalau anda nak iklankan produk anda di Whatsapp Group ataupun secara Whatsapp peribadi. Cuma secara peribadi saya tak berapa gemar kalau nak hantara iklan dalam Whatsapp Group. Kenapa? Sebab semua orang nak beriklan di situ dan boleh jadi iklan anda akan terus tenggelam kerana terlalu banyak iklan lain yang ada.

Cara lain adalah dengan whatsaap satu-satu sama ada secara manual ataupun menggunakan software Waboost kerana semua member dalam satu group. Anda boleh menjadikan mereka ini sebagai database anda dan kemudian blast whatsapp secara personal kepada mereka. Kalau anda menggunakan business dan menjual menggunakan platform Whatsapp, software Waboost ini boleh dikatakan satu item yang wajib untuk anda gunakan.

Sebelum anda nak buat pembelian Waboost di SINI, anda boleh sahaja untuk baca review kami berkenaan dengan Waboost di SINI.

Ini adalah contoh ayat promosi makanan di Whatsapp yang saya selalu gunakan. Saya banyak promote berkenaan dengan item lain tapi saya aplikasikan dalam perniagaan makanan.

“Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya ada buat promosi jualan Tauhu Bakar sempena 30 pembeli pertama

Harga Rm5 sahaja untuk 30 pembeli pertama.

Boleh cuba dulu dan insyaAllah sedap hingga menjilat jari”

“Assalamualaikum dan salah sejahtera

Nak tak rasa Ayam Penyet Virall

Kami sedang buat promosi ni, 

RM8 untuk 20 pembeli pertama”

Ini adalah antara beberapa ayat jualan yang popular yang anda perlu karang dahulu. Ianya mungkin tak perfect tapi anda kena sentiasa cuba dan cuba ayat jualan yang sesuai dengan apa yang anda cuba jual dan dapatkan.

Perlu Dapatkan Nombor Baru Untuk Marketing

Kalau anda memang serious nak buat business dan ingin perniagaan anda sukses jangka masa panjang, adalah lebih baik untuk anda mempunyai satu lagi nombor telefon yang khas. Nombor ini untuk tujuan whatsapp marketing dan ianya berlainan dengan nombor periibadi yang sedang anda gunakan pada masa kini.

Sekiranya nombor ini di banned oleh pihak Whatsapp, anda masih mempunyai nombor peribadi lagi. Untuk satu lagi nombor ini, saya rekemen anda dapatkan sahaja nombor baru dari kedai trusted seller di Shopee yang juga merupakan kedai kami. Nombor dijual pada harga yang berpatutan dan sangat sesuai digunakan untuk tujuan marketing.

Gunakan nombor macam biasa, langgan data dan lain-lain pun macam biasa agar nampak lebih asli dan bukan spam.

Konsisten Promote, Macam Mana Nak Promote di Whatsapp

Satu lagi perkara yang anda wajib lakukan adalah untuk promosi perniagaan anda secara konsisten. Kalau di Whatsapp, semestinya anda boleh promosi dalam group iklan ataupun group setempat yang anda telahpun sertai. Boleh bermula untuk promosi secara konsisten dari situ.

Persoalannya, macam mana nak promote secara konsisten?

Nak promote secara konsisten, apa yang anda perlu lakukan adalah set satu masa sahaja untuk promosi ke group-group berdekatan. 

Nak lebih mudah, gunakan software Whatsapp Blaster seperti Waboost ini. Mungkin akan ambil masa sedikit untuk setup dalam 5 minit ke 10 minit, lepas tu perisian akan berjalan seperti biasa dan anda boleh whatsaap ke dalam group-group yang anda sertai. Lebih menarik, anda boleh whatsapp secara peribadi kepada ahli-ahli dalam group Whatsapp tersebut. 

Gunakan perisian akan lebih menjimatkan masa dan tugas anda akan menjadi lebih mudah. Lakukan secara konsisten, insyaAllah anda akan nampak hasilnya nanti.

Macam mana anda nak sertai group Whatsapp setempat?

Anda mungkin ada beberapa group whatsapp yang anda telahpun sertai seperti group penduduk setempat, group keluarga, group kerja dan lain-lain lagi. Akan tetapi, kalau anda nak kembangkan perniagaan, cuba untuk join juga group lain yang ada di sekitar.

Untuk join group whatsapp ini, software Waboost memang anda fungsi ini. Sebagai contoh, anda key in sahaja “Iklan Shah Alam” secara automatik, perisian ini akan mencari group berkaitan dan anda boleh sertai group ini dengan mudah dan secara automatik.

Lebih banyak group whatsapp yang anda ada, lebih banyak tempat untuk anda iklankan produk anda dan, lebih banyak database yang anda boleh dapatkan. Hanya dengan perisian Waboost ini, anda boleh dapatkan database mereka yang sertai sesuatu group dan anda boleh terus beriklan kepada mereka.

Saya pun ada tunjuk demo dalam video di bawah;

Cuba Jual Di Group Facebook Terdekat

Pengalaman saya, kalau anda betul-betul manfaatkan perisian Waboost ini, memang banyak dah kerja promosi yang anda boleh lakukan siang dan malam. Ianya akan menjadi lebih mudah untuk anda gunakan.

Mana tahu anda nak juga beriklan di Facebook. Saya sarankan untuk anda gunakan perisian lain pula, iaitu FBOOM. Ada banyak fungsi FBOOM ini, yang selalu saya gunakan adalah fungsi Auto Post ke Facebook Group.

Sebagai contoh, anda set sahaja iklan ayat jualan dan mungkin gambar, lepas tu anda boleh postkan secara automatik kepada group Facebook yang anda dah sertai. Ianya dilakukan secara automatik dan anda tak perlu nak copy and paste satu-satu dalam group yang anda sertai. Semuanya boleh dilakukan secara automatik.

Contoh Ayat Copywriting Makanan + Konsisten

Ayat promosi ataupun copywriting makanan tu penting, konsisten dalam menjual tu pun penting untuk mendapat manfaat ataupun hasil. Kalau tak rajin beriklan, susah sikitlah produk anda nak terjual. Sekali lagi, konsisten itu penting untuk jangka masa panjang. 

Harap, anda dapat sesuatu daripada artikel contoh ayat promosi makanan di Whatsapp ini. Pada saya, bukan sahaja ayat, strategi, konsisten iklan pun sangat penting untuk anda lebih dikenali bagi menghasilkan jualan. Apapun teruskan usaha anda untuk terus sukses dalam perniagaan anda dan jangan berhenti belajar kerana ada banyak perkara dan benda baru yang anda boleh lakukan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *