6 Tips Analisa Bursa Saham Malaysia Hari ini 2022

Macam mana dengan keadaan bursa saham Malaysia hari ini? Ianya bergantung kepada banyak faktor daripada analisis anda untuk tentukan keadaan pasaran saham di Malaysia hari ini. Artikel pada kali ini, saya nak berikan tips untuk melihat suasana dan cara membaca market saham di Malaysia pada hari ini.

Sebelum saya pergi lebih jauh, saya sarankan untuk anda dapatkan secara percuma keadaan bursa saham Malaysia di akhir artikel ini. Ianya adalah signal yang sering digunakan untuk membaca keadaan pasaran semasa saham. Penting untuk menganalisa pasaran saham.

Yang paling penting adalah untuk anda tahu keadaan semasa dan masuk ke kaunter saham yang mempunyai peluang untuk naik. Ianya bergantung kepada strategi anda sama ada nak “hold” long term ataupun “short term”. Pada kali ini, kami juga akan kongsikan beberapa tips penting untuk anda buat untung secara konsisten dalam pasaran saham.

Analisa Bursa Saham Malaysia

Bagaimana membaca keadaan bursa saham Malaysia hari ini?

Ada banyak cara untuk anda membaca keadaan bursa saham dan ianya boleh dibaca menggunakan kaedah teknikal atau fundemantal. Saya akan berikan secara ringkas bagaimana membaca keadaan pasaran saham dalam kedua-dua teknik tersebut.

Cara yang paling baik adalah anda gabungkan teknikal analisis dan fundemantal analisis dalam pemilihan saham. Daripada cara itu, anda dapat pilih kaunter yang mempunyai kekuatan kewangan yang bagus melalui fundemantal analisis.

Dah ada kaunter yang bagus, gunakan pula teknikal analisis untuk masuk ke dan beli di support. Saya juga sarankan untuk anda baca tips kami untuk baca saham menggunkan teknikal analisis DI SINI.

Cara Membaca keadaan market Malaysia dengan teknikal analisis

Pada artikel ini saya akan berikan contoh macam mana untuk lihat keadaan bursa saham secara teknikal. Saya akan gunakan indeks KLCI sebagai penanda aras market Malaysia. Selepas ini, saya rasa anda pun boleh membuat analisis yang sama tentang bagaimana untuk membuat analisis bagi menentukan keadaan pasaran pada masa kini.

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah melihat carta indeks KLCI. Saya gunakan platform RHB invest untuk membuat analisa dengan indeks KLCI. Untuk info dan kandungan terbaru, anda boleh tengok dalam video di bawah di mana saya membandingkan kaunter top glove yang merupakan antara kaunter yang menunjukkan kenaikan yang memberangsangkan selepas peristiwa Covid19.

Berdasarkan kepada keadaan semasa, indeks KLCI adalah dalam keadaann menurun. Penting untuk anda tahu keadaan ini dan mula melabur dalam keadaan berhati-hati.

Cara Untuk Untung Dalam Saham

Bagaimana untuk melihat indeks dalam keadaan menaik? Sama sahaja, anda perlu cantumkan setiap puncak kenaikan. Walaupun penting untuk membuat untung dalam keadaan market menaik, akan tetapi masih tiada masalah juga kalau anda nak cuba untuk buat untung ketika market dalam keadaan menurun. Apapun, boleh tengok beberapa info di bawah tentang bagaimana tips dan cara untuk buat duit RM100 sehari dengan saham.

Anda boleh dapatkan info seperti ini daripada platform saham anda. Bergantung kepada platform yang anda guna.

Pada masa indeks menaik, lebih mudah untuk anda membuat untung dengan pelaburan saham. Ini fakta bukan auta. Pada masa indeks menurun, anda masih boleh membuat untung dengan pelaburan saham, tetapi pelaburan anda haruslah lebih berhati-hati agar tidak tersilap langkah. Pelaburan saham pada masa indeks sedang menurun perlukan lebih kesabaran.

Apapun, kalau anda ingin membuat untung dalam pelaburan saham sama ada keadaan saham menaik atau menurun, saya cadangkan anda dapatkan TIPS PELABURAN SAHAM INI. Ianya telah membantu ramai pelabur di luar sana untuk melabu dan berjaya dalam pelaburan saham.

Cara Membaca Bursa Saham Malaysia hari ini dengan fundemantal analisis

Bagaimana nak baca market Malaysia hari ini dengan analisa teknikal? Tidak sukar untuk membaca. Kalau anda mahir dengan analisa teknikal, secara automatik anda akan tahu keadaan fundemantal bursa saham di Malaysia. Apabila saham menaik, analisa fundemantal adalah menaik juga, dan apabila keadaan saham dalam keadaan downtrend, fundemantal saham juga sedang menurun. Apa yang berlaku dalam teknikal adalah refleksi fundemantal.

Selain itu, anda boleh dapatkan info daripada laman The Edge berkenaan dengan berita ekonomi Malaysia dan dunia. Rajin membaca berita membolehkan anda menilai keadaan sesuatu saham. Penting untuk anda lakukan ini untuk berjaya dalam pelaburan saham. Tahu keadaan pasaran saham dan bertindak sewajarnya untuk memaksimakan keuntungan pelaburan saham melalui bursa saham.

Langkah Pertama – Buka Akaun Saham

Ini khusus kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun saham lagi. Kalau dahulu kami rekemen untuk anda trade menggunakan platform maybank2u. Tetapi kini, kami telah beralih menggunakan platform lain. Boleh baca perkongsian di bawah ini.

Alternatif Kepada Saham

Berikut adalah antara beberapa alternatif berkaitan dengan pelaburan lain selain saham. Untuk memudahkan anda, kami berikan 2 alternatif terbaik bagi membolehkan anda untuk berdagang.

Forex

Pertama adalah Forex ataupun perdagangan mata wang. Ianya alternatif yang baik kerana pasaran bergerak dengan sangat pantas. Anda juga boleh buat untung dalam keadaan pasaran menaik dan juga menurun. Ianya adalah pasaran 2 hala dan membolehkan anda untuk berdagang dengan mudah.

Ada banyak broker yang dipercayai dan untuk forex kami rekemen anda bermula dengan membaca 2 artikel di bawah ini.

FCPO

Anda berdagang kelapa sawit di Malaysia. Ianya mempunyai sehingga 20 ke 30 ribu transaksi sehari dan dijangka makin meningkat. Lebih menarik, ianya merupakan antara pasaran patuh syariah terbaik di Malaysia. Sama seperti Forex, ianya juga merupakan pasaran 2 arah.

Pasaran naik pun boleh buat untung, pasaran dalam keadaan menurun pun tiada masalah untuk buat untung. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan FCPO ini boleh baca artikel kami di bawah.

Nasihat kami, teruskan mencari ilmu dan jangan berhenti di sini. Ada banyak tips penting berkenaan dengan teknikal analisis yang anda boleh baca hampir setiap hari. Selain daripada ebook sistem saham yang kami rekemen ini, anda juga boleh mendapatkan pilihan buku lain. Kami rekemen 2 pilihan ini.

Teruskan mencari ilmu dan salam sukses.

2 thoughts on “6 Tips Analisa Bursa Saham Malaysia Hari ini 2022

  1. Ingin belajar membaca pasaran n keadaan saham

    1. boleh, memang tak ada masalah kalau nak belajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *