Saham vs Forex – Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Ada beza saham vs Forex dan pulangan pelaburan setiap satu. Bila dah tahu dan nampak perbezaan, hukum untuk kedua-dua platform pelaburan ini juga berbeza. Stail dan cara pelaburan untuk kedua-dua platform ini pun mempunyai keunikan yang tersendiri. Pada kali ini, kami akan tunjukan perbezaan dan keunikan kedua-dua platform ini.

Pastikan untuk anda baca artikel ini sampai habis kerana ada banyak yang kami bakal kongsikan kepada anda. Kedua-dua platform ini mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri. Kalau anda tanya saya, lebih cenderung untuk melabur dalam platform saham ataupun Forex, jawapan kepada soalan tersebut ada dalam artikel ini.

saham vs forex

Apa Itu Saham

Saham adalah perkongsian hak milik dalam sesebuah syarikat atau dengan mudah anda boleh fahami dengan formula di bawah. 

Saham = Ekuiti

Di Malaysia, saham diniagakan di Bursa Saham Malaysia dan anda boleh menjual dan membeli saham di sana. 

Apa Itu Forex

Forex pula berbeza dengan saham. Forex adalah singkatan kepada foreign exchange atau dalam bahasa Melayunya adalah, perdagangan mata wang asing. Ianya adalah aktiviti menukar mata wang dari 1 mata wang kepada mata wang yang lain. Ianya nampak simple tetapi memerlukan kepakaran terutama dalam aspek teknikal analisis.

Untuk info lanjut berkenaan dengan apa itu Forex, anda boleh baca lebih lanjut dalam artikel di SINI.

Hukum Berkaitan Pelaburan Saham Dan Forex

Saham dan Forex mempunyai hukum dan pendapat yang berbeza. Untuk saham lebih mudah kerana jika anda melabur dalam syarikat yang patuh syariah, tiada masalah untuk pelaburan anda. Jika anda melabur dalam syarikat yang tidak patuh syariah, tentunya itu akan menjadi masalah yang lebih besar. 

Untuk saham memang tidak menjadi masalah selagi pelaburan anda dalam kaunter yang patuh syariah. Tetapi untuk Forex, ianya mempunyai set hukum yang berbeza. 

Untuk info lebih detail berkaitan dengan hukum dan pelaburan Forex, anda boleh baca dalam artikel di bawah ini.

Sebagai alternatif untuk pelaburan Forex, anda boleh tengok video di bawah ini untuk info lanjut.

Ini adalah antara beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan dengan hukum berkaitan dengan Forex. Kalau nak hukum yang lebih jelas tu, saya lebih rekemen saham berbanding dengan Forex. Dalam bab hukum, ini adalah perbezaan ketara antara saham vs Forex yang anda perlu tahu.

Strategi Untuk Melabur Saham

Kalau nak melabur saham, perlu mempunyai strategi yang tersendiri berbanding dengan Forex. Apa yang anda perlukan adalah keupayaan untuk “filter” beribu-ribu kaunter saham di dalam Bursa Malaysia dan pastikan saham yang ada dalam “watchlist” anda itu adalah kaunter yang dalam keadaan menaik. 

Dah jumpa kaunter saham yang sesuai, seterusnya adalah timing untuk masuk ke dalam saham tersebut untuk membuat pembelian. Nak buat pembelian berdasarkan apa? Tentulah teknikal analisis dan fundemantal analisis dalam saham. Penting untuk anda mempunyai pemahaman teknikal analisis untuk analisa sesuatu kaunter saham, juga tidak lupa aspek fundemantal analisis dalam saham.

Ini adalah antara beberapa strategi untuk membolahkan anda buat untung dalam saham. Terus konsisten dengan strategi ini, insyaAllah anda boleh berjaya.

Strategi Untuk Melabur Forex

Untuk kaunter Forex pula, apa yang anda perlu adalah “pair” yang sesuai seperti EURO-USD dan kaunter tersebut mempunyai banyak “volume”.Dalam Forex tidak semestinya anda perlu mencari kaunter ataupun “setup” dalam keadaan menaik, dalam keadaan menurun pun tiada masalah.

Forex adalah pasaran dua hala. Anda boleh buat duit dalam keadaan menaik dan juga boleh buat duit dalam keadaan menurun. Untuk buat duit dalam Forex, semestinya anda perlu mempunyai skill ataupun technical analisis yang “strong” untuk mula buat duit dengan Forex. Dalam bahasa pelaburan, ianya dipanggil dengan istilah “long” dan “short”.

Perlu Buka Akan Saham Dan Forex

Untuk mula melabur dalam saham dan Forex, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk buka akaun pelaburan. Untuk saham, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk buka akaun CDS dengan broker yang berdaftar dengan Bursa Malaysia. Ada banyak broker yang berdaftar di Malaysia.

Untuk Forex, anda perlu berdaftar dengan broker yang ada. Ada banyak broker Forex untuk anda mendaftar. Untuk info lanjut boleh ke SINI.

Untuk info, saya bukanlah seorang trader Forex, jadi kalau anda nak tahu broker mana yang paling sesuai tu, saya bukanlah seorang yang boleh berikan pandangan berkaitan dengan topik tersebut.

Personal Preference – Saya Pilih Pelaburan Yang Mana

Untuk personal preference, saya lebih selesa melabur dalam saham berbanding dengan Forex. Faktor utama adalah kerana faktor hukum pelaburan saham yang lebih jelas dan lebih mudah berbanding dengan Forex. Forex pula mempunyai pendapat yang pelbagai dan tidak mempunyai hukum halal yang benar-benar diyakini.

Salah satu sebab lagi saya lebih selesa dengan pelaburan saham adalah, untuk saham saya boleh pegang satu kaunter saham beberapa hari sehingga ke seminggu. Kerana ianya tidaklah agresif seperti Forex. Jika anda sedang bekerja pun tiada masalah untuk anda melabur saham kerana apa yang anda perlukan adalah untuk mambuat analisa dan kemudian membuat pembelian berdasarkan kepada “daily chart”. Ianya lebih mudah terutama jika anda tidak dapat monitor perjalanan pelaburan anda.

Ini adalah personal preference saya, tidak semestinya ianya perlu sama dengan anda. Anda perlu fikirkan yang mana yang lebih bersesuaian dengan anda.

Alternatif Lain Kepada Saham Dan Forex

Selain daripada saham dan Forex, ada lagi alternatif lain yang patuh syariah yang anda boleh cuba. Ianya adalah sejenis pelaburan yang mempunyai liquidity yang tinggi. Ianya adalah Futures Crude Palm Oil ataupun pasaran hadapan kelapa sawit. Ya, anda boleh melabur dan menentukan harga Kelapa Sawit sama ada ianya menaik ataupun menurun. 

Info lanjut berkenaan dengan pelaburan FCPO anda boleh baca di SINI.

Mula Melabur Sekarang

Mulakan melabur sekarang. Pelaburan yang kurang agresif, anda boleh cuba melabur dulu dalam saham. Jika sudah mula nampak ada penambahbaikan, boleh cuba pula untuk melabur dalam FCPO dan Forex. Pada pendapat saya, melabur dalam saham adalah jauh lebih mudah berbanding dengan FCPO dan Forex.

Harap artikel saham vs Forex ini memberikan gambaran kepada anda berkaitan dengan pelaburan mana yang bersesuaian dengan anda. Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami di atas bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan tips-tips terkini pelaburan dan tips tambah income. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest